EDU 3102 Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

You might also like

You are on page 1of 140

KANAK-KANAK

BERKEPERLUAN
KHAS
Kategori

Kanak-kanak
berkeperluan khas
Ciri-ciri Kanak-kanak
berkeperluan khas
Implikasi terhadap pengajaran
dan pembelajaraan

PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas
Perkataan inklusif ini diambil dari perkataan Inggeris
inclusive, yang memberikan maksud merangkumi.
Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi
Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah
mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke
dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang
menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan
normal seperti murid-murid lain, tanpa mengira
status

ISU MENGENAI PEMBELAJARAN


INKLUSIF
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi muridmurid inklusif tidak disediakan.
Murid pendidikan inklusif pada sesi petang lebih
terabai kerana tiada guru khas bertugas pada sebelah
petang.
Ada sesetengah sekolah yang tidak membenarkan
murid inklusif menduduki peperiksaan UPSR kerana
dikhuatiri prestasi sekolah terjejas.
Kebanyakan Guru Besar tiada pendedahan mengenai
pengurusan pendidikan inklusif. Malah ada yang
tidak pernah dengar mengenai pendidikan ini.

MASALAH PEMBELAJARAN
Gargiulo M.R telah mengkategorikan kanakkanak berkeperluan khas kepada 9 kategori iaitu :
Terencat Akal (Mental Retardation)
Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning
Disability)
Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku
(Emocional or Behavioral Disorders)
Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and
Talented)

SAMBUNGAN.
Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and
Language Disorders)
Masalah Pendengaran (Hearing Impairment)
Masalah Penglihatan (Visual Impairment)
Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism
Spectrum Disorder)
Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan
(Physical or Health Disability)

MASALAH PEMBELAJARAN

Menurut Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian


Pelajaran Malaysia
Murid bermasalah pembelajaran dalah kanakkanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan
akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat
manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak
bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab
Kementerian Pelajaran Malaysia dalah seperti,
Sindrom Down, Autisme Ringan, Hiperaktif, Terencat
akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran, dan
kurang upaya dalam pembelajaran khusus.

TANDA-TANDA AWAL

Peringkat umur 4 hingga 6 tahun


Lambat

bercakap berbanding kanak-kanak lain.


Masalah penyebutan.
Lambat membentuk perbendaharaan kata dan sering
gagal menggunakan perkataan dengan betul.
Sukar membunyikan perkataan.
Sukar memberi tumpuan dan sentiasa resah gelisah.
Menghadapi masalah dalam interaksi dengan rakan.
Sukar mengikut arahan ataupun rutin.

Peringkat umur 6 hingga 7 tahun


Lambat

belajar hubung kait antara abjad dan bunyi.


Keliru dalam memahami perkataan kata dasar.
Sering melakukan kesilapan dalam membaca dan mengeja,
termasuk keliru dalam bentuk huruf yang hampir serupa.
Sukar mengingat fakta.
Sukar mempelajari kemahiran baru terutama yang
melibatkan hafalan.
Sering bersikap kelam kabut dan gagal membuat
perancangan.
Tidak dapat memegang pensel dengan betul.
Sukar mengingat masa.
Mengalami masalah koordinasi mata-tangan.
Kurang menyedari keadaan fizikal di sekeliling dan sering
melanggar sesuatu objek.

MASALAH KECACATAN FIZIKAL


Kecacatan fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyai
kecacatan ortopedik atau anggota badannya.
Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang
sendi atau otot yang menyebabkan pergerakan leher,
pinggang, tangan atau kaki menjadi lemah dan
kurang berdaya.
Kecacatan ini akan menjejaskan pencapaian
akademik, khasnya dalam pelajaran yang bergantung
kepada kecekapan anggota-anggota badan. Contohnya,
seni lukis, muzik dan pendidikan jasmani.

PUNCA

Kurang zat
makanan.
Kecederaan
disebabkan
kemalangan.

IMPLIKASI
a)Strategi

Guru perlu mengasingkan mereka daripada


murid lain yang mengganggunya.
Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan
pelbagai bahan yang tidak diperlukan.
Menyediakan masa di mana mereka dapat
bercakap dengan guru tanpa kehadiran orang
lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan
perasaannya.
Menggunakan pen dan pensil khas yang tidak
memerlukan tekanan yang kuat.

b)Objektif P&P

Meningkatkan keyakinan diri mereka.


Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran
istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanakkanak ini.
Membantu murid dalam menguasai kemahirankemahiran yang perlu mereka kuasai.

c)Perancangan Aktiviti

Memberi tugasan dengan kerap, tetapi ringkas.


Mengatur supaya rakan lain dapat membantu mereka
dalam situasi sosial pada masa-masa tertentu.

d) Bahan Bantu Mengajar

Bahan yang sesuai mengikut kecacatan fizikal yang


dialami.
Penggunaan pita suara.
Tayangan video.
Penggunaan buku teks elektronik yang dapat
membantu murid-murid ini memegang buku.
Menggunakan komputer apabila melibatkan
penulisan.

e)Motivasi

Beri ganjaran kepada mereka apabila menyiapkan


latihan yang diberikan.
Semak tugasan mereka secepat mungkin bagi
membolehkannya mendapat pengiktirafan segera.

f) Layanan

Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka.


Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya
sekiranya ada yang mengganggu perasaan mereka.

MASALAH PENGLIHATAN
Masalah penglihatan melibatkan individu yang
tidak pernah melihat, atau yang pernah melihat
beberapa tahun tetapi lama kelamaan
kehilangan penglihatan sedikit demi sedikit atau
keseluruhan.
Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan akan
belajar melalui deria sentuhan, pendengaran,
bau, dan rasa.

JENIS-JENIS MASALAH
PENGLIHATAN
1.
2.

