Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

1.0 PENGENALAN
Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada mengalami kecederaan. Kecederaan dalam ini
boleh diakibatkan daripada pelbagai faktor. Kecederaan ini terdiri daripada kecederaan
ringan (akut) dan kecederaan berat(kronik). Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa
semasa bersukan lebih-lebih lagi di peringkat yang lebih tinggi. Faktor-faktor yang boleh
mengakibatkan

kecederaan

dalam

sukan

badminton

ini

mungkin

hasil

daripada

pertembungan di antara satu sama lain, hentakan secara langsung, cara senaman tidak
betul, jatuh ataupun latihan berlebihan (overused).
Pada dasarnya kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku
semasa bersukan atau bersenam. Bila sebut nama kecederaan sukan, bukan bermaksud
untuk mereka yang bermain sukan sahaja, anda yang bersenam di rumah pun jika berlaku
kecederaan dimasukkan dalam kategori yang sama. Bagi sukan badminton pula banyak
kecederaan yang boleh dialami oleh pemain badminton.
Seorang pemain badminton mempunyai keberangkalian untuk mengalami keederaan
seperti kecederaan tisu lembut, terkehel, kecederaan kepala, dislokasi, patah tulang dan
tenis elbow. Namun begitu kecederaan yang selalunya sering dialami oleh seoran pemain
badminton ialah kecederaan pada tisu lembut. Kecederaan tisu lembut ini adalah
merangkumi kulit, salur darah,saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar dan lapisan yang
melindungi organ-organ tubuh.
Sukan badminton memang amat dikenali di negara kita ini sebab Malaysia
merupakan antara negara yang digeruni dalam sukan ini. Pada masa kini nama pemain
seperti Datuk Lee Chong Wei sememangnya amat dikenali oleh semua lapisan masyarakat
di negara kita. Pemain nombor satu dunia ini sememangnya tidak asing lagi dalam arena
badminton ini. Namun begitu, seringkali juga kita mendengar bahawa Datuk Lee Chong Wei
mengalami kecederaan semasa bertanding di kejohanan-kejohanan besar. Pada kejohanan
Piala Thomas edisi ke 27 yang lalu iaitu di Wuhan, China Malaysia telah digemparkan
dengan berita kecederaan Datuk Lee Chong Wei semasa dalam peringkat kumpulan lagi
iaitu semasa menentang pemain perseorangan Denmark.
Kecederaan yang dialami oleh Datuk Lee Chong Wei pada masa tersebut
menyebabkan beliau

tidak dapat menghabiskan perlawanan menentang pemain

perseorangan Denmark. Kecederaan yang dialami ialah oleh Datuk Lee Chong Wei ialah
koyakan pada ligamen atau dikenali sebagai ankle sprain.

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

2.0 APA ITU ANKLE SPRAIN?

Apakah ankle sprain dan bagaimanakah ia berlaku? Ankle sprain merupakan satu
kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga
melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada
otot dan boleh menyebabkan tulang patah Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki
terseliuh dalam keadaan inversion, plantarflexion dan eversion samada ketika berjalan,
berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam aktiviti sukan
misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan
(sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walaubagaimanapun,
kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti
permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.
Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya ankle sprain? Ankle sprain secara
khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami koyakan di
bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah merupakan salah
satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau excessive movement of the
joint. Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau
tanda-tanda tertentu antaranya ialah:
1) Sakit
2) Terdengar bunyi crack
3) Bengkak
4) Lebam
5) Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang
Jika berlakunya ketidakapastian tentang simptom-simptom di atas atau pun simptomsimptom lain seperti kesakitan pada bahagian buku lali, kesukaran untuk berjalan dan
kesukaran untuk berdiri, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera untuk
memudahkan proses bagi mengenalpasti samada ianya merupakan kecederaan ankle
sprain atau pun ankle fracture.

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia juga
berbeza dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian
iaitu:

Medial
a) Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)

Lateral
a) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) senang koyak & mudah cedera.
b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) sederhana kuat.
c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) paling kuat & susah cedera.

Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti
berikut:
Gred 1 Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai koyak mikroskopik.
Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit
biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan
melompat.
Gred 2 Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan akhibat
daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri dan berjalan
tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.

