Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

1.

Pengenalan.

Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada tanggal 31 Ogos 1957.
Kemerdekaan membolehkan kerajaan menggubal dan memperkenalkan beberapa dasar
dengan perancangan yang tersusun dan pelaksanaan yang rapi bertujuan menjamin
kemakmuran ekonomi rakyat dan kesejahteraan sosial. Keadaan jurang pemisahan ekonomi
di antara kawasan bandar dengan luar bandar telah mewujudkan perbezaan taraf hidup di
kalangan penduduknya. Kesan dwiekonomi ini secara langsung menjadi pengenalan setiap
kaum mengikut kegiatan ekonomi masing-masing di mana masyarakat Bumiputera tertumpu
di sektor pertanian yang sinonim dengan petempatan di luar bandar, masyarakat India yang
sinonim dengan petempatan di estet manakala masyarakat Cina yang melaksanakan aktiviti
perniagaan yang sinonim dengan petempatan di bandar.
Di awal kemerdekaan, kerajaan berusaha membasmi kemiskinan di luar bandar. Salah
satu kaedah pembasmian yang dikenalpasti ialah dengan menganugerahkan tanah kepada
masyarakat luar bandar untuk diusahakan. FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta
Pembangunan

Tanah (1956)

dikuatkuasakan.Modal

permulaannya RM10

juta,

dan

petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer
Lanas pada 1957. Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka.Ianya ditadbirkan oleh
sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri
di bawah Jabatan Perdana Menteri FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk
dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di
kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin.
Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman
untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit
FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak
6,855.2 km di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.
FELCRA iaitu nama singkatan bagi Federal Land Consolidation And Rehabilitation
Authority atau Lembaga Pemulihan Dan Penyatuan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan di
bawah Akta Parlimen pada tahun 1966. Matlamat awal penubuhannya ialah untuk
membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai
aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. Dalam
tahun 1967, sebagai langkah permulaan untuk melaksanakan gagasan pembangunan ini, satu
pasukan pengurusan baru seramai 42 orang ditugaskan untuk memajukan empat rancangan
tanah yang telah dikenalpasti untuk pelaksanaan kerja-kerja penyatuan dan pemulihan tanah.
1

Rancangan-rancangan itu ialah Simpang Renggam di Kluang, Johor, Ayer Hitam di Kuala
Pilah, Negeri Sembilan, Gong di Temerloh, Pahang dan Kampung Rasau A di Slim River,
Perak meliputi kawasan seluas 1,726 hektar yang melibatkan 547 peserta desa. Pelaksanaan
pembangunan tanah yang berasaskan penyatuan dan pemulihan yang melibatkan beberapa
konsep pembangunan yang telah dijelaskan di atas, FELCRA berkembang begitu pantas
dengan kedudukan projek merata ke seluruh negara. Sehingga ini, FELCRA telah berjaya
memajukan tanah milik peserta seluas 230,000 hektar dengan jumlah peserta 87,000 orang.
FELDA dan FELCRA telah memberi pelbagai sumbangan dan fungsi dalam membantu
perkembangan tanah-tanah rancangan di luar Bandar.

2.0

Fungsi FELDA dan FELCRA.

2.1

FELDA.

Kawasan dan Bantuan.


Felda merupakan pengeluar minyak sawit yang terbesar di dunia, di mana Felda
menguasai 20 peratus keluasan tanaman sawit dan 18.8 peratus pengeluaran minyak sawit
Malaysia. Felda turut memiliki ladang kelapa sawit dan getah yang terbesar di dunia iaitu
melebihi dua juta hektar(Asan,2007). Sektor pertanian mempunyai prospek yang baik untuk
meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar. Sejumlah 133 000 hektar tanah baru telah
dimajukan oleh agensi-agensi sektor awam termasuk Felda yang merupakan pelaksana
utama.
Bagi yang memasuki tanah rancangan getah akan menikmati kenaikan pendapatan
kira-kira 70 peratus. Para peneroka dan keluarga mereka akan diberi peluang meningkatkan
pendapatan sampingan dari hasil bukan ladang dengan terlibat dengan perniagaan, ternakan
atau industri kecil-kecilan. Menurut satu tafsiran , setelah berada tujuh atau lapan tahun di
tanah rancangan kelapa sawit Felda, sesebuah keluarga miskin akan menikmati pendapatan
dua kali ganda daripada paras pendapatan di kampung dulu. Antara program yang telah
dijalankan untuk mencapai matlamat ini termasuklah pembukaan, penerokaan dan pemajuan
tanah-tanah baru, bantuan alat-alat pengeluaran yang canggih, subsidi baja dan benih serta
pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan baru(Yusof Ismail,2008).
Membantu generasi kedua dan ketiga Felda atau belia-belia dengan memperkenalkan
Skim Insentif usahawan Felda (SIUF) khusus untuk meningkatkan bilangan generasi kedua
dan ketiga Felda dalam bidang keusahawanan. Felda turut bekerjasama dengan agensi yang
terlibat dengan kebajikan masyarakat. Ini bagi membantu belia dari segi meningkatkan
latihan dan kemahiran peneroka dan generasi kedua Felda. Diharap kemahiran-kemahiran
asas yang diberikan membolehkan mereka bekerja sendiri, menikmati pendapatan sampingan
dan tidak terlalu mengharapkan bantuan kerajaan. Sehingga November 2007 sebanyak
RM58.5 juta daripada 100 juta telah disalurkan kepada 3 926 orang usahawan peneroka dan
golongan belia di tanah rancangan Felda. Program keusahawanan di tanah rancangan Felda
seperti program industri asas tani, satu wilayah satu industri(Sawari) telah berjaya
menabahkan pendapatan sampingan peneroka antara RM600 hingga RM3 500 sebulan.
3

Felda berfungsi untuk memulihkan dan memajukan rancangan tanah negeri dengan
membuka kawasan-kawasan pertanian baru. Membangunkan kawasan luar bandar melalui
Dasar

pertanian

Negara.

