Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Bab 5

AIR DAN LARUTAN

5.1 MENGANALISA CIRI


FIZIKAL AIR
Air wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.
Berdasarkan Teori Kinetik Jirim, air terdiri daripada
partikel sangat kecil dan tersusun dan bergerak
mengikut keadaannya yang tertentu. Bermaksud,
pada keadaan pepejal, susunan dan pergerakan
molekul air adalah tidak sama seperti pada
keadaan cecair.

Takat beku air


Takat beku air adalah suhu di mana air berubah
daripada cecair kepada pepejal.
Takat beku air = 0 C

Takat didih air


Takat didih air adalah suhu di mana air berubah
daripada cecair kepada gas.
Takat didih air = 100 C

5.2 MENGANALISA KOMPOSISI


AIR

Air ialah sebatian yang terdiri daripadaoksigen


dan hidrogen. Bagi setiap 1 molekul air, ada 2
atom hidrogen yang telah bergabung dengan 1
atom oksigen. Komposisi air atau kandungan air
ini boleh diuraikan semula kepada bahan asas nya
melaluiproses elektrolisis. Elektrolisis adalah
proses menguraikan elektrolit (dalam kes ini
adalah air) kepada komponen asalnya, iaitu
oksigen dan hidrogen.

Komposisi 1 molekul air yang terbentuk


daripada gabungan 1 atom oksigen dan 2
atom hidrogen

Elektrolisis adalah proses menguraikan elektrolit


(dalam kes ini adalah air) kepada komponen asalnya,
iaitu oksigen dan hidrogen.

5.3 MENGANALISA PROSES


PENYEJATAN AIR
Penyejatan adalah proses perubahan cecair
menjadi gas pada sebarang suhu di bawah takat
didih cecair itu. Kadar penyejatan bergantung
kepada beberapa faktor persekitaran seperti
kelembapan udara, suhu sekeliling, luas
permukaan dan pergerakan udara.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PENYEJATAN AIR
1) Kelembapan
Jika kelembapan tinggi, kadar penyejatan rendah (sebab banyak kandungan air
dalam udara)
Jika kelembapan rendah, kadar penyejatan tinggi (sebab sedikit kandungan air
dalam udara membolehkan penyejatan berlaku dengan lebih cepat)
2) Suhu Sekeliling
Jika suhu rendah, kadar penyejatan rendah (sebab molekul bergerak perlahan)
Jika suhu tinggi, kadar penyejatan tinggi (sebab molekul bergerak pantas)
3) Luas Permukaan
Jika luas permukaan kecil, kadar penyejatan rendah (sebab ruang yang kecil
membataskan air untuk tersejat dengan bebas)
Jika luas permukaan besar, kadar penyejatan tinggi (sebab ruang yang besar
membenarkan berlakunya penyejatan dengan lebih banyak)
4) Pergerakan Udara
Jika udara tenang, kadar penyejatan rendah (sebab molekul air terkumpul di
permukaan air) Jika udara bergerak, kadar penyejatan tinggi (sebab molekul air
yang tersejat akan tersebar dengan cepat ke persekitaran serta membolehkan
penyejatan berlaku lagi)

Persamaan dan Perbezaan Antara


Penyejatan dan Pendidihan
Persamaan
1) berubah daripada cecair kepada gas
2) menyerap haba
Perbezaan
1) Suhu
Penyejatan berlaku pada sebarang suhu bawah takat didih
Pendidihan berlaku pada takat didih (100 C)
2) Kawasan
Penyejatan berlaku pada permukaan sahaja
Pendidihan berlaku pada seluruh bahagian cecair
3) Kehadiran Gelembung Gas
Penyejatan tidak membentuk gelembung gas
Pendidihan membentuk gelembung gas
4) Haba
Penyejatan menyerap haba daripada persekitaran
Pendidihan menyerap haba daripada sumber pemanasan (api)
5) Kelajuan Proses
Penyejatan merupakan proses yang lambat
Pendidihan merupakan proses yang cepat

APLIKASI PROSES
PENYEJATAN
1) Mengeringkan Pakaian
2) Pengawetan hasil pertanian
3) Pemprosesan makanan

5.4 MENGANALISA LARUTAN


DAN KETERLARUTAN
Bagi menganalisa larutan, anda perlu tahu apa itu
pelarut dan zat terlarut. Jom kita tengok apa
definisi dan contoh bagi istilah yang telah
dinyatakan tadi