Gred 3 Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan. Pesakit
mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika berdiri dan
biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

3.0 ANALISIS KECEDERAAN DATUK LEE CHONG WEI


Berdasarkan ujian imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan X-ray dilakukan dua
orang pakar, Dr Saw Khay Yong dan Dr Nicholas Geary di Pusat Perubatan Sukan Kuala
Lumpur (KLSMC) mendapati bahawa Datuk Lee Chong Wei tidak mengalami kecederaan
serius iaitu tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan. Beliau hanya mengalami
kecederaan ringan sahaja iaitu berlaku koyakan pada ligamen. Koyakan ligamen ini boleh
dikategorikan sebagai kecederaan pada tisu lembut. Seorang pemain badminton memang
mempunyai risiko yang tinggi mengalami kecederaan ini kerana melibatkan pergerakan
lompatan dan pergerakan menukar arah. Hal ini mungkin berlaku apabila Datuk Lee Chong
Wei melakukan Jumping Smash dan berlakunya inversion, plantarflexion dan eversion
semasa mendarat. Berdasarkan pembacaaan dan laporan yang telah dinyatakan bagi
kecederaan Datuk Lee Chong Wei ini saya berpendapat bahawa koyakan ligament yang
dialami adalah berlaku pada bahagian lateral iaitu samada pada

Anterior Talofibular

Ligamen (ATFL), Calcaneofibular Ligament (CCFL atau Posterior Talofibular Ligament


(PTFL).

Kecederaan yang berlaku seperti ini memerlukan rawatan yang segera. Semasa Datuk Lee
Chong Wei mengalami kecederaan tersebut pakar perubatan perlulah membuat rawatan
bantu mula terlebih dahulu bagi mengurus kecederaan yang dialami dengan baik.
Kecederaan yang dialami oleh Datuk Lee Chong Wei pada masa tersebut mungkin akibat
daripada kesakitan masa lalu. Kesakitan secara umumnya adalah disebabkan oleh aktivitiaktiviti kederiaan, emosi dan kognitf yang berlaku di dalam otak yang mana ia dipengaruhi
oleh pengalaman-pengalaman lalu sejak peringkat kanak-kanak sehinggalah membesar dan
faktor lain seperti sosial dan budaya (Bond & Simpson, 2006).

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

Selain daripada mengira faktor fisiologi sebenarnya faktor psikologi juga telah
menyumbang dalam kecederaan yang dialami oleh Datuk Lee Chong Wei. Menurut Nideffer
(1983) menyatakan bahawa tekanan yang dihadapi dan kebimbangan yang ada pada atlet
boleh mengakibatkan otot mengalami lebih ketegangan, seterusnya menyebabkan
pengurangan keupayaan otot untuk bertindak balas dan feksibel serta atlet tersebut lebih
mudah untuk mengalami kecederaan. Seperti yang kita tahu Datuk Lee Chong Wei
sebenarnya menggalas tugas yang berat dalam setiap kejohanan yang disertainya. Tugas
ini sebenarnya bukan sahaja untuk misi persendiriannya tetapi juga mewakili imej negara.
Jika kita lihat dalam kejohanan Piala Thomas ini semua atlit yang menyertainya mempunyai
potensi untuk menjadi juara kerana sukan badminton ini bukan sahaja memerlukan
persiapan fizikal tetapi turut memerlukan psikologi yang tinggi. Faktor psikologi sebenarnya
menyumbang sehingga 30% kepada kecederaan sukan (Ryde, 1965).
Salah satu rawatan bantu mula yang boleh diaplikasikan semasa kejadian tersebut
berlaku ialah mengaplikasikan T.O.T.A.P.S. Pegawai perubatan seharusnya bercakap
dengan Datuk Lee Chong Wei dengan bertanya dimanakah tempat yang mengalami
kesakitan dan tahap kesakitan yang dialami. Bagaimana untuk mengetahui tahap kesakitan
pegawai perubatan tersebut boleh memberi skala kesakitan kepada Datuk Lee Chong Wei,
contohnya skala 1 hingga 5 tahap kesakitan yang dialami. Selepas bertanya pegawai tadi
boleh membuat pemerhatian pada tempat kecederaan yang dialami samada berlaku
pendarahan atau tidak.Selepasa itu pegawai tadi bolehlah memeriksa tempat kecederaan
dengan menyentuhnya dan memeriksa sama ada berlaku bengkak ataupun symptomsimptom lain. Selepas itu, pegawai perubatan boleh meminta Datuk Lee Chong Wei untuk
mengerakkan-gerakkan kakinya.