Dengan

penubuhan

Lembaga

Kemajuan

Tanah

Persekutuan(FELDA). Peneroka ditempatkan di sini dan hal ini menyebabkan kawasan


tersebut menjadi tumpuan penduduk. Contohnya Felda Jengka dan Fleda Air Tawar.
Felda turut menyediakan pelbagai bantuan dan pinjaman kepada peneroka bagi
meningkatkan taraf hidup serta menjadikan warga peneroka sebagai golongan pertengahan.
Sebagai contoh Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka bagi peneroka yang menghidapi
penyakit kronik, bencana alam dan memerlukan alat bantuan. Kedua Tabung Pinjaman
Perumahan peneroka yang memberikan kadar pinjaman minuman RM10 000 dan maksimum
RM 40 000 bagi peneroka yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Skim Pinjaman
Pembelian Saham Koperasi permodalan FELDA kepada peneroka merupakan satu sumber
menambah pendapatan bagi melahirkan peneroka menjadi golongan berpendapatan
pertengahan. Selain itu, Skim Pinjaman Komputer Peneroka, satu skim pinjaman membeli
komputer kepada peneroka bagi meningkatkan kemahiran warga peneroka di bidang
teknologi maklumat(Hashim,1996).
Felda turut membangunkan semula tanah pertanian kepada bukan pertanian.
pengambilan semula tanah-tanah pertanian untuk aktiviti pembangunan seperti perindustrian,
perniagaan, perumahan, pentadbiran, dan pelancongan. Pampasan akan diberikan kepada
peneroka dikatakan melebihi satu juta ringgit untuk setiap peneroka yang terlibat. Ia dapat
status mereka daripada seorang peneroka kepada seorang jutawan. Ini juga merupakan salah
satu langkah kerajaan untuk meningkatkan bilangan jutawan di kalangan peneroka Felda.
Contoh kawasan Felda yang terlibat ialah Felda Sungai Buaya, Felda Gedangsar, Felda Bukit
Cerakah dan Felda Suharto(Lukman,2002). Felda sentiasa menyediakan pelbagai bantuan
untuk meningkatkan lagi taraf hidup semua peneroka Felda di seluruh Malaysia.

2.2

FELCRA.

Kawasan dan Bantuan.


Dalam Dasar Pertanian Negara, Felcra telah menjalankan beberapa langkah seperti
melibatkan pengenalan cara-cara baru menyatukan tanah dan memulihkan tanah terbiar yang
kemudiannya ditanam dengan tanaman saka, padi dan tanaman-tanaman jangka
pendek(AmbrinBuang,1990). Ini termasuk juga cara projek pembangunan kampung
tradisional dilaksanakan oleh Felcra seperti Kampung Kok di Kedah, Teratak Batu di
Kelantan dan Hulu Berang di Terangganu(Yusof Ismail,2008). Rancangan Pemulihan tanah
yang pertama yang telah dijalankan oleh pihak Felcra ilah Rancangan Tanah Pinggir Simpang
Renggam, Rancangan Tanah Pinggir Ayer Hitam dan Rancangan Tanah Pinggir Kamoung
Dasau A Slim River. Keseluruhan program pemulihan tanah adalah lebih kurang 4 265 hektar
dan melibatkan 547 orang peserta.
Strategi mengatasi masalah-masalah tanah terbiar dan pemulihan supaya menjadi
kawasan pertanian yang produktif adalah berasaskan amalan-amalan agronomi dan
dilaksanakan oleh Felcra. Felcra juga memainkan peranannya dalam penyatuan tanah melalui
pengumpulan semula kampung untuk dijadikan pusat-pusat pertumbuhan luar bandar yang
baru yang melibatkan 41 400 keluarga. Dari segi kemajuan tanah seperti yang diusahakan
oleh Felcra, selain menyediakan saiz operasi yang lebih keupayaan juga bertujuan
mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada tenaga buruh pertanian dan buka pertanian.
Felcra turut menyediakan pinjaman seperti Yayasan Felcra , merupakan milik penuh
Felcra Berhad. Felcra menyediakan pinjaman bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran
serta minat dalam bidang pengajian profesional, sains dan teknologi. Selain itu , mengadakan
program kecemerlangan pelajaran secara sistematik ke arah mencapai tahap pencapaian
akademik yang lebih baik. Antara program dan aktiviti Yayasan Felcra ialah Kecemerlangan
Pelajar yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul jalil Shah, Biasiswa
pendidikan Yayasan Felcra bagi anak-anak warga Felcra berhad yang melanjutkan pengajian
ke Institut Pendidikan tinggi Awam sepenuh masa dalam bidang-bidang tertentu.
Felcra

sentiasa

merancang

bisnes-bisnes

baru

yang

berdaya

maju

bagi

mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat seperti Pembangunan Hartanah jalan Semarak