Larutan
Larutan adalah hasil campuran yang terbentuk
apabila zat terlarut melarut dalam pelarut
eg : Larutan gula
Zat Terlarut
Zat Terlarut adalah bahan yang boleh melarut
dalam cecair
eg : Gula
Pelarut
Pelarut adalah cecair yang boleh melarutkan
bahan
eg : Air

Larutan Cair, Larutan Pekat dan


Larutan Tepu
Air adalahpelarut universalyang dapat melarutkan banyak
bahan. Walaubagaimanapun, isipadu air yang tertentu
hanya dapat melarutkan zat terlarut dalam kuantiti yang
terhad.
Larutan Cair
Kandungan zat terlarut yang sedikit dalam pelarut
Larutan Pekat
Kandungan zat terlarut yang banyak dalam pelarut
Larutan Tepu
Kandungan zat terlarut yang berlebihan dalam pelarut

Keterlarutan
Keterlarutan memberi maksudkuantiti maksimumbagi sesuatu bahan
yang dapat dilarutkan dalam pelarut pada suhu yang tertentu. Faktor yang
mempengaruhi kadar keterlarutan adalah suhu pelarut, kadar kacauan dan
saiz zat terlarut.
1) Suhu Pelarut
Semakin tinggi suhu pelarut, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi
kerana lebih banyak zat terlarut yang boleh larut pada suhu lebih tinggi
2) Kadar Kacauan
Semakin tinggi kadar kacauan, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi
kerana proses mengacau dapat mempercepatkan lagi kadar melarut
3) Saiz Zat Terlarut
Semakin kecil saiz zat terlarut, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi
lebih cepat melarut kerana luas permukaan yang lebih besar

5.5 MENGANALISA ASID DAN


ALKALI
Asid dan alkali banyak digunakan dalam
kehidupan seharian kita. Kadang-kadang kita
memasak menggunakan cuka, iaitu bahan
berasid. Mencuci pakaian dengan menggunakan
sabun pencuci atau detergen yang beralkali. Jom
kita tengok perbezaan dan persamaan sifat bagi
asid dan alkali. Harus diingat, asid dan alkali
hanya boleh menunjukkan ciri-ciri mereka jika
berada di dalam air!

Perbandingan Sifat Asid dan


Alkali
Persamaan
1) Kedua-duanya larut dalam air
2) Bersifat mengakis jika pekat
Perbezaan
1) Rasa
Asid rasa masam, Alkali rasa pahit
2) Kertas Litmus
Asid menukarkan kertas litmus biru kepada merah, Alkali menukarkan
kertas litmus merah kepada biru
3) Nilai pH
Asid kurang daripada 7, Alkali lebih daripada 7
4) Tindakbalas dengan logam
Asid menghasilkan gas hidrogen, Alkali tidak ada tindakbalas

Peneutralan

Peneutralan adalah tindakbalas antara asid dan


alkali yang menghasilkan garam dan air.
asid + alkali -> garam + air

Aplikasi Peneutralan Dalam


Kehidupan Seharian
1) Ubat Gigi - Mencegah kerosakan gigi
Ubat gigi (alkali) meneutralkan asid yang dihasilkan oleh
bakteria dalam mulut
2) Syampu dan perapi - Menjaga kesihatan rambut
Syampu (alkali) perlu digunakan bersama Perapi (asid) untuk
penjagaan rambut
3) Sengatan serangga
Sengatan lebah (asid) dirawat dengan losyen kalamina (alkali)
Sengatan tebuan (alkali) dirawat dengan asid cair
4) Ubat Pencernaan - Merawat gastrik
Gastrik (asid) dirawat dengan susu magnesia (alkali)

5.6 MENGANALISA KAEDAH


PEMBERSIHAN AIR
Ada beberapa kaedah pembersihan air, antaranya
pendidihan, pengklorinan, penurasan dan
penyulingan. Masing-masing mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing-masing.Air
yang datang daripada sumber yang kita gunakan,
sama ada dari paip atau pun dari sumber sungai
dan lain-lain, merupakan air yang masih perlu
dirawat. Air mentah dari pelbagai sumber ini
perlulah menjalani kaedah pembersihan air
sebelum selamat untuk digunakan.