Sekiranya

berlaku

kesakitan

yang teruk semasa

menggerakkan kaki maka pegawai perubatan tadi bolehlah merujuk Datuk Lee Chong Wei
kepada pakar perubatan dengan kadar yang segera. Selain itu pegawai perubatan juga
boleh membantu Datuk Lee Chong Wei untuk membuat pergerakan secara perlahan-lahan.
Selepas itu, pegawai perubatan juga boleh membantu Datuk Lee Chong Wei berdiri dan
cuba untuk berjalan ataupun melompat-lompat secara perlahan. Sekiranya beliau tidak
dapat melakukan lakuan berjalan dan melompat dengan baik maka pegawai perubatan
boleh mengesahkan bahawa Datuk Lee Chong Wei tidak boleh meneruskan perlawanan.
Sebagai tindakan susulan sebelum berjumpa dengan pakar perubatan pegawai
perubatan boleh mengaplikasikan R.I.C.E iaitu memberi rehat, mengenakan ais pada
tempat kecederaan, member tekanan kepada tempat yang tecedera dan meninggikan
tempat yang tercedera bagi memudahkan peredaran darah dari jantung ke tempat yang

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

sakit. Hasil daripada analisis kecederaan ini saya berpendapat bahawa Datuk Lee Chong
Wei mengalmai kecederaan ligament di Gred 1 iaitu:
Gred 1 Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai koyak mikroskopik.
Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit
biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan
melompat.

4.0 LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN


a) MENGAMALKAN RICE
Akronim RICE merujuk kepada perkataan-perkataan rest, ice, compression dan elavation.
Rawatan ini adalah bertujuan untuk mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami
kecederaan, mengurangkan kesakitan yang dialami, mengurangkan bengkak, mengekalkan
kecergasan sementara merawat bahagian yang cedera, mengembalikan keyakinan mangsa
terhadap bahagian yang tercedera, mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.
Pengurusan kecederaan ini sekurang-kurangnya dapat membantu Datuk Lee Chong Wei
untuk pemulihan yang lebih cepat lagi.
b) HARM
PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

Memandangkan Datuk Lee Chong Wei mengalami kecederaan pada tisu lembut maka
faktor-faktor ini sepatutnya diambilkira agar proses pemulihan dapat berjalan dengan baik
lagi. Faktor-faktor yang sepatutnya dielak ini ialah seperti:

HEAT - menambah pendarahan.

ALCOHOL - mengakibatkan bengkak bertambah.

RUNNING - mengakibatkan kecederaan bertambah.

MASSAGE - dalam 48-72 jam pertama menambahkan pendarahan dan bengkak.

C) TERAPI KECEDERAAN SUKAN


Rehabilitasi atau pemulihan seseorang atlet yang cedera biasanya diuruskan oleh seorang
ahli fisioterapi atas arahan pakar perubatan. Kecederaan kronik yang dialami sendi dan otot
tidak boleh dipulihkan melalui rehat sahaja. Atlet yang cedera perlu manjalankan rawatan
pemulihan atau rehabilitasi untuk mengembalikan fungsi bahagian yang cedera itu kepada
keadaan asal. Antara fungsi rehabilitasi ialah:
a) Menguatkan otot, ligament dan tendon yang telah pulih dari kecederaan.
b) Memulihkan tahap kecergasan atlit ke keadaan asal.
c) Meningkatkan julat pergerakan an kestabilan sendi dan otot.
d) Mengembalikan keyakinan atlit terhadap keupayaannya.
Fisioterapi ialah kaedah rawatan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi yang terlatih di atas
arahan pakar perubatan. Objektif utama fisioterapi yang terlatih di atas arahan pakar
perubatan. Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu mempecepatkan kadar
penyembuhan sesuatu kecederaan sukan. Matlamat proses fisioterapi ialah untuk
membantu atlit yang cedera kembali ke kecergasan yang optimum supaya mampu untuk
beraksi dan menjalani sesi latihan. Antara teknik fisioterapi yang biasa dilakukan untuk
tujuan ini ialah:

