Lari Berganti-Ganti

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

WAJ3112

KOKURIKULUM OLAHRAGA

LARI
BERGANTI-GANTI
RANDY RUSLI

YOBIUM RESSEY

CIRI- CIRI PELARI


Pelari Pertama
Pelari pertama haruslah mempunyai permulaan yang
baik sambil tangan memegang baton, dan
berkeupayaan berlari di selekoh. Selalunya pelari
pertama adalah pelari kedua terbaik dalam satu
pasukan. Ketiga-tiga aspek ini penting kerana
dibandingkan dengan pelari lain, pelari pertama akan
berlari lebih jauh bersama baton. Ia juga akan menjadi
pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama
berkemampuan berlari dengan baik.

Pelari Kedua
Pelari ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan
pantas pada garisan lurus. Dia juga mestilah bijak
daripada segi menerima dan menghantar baton.
Selalunya, jika pelari pertama membawa baton pada
tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima
baton pada tanagan kiri. Namun ini bukanlah satu
syarat.

Pelari Ketiga
Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah kebolehan dabn
berkemampuan berlari di selekoh dan menerima baton
menggunakan tangan kanan jika pelari kedua
memberikannya menggunakan tangan kiri, atau
sebaliknya. Daripada segi keupayaan, biasanya pelari
ketiga terpantas dalam pasukan diletakkan sebagai
pelari ketiga. Satu lagi aspek penting ialah
keupayaannya berlari di selekoh

Pelari Keempat
Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam
satu-satu pasukan kerana pada bahunyalah terletak
keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah keputusan
yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan lari bergantiganti 4x100 meter. Pelari ini haruslah berkebolehan
berlari di garisan lurus. Walaupun daripada segi jarak
larian sebenar, pelari terakhir ini adalah terpendek,
namun daripada segi kepantasan dan kelajuan, ia amat
penting.

KEDUDUKAN PELARI
Pelari pertama
a) Gunakan blok permulaan.
b) Berlari mengikut isyarat (pistol) dibunyikan oleh
pelepas.
c) Berlari pada selekoh pertama.
d) Membawa baton pada tangan kanan.

Pelari kedua
a) Bersedia dan mula berlari dalam keadaan berdiri.
b) Berlari dalam lorong yang lurus.
c) Membawa baton pada tangan kiri atau boleh
menukarkannya semasa berlari ke tangan kanan.
d) Berlari dalam lorong sendiri.
e) Menerima baton dalam zon pertukaran.

Pelari ketiga
a)Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.
b)Berlari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua.
c)Membawa baton pada tangan kanan.
d)Berlari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari keempat
a)Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.
b)Berlari dalam lorong yang lurus dan lorong sendiri.
c)Membawa baton pada tangan kiri atau ditukarkan
pada tangan kanan semasa berlari.
d)Menyerahkan baton kepada pegawai bertugas.

CARA MEMEGANG BATON


(permulaan larian)

TEKNIK PENUKARAN BATON


Gaya selang seli tanpa pandang
pelari yang sedang menunggu akan mula berlari apabila
pembawa baton tiba
Pelari yang membawa baton akan memberikan isyarat
kepada pelari seterusnya
Pelari seterusnya akan menghulurkan tangan untuk
menerima baton
Pelari seterusnya menerima baton dan meneruskan
larian

Gaya selang seli cara pandang


Semasa pertukaran baton, pelari yang menerima baton
akan memandang ke belakang dan memerhati
pemberian baton kepadanya

TEKNIK HANTARAN BATON


Hantaran Atas
1. Pelari dengan baton menghayun batonke bawah
untuk memukul tapak tangan penerima yang terbuka.
2. Penerima memegang hujung baton
semasamenerimanya.

Hantaran Bawah
1. Pelari dengan baton menghayun baton ke atas tangan
penerima yang terbuka dalam bentuk V yang
dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima.
2. Penerima memegang bahagian hujung baton yang
berhampiran dengan tangan pelari penghantar.
3. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang
masuk.

You might also like