a) Penurasan
Kaedah penurasan
menggunakan beberapa
lapisan bahan (batuan,
pasir) sebagai penapis
semulajadi kepada air yang
mahu dibersihkan tersebut.
*Kebaikan : Air jernih dan
bebas daripada zarah
terampai
*Keburukan : Air masih
mengandungi
mikroorganisma dan bahan
terlarut

b) Pendidihan
Pendidihan dilakukan
dengan cara memanaskan
air sehingga mendidih, iaitu
sehingga mencapai takat
didih, 100 C.
Kebaikan : Air bebas
daripada mikroorganisma
hidup
Keburukan : Air masih
mengandungi zarah
terampai dan bahan
terlarut

c) Pengklorinan
Pengklorinan adalah cara
membersihkan air dengan
cara menambahkan klorin ke
dalam air tersebut bagi
tujuan untuk membunuh
mikroorganisma
Kebaikan : Air bebas daripada
mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih
mengandungi zarah terampai
dan bahan terlarut

d) Penyulingan
Penyulingan adalah melalui
proses dalam makmal dengan
radas yang disediakan seperti di
bawah dan menggunakan
konsep kondensasi gas kepada
cecair bagi menulenkan air
yang kotor.
Kebaikan : Air bebas daripada
mikroorganisma, zarah terampai
dan bahan terlarut
Keburukan : Tidak mengandungi
zat mineral yang berguna
kepada kesihatan badan

5.7 MENGANALISA SISTEM


BEKALAN AIR
Di Malaysia, bekalan air bersih adalah berasal
daripada air hujan yang terkumpul di sungai dan
mengalir ke empangan. Bekalan air kepada
pengguna adalah melalui satu sistem rangkaian
saluran paip yang membawa air dari loji
pembersihan air. Dalam sistem bekalan air, air
yang dirawat harus melalui 6 fasa pembersihan
sebelum dapat diedarkan kepada pengguna.

FASA PEMBERSIHAN AIR


1) Penapisan
Menyingkirkan bahan pepejal yang kasar seperti daun dan ranting
2) Pengoksidaan
Oksigen dilarutkan dalam air untuk menyingkirkan bau busuk
3) Penggumpalan
Alum ditambah untuk membentuk bahan mendak yang kasar
Kapur terhidrat ditambah bagi merendahkan keasidan air
4) Pengenapan
Mendakan, bakteria dan kotoran terampai tenggelam ke dasar tangki
5) Penurasan
Air dialirkan melalui lapisan pasir untuk menyingkirkan bahan pepejal yang lain
6) Pengklorinan dan Pengfluoridaan
Klorin dapat membunuh mikroorganisma.
Fluorida dapat mengurangkan pereputan gigi

5.8 MEMAHAMI PEMELIHARAAN


KUALITI AIR
Pemeliharaan kualiti air selalunya dikaitkan
dengan pencemaran air dan jenis-jenis bahan
buangan yang mencemarkan air. Justeru itu, kita
sebagai pengguna perlulah menggunakan air
dengan bijak dan melakukan perkara-perkara
yang sekurang-kurang nya boleh membantu
mengurangkan pencemaran air.

Jenis-jenis Bahan Yang


Menyebabkan Pencemaran Air
1) Bahan buangan industri
Sumber : Kilang industri
Kandungan : Ianya mengandungi sisa kimia atau sisa radioaktif
Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan manusia yang memakan hidupan tersebut
2) Bahan buangan domestik
Sumber : Kediaman
Kandungan : Sampah sarap dan air kumbahan
Kesan : Menghalang aliran air sungai, Kekurangan oksigen terlarut dalam air
3) Bahan kimia pertanian
Sumber : Ladang pertanian dan sawah padi
Kandungan : Baja kimia dan pestisid
Kesan : Pertumbuhan alga yang menjejaskan hidupan akuatik lain
4) Pengelodakan sungai
Sumber : Pembangunan dan penebangan hutan
Kandungan : Lumpur dan kelodak
Kesan : Mengakibatkan banjir kilat, Sungai semakin cetek
5) Tumpahan minyak
Sumber : Kapal tangki minyak
Kandungan : Minyak
Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan burung di kawasan laut berkenaan

Cara-cara Mengawal
Pencemaran Air
1) Bahan buangan dan sisa kimia tidak boleh
dibuang ke dalam sungai
2) Sampah dilupuskan secara sistematik oleh pihak
pelupusan sampah
3) Bahan beracun dari kilang hendaklah ditapis atau
dirawat sebelum disalurkan ke sungai
4) Penjualan pestisid diperketatkan
5) Bahan bukan organik hendaklah dikitar semula
6) Mempergiatkan usaha mendapatkan tenaga
biojisim daripada sampah sarap

You might also like