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

Elektroterapi, iaitu penggunaan beberapa alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau
sendi yang cedera. Terapi ini bertujuan merangsang proses peredaran darah ke tempat
yang cedera. Contoh elektroterapi ialah teknik ultrasound, shortwave diathermy dan terapi
laser.
Hidroterapi, iaitu teknik rehabilitasi yang menggunakan air untuk memulihkan kecederaan.
Air berfungsi menyokong berat badan melalui terapi ini, atlet yang cedera boleh meneruskan
latihan kecergasan dengan bantuan daya apungan air. Keadaan ini dapat menghilangkan
daya hentakan yang boleh dialami atlet.
Terapi haba ialah teknik yang diaplikasikan ke atas kecederaan yang tidak melibatkan luka
terbuka. Pelaksanaan terapi ini harus sentiasa dipantau agar darjah kepanasan terapi tidak
menjadi terlalu tinggi sehingga membakar tisu atau sel-sel yang dirawat. Terapi haba dapat
meningkatkan kadar relaksasi otot dan mengurangkan kesakitan pada bahagian yang
cedera. Kelebihan terapi haba ialah peningkatan peredaran darah ke kawasan yang cedera.
Mekanisma ini membolehkan lebih banyak pembekalan nutrient dan oksigen untuk tujuan
pembaikan kerosakan tisu dan sel, disamping mengangkut hasil buangan seperti karbon
diokida daripada tisu dan sel terebut.
Urutan sukan termasuk sebagai bentuk rawatan kecederaan sukan yang diaplikasikan
kepada otot-otot tetentu. Aktiviti mengurut digalakkan hanya setelah kita kenal pasti tiada
faktor-faktor kontradikasi seperti kecederaan akut, luka, patah dan demam panas.

d) PSIKOLOGI
Sebagai seorang atlit professional rawatan persediaan psikologi ini amat penting. Perkara
yang paling penting dalam sesuatu sukan ini ialah bagaimana seorang atlit itu mampu
mengurus stress yang dialami sebelum bertanding. Menurut (Cox, 1998) dalam (Sharudin,
2001) menyatakan bahawa penurunan respon stress yang berkesan berkait rapat dengan
penurunan kadar serta tahap keseriusan kecederaan atlit. Kajian juga menunjukkan bahawa
penggunaan satu bentuk perlakuan yang efektif dalam mengurus tekanan mampu
mengurangkan risiko kecederaan di kalangan atlit (Hanson et. al. 1992). Justeru itu
sesorang atlit itu harus bersedia dengan mengadakan latihan mental seperti simulasi,
visualisation, imiganiari, relaksi dan medatitasi sebelum bertanding agar mampu menyerap
segala tekanan yang dihadapi semasa bertanding.

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

5.0 RUMUSAN
Proses pemulihan sesorang atlit yang mengalami kecederaan sebenarnya bergantung
kepada atlit tersebut. Kajian menunjukkan wujudnya motivasi atau faktor-faktor psikolog
tertentu yang boleh membantu dalam proses pemulihan sesorang atlit yang tercedera.
Sekiranya kecenderungan atlit untuk lambat pulih dikenalpasti maka intervensi boleh
dijalankan awal bagi membantu proses pemulihan tersebut. Menurut Green(1992) dalam
Sharuddin (2001), atlit yang berorientasikan ego mempunyai tahap motivasi yang rendah,
konsep kendiri bercelaru, daya tahan sakit yang kurang serta mudah terganggu dengan
jadual latihan yang tidak fleksibel. Sebagai ayam tambatan kepada negara Datuk Lee
Chong

Wei

seharusnya

mementingkan

proses

pemulihannya

selepas

berlakunya

kecederaan tersebut agar beliau dapat kembali kepada prestasi yang sebenar. Hal ini
keranan atlit yang berorientasikan tugasan akan mempunyai tahap motivasi yang tinggi,
konsep kendiri yang terancang, daya tahan sakit yang tinggi serta sentiasa bersedia dengan
jadual latihan yang diberikan tanpa mempedulikan persekitaran. Selain itu bantuan serta
sokongan yang diberikan oleh orang yang tersayang juga mampu menurunkan risiko
kecederaan atlet (Petrie, 1993) dalam Sharuddin (2001).

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

REFLEKSI

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan berkat-Nya, saya telah pun berjaya
menyiapkan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu bagi subjek PJM3182 iaitu
Kecederaan Dalam Sukan ini dengan jayanya.
Sesungguhnya, saya tidak dapat nafikan bahawa sepanjang berusaha menyiapkan
tugasan ini, terdapat beberapa kekangan atau masalah-masalah tertentu yang
telah kami hadapi. Namun begitu, masalah-masalah tersebut tidak sesekali kami
ingin jadikan alasan agar tugasan kerja kursus ini tidak disiapkan kerana saya
percaya