dan Kolej Felcra di Seberang Perak. Felcra sentiasa berusaha mengkomersialkan hartanah
yang ada bagi menaja pendapatan syarikat untuk jangka panjang. Selain itu. Felcra turut
merancakkan lagi pembangunan luar bandar sejajar dengan agenda kerajaan iaitu program
5

transformasi luar bandar sebagai sebahagian daripada Dasar Transformasi nasional. Felcra
turut membangunkan sebuah projek besar yang dinamakan perumahan Generasi Kedua(Gen2) di Seberang perai dan Sri Makmur, Pekan Pahang. Projek perumahan ini merupakan satu
Program penyusunan Semula Kampung (PPSK) yang akan memberi manfaat khususnya
kepada para peserta dan masyarakat luat bandar di sekitarnya.
Felcra turut menyediakan rancangan Tanah Belia yang mana Felcra diarahkan untuk
membuka kawasan seluas 60 000 ekar di dalam Rancangan Malaysia Kedua yang mana
melibatkan pembukaan tanah setiap tahun seluas kira-kira 12 000. Ia berasaskan kepada
konsep menggalakkan penyertaan bersama belia di dalam memajukan rancangan-rancangan
tanah ini dengan menggunakan pendekatan sistem saham kerjasama yang serupa dengan
rancangan tanah pinggir. Pemilihan penempatan Rancangan Tanah Belia adalah berdekatan
dengan jalan raya atau mempunyai akses tetapi jauh dari kawasan perkampungan yang
berdekatan. Felcra juga memperuntukkan sebuah kawasan perkampungan khas bagi
kegunaan pada masa hadapan. Felcra juga telah menyusun dan merancang bagi penyediaan
tapak rumah, infrastruktur dan kemudahan sosial dan awam untuk kegunaan peserta setelah
mereka berumah tangga dan berkeluarga.

3.0

SUMBANGAN FELDA DAN FELCRA.

3.1

Sumbangan FELDA.

Menaik taraf ekonomi masyarakat Melayu dan Bumiputera.


Sumbangan FELDA dapat dilihat melalui matlamat utama penubuhan FELDA iaitu
memaju, melaksana dan memudahkan segala projek pembangunan tanah, melaksanakan
pembangunan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, petempatan, perindustrian serta
komersial, membantu kegiatan-kegiatan sosial pertanian industri dan komersial dalam
kawasan FELDA.
Sumbangan utama FELDA yang dapat kita lihat adalah melalui usaha FELDA untuk
menaik taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera. Antara usaha yang dijalankan adalah
dengan mempelbagaikan lagi bidang atau sektor guna tanah di kawasan tanah FELDA. Hal
ini dapat dilihat melalui kerjasama yang dijalankan FELDA dengan syarikat usahasama
FELDA. Syarikat usahasama FELDA ini banyak membantu menaikkan lagi taraf ekonomi
warga FELDA dengan cara memperkenalkan pelbagai projek guna tanah yang baru. Antara
syarikat usahasama FELDA adalah Kilang Gula FELDA Perlis Sdn. Bhd., FELDA JohorBulkers Sdn. Bhd., Felda Oil Product Sdn. Bhd., FYM Sdn. Bhd., Malaysia Cocoa
Manufacturing Sdn. Bhd., FPG Oleochemical Sdn. Bhd., Pasir Gudang Grains Terminal Sdn.
Bhd. dan Laporte Sdn. Bhd.. Kilang-kilnag usahasama ini menunjukkan bahawa FELDA
berjaya mempelbagaikan sektor ekonomi mereka demi kesejahteraan hidup para peneroka
FELDA. Di samping itu, sektor tanah asal FELDA turut dikembangkan lagi. Hasilnya kini,
pertanian sawit dan getah masing-masing berjaya diusahakan di atas tanah seluas 585276
hektar dan 187370 hektar. Pertanian lain seperti koko, tebu dan kopi berjaya diusahakan di
atas tanah seluas 65197 hektar. Keseluruhan luas tanah adalah sebanyak 837843 hektar.
Keluasan tanaman seluas ini yang diusahakan oleh warga FELDA mencatatkan sumbangan
keuntungan dalam KDNK 2000 dengan sebanyak RM8.9juta.
Selain itu, FELDA turut memberi sumbangan kepada warga FELDA khususnya
generasi kedua FELDA dengan cara membenarkan tanah kosong yang terdapat di FELDA
Chiku 7 menjadi tempat perusahaan sarang burung Walit. Salah seorang penduduk dan juga
generasai kedua peneroka FELDA membina bangunan di kawasan tanah kosong tersebut
untuk menarik minat burung walit membuat sarang. Sarang burung walit sangat mendapat
7

permintaan tinggi dan membawa pulangan yang lumayan kepada pengusahanya. Sebuah
bangunan yang menempatkan pelbagai mesin pemprosesan turut akan dibina kelak untuk
memperkembangkan lagi perusahaan sarang burung walit tersebut.
Seterusnya, FELDA turut meluaskan bidang yang diceburi bukan sahaja tertumpu
kepada projek yang berunsur penggunaan tanah sahaja. FELDA telah meningkatkan
pelaburan dengan membeli hotel mewah di United Kingdom dengan nilai RM499.8 juta.
Pembelian tersebut bertujuan untuk mempelbagaikan pelaburan FELDA dalam sektor yang
membawa pulangan keuntungan yang tinggi. Pembelian ini bukan sahaja menambah lagi aset
FELDA dalam sektor perhotelan tetapi turut membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak
peneroka FELDA. Melalui Kolej Yayasan FELDA, anak peneroka dilatih untuk mahir dalam
perkhidmatan perhotelan. Setakat ini, FELDA sudah memiliki 3 buah hotel iaitu Hotel Seri
Costa di Melaka, Hotel Grand Borneo di Sabah dan Hotel Grand Plaza Service di London.