Buta / langsung tidak


dapat melihat
Separa buta / kabur

1.Buta / langsung tidak dapat


melihat

Kanak-kanak ini menggunakan tulisan


Braille untuk membaca, dan
menggunakan tongkat untuk berjalan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) -Kebutaan


merupakan penglihatan yang kurang daripada 3/60
mata yang terbaik ataupun medan kelihatan kurang
daripada 10 setelah menerima rawatan ataupun
pembetulan biasa

2. SEPARA BUTA / KABUR

Memerlukan bantuan seperti


pemakaian cermin mata atau
mendapatkan rawatan doktor pakar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Rabun


ataupun dikenali medan penglihatan terhad
mempunyai penglihatan kurang daripada 6/18
sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik
ataupun medan penglihatan kurang daripada 10
sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Masih
dapat menggunakan deria penglihatan untuk
melakukan aktiviti seharian

8 KATEGORI MASALAH
PENGLIHATAN KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS
a. Astigmatisme (rabun).
b. Strabismus (juling).
c. Amblipia (mata malas).
d. Diplopia (nampak dua).
e. Glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan
urat saraf mata).
f. Albinisme (sensitif pada cahaya).
g. Myopia (rabun jauh).
h. Hyperopia (rabun dekat).

PUNCA

Baka

dan keturunan.
Komplikasi semasa hamil dan
semasa lahir.
Rubela.
Sifilis.
Kecederaan.
Penyakit.

TAHAP KECACATAN

Sederhana
Kanak-kanak masih boleh melihat cahaya dan
menjalankan aktiviti yang melibatkan deria
penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas
seperti kanta.
Teruk
Menyebabkan kanak-kanak memerlukan lebih
banyak masa dan tenaga dalam menjalankan
aktiviti yang berkaitan dengan penglihatan.
Sangat Teruk
Mengakibatkan kanak-kanak menghadapi
kesukaran dalam melakukan aktiviti visual seperti
membaca serta perlu bergantung dengan deriaderia yang lain.

TANDA-TANDA MASALAH
PENGLIHATAN

Rupa
Tingkah Laku
Aduan

Rupa

Bebola mata yang selalu


berputar-putar.
Mata yang selalu bergerakgerak.
Bahagian tepi mata berwarna
merah.
Mata selalu berair.
Mata yang terlalu sensitif pada
cahaya.

Tingkah Laku

Kerap berkelip.
Kerap menggosok mata.
Selalu menutup sebelah mata.
Selalu terlanggar objek.
Keliru dengan huruf.
Kerap menangis.
Meniru kerja rakan.
Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja,
contohnya untuk melihat papan tulis ataupun
objek.
Memegang buku atau bahan bacaan terlalu dekat
dengan muka.
Selalu mengerut atau mengecilkan mata.

Aduan

Penglihatan kabur.
Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening.
Nampak dua imej pada satu objek.
Sensitif pada cahaya.
Mata yang selalu gatal.

IMPLIKASI
a) Strategi
Guru perlu mengasingkan mereka daripada
murid lain yang mengganggunya.
Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan
pelbagai bahan yang tidak diperlukan.
Menyediakan masa di mana mereka dapat
bercakap dengan guru tanpa kehadiran orang
lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan
perasaannya.
Meletakkan murid-murid ini pada bahagian
hadapan dalam kelas.

b) Objektif P&P
Meningkatkan keyakinan diri mereka.
Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran
istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanakkanak ini.
Membantu murid dalam menguasai kemahirankemahiran yang perlu mereka kuasai.
Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya
sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal
dan menyertai sebarang aktiviti yang dilakukan.

c) Perancangan Aktiviti
Menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz
cetakan yang besar dan sesuai.
Menyediakan bahan bacaan yang jelas. Misalnya,
adanya perbezaan antara huruf dengan latar belakang
kertas, serta perkataan tidak terlalu banyak dalam
satu muka surat.
d) Bahan Bantu Mengajar
Penggunaan tulisan Braille bagi murid yang
menghadapi masalah penglihatan yang teruk.
Tayangan video.
Penggunaan pita suara.

e) Motivasi

Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku


yang
diingini yang ditunjukkan.
Memuji murid apabila mereka mendengar dan
mengikut arahan.

) Layanan

Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka.


Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya
sekiranya ada yang mengganggu perasaan mereka.

MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah Tingkah Laku
Disleksia
Autisme
Hiperaktif
Lembam (Slow Learner)
Terencat Akal Ringan
Pintar Cerdas

TANDA-TANDA AWAL MASALAH


PEMBELAJARAN
Peringkat umur 4 hingga 5 tahun.
Peringkat umur 6 hingga 7 tahun.

PERINGKAT UMUR 4 HINGGA


6 TAHUN
Lambat

bercakap, berbanding kanakkanak lain.


Masalah penyebutan
Lambat membentuk perbendaharaan kata
dan sering gagal menggunakan perkataan
dengan betul
Sukar membunyikan perkataan
Sukar memberi tumpuan dan sentiasa
resah gelisah
Menghadapi masalah dalam interaksi
dengan rakan
Sukar mengikut arahan ataupun rutin

PERINGKAT UMUR 6 HINGGA 7


TAHUN
Lambat belajar hubung kait antara abjad dan bunyi
Keliru dalam memahami perkataan kata dasar
Sering melakukan kesilapan dalam membaca dan
mengeja, termasuk keliru dalam bentuk huruf yang
hampir serupa.
Sukar mengingat fakta
Sukar mempelajari kemahiran baru terutama yang
melibatkan hafalan
Sering bersikap kelam kabut dan gagal membuat
perancangan
Tidak dapat memegang pensel dengan betul
Sukar mengingat masa
Mengalami masalah koordinasi mata-tangan
Kurang menyedari keadaan fizikal di sekeliling dan
sering melanggar sesuatu objek

MASALAH TINGKAH LAKU


Perlakuan

yang dimanifestasikan
secara konsisten dalam satu jangka
masa lama yang akan memberi
kesan buruk dalam perkembangan
pembelajaran murid dan seterusnya
menghalang mereka terlibat secara
aktif di dalam atau di luar bilik
darjah.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU


MINOR

tidak memerlukan guru


mengambil tindakan disiplin yang
serius/tindakan pemulihan
MAJOR termasuklah tingkah laku
bermasalah minor yang bertambah dari
segi kekerapannya dan jumlahnya yang
menggangu pembelajaran murid lain
KRONIK memerlukan
kaunseling/penggunaan teknik modifikasi
tingkah laku

