Professional Documents
Culture Documents
ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan
ASAS SENI REKA & Prinsip Rekaan
A. UNSUR SENI
1. Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang
mempunyai jarak tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan
untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Contoh-contoh Garisan
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu
dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan
keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan
objek-objek di persekitaran dengan seni visual.
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik
permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala,
penapis dan sebagainya.
jenis-jenis garisan
Fungsi Garisan
1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan
perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap
semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih
tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah
menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)
Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya
karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan
2. Rupa
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
- Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid,
bulat dsb.
b- Rupa organik rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun,
buah, batu dsb.
-Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a- Rupa positif rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
b- Rupa negative ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
Contoh-contoh Rupa
A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
rupa
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lainlain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran
tertentu
rupa geometri
rupa geometri
2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun,
rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan
rupa organik
rupa organik
rupa positif
rupa negatif
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
3. Bentuk
- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada
satu permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu
boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang
digambarkan melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk
Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan
sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
seni origami
4. Jalinan
- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
- Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan
seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto
b- Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat
dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan
gambar foto.
Contoh-contoh Jalinan
Jalinan
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu,
kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan,
cetakan, gosokan dan sebagainya
Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang
tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
corak
4. Pengaliran air dan udara
jala ikan
gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas
hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya
hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut
bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan
sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada
permukaan kertas.
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan
dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan
jalinan sentuh
kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan
seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain
5. Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua
objek, atau rongga dalam sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk
konkrit
b- Ruang tampak ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak
seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)
LUKISAN PERSPEKTIF
LUKISAN PERSPEKTIF
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3
cara
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap
6. Warna
- Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan
dengan campuran warna lain)
b- Warna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau Biru +
Kuning, Jingga Kuning + Merah dan Ungu Merah + Biru)
c- Warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
- Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna
sekeluarga, selesa dan seimbang)
b- Warna penggenap warna yang bertentangan dalam roda warna
(menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton
(daripada terang kepada gelap)
- Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau
pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan,
perang, meriah dsb)
b- Warna sejuk warna antara hijau hingga ungu pada roda warna
(menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)
PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk
menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual
1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak
unsur seni yang sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau
bercanggah dalam sesuatu gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan
bahan yang berlainan
3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol,
kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
dan mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang
kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat,
tarikan dan tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan
atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah
pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua
bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan
5. Irama dan Pergerakan
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun,
berpancar, bersinar-sinar dsb
- Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup
dan realistic terhadap sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea
yang berbeza dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan
dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni
seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur
dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan
selesa
SENI HALUS
A. LUKISAN
1. Pengenalan
- Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
- Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil,
krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya
- Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan
2. Teknik-teknik lukisan
- Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan
berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur
- Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik
campuran
3. Proses melukis
- Pilih objek yang hendak dilukis
- Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya
- Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan
- Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut
- Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang
B. CATAN
1. Pengenalan
- Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah
- Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat minyak
(cat kilat)
2. Sejarah catan
- Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba
- Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak, pelukis yang
terkenal ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya Mona Lisa
- Zaman Baroque dan Rococo abad ke-17 hingga 18
- Zaman Romantik dan impression abad ke 19 mengutamakan gaya Impressionisme,
C. ARCA
1. Pengenalan
- Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai
estetikanya
- Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai
2. Jenis-jenis arca
a- Arca Berfungsi arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu
seperti patung berhala untuk disembah
b- Arca Estetika arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya
3. Bahan binaan arca
- Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-
bahan tersebut
4. Teknik membina arca
a- Arca luakan memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian
tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil
b- Arca binaan satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk
hasil yang dikehendaki
c- Arca asemblaj menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb
untuk membentuk sesuatu yang menarik
d- Arca acuan dibuat dengan menuang bahan seperti plaster of paris, lilin, simen, tanah
liat dsb ke dalam acuan
e- Arca timbulan bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang
biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis
f- Arca bergerak/mobail/kinetik arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat
daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan
g- Arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan
dinding, meja atau digantung pada siling
h- Arca gabungan gabungan beberapa jenis arca di atas
D. CETAKAN
1. Pengenalan
- Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas,
kain atau bahan lain
- Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinanyang asli
2. Jenis-jenis cetakan
a- Cetakan timbul proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada permukaan
tapak cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan
b- Cetakan benam dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu
dilembapkan dahulu sebelum mencetak
c- Cetakan litografi menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan
minyak dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel
d- Cetakan gurisan asid menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk jaluran
parit
e- Cetakan saring sutera/stensil menggunakan pemidang kain sutera dengan
menggunakan kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto
3. Kaedah cetakan stensil
a- Kaedah kertas pendua imej digunting di atas kertas pendua
b- Kaedah profilem filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika diguna
untuk melekatkan filem laker pada pemidang
c- Kaedah skrin foto menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui proses
dedahan cahaya lampu (250W 500W) atau cahaya matahari
KOMUNIKASI VISUAL
A. REKA BENTUK GRAFIK
1. SENI GRAFIK
a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi
b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun
c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas
d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan lain-lain
adalah sebagai grafik
e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar, majalah,
pembungkusan, digital dan sebagainya.
