12 Soalan Soalan2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

1

10

11

12

13

14

15

16

17

18

Pembinaan item soalan untuk menguji tatabahasa murid.


Pilih jawapan yang betul.
1. Suasana di pasar raya itu _______ dengan orang ramai kerana adanya
jualan murah pada hari itu.
A
B
C
D

hiruk pikuk
riuh rendah
semak samun
mundar mandir

2. _____ kelab Rukun Negara baru sahaja menghantar laporan


perjumpaan kelab minggu lepas kepada guru penasihat pagi tadi.
A Setiausaha
B Sediausaha
C Setia usaha
D Sedia usaha
3. Pemandangan itu ____ nian.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
A indah
B cantik
C hodoh
D menarik
Pilih jawapan yang paling tepat
4. Guru sedang _____ kertas soalan kepada murid-murid dalam dewan
peperiksaan.
A Beredar
B Pengedar
C Diedarkan
D Mengedar

19

5. Ali sedang ____ sementara Abu membaca majalah yang dipegangnya.


A Menari
B Mencuci
C Menjenguk
D Mengelamun
6. Penceramah memberi peluang kepada audien untuk mengemukakan
____ yang merupakan ___ bagi mereka sebelum menamatkan ceramah
sesi tersebut.
A ruang... ...kesukaan
B pandangan... ...cetusan
C kelebihan... ...kerisauan
D persoalan... ...kemusykilan
7. Pilih ayat yang betul.
A Encik Rosli kelemahan setelah sibuk bekerja sepanjang hari.
B Sifat Puan Aishah yang lemah lembut menjadikan beliau guru
kegemaran murid-murid di sekolah.
C Abu berlemah-lembut semasa berjalan agar tidak terlanggar
rakan-rakan lain yang sedang berlari-lari di koridor.
D Hamid ditegur oleh jurulatih kerana membuat hayunan bola
lemah lembut sewaktu latihan permainan sofbol semalam.
8.

Pilih ayat yang betul.


I
Apakah nama kamu?
II
Miza memelihara enam ekor kucing.
III
Sikap saling menghormati perlu disemai dalam jiwa anakanak sejak kecil lagi.
IV
Rancangan televisyen itu disediakan khas sempena Hari
Kemerdekaan tahun ini.
A.
B.
C.
D.

I dan II shj.
I dan III shj.
I, II dan III shj.
II, III dan IV shj.

9. Susun ayat di bawah mengikut urutan yang betul.


I
II

Baju yang berwarna cerah diasingkan daripada baju lain.


Rendam baju ke dalam air bersabun.
20

III
Keluarkan baju daripada air bersabun dan masukkan baju
ke
dalam
mesin
basuh.
IV Masukkan serbuk sabun ke dalam mesin basuh.
A I, III, II, IV
B II, I, III, IV
C III, IV, II, I
DIV, I , II, III

10.Pilih kata gabung yang tepat pembinaan kata majmuk pada dua ayat
berikut:
1. Alias sedang makan nasi.
2. Alias tercekik.

A
B
C
D

Dan
Atau
Semasa
Walaupun

11.Apakah sinonim bagi peribahasa berikut?

Bagai aur dengan tebing.


A
B
C
D

Seperti isi dengan kuku


Seperti anjing dengan kucing
Kerjasama membawa muafakat
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

12.
Sebagai askar,biar putih tulang jangan putih mata! kata
Komander yang tertawan itu.
Apakah maksud putih mata?
A
B
C
D

Buta
Dihina dan dimalukan
Mata menjadi besar dan bengkak.
Anak mata bertukar warna menjadi putih.

21

Ulasan soalan:
Soalan: 1 dan 2
Soalan 1 dan 2 merupakan soalan yang menguji aras pengetahuan. Kedua-dua
soalan ni menguji kebolehan calon untuk mengingat kembali ilmu bahasa yang telah
dipelajari. Pengetahuan fakta khusus telah diuji dalam dua soalan ini. Soalan 1
merupakan persoalan bersifat pengetahuan prinsip dan generalisasi dalam tatabahasa
bahasa Melayu. Soalan tersebut yang menguji dua jenis pengetahuan bahasa, iaitu
penggunaan betul prinsip penggandaan berentak dan makna kosa kata. Manakala
soalan 2 menguji tentang pengetahuan kriteria dalam penggunaan kata majmuk
golongan kata nama dalam bahasa Melayu. Soalan 2 menanyakan kata majmuk
berbentuk mantap dan ejaan tepat bagi kata majmuk tersebut. Jawapan yang diperlukan
oleh soalan boleh diperoleh dengan cara hafalan dan ingatan.