Kebajikan warga FELDA dan masyarakat Malaysia.


FELDA merancang untuk membina 3000 buah rumah mampu milik untuk anak-anak
FELDA yang bekerja di sekitar kawasan ibu negara di dalam kawasan Wilayah FELDA.
Projek perumahan rumah mampu milik ini kini berada pada fasa terakhir. Melalui pembinaan
rumah ini, beban anak peneroka untuk mencari rumah yang sememangnya memakan kos
yang tinggi di kawasan ibu negara dapat dikurangkan. Sebanyak 1500 unit rumah diutamakan
kepada anak peneroka yang bekerja di Kuala Lumpur. Separuh unit lagi akan dibuka
penjualannya kepada anak peneroka FELDA yang layak. Dengan usaha FELDA ini, secara
tidak langsung mengurangkan beban anak peneroka FELDA dan memudahkan ibu bapa
peneroka FELDA untuk melawat anak mereka.

Yayasan FELDA.
Yayasan FELDA merupakan sebuah badan yang menjaga kebajikan dari segi
kesihatan dan pendidikan terhadap peneroka dan keluarga peneroka FELDA. Dari segi
kebajikan umum, Yayasan FELDA kerap melakukan program khidmat masyarakat kepada
seluruh warga FELDA dan bukan FELDA, terutamanya di kawasan pendalaman atau
kawasan orang asli. Seramai 40-50 orang sukarelawan FELDA yang terdiri daripada doktor,
jururawat dan orang awam akan terlibat dalam program khidmat masyarakat ini. Melalui
8

program ini, pemeriksaan kesihatan secara percuma akan dilakukan kepada masyarakat
setempat. Di samping itu, pemberian ikhlas atau cenderahati seperti beras, gula dan pelbagai
lagi barangan keperluan diserahkan kepada keluarga yang susah dan yang memerlukan.
Selain itu, sumbangan amal turut dilakukan kepada badan kebajikan seperti rumah orang tuatua dan rumah anak-anak yatim untuk meringankan beban mereka.
Melihat kepada aspek pendidikan, Yayasan FELDA sering mengadakan kursus
insentif dan kemahiran Bahasa Inggeris dengan kerjasama Kolej Yayasan FELDA serta
Yayasan FELDA English Language Centre. Melalui kursus ini, warga FELDA dapat
mempelajari dan menguasai kemahiran berbahasa Inggeris yang diketahui umum penting
untuk digunakan dalam persaingan mencari kerjaya. Selain itu, Yayasan FELDA turut
menyediakan biasiswa di peringkat ijazah dan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar
sekolah serta peserta-peserta kursus kemahiran. Anak-anak peneroka FELDA di peringkat
ijazah bukan sahaja berpeluang mendapat biasiswa pendidikan, tetapi turut berpeluang
mendapat geran pendidikan dan dermasiswa. Di samping itu, FELDA turut menjalankan
Program Sekolah Angkat untuk sekolah-sekolah luar bandar yang terpilih dengan memberi
bantuan sebanyak RM20000 hingga RM40000 untuk tempoh 3 tahun bagi membantu
memperbaiki prestasi para pelajar lemah dari keluarga yang pendapatan rendah.
Seterusnya, Yayasan FELDA turut mengambil berat tentang kebajikan kesihatan
warga FELDA. Di samping program pemeriksaan percuma, Yayasan FELDA turut
membangunkan Pusat Hemodialisis FELDA untuk memudahkan para peneroka menerima
rawatan penyakit buah pinggang. Pusat ini yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Jalan
Maktab, Kuala Lumpur adalah pusat khas untuk merawat para pesakit buah pinggag yang
berpendapatan rendah. Pusat ini memiliki sebanyak 23 mesin dialysis dan menampung
subsidi penjagaan untuk 60 orang pesakit yang layak setiap bulan. Selain itu, FELDA turut
memberi sumbangan dalam bentuk bantuan ubatan dan peralatan perubatan kepada beberapa
hospital kerajaan dan pusat haemodialysis milik badan bukan kerajaan. Sejak 2003, sebanyak
23 mesin dialysis yang bernilai RM945000 telah didermakan. Seterusnya, FELDA turut
membantu dalam bidang perubatan dengan menyediakan bantuan kewangan untuk pembelian
peralatan perubatan seperti anggota palsu, alat bantu dengar, kerusi roda dan implant untuk
mereka yang memerlukan.

3.2

Sumbangan FELCRA.

Membangunkan tanah terbiar di seluruh negara.