bahawa

untuk

setiap

masalah

yang

dihadapi

pasti

ada

jalan

penyelesaiannya dan oleh sebab itu tugasan ini dijalankan secara berkumpulan agar
memberi ruang kepada rakan untuk berbincang dan bekerjasama dengan baik
dalam menjayakan tugasan yang telah diberikan. Dari situasi ini, saya belajar untuk
menghargai rakan saya dan pensyarah saya kerana mereka telah banyak
membantu saya.
Kekuatan
Menerusi pelaksanaan tugasan ini, banyak ilmu baharu yang saya perolehi. Saya
yakin ilmu yang diperolehi ini amat berguna kepada saya apabila menghadapi dunia
luar selepas tamat daripada pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
ini. Bahkan saya juga yakin bahawa apa yang saya pelajari ini juga amat bermakna
dalam kehidupan saya sekiranya berjaya diaplikasikan pada amalan yang sedia ada.
Secara kesimpulan, melalui tugasan ini saya dapat menjelaskan dan memahami apa
itu konsep dan prinsip asas bantu mula yang boleh diaplikasikan dalam sukan.
Contohnya bagaimana mengurus sesuatu situasi kecederaan dalam sukan
menggunakan formula T.O.T.A.P.S. Melalui analisis yang telah saya lakukan pada
situasi kecederaan yang dialami oleh Datuk Lee Chong Wei saya juga dapat belajar
bagaimana rawatan dan prosedur yang berkaitan dengan bantu mula dapat
diaplikasikan. Hal ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana keadaan
sebenar apabila menghadapi situasi yang seakan sama pada masa kelak. Saya juga
dapat menghurai kecederaan yang dialami oleh Datuk Lee Chong Wei dengan baik
melalui analisis pembacaan yang telah saya lakukan justeru dapat merumuskannya
dengan baik.
PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

Kelemahan
Dari segi kelemahan pula, saya merasakan kelemahan yang paling utama saya
rasakan adalah dari segi membuat rujukan bahan ilmiah. Apa yang sering saya
lakukan adalah, saya hanya merujuk pada sumber yang mudah didapati seperti
contoh menerusi internet dan perbincangan dengan guru sahaja. Merujuk bahan
ilmiah seperti buku-buku ilmiah sering saya abaikan. Akibatnya, terdapat beberapa
maklumat penting yang tercicir semasa melaksanakan tugasan ini. Seperti contoh,
teori-teori yang berkaitan dengan topik dan sebagainya. Dari segi pengurusan masa
juga saya masih berada di tahap yang lemah kerana tidak dapat menjalankan
tindakan berdasarkan perancangan yang telah dilakukan.

Cadangan Penambahbaikan
Sebagai cadangan penambahbaikan, saya akan memastikan diri saya untuk lebih
rajin ke perpustakaan atau kedai-kedai buku yang bersesuaian untuk mencari bahan
ilmiah yang berbentuk buku agar memudahkan saya dalam menyokong isi hasil
tugasan saya di samping menambahkan lagi ilmu pengetahuan baru saya.
Selain itu, saya juga mencadangkan agar pada masa akan datang tugasan ini
dapat dperluaskan lagi iaitu dengan melakukan simulasi pengurusan kecederaan
dan rawatan pemulihan ataupun melakukan praktikal pada sesuatu kejohanan agar
ilmu yang diperolehi itu lebih bermakna dan berkesan.
Kesimpulannya, saya berasa sangat bersyukur dan bertuah dengan tugasan
seperti ini kerana telah banyak mengajar dan memupuk nilai positif dalam diri saya
dan secara tidak langsung boleh saya amalkan ke arah menjadi guru yang serba
boleh dan proaktif di masa akan datang.

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

RUJUKAN
Azaidan (2012). Kcederaan Semasa Sukan. My HEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.myhealth.gov.my/index.php/kecederaan-semasa-sukan

Bond, M. R., & Simpson, K. H. (2006). Pain: Its Nature and Treatment. United Kingdom:
Elsevier Ltd.

Cox, R.H,1998. Sport Psychology: Concepts and Application. Boston:WCB McGraw-Hill

Nideffer, K.M (1983). The Injured Athlete. Psychological Factors in Treatment.Orthopedic


Clinics of North America.!4, hlm 373-385

Petri, H.L 1986 :Motivational :Theory and Research. Edisi ke-2. Belmont, CA :Wordsworth.

Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kula Lumpur:
Utusan

Publications & Distributors.

Sofian Omar M.F (2001). Psikologi Sukan: Aplikasi Teori dan Praktikal. Cheras. Utusan
Publication & Distributor Sdn Bhd.

Sinar Harian (2012). Chong Wei cedera, tarik diri daripada kejohanan. Dilayari pada 6
September 2014 pada sesawang http://www.sinarharian.com.my/sukan/chong-weicedera-tarik-diri-daripada-kejohanan-1.50111

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

LAMPIRAN

PISMP PJ
AMBILAN JAN 2011

13

You might also like