Soalan: 3 dan 4
Soalan 3 dan soalan 4 merupakan soalan yang menguji kebolehan calon
memahami serta menjelaskan fakta dan hukum bahasa yang telah dipelajari. Soalan 3
menguji tentang penggunaan kata adjektif yang paling sesuai dengan subjek soalan
yang diberikan. Manakala soalan 4 menguji tentang makna penggunaan pengimbuhan.
Murid yang memahami makna perkataan jawapan pilihan soalan 3 secara kontekstual
mampu menjawab soalan tersebut. Soalan 4 mampu dijawab oleh murid yang
memahami penggunaan pengimbuhan yang betul dan mengetahui makna kata terbitan
daripada pengimbuhan yang berbeza untuk melengkapkan makna ayat tidak lengkap
dalam soalan.

22

Soalan: 5 dan 6
Soalah 5 dan 6 merupakan soalan aplikasi iaitu soalan yang menguji kebolehan
calon menggunakan fakta, prinsip dan hukum bahasa berdasarkan konteks situasi
tertentu. Soalan 5 dan 6 menguji keupayaan calon untuk memilih penggunaan kata yang
paling sesuai berdasarkan keadaan soalan tersebut. Calon perlu mengetahui makna
setiap perkataan pilihan jawapan dan mengenalpasti makna konteks penggunaan setiap
perkataan. Hal ini demikian wujudnya perbezaan makna antara konteks penggunaan
pilihan jawapan meskipun mereka merujuk kepada perlakuan yang sama. Untuk soalan
5, konteks penggunaan perkataan dijelaskan dalam bentuk grafik. Meskipun pilihan C
dan pilihan D merujuk kepada pergerakan yang membabitkan penglihatan mata, namun
makna konteks penggunaannya berlainan. Untuk soalan 6, situasi digambarkan
menggunakan frasa kunci iaitu penceramah dan audien dalam menggambarkan situasi
penggunaan kata dalam soalan 6.

Soalan: 7 dan 8
Soalan 7 dan 8 merupakan soalan aras analisis. Aras soalan ini menilai
kebolehan calon untuk membanding, menghuraikan, membezakan dan menghubungkan
faktor-faktor dalam ayat soalan dalam bentuk tatabahasa yang baku. Kedua-dua soalan
menanyakan struktur ayat gramatis. Calon perlu menganalisis faktor-faktor atau elemen
tatabahasa dan kosa kata dalam ayat-ayat yang terdapat pada soalan dan
mengenalpasti perhubungan antara faktor tersebut mematuhi peraturan tatabahasa
bahasa Melayu baku. Hanya terdapat satu ayat betul dalam soalan 7 dan 8 tetapi calon
tidak diberikan kepastian mengenai jumlah ayat tepat pada pilihan ayat-ayat yang
berikut. Calon perlu mencerakin bahagian-bahagian soalan dan membandingkan
penggunaan tatabahasanya dengan peraturan penggunaan bahasa Melayu baku untuk
mendapatkan jawapan.

23

Soalan: 9 dan 10
Soalan ini berbentuk soalan aras sintesis. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff
(1983), kebolehan calon untuk menggabungkan pecahan-pecahan kepada sesuatu yang
besar dan baharu diuji dalam aras sintesis. Soalan-soalan tersebut merupakan soalan
pengujian kemahiran kognitif pengeluaran satu perutusan unik dan pengeluaran satu
cadangan. Soalan 9 merupakan soalan yang menguji pengeluaran satu perutusan unik
kerana calon diminta untuk menyusun semua idea-idea yang bercelaru susunannya
kepada proses yang bermakna kepada pembaca. Kata kunci aras sintesis yang
digunakan pada soalan 9 ialah susun. Soalan 10 merupakan soalan sintesis menguji
keupayaan menggabung ayat murid. Calon diminta untuk menganalisis jenis dan makna
ayat serta memilih kata hubungan yang betul untuk menghasilkan kata majmuk yang
betul dan tepat.

Soalan: 11 dan 12
Dalam soalan aras penilaian Blooms, calon akan dinilai kebolehannya menilai,
mengkritik dan memberi pendapat tentang sesuatu penyataan, prinsip, teori dan
sebagainya. Bagi soalan 11, murid perlu mengetahui makna dan menilai makna bagi
setiap pilihan jawapan yang diberikan. Jawapan dengan makna yang paling sesuai akan
dipilih. Dalam soalan tersebut, terdapat satu pengganggu yang mempunyai makna yang
hampir sama tetapi berlainan konteks. Dengan ini, murid perlu mentafsir makna
peribahasa dan memberikan jawapan yang memiliki makna yang sama dalam konteks
yang sama. Untuk soalan 12 pula, murid perlu mentafsir makna putih mata daripada
peribahasa tersebut. Putih mata merujuk kepada gaya pandangan berunsur penghinaan
manakala putih tulang merujuk kepada kereputan daging badan dan tinggalnya tulang.
Tafsiran makna frasa putih mata dapat ditafsir melalui penggambaran visualisasi.
Dengan kata lain, murid akan melalui aras penilaian dengan menjawab soalan-soalan
yang disediakan.

24

You might also like