KAEDAH MENGENAL PASTI MURID


YANG MEMPUNYAI MASALAH
TINGKAH LAKU
Kaedah

Berasaskan Ujian
Kaedah bukan ujian
- pemerhatian
- temuduga
- kaedah penyelidikan
Kajian Kes
Kajian Dokumen
Kajian Rentasan
Kajian Menegak

PENGURUSAN MASALAH
TINGKAH LAKU
Mengenal

pasti tingkah laku


bermasalah murid
Tentukan matlamat tingkah laku
yang diinginkan
Pilih strategi yang sesuai
Aplikasi strategi
Ubahsuai dan ubah strategi jika gagal
Aplikasi strategi baru secara
sistematik

TEKNIK PENGURUSAN
MASALAH TINGKAH LAKU
Alat

Pengukuran
Personal
Teknik Pencegahan
Tindakan
Pembetulan

IMPLIKASI TINGKAH LAKU


BERMASALAH KEPADA PROSES P & P
Mengawal

bilik darjah
termasuk mengurus
tingkah laku
bermasalah akan
menjamin keberkesanan
P & P. Jika ia tidak
diambil dengan serius
walaupun persediaan
dibuat dengan baik
objektifnya tidak akan
tercapai.

IMPLIKASI MASALAH TINGKAH


LAKU

Strategi

Menggunakan interaksi rakan sebaya dan kerjasama


sekerap yang mungkin supaya murid tidak perlu
duduk terlalu lama.
Menjalankan situasi main peranan dengan murid
tersebut.
Memberikan tugasan yang ringkas, tetapi kerap.
Menggunakan pelbagai teknik visual dan auditori
bagi menggalakkan rangsangan murid terhadap
pelajaran

Objektif

Meningkatkan

keyakinan kanak-kanak ini.


Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran
istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak
ini.
Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran
yang perlu mereka kuasai.

Bahan Bantu Mengajar


Menggalakkan

penggunaan komputer.
Menggunakan kad imbasan yang berwarna terang.
Menggunakan pita rakaman.

Perancangan Aktiviti
Memberi

tugasan yang ringkas, tetapi kerap.


Semak tugasan murid secepat mungkin dan serahkan
kembali bagi membolehkannya mendapat pengiktirafan
segera.
Mendedahkan mereka kepada aktiviti kumpulan kecil dan
besarkan kumpulan itu apabila mereka bersedia.
Menyediakan bahan yang sesuai dengan tahap kemahiran
mereka.

Motivasi

Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk


mengenal identiti sendiri.
Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku
yang diingini yang ditunjukkan.
Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut
arahan.

Layanan

Guru tidak membezakan mereka dengan murid yang lain.


Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka.
Membenarkan mereka menggunakan pelbagai alternatif
dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

MASALAH PERTUTURAN

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang


paling biasa dan memerlukan koordinasi di
antara alat artikulasi, pernafasan dan suara.
Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang
diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang
formal bertujuan untuk melahirkan idea dan
bertukar-tukar fikiran.

UNSUR-UNSUR PERTUTURAN

Suara terbentuk dalam 3 komponen iaitu:


Pitch

yang merujuk kepada tinggi rendah nada


suara.
Kekuatan atau kenyaringan suara
Kualiti suara.

Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi


pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai
sebahagian daripada aspek suara. Ada individu yang
mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang
suaranya lemah atau pun terlalu nyaring.
Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, pergerakan
lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragakagak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu
komunikasi.

KATEGORI MASALAH PERTUTURAN

1.

Masalah artikulasi
Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi
adalah mengeluarkan bunyi-bunyi pertuturan
yang abnormal, sehingga menyebabkan
percakapan menjadi tidak tepat atau
percakapan yang tidak sesuai.

MASALAH ARTIKULASI TERDIRI


DARIPADA PERKARA-PERKARA
BERIKUT :

Penggantian

terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan


digantikan dengan bunyi yang lain.
Misalnya, malan untuk makan, wabbit untuk rabbit.
Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang
masih belum matang.

Penambahan

Bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan


Misalnya, bawa disebut bawah atau bawuah

Penguguran

Melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu


bunyi konsonan.
Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah atau
akhir perkataan.
Contohnya : idung untuk hidung

Pengubahan

Terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh


menghilangkan maknanya.
Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa inggeris
misalnya perkataan sip disebut shlip
Sekirannya untuk perkataan susah, konsonan s disebut
dengan henbusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh
mengubah bunyi perkataan tersebut misalnya sssyusyah.

PUNCA MASALAH ARTIKULASI

Sumbing
Masalah pertuturan
Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar
bertutur dengan meniru pertuturan orang
dewasa
persekitaran

2. Masalah Suara
Pertuturan

sengau terhasil apabila udara dari paru-paru


yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluar
mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini
menjadi suara sengau atau seperti hidung tersumbat.
Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat
hanyalah bersifat sementara dan akan pulih apabia tekak
diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.

3. Masalah kelancaran
Gangguan

kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang


mempengaruhi kadar dan kelincinan pertuturan seseorang
Gagap adalah bentuk ganguan kelancaran pertutyran yang
biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut
sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat dan
diikuti ketengangan otot tekak.
terjadi akibat gangguan pernafasan berpunca daripada
penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna.

FAKTA YANG BERKAITAN DENGAN


GAGAP:
Gagap

sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap


kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi akan beransur-ansur
pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan
persekitaran.
Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita
Gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetic
keluarga.

CIRI-CIRI INDIVIDU YANG GAGAP:


Pertuturan tidak lancer kerana secara tidak sengaja
kerap mngulang-ulang menyebut perkataan dan
pemanjangan bunyi perkataan.
Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan
satu huruf yang sama
Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.
Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan
mengubah nada dan kadar pertuturan, memejamkan
matam mengulang suku kata, perkataan atau frasa
dan menggerakkan tangan semasa bertutur.

PUNCA MASALAH GAGAP:

Ketidakstabilan mekanisma neuromuscular untuk pertuturan


ketika peringkat awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak
sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum
bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan
pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang.
Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap
terutamanya persekitaran rumah yang tidak selamat dan
tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak
cukup di antara anak dan ibu bapa.
Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan,
dan mempunyai masalah kesihatan.
Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang
tersayang terutamanya ibu bapa, pengalaman yang
menakutkan dan menghidap sesuatu penyakit.
Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar
bertutur.
Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar
kemungkinan masalah gagap akan diturunkan kepada anakanak mereka.