FELCRA atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan banyak
memberi sumbangan kepada negara sejajar dengan matlamatnya iaitu berfungsi untuk
memulih dan memajukan mana-mana tanah kerajaan serta mana-mana tanah lain di atas
permintaan tuan tanah mengikut syarat-syarat yang dipersetujui antara tuan tanah denga
FELCRA. Matlamat dan tugas FELCRA ini telah dikuatkuasakan dibawah Akta Lembaga
Pemulihan dan Penyatauan Tanah Negara 1966 dan berkuatkuasa sejak 1 April 1966. Namun
begitu, kuasa yang diberikan kepada FELCRA ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung
Malaysia sahaja.
Usaha membangunkan tanah terbiar di Malaysia dapat dilihat melalui rancanganrancangan tanah yang telah dilaksanakan oleh FELCRA. Rancangan pertama ialah
Rancangan Pemulihan Tanah. Matlamat utama Rancangan Pemulihan Tanah atau RPT adalah
untuk menaik taraf kesejahteraan hidup penduduk RPT KESEDAR melalui projek
penaiktarafan infrastruktur asas serta penyediaan ameniti sosial bagi meransang pertumbuhan
kegiatan sosio-ekonomi. Sumbangan FELCRA dalam rancangan ini adalah melalui kejayaan
FELCRA menjayakan Projek Jalan Pertanian dan Projek Bekalan Air. Projek Jalan Pertanian
melibatkan pembinaan sebanyak 25 batang jalan sepanjang 26.3 km di Wilayah Gua Musang,
Wilayah Kuala Krai dan Wilayah Jeli. Projek Bekalan Air pula melibatkan usaha menaik
taraf bekalan air di RPT Peralla. Projek ini masing-masing menelan belanja sebanyak
RM985000 dan RM2000000.
Seterusnya adalah Rancangan Tanah Pinggir yang diusahakan oleh FELCRA.
Rancangan ini merupakan satu peluang kepada setiap penduduk desa dan luar bandar untuk
mendapatan tambahan pendapatan hidup. Mereka yang dipilih adalah penduduk desa yang
tidak memiliki tanah dan keluasan tanah yang dimiliki tidak ekonomi. Melalui rancangan ini,
masyarakat luar bandar dapat merapatkan jurang pendapatan dan meningkatkan taraf hidup
mereka. Peserta rancangan ini akan mendapat tanah seluas 6 ekar dan mengusahakan
tanaman Kelapa Sawit dan Getah. Mereka mendapat pulangan dalam bentuk saham yang
sama nilai dengan 6 ekar tanah tanaman sawit dan getah.
Rancangan ketiga FELCRA adalah Rancangan Tanah Belia FELCRA. Rancangan ini
dimulakan pada tahun 1972 dengan objektif untuk menyediakan peluang pekerjaan dan
haluan hidup kepada belia-belia di luar bandar. Melalui rancangan ini, belia-belia luar bandar
10

akan menjadi golongan masyarakat tani yang bertanggungjawab, moden dan progresif.
Kawasan tanah seluas 18964 ekar telah dibuka untuk rancangan ini. Peserta-peserta
rancangan ini diberi latihan-latihan insentif untuk menjadi seorang usahawan tani. Kerajaan
melalui FELCRA telah menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur kepada para
peserta dan aktiviti-aktiviti berkisarkan pertanian diterapkan dalam amalan kehidupan
seharian. Rancangan ini secara tidak langsung membuka tanah terbiar untuk dimajukan oleh
golongan belia pada masa itu dan kini menjadi salah satu sumbangan keuntungan dalam
KDNK negara.

Meningkatkan taraf hidup ekonomi masyarakat luar bandar.


Sejak FELCRA ditubuhkan sehingga kini, peserta FELCRA sudah mencecah seramai
93500 orang. Sebanyak RM3.1 billion dividen telah diagihkan kepada semua ahli.
Keuntungan ini membayar kembali hasil penat lelah para peneroka FELCRA. Di samping
keuntungan dividen ini, FELCRA turut membuktikan kejayaan mereka apabila berjaya
membayar cukai korporat sebanyak RM144 juta dan membayar kembali hutang kerajaan
sebanyak RM1 bullion daripada RM1.6 billion keseluruhan hutang. Situasi ini menunjukkan
FELCRA mampu menjana keuntungan dan membawa pulangan yang lumayan kepada
pesertanya. Secara tidak langsung, taraf ekonomi masyarakat luar bandar FELCRA semakin
meningkat.
Selain itu, FELCRA turut membuka peluang perniagaan kepada usahawan bumiputera
disesebuah kawasan pembangunan. Turut mengambil bahagian adalah Koperasi Peserta
Rancangan FELCRA dan Koperasi Peserta FELCRA Bhd.. Peluang perniagaan adalah seperti
memajukan sesebuah kawasan tanah untuk kegiatan ekonomi komersial melalui pertanian
dan penternakan terancang. Peluang perniagaan yang dibuka juga adalah bersifat projek guna
tanah yang besar seperti ternakan lembu dan kambing. Usaha FELCRA ini mendapat
sambutan memberansangkan kerana produk berasaskan daging dan tenusu mendapat
permintaan tinggi. Melalui usaha FELCRA ini, taraf kehidupan masyarakat luar bandar
semakin meningkat.

11

Membangunkan modal insan generasi kedua FELCRA.


FELCRA sentiasa berusaha untuk melengkapkan penguasaan ilmu dan pendidikan
anak-anak FELCRA melalui Yayasan FELCRA. Kemudahan kelas tambahan kepada pelajar
sekolah rendah dan menengah disediakan. Di samping itu, bantuan dalam bentuk biasiswa,
pinjaman dan insentif sebanyak RM300 turut diberikan kepada pelajar yang berjaya ke
institute pengajian tinggi.
Selain daripada bantuan berupa kewangan, FELCRA turut berusaha untuk
meramaikan lagi golongan pekerja profesional dalam kalangan warga anak-anak FELCRA.
FELCRA berusaha untuk melahirkan ramai pakar perubatan dalam bidang farmasi dan
pergigian. Oleh itu, FELCRA telah menjalankan kerjasama dengan 3 buah universiti di
Indonesia iaitu Universiti Sumatera Utara, Institut Teknologi Bandung dan Universiti
Penjajaran Bandung. Sebanyak RM4 juta telah diperuntukkan untuk menghantar 30 orang
peserta yang layak ke universiti-universiti ini untuk belajar dalam kursus perubatan.