2. RISALAH
a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi maklumat
b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga, beberapa
lipatan dan seperti buku
c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi, simbol dan
logo
d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel, dan
Sarkis
3. PEMBUNGKUSAN
a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar, disimpan dan
dipamer
b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak kayu dll
c. Fungsi pembungkusan ialah untuk:
i. Melindungi barangan
ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran
iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi
d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi
i. Jenama
ii. Keterangan
iii. Gambar / ilustrasi
iv. Logo, nama dan syarikat
4. LOGO
a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen, perkhidmatan dan
sebagainya
b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai maksud
tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat
c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna, campuran
dan sebagainya
5. SIMBOL
a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara
8. TIPOGRAFI
a. Seni menyusun atur huruf dan muka taip
b. Reka bentuk muka taip mesti sesuai dengan dengan tajuk, saiz, dan reka letak
c. Kategori muka taip
i. Muka taip peraga untuk peragaan / paparan seperti iklan & bilbod
ii. Muka taip teks huruf yang kecil untuk bacaan umum seperti akhbar dan majalah
d. Jenis muka taip
i. Serif mempunyai serif / corak pada bahagian atas dan bawah seperti ABCDEFG (Times
New Roman)
ii. Sans serif - tidak mempunyai serif seperti ABCDEFG (Arial Black)
iii. Kursif berbentuk tulisan tangan seperti ABCDEFG (Monotype Corsiva)
iv. Dekoratif bergaya & mempunyai hiasan seperti ABCDEFG (Jokerman)
9. ILUSTRASI
a. Ilustrasi ialah gambar lukisan / catan untuk menyampaikan mesej dengan lebih lebih jelas
dan singkat
b. Biasanya hadir bersama artikel / akhbar & majalah
c. Jenis-jenis ilistrasi
i. Ilistrasi alam contoh proses percambahan biji benih
ii. Ilistrasi fesyen fesyen pakaian
iii. Ilustrasi perubatan organ manusia
iv. Ilustrasi seni bina pelan bangunan
v. Ilustrasi maklumat carta / graf
vi. Ilustrasi penerbitan buku, kad ucapan, majalah dan sebagainya
d. Ciri-ciri ilustrasi yang baik
KRAF TRADISIONAL
TEKAT
D. TEKAT
1. PENDAHULUAN
- Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas atau perak yang dijahit pada kain
dasar baldu
- Seni tekat juga dipanggil tuji tumbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan.
- Barang yang biasanya di tekat ialah alas tempat tidur, muka kasut pengantin, kipas
pengantin, baju pengantin, tudung saji, bekas barang kemas dan bekas perhiasan
2. CIRI-CIRI TEKAT
i. Baldu dan benang emas
ii. Sulam penuh
iii. Sulam pahat
iv. Tekat timbul benang emas dan perak
v. Tekat gubah ( tidak menggunakan mempulur )
UKIRAN KAYU
C. UKIRAN KAYU
1. PENDAHULUAN
Ukiran kayu tradisional adalah hasil kreativiti orang Melayu yang masih lagi dapat dilihat
pada seni bina istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot serta barangan
kegunaan harian.
Antara ukiran kayu yang masih dapat dilihat ialah:
i. Istana Kenangan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
ii. Istana Balai Besar, Kedah
iii. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan
iv. Masjid Kampung Keling, Melaka
v. Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan
2. UNSUR CORAK UKIRAN TRADISIONAL
i. Unsur fauna motif ayam berlaga, motif itik pulang petang, motif badak mudik
ii. Unsur flora motif bunga raya, pucuk kacang, bunga melur, bunga ketumbit
iii. Unsur kosmos motif awan telipuk, motif semayang, motif awan larat, matahari
iv. Unsur geometri dibuat pada alang pintu, tebar layer, dinding
v. Unsur kaligrafi berdasarkan tulisan Arab atau tilisan Jawi
ANYAMAN
B. ANYAMAN
1. PENGENALAN
Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring helaian buluh, rotan, lidi, bertam,
mengkuang, pandan dan sebagainya. Antara contoh anyaman ialah tudung saji, bakul rotan,
nyiru, bubu, lekar dan kampit.
2. ALAT YANG DIGUNA
i. Parang untuk menetak pangkal daun
ii. Pisau membuang empulur dan duri
iii. Pelurut dibuat daripada buluh untuk melembutkan daun
iv. Tempayan untuk merendam daun
v. Bekas besar untuk mencuci
vi. Periuk untuk merebus
vii. Dapur - diguna dalam proses mewarna
viii. Jangka untuk membelah daun menjadi helaian yang dikehendaki
ix. Penyisip untuk menyisip lebihan helaian daun supaya tidak terburai
3. PROSES MEMBUAT ANYAMAN
Ambil daun di waktu pagi / petang -> Potong bahagian pangkal -> Susun 3 5 helai ->
Buang empulur -> Melayur daun di atas bara api -> Mengjangka daun -> Melurut daun ->
Ikat menjadi tongkol -> Rendam dalam air biasa 2 hari 2 malam untuk melunturkan warna
hijau daun ( air perlu ditukar 2 kali sehari ) -> Jemur hingga kering -> Proses mewarna ->
Jemur semula -> Melurut daun sekali lagi -> Proses anyaman boleh dilakukan.
4. TEKNIK DAN PROSES ANYAMAN
i. Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman
ii. Pepeh / Lepih anyaman mati pada tepi tikar di akhir proses anyaman
iii. Sisip untuk mengelakkan anyaman terburai, alat penyisip buluh digunakan
iv. Kerat pisau tajam digunakan untuk mengerat lebihan / baki anyaman
5. KELARAI
Kelarai ialah corak atau motif pada sesuatu anyaman. Biasanya kelarai yang terdapat apada
anyaman adalah berasaskan flora, fauna, geometri, abstrak, nama tempat dan nama
pereka.
6. FUNGSI TIKAR
i. Tikar biasa alas tidur & untuk tetamu
ii. Tikar sembahyang sebagai sejadah
iii. Tikar parudan alas semasa memarut kelapa
iv. Tikar jemuran untuk menjemur padi
v. Tikar alas nikah diguna semasa upacara akad nukah
7. BENTUK TIKAR
Tikar terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu;
i. Badan
ii. Kepala tikar
iii. Bucu tikar
iv. Tepi tikar