IMPLIKASI

Strategi

Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan


pelbagai bahan yang tidak diperlukan.
Menyediakan masa di mana mereka dapat
berinteraksi dengan guru tanpa kehadiran orang
lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan
perasaannya.
Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid
lain yang mengganggunya.
Guru perlu mengetahui dan mahir dalam masalah
murid-murid ini.

Objektif P&P

Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran


yang perlu mereka kuasai.
Meningkatkan keyakinan diri mereka.
Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri
tanpa bergantung kepada orang lain.
Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran
istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak
ini.
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan
menyertai sebarang aktiviti yang dilakukan.

Perancangan Aktiviti
Membantu

kanak-kanak dengan menggunakan model yang


sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan
perlahan, atau menggunakan alat audio.
Aktiviti yang menekankan pendekatan yang melibatkan
pelbagai penggunaan deria.

Bahan Bantu Mengajar

Motivasi

Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku


yang diingini yang ditunjukkan.
Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut
arahan.

Layanan

Guru tidak membezakan mereka dengan murid yang lain.


Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka.
Membenarkan mereka menggunakan pelbagai alternatif
dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Memberi kanak-kanak masa yang mencukupi untuk
memberi respon.

MASALAH PENDENGARAN

Pendengaran adalah satu saluran penting bagi


manusia menerima bahan-bahan ilmu. Walaupun
manusia masih boleh belajar melalui deria lihat, bau,
sentuhan, cita rasa dan sebagainya namun deria
pendegaran memudahkan dan meyempurnakan proses
pembelajaran.
Masalah pendegaran bermaksud Ia adalah masalahmasalah yang menjejaskan komunikasi - masalah
bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh
orang lain.

KLASIFIKASI MASALAH PENDENGARAN

Hilang pendengaran jenis konduktif


Bunyi

tidak dapat bergerak dari telinga luar ke


telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau
kerosakan pada laluan ini.
Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak
jelas.
Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya
boleh dipulihkan secara perubatan atau
pembedahan.

Hilang Pendengaran jenis sensori neural

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau


laluan saraf pendengaran ke otak.
Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan
herotan dan masalah memahami pertuturan.
Masalah pendengaran ini selalunya kekal.
Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu
pendengaran.

Hilang pendengaran jenis campuran

Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan


sensorineural.

PUNCA MASALAH PENDENGARAN

jangkitan telinga kronik,


fakor keturunan,
kecacatan kongenital,
sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan
dadah ototoksik,
kecederaaan kapala,
jangkitan virus atau bakteria,
pendedahan kapada bunyi bising secara berpanjangan,
proses penuaan dan tumor.

Sebelum Lahir
Baka

yang disebabkan oleh gen.


Jangkitan semasa hamil, terutama oleh virus seperti
rubella, deman glandular dan selesema.
Si ibu mendapat penyakit yang berkaitan dengan
pemakanan seperti biri-biri dan kencing manis.
Semasa hamil, ibu mengambil dadah ataupun bahan kimia
seperti kuanin dan streptomycin.
Toksemia pada peringkat akhir kehamilan.
Kerap hamil.

Semasa lahir
Masa

lahir yang terlalu lama ataupun susah yang


menyebabkan tekanan yang kuat pada bahagian telinga.
Kelahiran tidak cukup bulan.
Kecederaaan semasa dilahirkan, terutamanya pada
bahagian telinga.
Penyakit hemolisis selalunya yang disebabkan oleh factor
Rh.

Selepas lahir

Kanak-kanak

menghidap penyakit berjangkit yang


disebabkan oleh bacteria dan virus seperti beguk dan
demam campak.
Kemalangan
Pengambilan antibiotic seperti streptomycin.
Terdedah pada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa
yang lama.

TAHAP KEHILANGAN PENDENGARAN

Kurang Pendengaran

Ringan (mild)

Sederhana (moderate)

Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB.


Memahami perbualan.
Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang
perlahan dan jauh.
Memerlukan terapi pertuturan.
Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB.
Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter
daripadanya.
Memahami perbualan.
Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas.
Memerlukan alat bantu dengar.
Memerlukan terapi pertuturan.

Sederhana teruk (moderate severe)

Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB.


Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran.
Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi.

Pekak

Teruk (severe)

Tahap kehilangan pendengaran antara 71-90 dB.


Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak antara
sifar-30.5 sentimeter daripadanya.
Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja.
Menghadapi masalah dalam pertuturan.
Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan
latihan pertuturan dan komunikasi.

Sangat teruk (profound)

Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB.


Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat
Memerlukan alat bantu pendegaran dan terapi
pertuturan.

Umur ketika kehilangan pendengaran


Kanak-kanak

yang hilang pendengaran sebelum


memperoleh kemahiran bertutur dan berbahasa adalah
dalam kategori pekak pralingual yang biasanya
menyebabkan masalah dalam pembelajaran. Kehilangan
pendengaran selepas dapat menguasai kemahiran bertutur
dan berbahasa diistilahkan sebagai pekak pascalingual.

TANDA-TANDA KANAK-KANAK
BERMASALAH PENDENGARAN

Kanak-kanak kurang member perhatian di dalam


kelas.
Kelihatan selalu berkhayal,
Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal.
Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang.
Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan
yang diberikan.
Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang
memerlukan kemahiran bertutur.
Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu
dilakukan.
Pencapaian dalam pelajaran lemah terutamanya yang
berkaitan dengan bahasa.

IMPLIKASI

Strategi

Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai


bahan yang tidak diperlukan.
Menyediakan masa di mana mereka dapat berinteraksi
dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka
berpeluang dalam menyatakan perasaannya.
Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain
yang mengganggunya.
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak
diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain.
Menggunakan bahasa isyarat jika ada murid yang
mengalami kecacatan pendengaran yang teruk.

Objektif P&P

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk


menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan
menyertai sebarang aktiviti yang dilakukan.
Meningkatkan keyakinan diri mereka.
Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran
yang perlu mereka kuasai.
Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri
tanpa bergantung kepada orang lain.
Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran
istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak
ini.

Bahan Bantu Mengajar


Penggunaan

komputer apabila melibatkan aktiviti

penulisan.
Tayangan video atau slide show.
Penggunaan alat bantu pendengaran seperti ear phone.