12

4.0

ANALISA MASALAH SERTA ISU.

4.1

FELDA
Walaupun Rancangan FELDA dilihat sempurna dan menguntungkan orang melayu,

namun setiap organisasi pasti mempunyai kepincangan yang tidak dapat dielakkan. Berikut
merupakan kronologi isu dan kontroversi yang berkaitan dengan FELDA sejak
penubuhannya sehingga hari ini.
FELDA yang ditubuhkan bawah Akta Pembangunan Tanah 1956 telah menggunakan
modal permulaan sebanyak RM10 juta dengan membuka ladang getah di Ayer Lanas
Kelantan pada keluasan 16.2km persegi. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA
yang sulung dibuka, dengan 3.75 km persegi tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak
6,855.2 km persegi di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.

Demonstrasi Peneroka
Pada 24 Februari 2010, Mazlan Aliman iaitu pengerusi ANAK telah mengetuai
penyerahan memorandum kepada Suhakam dengan menuntut beberapa perkara yang tidak
puas hati. Antaranya ialah ;
1. Tidak berpuas hati dengan Akta Penempatan Berkelompok 1960
2. Tiadanya peluang pekerjaan di agensi Felda kepada anak peneroka.
3. Mendakwa berlakunya diskriminasi terhadap 25,000.
4. Wujudnya ugutan daripada Felda sendiri untuk menyingkirkan peneroka
daripada tanah rancangan.
5. Wang tanam semula RM17,000 tidak diterima.
6. Menuntut hak untuk mendapatkan lesen menjual minyak sawit dari MPOB.
7. Menuntut bantuan pelajaran.
8. Menuntut pinjaman kepada usahawan.

13

Ketidaktelusan Pengurusan FELDA.


Pada 16 Jun 2010 Datuk Ahmad Maslan telah membuat kenyataan kewangan Felda
yang dikatakan telah menurun daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM 1.35 bilion (2009).
Perkara ini dijelaskan oleh beliau disebabkan oleh penggunaan untuk kebajikan seperti tanam
semula (2 bilion), pinjaman rumah tanpa faedah (603 juta), tabung pembasmian kemiskinan
Sabah (253 juta) dan juga pembangunan ibu pejabat Felda (662 juta).

kewangan FELDA 2004-2009


tanam semula

pinjaman rumah tanpa faedah

tabung pembasmian
kemiskinan Sabah
pembangunan ibu pejabat

Rajah 1.
Namun apa yang menjadi persoalan adalah pemilikan aset Felda semakin meningkat daripada
RM 9.17 bilion (2004) kepada RM15.37 bilion (2009). Hal ini dipertikaikan oleh Datuk Zaid
Ibrahim supaya SPRM membuat siasatan ke atas Felda. Lebih memburukkan keadaan apabila
akhbar Suara Keadilan menulis bahawa Felda telah pun bankrap.

Aset Felda
Meningkat 6.2
Bilion
Kewangan Felda
Menurun 2.73
Bilion
Rajah 2.

14

Pecah Amanah.
Pada 9 Ogos 2010, Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah
RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan
terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Tuntutan itu
difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan
Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan. Mereka menamakan Felda dan
Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

GAMBAR 1

15

FELDA Disaman Peneroka.


Seramai 957 peneroka dari Felda Keratong 1 hingga 10, Rompin memfailkan saman
dan tuntut ganti rugi sebanyak RM525 juta berhubung penipuan serta pecah amanah terhadap
Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Dalam
tuntutan itu, peneroka menamakan Felda sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries
sebagai defendan kedua. Tuntutan itu berhubung pembayaran Kadar Perahan Gred (KPG)
kelapa sawit didakwa rendah sepanjang 17 tahun, di samping mendakwa Felda tidak
pulangkan kembali tandan buah busuk dan tidak berguna kepada peneroka.

Gambar 2

16

4.2

FELCRA.
Isu Tanah Kubur Orang Asli Bukit Empang Salong.
Satu insiden telah tercetus dimana sekumpulan kira-kira 20-30 Orang Asli telah

mengambil tindakan menghalang laluan masuk ke projek dengan mengunci palang pagar
jalan Risda yang digunakan oleh pemaju. tindakan itu diambil bagi memaksa pemaju
membayar tuntutan ganti rugi tanah kubur yang belum diselesaikan oleh pemaju.
Dalam isu di Bukit Empang ini, Apabila pemaju mula menjalankan kerja membersih
belukar, pada 25 April 2011, sekonyong-konyong beberapa Orang Asli daripada Kampung
Gumum membuat aduan polis menuduh pemaju menceroboh tanah mereka dan merosakkan
tanah kubur nenek moyang mereka.
Isu utama ialah tanah kubur dan kedua ialah dakwaan tanah tersebut hak mereka.
Daripada insiden tuntutan ini, terdapat beberapa perkara yang tidak masuk akal sama sekali
yang didakwa oleh Orang Asli. Tuntutan Orang Asli adalah satu perkara yang tidak masuk
akal. Ia hanya alasan bagi mereka untuk mendapatkan tanah bagi kawasan 'rayau' dengan
beralasan ada kubur. Telah menjadi trend mereka di seluruh negara untuk memaksa kerajaan
memenuhi kehendak mereka yang hanya berasaskan fiksyen semata-mata tanpa sebarang
fakta.

