Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DEKLARASI LANGKAWI

1.0

PENDAHULUAN

Langkawi merupakan daerah Kedah Darul Aman, Malaysia. Langkawi merupakan pulau
terbesar di Malaysia. Pulau Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman
berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Langkawi diberi status bebas cukai
pada tahun 1987. Nama Langkawi telah digabungkan dari perkataan LANG dan KAWI.
LANG ertinya HELANG kerana pada masa dahulu pulau ini dikatakan menjadi tempat
tinggal burung helang kawi. KAWI pula bererti MERAH HATI kerana burung helang
yang tinggal di pulau ini mempunyai bulu berwarna merah hati dan kepalanya berwarna
putih.
Deklarasi Langkawi merupakan kerjasama antara semua negara-negara komanwel
iaitu negara yang dijajah oleh British seperti Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan,
Afrika, Asia, dan Australia untuk menjaga dan melindungi alam sekitar. Pada bulan Oktober
1989, deklarasi telah berjaya diterima sebulat suara oleh negara Komanwel, ia sempena
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel (CHOGM). Deklarasi Langkawi ini
telah diadakan di Hotel Pelangi Beach Resort, tempat perhentian CHOGM. Ahli yang hadir
ialah Setiausaha Agung Komanwel, Sir Shridath Ramphal.
Deklarasi adalah pendekatan yang seimbang terhadap masalah dan menandakan
sumbangan Komanwel kepada usaha sedunia untuk mencegah kemerosotan mutu alam
sekitar. Hasil deklarasi ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar
telah bermula sejak zaman penjajahan lagi. Sejarawan J.S Furnivall melaporkan zaman
kolonial telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan
inginkan keuntungan yang lumayan dan pelaburan modal barat. Keuntungan dari pelaburan
itu adalah semata-mata untuk kepentingan negara mereka.
Deklarasi telah menetapkan satu ketetapan yang dicapai oleh negara-negara
berkenaan untuk bertindak secara bersama bagi menyelamatkan alam sekitar daripada
kemusnahan. Tindakan yang dipersetujui ialah merancang dan melaksanakan satu program
pendidikan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).

2.0

OBJEKTIF

Deklarasi Langakawi diadakan untuk membincangkan masalah pencemaran alam sekitar


yang dihadapi seiring dengan pembangunan negara. Bukan itu sahaja, deklarasi ini juga
adalah untuk merancang dan melaksanakan satu program pendidikan yang berkesan bagi
meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar. Hal ini bagi memulihara dan memelihara keadaan alam sekitar supaya keadaan
ekosistem seimbang.
3.0

NEGARA TERLIBAT

Deklarasi Langkawi merupakan perisytiharan yang diusulkan oleh Ketua-ketua Kerajaan


negara Komanwel mengenai isu kelestarian alam sekitar Ia telah diusulkan pada 21 Oktober
1989 di Langkawi, Malaysia, semasa Mesyuarat Ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM)
yang kesepuluh.
Perjanjian penting dalam penggubalan perjanjian Deklarasi Langkawi adalah ikrar
oleh negara-negara maju untuk tidak menyambung bantuan masa depan pembangunan
antarabangsa

bagi

memberikan

komitmen

untuk

kelestarian

alam

sekitar

atau

memperkenalkan sekatan perdagangan. Antara negara-negara yang terlibat dalam perjanjian


Deklarasi Langkawi ini terdiri daripada negara-negara kerajaan Komanwel (terutamanya
Australia, Malaysia, Kanada, New Zealand, dan United Kingdom). Di antara komitmen yang
dibuat oleh ahli-ahli dalam Deklarasi Langkawi ialah:
a) Menyokong

pembangunan

mekanisme

pembiayaan

pembangunan

lestari

antarabangsa.
b) Menyokong Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim dan mencadangkan
laporan Komanwel sendiri mengenai perubahan iklim.
c) Menggalakkan kecekapan tenaga.
d) Menggalakkan penanaman semula hutan dan pengurusan hutan yang mampan di
negara-negara membangun, dan pemuliharaan hutan dara untuk melindungi
biodiversiti.

e) Hadkan perikanan tidak mampan, termasuk mengharamkan jaring kusut dan


memancing driftnet pelagik, sebagai sebahagian daripada satu trend di kalangan
organisasi antarabangsa.
f) Mengelakkan lambakan bahan-bahan toksik atau berbahaya di lautan atau di negaranegara membangun.
g) Menggalakkan kesedaran awam risiko alam sekitar dan isu-isu.
4.0

KEBERKESANAN DEKLARASI LANGKAWI

Menandatangani Perjanjian dalam Deklarasi Langkawi telah menyebabkan negara Malaysia


dikenali dalam kalangan negara-negara ASEAN. Malaysia merupakan negara yang lebih ke
hadapan dalam isu kesedaran terhadap alam sekitar dan akhirnya telah melibatkan negaranegara ASEAN dalam usaha melakukan pembangunan secara mapan. Hal ini merancakkan
lagi hubungan diplomatik Malaysia dan negara-negara lain dari sudut penjagaan alam sekitar.
Malaysia telah menandatangani perjanjian alam sekitar pelbagai hala, salah satu contohnya
Konvesyen Rangka Kerja Perubahan Iklim, Konvesyen Kepelbagaian Biologi dan
sebagainya. Pemimpin Malaysia kini telah mengubah beberapa dasar luar yang melibatkan
alam sekitar bagi menunjukkan keprihatinan dan usaha mereka memelihara dan memulihara
alam sekitar yang dikhabarkan telah terjejas sejak zaman penjajahan lagi.
Deklarasi Langkawi telah membuka mata pemimpin dunia dalam isu pemuliharaan
dan pemeliharaan alam sekitar. Kesannya, berlakunya sebuah pengisytiharan iaitu pada tahun
1988 sehingga 1997 sebagai Dekad Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi
penekanan terhadap persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar. Tun Dr Mahathir telah
menunjukkan keprihatinan beliau terhadap isu ini dengan menyarankan kepada semua negara
yang melakukan pembangunan negara haruslah seimbang dengan kehidupan yang dijalankan
tanpa menggugat sumber asli yang terhad. Deklarasi ini akhirnya membawa kepada beberapa
Persidangan seperti Persidangan Perhutanan Dunia di Paris pada tahun 1991, Persidangan
Kedua Menteri-menteri Negara Membangun pada April 1992 dan Persidangan Bumi di Rio
de Janeiro Brazil pada Jun 1992.

You might also like