Motivasi

Gunakan

ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku

yang
diingini yang ditunjukkan.
Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut
arahan.

Layanan

Elakkan

daripada menjerit dan meninggikan suara kepada

mereka.
Tidak membelakangkan mereka semasa memberi sebarang
arahan ataupun ketika mengajar.
Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka.
Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya sekiranya
ada yang mengganggu perasaan mereka.
Menggunakan bahasa isyarat jika ada murid yang
mengalami kecacatan pendengaran yang teruk.

DISLEKSIA
Buta

huruf atau alexia.


Perkataan disleksia berasal dari 2 perkataan
Greek iaitu dys dan lexia.
Dys bermaksud kesukaran manakala lexia
bermakna perkataan.
Disleksia didefinisikan sebagai ketidakupayaan
memperoleh pengetahuan daripada proses
pembelajaran akibat kesukaran mentafsirkan kod
ayat.
Kanak-kanak ini menghadapi kesukaran dalam
membaca, menulis dan mengeja tetapi ramai yang
tidak menyedari hal ini dan menyangka kanakkanak itu malas, bodoh dan lembab.

Seorang

Profesor Berlin pada tahun 1887,


merangkap seorang pakar perubatan dan
ophalomotologist telah memperkenalkan
perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges,
1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam
kanak-kanak yang telah terima Pendidikan
Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa,
bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf
intelek (World Federation Of Neurology,
1968).

Selain

itu terdapat juga beberapa perkataan


lain yang berkaitan dengan Disleksia,
diantaranya ialah:-Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang
disleksia yang bermasalah dalam
pengiraan
ataupun matematik
-Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang
disleksis yang bermasalah dalam bahasa
-Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang
disleksis yang bermasalah dalam ko- ordinasi
moto-mata-tangan

JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia

visual (penglihatan)
Disleksia auditori
(pendengaran)
Disleksia visual-auditori

DISLEKSIA
VISUAL(PENGLIHATAN)
Berkaitan

dengan masalah kanakkanak dalam menggunakan deria


penglihatan.
Walaupun dapat melihat dengan
baik tetapi ia tidak dapat
membezakan apa yang dilihat
ataupun menginterprestasi serta
mengingatinya.

DISLEKSIA AUDITORI
(PENDENGARAN)
Berkaitan

dengan masalah kanakkanak dalam menggunakan deria


pendengaran
Walaupun boleh mendengar tetapi ia
mengalami kesukaran dalam
mendiskriminasikan bunyi,
membezakan persamaan dan
perbezaan antara bunyi, mengenal
pasti bunyi bagi perkataan ataupun
membahagikan perkataan dalam
suku kata.

DISLEKSIA VISUALAUDITORI
Kanak-kanak

dalam kategori ini


berada dalam keadaan yang agak
teruk kerana kedua-dua deria
penglihatan dan pendengaran tidak
dapat membantunya
menginterprestasi apa yang dilihat
dan didengar.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK
DISLEKSIA
Tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf
dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam
mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan
perkataan.
Suka mengurang atau menambah sendiri perkataan
ketika sedang membaca.
Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf
"p" dianggap "q" dan huruf "b" dianggap "d".
Mata mereka tidak dapat mengimbas huruf, kata dan
ayat yang berlainan dan ini mengakibatkan banyak
yang ditinggalkan ataupun dilangkau.

Tumpuan

dan pemahaman kanak-kanak


ini menjadi lemah dalam aspek bacaan,
dan seterusnya mereka tidak memahami
apa yang mereka baca.
Kekerapan ini selalu terjadi kepada
pasangan kembar dan bayi yang tidak
cukup bulan.
Gangguan ini boleh berlanjutan
sehingga kanak-kanak itu meningkat
dewasa.

MASALAH KANAK-KANAK YANG


MENGHADAPI DISLEKSIA
1.

Mengeja
kekeliruan dalam mengenal pasti
huruf-huruf seperti;
m w y g j u n m n
cepqhnbd
Terdapat juga kekeliruan dalam
membunyikan huruf seperti
thfv

1.

Membaca
Mereka cenderung menterbalikkan perkataan
seperti:
Batu tuba
Gula - lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan
dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu
dengan Bahasa Inggeris. Contohnya
Jam jem
cat - cat

1.

Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk
memindahkan maklumat ke atas kertas.
Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang
pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan
yang disediakan.
Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan
yang pelik-pelik

4. Nombor

Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan


suka menterbalikkan nombor yang sama.
Contohnya
35-8
9-6

1.

Bercakap dan mendengar


Terdapat juga diatara mereka yang
mengalami kesukaran untuk bertutur.
Mereka juga kelihatan seperti tidak
mendengar atau mempedulikan.
Hal ini berlaku disebabkan
kelambatan dalam proses maklumat
yang diperolehi.
Mereka juga tidak melakukan atau
menyusun sesuatu mengikut susunan.

1.

Masalah fizikal, pengurusan diri dan


sosial
Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak
kotor dan pandai membutangkan baju, kidal
dan pandai mengikat tali kasut
Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi
dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
Skop penglihatan yang terhad di mana keliru
antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas,
bawah serta pengamatan yang lemah

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan
Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996,
1.

Keturunan atau genetik

2.

Biologi

3.

Kematangan

KETURUNAN ATAU
GENETIK
Kebanyakan

kes, terdapat beberapa ahli


keluarga yang mengalami masalahmasalah yang sama.
Kemungkinan punca ini boleh diwarisi
yang membezakan adalah darjah
keterukannya.
Terdapat kajian yang dijalankan telah
membuktikan disleksia desebabkan oleh
kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh
diperturunkan secara turun-temurun

BIOLOGI
Sejarah

kanak-kanak disleksia biasanya


adalah semasa dilahirkan tidak cukup
bulan, kekurangan oksigen semasa
dilahirkan atau kelahiran yang amat
sukar.
Faktor-faktor ini menjadi punca
kelambatan atau ketidaksempurnaan
perkembangan.
Sebahagian daripada kerosakan otak yang
menyebabkan kanak-kanak ini mengalami
masalah belajar