Gambar 3

17

Desakan Tuntut Pampasan.


Seramai 272 penduduk dari empat kampung di Gelang Patah, di sini, mendesak
kerajaan negeri segera menunaikan janji menyerahkan baki pampasan Felcra Tebing Runtuh
yang dianggarkan berjumlah hampir RM2.5 juta yang tertunggak sejak 17 tahun lalu. Empat
kampung yang terlibat adalah Kampung Pendas, Kampung Sungai Melayu, Kampung Tebing
Runtuh serta Kampung Danga.
Mereka mendakwa tanah mereka diambil alih oleh kerajaan sekitar tahun 1996 untuk
membangunkan kompleks pentadbiran Lerajaan Negeri Johor dengan menawarkan pampasan
RM70,000 bagi setiap 0.4 hektar seperti termaktub dalam perjanjian secara bertulis yang
dibuat. Bagaimanapun, mereka mendakwa menerima tidak sampai sebahagian daripada nilai
pampasan tanah masing yang mana melibatkan 2.4 hektar bagi setiap 100 penduduk,
manakala 172 penduduk sebanyak 1.6 hektar.
Penduduk, Jamilah Kosni dari Taman Nusa Perintis berkata, dia kecewa kerana
masalah itu tidak diselesaikan dan beberapa memorandum yang dihantar sebelum ini seolaholah dipandang sepi oleh kerajaan negeri. Saya hanya menerima RM173,000 dan menuntut
baki pampasan sekitar RM240,000 lagi. Perkara ini telah termasuk dalam perjanjian secara
bertulis yang pernah dibuat 17 tahun lalu. Bahkan kami pernah membawa perkara ini ke
mahkamah.
Terdahulu, 100 penduduk terbabit terdiri daripada peserta Felcra Kampung Tebing
Runtuh mengadakan demonstrasi secara aman memegang sepanduk masing-masing di
hadapan bangunan itu sekitar 10 minit sebelum menghantar memorandum kepada wakil
Menteri Besar.

Gambar 4.

18

Projek Lembu FELCRA Berskala Besar.


Bio-Valley Felcra Seberang Perak merupakan projek Felcra Bhd yang mendapat
liputan secara meluas setelah diwar-warkan oleh Pengerusi Felcra, Dato' Tajuddin Rahman.
Peruntukan sebanyak RM18 juta telah dikeluarkan oleh Felcra untuk membeli 800 ekor anak
lembu yang dianggarkan seekor anak lembu berharga RM22,000 sedangkan laporan yang
dibuat Felcra pembelian anak lembu dari luar negara hanya antara RM300 ke RM400 seekor
yang hanya melibatkan jumlah kos tidak sampai RM500,000. Malangnya projek ini indah
khabar dari rupa.
Peruntukan sebesar ini memberi keuntungan kepada peserta mahupun individu lain
yang hanya ingin mendapatkan keuntungan daripada projek yang dijalankan sedangkan
projek yang dijalankan tidak mencapai tahap yang disasarkan kepada peserta. Secara
logiknya peserta Felcra yang sepatutnya mendapat hasil dari keuntungan projek ini bukan
Pengerusi Felcra dan kumpulan tertentu yang hanya ingin mengaut keuntungan. Kepada
individu mahupun kumpulan yang terlibat dalam kegiatan menyalahguna peruntukan lembu
Felcra ini dinasihatkan supaya berhenti dari meneruskannya.

Gambar 5.

19

5.0

Kesimpulan.
Secara kesimpulannya, FELDA dan FELCRA telah banyak memberi sumbangan

kepada rancangan pembangunan tanah di luar Bandar dan memberi pelbagai manfaat dari
segi ekonomi, politik dan sosial. Manfaat tersebut diperolehi dari penoroka hinggalah ke
peringkat global apabila, pemasaran pelbagai hasil sawit dan getah dibawah tanah rancangan
FELDA dan FELCRA. Felda banyak memberi sumbangan kepada peneroka dan
menyediakan pelbagai skim dalam membantu generasi belia anak Felda.
Salah satunya ialah Felda membantu generasi kedua dan ketiga Felda atau belia-belia
dengan memperkenalkan Skim Insentif usahawan Felda (SIUF) khusus untuk meningkatkan
bilangan generasi kedua dan ketiga Felda dalam bidang

