Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengenalan

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu
perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo"
yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada
pesakit.

Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau

masalah tubuh badan dan sebagainya. Terapi (dalam Greek :), atau disebut juga
sebagai rawatan, merupakan percubaan pemulihan untuk masalah kesihatan, biasanya
selepas satu diagnosis dijalankan. Dalam bidang perubatan, ia adalah sinonim dengan
perkataan "rawatan".
Dalam ahli psikologi, istilah ini boleh merujuk khusus untuk psikoterapi atau "terapi
Perbincangan". Terapi pencegahan atau terapi profilaktik adalah rawatan yang bertujuan
untuk mencegah penglibatan perubatan daripada berlaku. Sebagai contoh, banyak vaksin
mencegah penyakit berjangkit. Terapi gagal (abortive therapy) adalah rawatan yang
bertujuan untuk menghentikan keadaan perubatan dari maju apa-apa lagi. Ubat-ubatan
yang diambil pada tanda awal penyakit, seperti sakit kepala atau migrain, adalah satu terapi
yang gagal. Overtreatment adalah overutilization, ialah rawatan yang tidak perlu atau tidak
seimbang dengan keadaan penyakit. Kesan terapi dipanggil sebagai kesan terapeutik.
Kesan ini memberi kesembuhan dan pemulihan terhadap pesakit. Walau bagaimanapun,
jika terdapat kesan buruk melebihi kesan terapeutik dalam sesuatu terapi, inilah yang
dipanggil kesan sampingan. Kesan sampingan ini akan menyebabkan pesakit berhenti
daripada meneruskan sesi terapi atau rawatan. Kesan buruk biasa termasuk perubahan
dalam berat badan, perubahan dalam tahap enzim , kehilangan fungsi, atau patologi
perubahan yang dikesan pada tahap mikroskopik, makroskopik atau fisiologi Menurut kamus
perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit
yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan
mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang
murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam
konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan
khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan
ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau
psikomotor. Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi
dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

REFLEKSI KERJA KURSUS


TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
DG RAFIDAH PINTI PIUT
931219126464

Alhamdulillah, bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin dan inayahnya saya
telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Di dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya perolehi.
Namun begitu dalam proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah dan halangan
yang telah terpaksa hadapi. Namun dengan berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya saya
dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan berbincang bersama ahli kumpulan
dan menemui pensyarah sebagai tempat rujukan.
Secara umumnya, pada semester ini, kumpulan kami mempelajari topik yang
menerangkan kepada penggunaan terapi dalam Pendidikan Khas. Segala pengetahuan dan
kemahiran kaedah terapi ini disampaikan kepada pelajar secara teori dan amali. Selain itu,
menumpukan kepada perancangan aktiviti dalam pelbagai aktiviti di dalam terapi untuk
membentuk strategi pelaksanaan, dan melatih kemahiran terapi muzik, nyanyian,
pergerakan kreatif, drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiran terapi ini dilaksanakan di
dalam dan di luar institut. Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang
mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka.
Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya dan rakan saya telah banyak
menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang
juga cabaran dan dugaan yang kami terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun
berbekalkan semangat kecekalan, kami tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada
mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat
kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan
tersebut kami mula berbincang untuk membuat kerja kursus ini antara satu sama lain. Di
samping itu , saya dan rakan juga banyak bertanya dan berkongsi idea bersama-sama
dengan rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi
membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara
optimum. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian

teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran
yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan
mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi,
integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang
ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan,
masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai
potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan
oleh guru-guru ialah terapi.
Bagi tugasan projek berkumpulan untuk terapi muzik bersama Encik Johan,
alhamdulillah, kami mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak.

Dari peringkat

perbincangan bersama pensyarah pembimbing, kemudian membuat kertas kerja, surat


kepada penceramah, menyediakan hadiah hingga majlis ceramah berlangsung. Tugasan ini
memberikan dan mengukuhkan lagi pengetahuan kami untuk mengadakan majlis-majlis
rasmi, protokol sesebuah majlis dan penghasilan kertas kerja. Pada pihak saya selaku
pengerusi majlis juga, pengalaman ini sangat berharga untuk memperbaiki salah satu soft
skill yang penting sebagai nilai tambah untuk menjadi seorang guru.
Tugasan yang kedua, iaitu mereka rancangan pengajaran harian yang terdapat
terapi serta membentangkannya dihadapan pensyarah, banyak memberikan makna dan
ilmu yang berharga dalam diri saya untuk menjadi seorang guru di sekolah yang cemerlang
pada masa hadapan, InsyaAllah. Hal ini kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami
pelbagai cabaran dan rintangan seperti terpaksa mencari buku yang sesuai mengenai cara
membuat rancangan pengajaran dan mencari buku-buku berkenaan terapi dalam
pendidikan khas dan sebagainya.
Selain itu, dari segi pengurusan masa pula saya telah mengalami kebuntuan apabila
pada masa yang sama saya perlu menyiapkan tugasan-tugasan lain. Namun dengan jadual
yang telah saya buat akhirnya saya telah dapat menyiapkan dengan baik walaupun banyak
pengorbanan dari segi masa dan kewangan yang banyak dihabiskan.

Namun

tanggungjawab sebagai seorang pelajar, saya menerimanya sebagai satu cabaran yang
positif kepada diri sendiri. Hal ini kerana selagi bergelar sebagai seorang pelajar tidak dapat
tidak lari daripada tugasan. Kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat isi sagunya,
berakit- rakit kehulu, berenang- renang ke muara, bersakit- sakit dahulu, bersenang- senang
kemudian.
Dengan adanya tugasan sebegini pada semester ini, ia talah dapat menambahkan
pengetahuan baru dan berguna kepada saya untuk menduduki peperiksaan yang bakal tiba.
Selain itu juga, dengan pengetahuan yang baru saya perolehi ini menjadikan saya lebih

mahir dalam membuat rancangan pengajaran harian, menyelitkan unsur-unsur terapi dalam
PdP dan menyesuaikannya dengan kaedah- kaedah pengajaran yang sepatutnya serta
bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu,

dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan apabila menjadi
seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa menjadi seorang
guru nanti.
Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat
menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah kami
selama ini iaitu Puan Zizawati binti Fauzi, walaupun interaksi kami didalam kelas adalah
terhad kerana komitmen yang menghambat diri dimana pensyarah dan siswi pendidik
masing- masing menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk dengan tugas masingmasing namun isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil
daripada proses menyiapkan tugasan ini.

You might also like