KEMATANGAN
Terdapat

kanak-kanak yang lambat


perkembangannya pada bahagian
tertentu dalam sistem saraf.
Pada kebiasannya kanak-kanak
lelaki lambat matang daripada
kanak-kanak perempuan.
Kelewatan kematangan pada kanakkanak merupakan salah satu
kemungkinan punca disleksia

IMPLIKASI MEMBANTU
KANAK-KANAK DISLEKSIA
Membawa

berjumpa dengan pakar pisikologi


pembelajaran atau psikologi klinikal pada
peringkat awal bagi tujuan menanganinya
Membantu kanak-kanak memahami bahawa
walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak
hal tetapi tetap disayangi.
Menambah dan menggalakkan sebarang
kemahiran istimewa bakat atau kebolehan
semulajadi
Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang
mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang
berterusan.
Membacakan cerita untuk anak-anak serta
menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

Memberikan

bantuan dan latihan


pembelajaran sebelum memasuki tadika
Mengamalkan suasana kasih sayang
serta bersikap perihatin dalam
mengekalkan suasana harmoni
Membuat aktiviti berkeluarga serta
memberi bimbingan dalam bidang
akademik
Memberi kebebasan yang terbatas serta
nasihat untuk mengenal identiti sendiri
Mengamalkan konsep diri diberi
ganjaran atau pujian contohnya bagus,
pandai

AUTISME
Berasal

dari perkataan autos yang bererti


diri sendiri dan Isme yang beerti aliran.
Menurut kamus dewan edisi keempat
muka surat 91
- Autisme merupakan gangguan mental
yang mula muncul pada peringkat kanakkanak yang menyebabkan seseorang
berkelakuan tidak normal dan sukar
berkomunikasi dengan masyarakat.

Autisme

adalah kategori ketidakupayaan


yang dicirikan dengan gangguan dalam
komunikasi, interaksi sosial, gangguan
deria, pola permainan dan perilaku
emosi.
Gejala ini kelihatan sebelum kanakkanak berumur 3 tahun
Sering menimbulkan kekeliruan bagi
penjaganya kerana mereka kelihatan
normal tetapi memaparkan tingkah laku
dan pola perkembangan yang berbeza.

Kebanyakkan

kanak-kanak autisme
mengalami terencat akal tetapi dalam
pelbagai tahap.
Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan,
sama ada mereka menghadapi masalah
ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu
dan kemahiran lain.
Mereka tidak dapat mengaitkan sesuatu
perkataan dengan maksudnya. Jadi, mereka
mungkin mengulang-ulang perkataanperkataan tertentu, panas baran, dan
bertindak balas secara luar biasa.

Mereka

mungkin tidak dapat bertutur, hanya


mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru
apa yang diperkatakan orang lain.
Mereka juga tidak suka disentuh ataupun
berhubung dengan orang lain ataupun
mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja.
Contohnya
Bunyi yang indah mungkin membingitkan
telinga mereka.
Sentuhan dan belaian yang manja mungkin
menjadi sesuatu yang tidak disenanginya.

PUNCA-PUNCA

Faktor genetik
Bayi yang dilahirkan kembar hasil
daripada satu telur didapati
kemungkinan mengalaminya
2. Penyakit
Pengaruh virus yang dihidapi oleh ibu
semasa hamil seperti rubela, toxo,
herpes, pemakanan yang tidak berzat,
pendarahan, keracunan makanan juga
mempengaruhi pertumbuhan sel otak
yang menyebabkan fungsi otak bayi
yang dikandung terganggu terutama
dalam aspek fungsi pemahaman,
komunikasi dan interaksi.
1.

1.

Akibat pencernaan
Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan
tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan
baik dan ini menyebabkan protein dalam
makanan itu tidak berubah menjadi asid amino
ataupun pepton iaitu bentuk rantaian yang mana
akhirnya dibuang melalui kencing.
Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap
kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah,
terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu
casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan selsel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu.
Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan
fungsi kognitif, komunikasi reseptif,perhatian dan
tingkah laku.

CIRI-CIRI AUTISME
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Komunikasi
Interaksi sosial
Gangguan
deria
Pola bermain
Tingkah laku
Emosi

KOMUNIKASI
Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada
langsung
Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak
mengendahkan apa yang dikatakan orang lain
Jarang menggunakan bahasa dan sukar diajak
bercakap
Kadangkala dapat bertutur sesuatu tetapi sekejap
sahaja
Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan
pertanyaan
Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain
(echolalia)
Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti
maksudnya
Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu

INTERAKSI SOSIAL
Suka

bersendirian
Tiada kontak mata dan sentiasa
mengelak memandang muka orang
lain
Tidak gemar bermain dengan rakan
dan menolak ajakan rakan
Suka menjauhkan diri dan duduk
disuatu sudut

GANGGUAN DERIA
Sensitif

pada sentuhan
Tidak suka dipegang atau dipeluk
Sensitif dengan bunyi yang kuat dan
menutup telinga
Suka mencium dan menjilat mainan
atau benda-benda lain
Kurang sensitif pada rasa sakit
ataupun takut

POLA BERMAIN
Tidak

suka bermain seperti kanak-kanak


sebayanya
Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka
memutar-mutar atau membaling alat mainan
atau apa saje yang dipegangnya
Suka dengan objek yang berputar seperti
kipas angin
Apabila menyukai sesuatu benda akan
dipegang dan dibawa kemana-mana sahaja

TINGKAH LAKU
Sama

ada hiperaktif ataupun


hipoaktif
Melakukan gerakan atau perbuatan
yang sama berulang-ulang seperti
jalan mundar-mandir, bergoyanggoyang dan mendekatkan mata ke
televisyen
Tidak suka pada perubahan
Dapat duduk tanpa sebarang reaksi

EMOSI
Sering

marah, ketawa dan menangis


tanpa sebab
Mengamuk tanpa terkawal, jika tidak
menuruti kehendaknya ataupun
melarangnya membuat sesuatu
Merosakkan apa sahaja yang berada
disekitarnya jika emosinya terganggu
Adakalanya mencederakan diri sendiri