keusahawanan. Selain itu

pengeluaran sawit melalui Felda ini telah menjadikan Sawit sebagai sumber ekonomi yang
penting dalam menaikkan KDNK negara. Melalui sistem tanah rancangan ini, Felda juga
secara tidak langsung membantu industri hiliran yang berkaitan dengan pengeluaran bahanbahan berasakan sawit. Industry hiliran bermaksud Felda sebagai penggerak industry hiliran
dalam pembungkusan, pembuatan label penjualan produk sawit dari Felda.Felda juga
berfungsi untuk memulihkan dan memajukan rancangan tanah negeri dengan membuka
kawasan-kawasan pertanian baru. Membangunkan kawasan luar bandar melalui Dasar
pertanian Negara. Dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Felda juga memberi sumbangan dalam membuatkan tanah-tanah didesa diteroka dan
penggunaan tanah yang optimum dalam menyediakan sumber ekonomi setempat dalam
bidang pertanian ladang. Hutan-hutan primer diteroka dan dijadikan hutan sekunder, iaitu
hutan tahap kedua yang mempunyai pokok-pokok getah, kelapa sawit sebagai tanaman
komersil. Jadi, keseluruhannya, Felda telah berfungsi untuk memulihkan dan memajukan
rancangan tanah negeri dengan membuka kawasan-kawasan pertanian baru, Felda turut
membangunkan semula tanah pertanian kepada bukan pertanian. pengambilan semula tanahtanah pertanian untuk aktiviti pembangunan seperti perindustrian, perniagaan, perumahan,
pentadbiran, dan pelancongan yang semestinya memberi banyak peluang pekerjaan kepada
masyarakat desa setempat. Dengan ini, dapat juga meningkatkan ekonomi masyarakat desa.
FELCRA juga turut memberi sumbangan Sehingga kini, apabila Pada 23 Mei 1997,
FELCRA Berhad telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan no. pendaftaran
432483U sebagai sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan
(Diperbadankan). Pengkorporatan FELCRA mulai 1hb. September 1997 telah ditukar nama
20

kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada
sebuah Syarikat Milik Penuh Kerajaan. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA
Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan
nasional. Hal ini jelas apabila kewujudan FELCRA ini telah menambahkan lagi inisiatif
ekonomi kepada penduduk dibawah pengelompokan ini. Dengan penceburan bidang
perdagangan, FELCRA Berhad telah menubuhkan 18 buah anak syarikat yang melibatkan 11
buah anak syarikat milik penuh dan 7 buah anak syarikat usahasama. Dengan penubuhan
anak-anak syarikat ini, perniagaan kumpulan FELCRA Berhad telah berkembang dengan
pesat dengan urus niaga yang telah melebihi RM3 bilion setahun. Bilangan kakitangan juga
telah meningkat seramai 3,200 orang. Begitu juga dengan produk-produk yang dikeluarkan
oleh kumpulan FELCRA Berhad telah mula memasuki pasaran dalam negeri dan juga
antarabangsa telah menjadikan FELCRA berjaya dalam membantu perkembangan keamjuan
tanah di luar bandar. FELCRA juga mempunyai perancangan hala tuju mereka dalam pelan
transformasi mereka. Pelan transformasi tersebut salah satunya ialah penstrukturan korporat
ke arah sebuah syarikat yang kukuh yang tidak hanya berorientasikan pulangan daripada
perladangan sebagai core business semata-mata. Penjimatan kos pengurusan boleh
dilaksanakan

dengan

mengambil

langkah

dasar

penstrukturan

semula.

Cadangan

penstrukturan baru dan pembahagian bahagian-bahagian mengikut fungsinya pada dua


komponen utama iaitu Commercial yang bersifat keuntungan dan Corporate Social
Responsibility (CSR). Fungsi FELCRA sejajar dengan proses transformasi yakni berjalan
serentak perlaksanaaan peranannya sepertimana aspirasi kepimpinan kerajaan kini.
Akhir sekali, FELDA dan FELCRA melakukan perubahan dari semasa ke semasa.
FELDA dan FELCRA perlu memiliki kelebihan bersaing dalam pasaran antarabangsa. Daya
saing syarikat mesti dipertingkatkan melalui pembangunan modal insan. Selaras dengan itu,
kepimpinan dalam pengurusa FELDA dan FELCRA mestilah bersifat dinamik dan
akomodatif. Ini amat penting bagi memastikan FELDA dan FELCRA mampu berhadapan
dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat. Globalisasi dalam
perdagangan antarabangsa juga memerlukan seluruh masyarakat yang terlibat dalam FELDA
dan FELCRA berinteraksi dengan pelbagai pihak yang mempunyai pelbagai latar belakang
budaya. Hal ini dapat meluaskan lagi pasaran global hasil dari FELDA dan FELCRA. Jadi,
Felcra dan Felda telah memberi sumbangan dari pelbagai segi dalam ekonomi, dan sosial.

21

6.0

Bibliografi.

Buku dan Journal


Ambrin Buang(1990). Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia-Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Institut Tadbiran Awam Negara
Chai Yoeng dan Darmindar(2007). Geografi. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi
Sdn.Bhd.
Jahare Abu Bakar(2013). Artikel Felcra Berhad Pemangkin Pembanguana Luar Bandar
Lukman Z. Mohamad(2002). Impak Pembangunan Kualiti Hidup dan Persekitaran. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Nik Hashim Nik Mustapha(1996). Perancangan Pembangunan Pertanian di Malaysia.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
Sulung Muhamad(1985). Petempatan FELDA Perspektif Perancangan Bandar dan Desa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Yusof Ismail(2008). Dasar-Dasar utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: A.S.Noordeen

Rujukan dalam Talian


Asan Ali Golan Hassan(2007).Atasi Cabaran Baru FELDA.(Online)Diperolehi pada 12 Mac
2014 dari Laman Web http://feldaholdings.com/content.php?lang=BM&h=1821
Portal Rasmi Felda Tenggaroh 1(___).Bantuan dan Pinjaman kepada Peneroka.(Online).Diperolehi
pada 12 Mac 2014 dari Laman Web http://feldatenggaroh1.wordpress.com/felda/bantuan-danpinjaman/
Yayasan Felcra(_____).Yaysan Felcra.(Online)Diperolehi pada 12 Mac 2014 dari Laman Web
http://www.felcra.com.my/documents/10157/d6c537f6-90e2-4d95-a5e9-71ec81705da3

22

You might also like