Sambutan Kemerdekaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM KELAB GURU & STAF

14.11.2014
SK SERI RELAU

Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Sasaran
Anjuran
Perasmian
Tujuan

:
:
:
:
:
:
:
:

14 November 2014
Jumaat
8.00 malam-11.00 malam
Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Seri Relau
Semua guru dan staf Sekolah Kebangsaan Seri Relau.
Kelab Guru dan Staf
Pn Norsilawati Binti Ishak, Guru Besar SKSR
Merapatkan hubungan antara guru dan staf Sekolah
Kebangsaan Seri Relau serta meraikan kejayaan yang telah
dicapai sepanjang tahun ini. Anugerah turut disampaikan
kepada guru dan staf yang telah memberikan khidmat
cemerlang pada tahun 2014.

Majlis atau jamuan akhir tahun merupakan acara tahunan yang dianjurkan
oleh Kelab Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Seri Relau. Pada tahun 2014, guruguru telah bersepakat untuk mengadakan majlis ini di sekolah untuk mencuba
sesuatu yang berbeza. Hal ini kerana, pada tahun-tahun sebelum ini, majlis
seperti ini diadakan di hotel-hotel sekitar Pulau Pinang.
Pihak AJK Kelab Guru dan Staf telah menempah makanan daripada Eden
Catering sebagai penyedia makanan utama bagi majlis ini. Selain daripada itu,
hasil inisiatif daripada staf SK Seri Relau, pelbagai makanan sampingan dapat
disediakan. Antara makanan sampingan yang disediakan adalah roti jala, satay,
dan candy buffet yang menyasarkan golongan kanak-kanak.

Ucapan Alu-Aluan Wakil Kelab Guru san Staf

LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM KELAB GURU & STAF


14.11.2014
SK SERI
RELAU
Encik
Muhamad Adrie Bin Kamarudin sebagai Setiausaha KGS telah mewakili
Puan Azizah Yusoff, Pengerusi Kelab Guru dan Staf yang sedang dalam cuti.
Beliau amat berterima kasih kepada para guru dan staf yang telah bertungkus
lumus dalam memastikan majlis ini dapatdianjurkan dengan jayanya.
Selain daripada itu, Encik Muhamad Adie turut mengucapkan tahniah ke atas
kejayaan yang telah dikecapioleh semua guru dan staf. Beliau juga berharap
hubungan sesame ahli KGS akan terus utuh dan semakin erat.
Ucapan Perasmian Oleh Guru Besar

Puan Norsilawati Bt. Ishak turut mengalukan kedatangan semua jemputan ke


majlis makan mal mini. Beliau mengucapkan rasa terima kasih dan penghargaan
kepada semua guru dan staf Sekolah Kebangsaan Seri Relau kerana telah
memberikan komitmen terbaik masing-masing.

Persembahan dari Guru-Guru dan Murid


Acara diteruskan dengan persembahan dari Puan Nurul Ainda Ramli yang
membawa lagu yang bertajuk All of Me. Beliau turut bergandingan dengan
murid-murid tahun 6 dalam persembahan yang berikutnya.

LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM KELAB GURU & STAF


14.11.2014
SK SERI RELAU
Penyampaian Anugerah Mengikut Kategori

Guru Besar, Puan Norsilawati Binti Ishak turut menyampaikan anugerah


kecemerlangan mengikut kategori kepada guru dan staf Sekolah Kebangsaan Seri
Relau.
Anugerah ini dinilai sendiri oleh Guru Besar berdasarkan hasilkerja dan
komitmen yang ditunjukkan oleh para guru dan staf.

You might also like