PROSES
P &P

Keperluan pembelajaran yang efektif


melibatkan kawalan tingkah laku yang
kurang sesuai, kemahiran komunikasi dan
sosial
Bekerjasama dengan ibubapa
Mengadakan program pembelajaran yang
berstruktur dan menggalakkan ransangan
Mengenalpasti faktor pengukuhan seperti
pujian dan peneguhan sosial untuk
menunjukkan tingkah laku yang baik

HIPERAKTIF
Ataupun

gangguan penumpuan
( Attention Deficit Disorder)
Kanak-kanak aktif yang berumur 3
tahun biasanya menjadi hiperaktif
jika diminta duduk dan menjalani
aktiviti yang pasif selama 20minit
Begitu juga dengan kanak-kanak
berumur 5 tahun yang mana umur
mentalnya adalah pada tahap 3
tahun

PUNCA-PUNCA KANAK-KANAK
HIPERAKTIF
Hiperaktif

dipercayai berpunca daripada


gangguan mekanisme sistem saraf.
Walaupun faktor genetik, infeksi atau
kerosakan pada otak sering dikaitkan
sebagai punca penyakit ini, namun
faktor- faktor seperti masalah di rumah,
toksin, kekurangan zat makanan dan
alahan kepada makanan mungkin lebih
berpengaruh.
Mereka seolah-olah sentiasa cergas dan
bertenaga setiap masa.

CIRI-CIRI HIPERAKTIF
1.

Tidak memberi
tumpuan

1.

Impulsif

1.

Hiperaktif

TIDAK MEMBERI TUMPUAN


Selalu

tidak mematuhi arahan


Gagal menyiapkan kerja sekolah,
kerja harian dan tugas.
Sukar memberi tumpuan pada
sesuatu aktiviti
Tumpuan perhatian singkat

IMPULSIF
Bertindak

tanpa berfikir
Bertukar kepada satu aktiviti ke aktiviti
lain
Sukar mengendalikan sesuatu aktiviti
Perlu diberi perhatian yang lebih
Sukar menunggu giliran

HIPERAKTIF
Aktiviti

fizikal yang agresif dan berlebihan


Suka mengganggu orang lain
Selalu bercakap banyak
Tindakan yang berlebihan terhadap
rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
Tidur yang tidak tetap.
Terlalu kerap menangis atau ketawa.
Mengubah aktiviti atau tindakan secara
mengejut.
Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi
dengan rakan sebaya.

IMPLIKASINYA DALAM P&P


Memberi

perhatian yang lebih kepadanya di


dalam kelas
Guru perlu memberikan reaksi yang positif
kepadanya ketika kanak-kanak memaparkan
tingkah laku yang menganggu
Memerlukan persekitaran yang konsisten
untuk mempelajari peraturan dan kawalan
kendiri
Memberi ganjaran kepada tingkah lakunya
yang baik seperti memuji ataupun hadiah
Mengenalpasti had kemampuan kanak-kanak
untuk memberi tumpuan supaya keadaan
kelas dapat dikawal.

DEFINISI:
Kanak

- kanak yang tidak boleh


mengikuti pelajaran di kelas, kurikulum ,
di sekolah biasa
terlalu lambat untuk mencapai satu - satu
objektif pengajaran yang mudah atau
objektif jangka pendek
mempunyai daya rangsangan serta daya
pengamatan yang lemah atau rendah.

CIRI-CIRI:
Pencapaian

pelajaran / akedemik berbeza.


Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
Sukar menerima arahan.
Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan
ketika membaca dan menulis.
Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.

Huruf

terbalik /Urutan dan arah


yang salah

Tanpa

ketetapan /Menaik dan


menurun

Tanpa

ketetapan dan ketentuan jarak huruf dan perkataan.


Saiz yang tidak seragam /
Mencampuradukkan saiz - besar
dan kecil.
Kekerapan kesalahan dalam
ejaan, tanda bacaan
tidak tepat.

Tidak

dapat berkomunikasi seperti


kanak - kanak biasa.
Menyebut huruf-huruf yang tidak
tepat/salah, bertukar-tukar.
Idea yang tidak berkembangan dan
penyusunan idea yang tidak teratur.
Perbendaharaan kata yang terhad
dan tatabahasa

o
o
o
o
o
o
o
o
o

Baka
Tersekat pengalaman
Intelek yang rendah
Masalah emosi
Kekecewaan
Rasa rendah diri
Kemantangan yang lambat
Lemah daya ingatan
Mudah terganggu tumpuan

SAMBUNGAN..
o
o
o
o
o
o
o
o
o

Faktor-faktor kesihatan
Persekitaran
Amalan makanan
Kesan semasa mengandung
Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
Ubat semasa mengandung.
Kemalangan.
Sosio - ekonomi.
Kurang rangsangan

Temubual.
Merujuk

kepada pwgawai / pakar


perubatan.
Mewujudkan suasana pembelajarn yang
sesuai & menyeronokkan.
Senang ke susah.
Konkrit ke abstrak.
Melibatkan seberapa banyak pancaindera
Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
Jauhkan dendaan yang negatif

Kanak-kanak

yang ditafsirkan sebagai


terencat akal adalah kanak-kanak yang
menpunyai daya pemikiran yang
berkurangan dan bermasalah dalam
pembelajaran.
Mereka yang kerencatan akal yang teruk
(severe mental retardation) tidak boleh
berjalan, bercakap atau menjaga diri.
Manakala mereka yang tidak begitu teruk
hanya mempunyai masalah mempelajari
cara-cara hidup seperti menjaga diri.

Idiot
Tidak

dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan


mungkin mencederakan diri sendiri.
Mempunyai darjah kecerdasan antara 35-49%
Imbersil
Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
Kadar kecerdasan 50-70%
Moron
Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
Lambat berjalan dan lambat bercakap.
Lembab
Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri
dengan situasi sekolah biasa.
Darjah kecerdasan 50-70%

Kecacatan

anggota tidak bermakna anak


yang terlibat kerencatan akal.
Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah
kecerdasan (Intelligent Quotient, IQ) di
antara 35-85.
Kanak-kanak dalam ketegori ini biasanya
menghadapi kerosakan sistem saraf akibat
masalah kelahiran, kecederaan, warisan
baka keluarga, kekurangan zat makanan
atau gangguan horman dan sebagainya.

Ciri-ciri kanak-kanak cacat yang mempunyai


kecerdasan di antara 50-70%.
Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga
Darjah 4, sehingga mereka mencapai umur 16 tahun.
Taraf pencapaian akademik: hingga daripada
taraf pencapaian murid-murid biasa.
Hanya boleh membaca atau memahami konsep
matematik secara formal apabila umur mencapai 9-12
tahun.
Ingatan tidak kekal dan mudah lupa.
Belajar lambat dan perlukan bnayak aktiviti
pengukuhan untuk kekalkan kemahiran.

Ciri-ciri kanak-kanak yang


mempunyai tahap kecerdasan di
antara 35-49%:

Boleh

dilatih untuk menguruskan hal


peribadi diri sendiri, seperti memakai
baju, makan, menjaga kebersihan diri
dll.
Tidak berupaya belajar kecuali dengan
cara menghafal.
Mereka tidak boleh mengikuti
pelajaran di sekolah biasa.

Ciri-ciri kanak-kanak
yang mempunyai tahap kecerdasan
di bawah 35%:

Tidak

boleh berdikari langsung.


Mudah dikenal pasti kerana mereka
tidak boleh menjaga diri dalam
sebarang urusan hal peribadi.
Memerlukan bantuan orang normal
untuk menolong mereka.

Implikasi
Difokuskan kepada kemahirankemahiran kesediaan untuk belajar
Kemahiran psikomotor dan kemahiran
sosial pula perlu di latih
Kanak-kanak perlu ditekankan dengan
kemahiran yang dapat membantu
mereka berdikari
Perlu diberi peluang untuk
mempraktikkan apa yang telah dipelajari

Guru

juga berperanan dalam memotivasikan


murid denganpelajaran yang menarik serta
bermakna
Guru perlulah meluangkan masa dengan
cara mengambil sedikit waktu belajar,
dengan mengisi slot seperti sesi
perbincangan, soal jawab, dan rumusan
Guru juga perlu membimbing murid
melakukan pemindahan pembelajaran hasil
daripada pemahaman konsep secara lebih
jelas dan mendalam
Peranan ibubapa di rumah juga diharapkan
dan digalakkan dalam membimbing proses
pembelajaran

Secara am, kanak-kanak pintar cerdas merujuk


kepada kanak-kanak yang Darjah Kecerdasan
melebihi 120.
Tergolong dalam 3 kategori iaitu:
I.
Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang
tinggi.
II.
Kanak-kanak yang mempunyai bakat
mencipta.
III. Kanak-kanak yang berbakat khas dalam
senilukis, penulisan, drama, muzik,
kraftangan,sukan dll.

Menurut

Dr. Chua Tee Tee,


pelajar pintar cerdas ialah kanakkanak yg menunjukkan
potensi/kebolehan dengan
cemerlang dalam aktiviti intelek.

Mereka

juga mempunyai daya


ingatan yang tinggi serta
berbakat mencipta/berbakat khas.

Dr.

Chua Tee Tee mengenal pasti 7


ciri pelajar pintar cerdas:
1.
2.
3.
4.
5.

6.
7.

Mempunyai keupayaan berfikiran kreatif.


Memperolehi kebolehan intelek am.
Memiliki kebolehan akedemik khusus.
Berbakat dalam satu atau lebih kesenian.
Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial dan
emosi.
Boleh bervisi jauh.
Mempunyai bakat memimpin.

Ciri-ciri

am:
Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi.
Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat
dan ketara.
Mempunyai potensi kreativiti dan
sensitiviti.
Menunjukkan motivisi yang kuat.
Mempunyai perasaan afektif yang tinggi.

Ciri-ciri
Boleh

spesifik dari aspek positif:

belajar dengan mudah dan cepat.


Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam
ingatan apa yang dipelajari tanpa banyak latihan
berulang-ulang.
Menunjukkan sifat ingin tahu terhadap bidang dan
skop yang mendalam dengan kerap kali bertanya
serta membaca.
Memperolehi perbendaharaan kata yang banyak
dengan ditonjolkan dalam pemikiran dan
pendapatnya.
Suka membaca bahan-bahan di paras kematangan.
Mempunyai sifat lucu dan sering nampak riang.
dll

Ciri-ciri

negatif:
Hiperaktif

spesifik dari aspek

dan tidak boleh berdiam diri, tidak boleh


menumpukan perhatian dan sering menggangu rakanrakan di sekeliling.
Silap dalam ejaan,tulisan kurang kemas/ silap dalam kiramengira kerana kekurangan kesabaran.
Sikap acuh tak acuh terhadap kerja yang diberikan oleh
guru.
Suka mencari kelemahan dan mengkritik secara terbuka
rakan-rakan dan guru.

Penyediaan

Implikasi

pembelajaran murid pintar cerdas


- menyediakan bahan dan aktiviti yang
menarik dan mencabar
perlu diberi peluang kepada murid membuat
pilihan dan keputusan sendiri tentang bahan
dan aktiviti yang ingin dilaksanakan.
guru-guru perlu mengadakan program
pengayaan
Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta
keyakinan yang membolehkan mereka
mempraktikkan amalan-amalan mendidik
anak pintar cerdas

Mok Soon Sang, Perkembangan


Terbitan Multimedia Sdn. Bhd.,2009

kanak-kanak,

Haliza Hamzah,Joy N.Samuel dan Rafidah Kastawi,


Perkembangan kanak-kanak untuk Program
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat
Tahun, Terbitan Kumpulan Budiman Sd. Bhd.,2008

http://www.teachersrock.net/Pemulihan_Siapa_Meng
apa.htm
http://www.sksenai.com/blogs/index.php/2008/07/23/l
embam-slow-learner?blog=6
http://www.mpaeds.org.my/Nurse/akal.htm
http://ratuhati.com/index.php/Tip-dan-Petua/UntukAnak/Bayi/Kanak-kanak-Terencat-Akal
http://www.sksenai.com/blogs/index.php/2008/07/23/k
erencatan-akal-mental-retardad?blog=6
http://mifzawal.blogspot.com/2008/12/anakhiperaktif.html
http://mifzawal.blogspot.com/2008/12/perkembanganotak-anak-hiperaktif-lebih.html

SEKIAN,
TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH:

SUZAINA BINTI MAT SOPARI

NOR LATIPAH BINTI CHE YUSOFF

You might also like