Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 27

Persoalan :

1.
2.
3.

Solat Jamaah
Muafiq dan Masbuq
Solat Musafir (Jamak dan Qasar)
6

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

HUKUMNYA
1. Imam Ar-Rafie
Sunat Muakad
Berdasarkan hadis bermaksud: Solat berjamaah lebih
afdal daripada solat seorang diri 27 darjat (kali).
2. Imam An-Nawawi
Fardhu Kifayah
Wajib bagi lelaki merdeka dan bermukim serta ada
pakaian menutup aurat.
Pendapat ini lebih muktamad serta jadi pegangan
sebilangan besar para ulamak.
Nasnya, hadis riwayat Abu Daud & An-Nasai
bermaksud: Tidak ada tiga orang yang mendiami
satu-satu kampung atau kawasan sedangkan mereka
tidak mendirikan solat berjamaah melainkan syaitan
akan menguasai mereka. Jadi, dirikan solat berjamaah
kerana serigala hanyalah memakan kambing-kambing
yang terpencil sahaja
KEUZURAN UNTUK BERJAMAAH
Hujan boleh membasahkan pakaian.
Angin kencang malam.
Becak (lecah) mengotorkan pakaian.
Sakit.
Sejuk @ panas bersangatan.
Sangat lapar @ dahaga.
Rasa nak buang air kecil @ besar.
Takut orang zaliminya @ hartanya.
Takutkan peminta hutang kerana benar-benar tidak
mampu dijelaskan segera.
6
Takuti
hukum
siksa
yg
boleh
dimaafi
jika
menghilangkan diri beberapa hari.
Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Tiada pakaian.
Takut ketinggalan rombongan musafir.
Makan sesuatu yang berbau busuk.
Tunggu keluarga terdekat nazak.
Tunggu pesakit yang tiada penjaga.
TEMPAT AFDHAL BERJAMAAH
Lelaki di masjid.
Wanita dan khunsa - di rumah.
Wanita rupawan makruh ke masjid.
NIAT IMAM DAN MAKMUM
Pada
Pada
-

solat Fardu Jumaat


wajib bagi imam dan makmum.
solat-solat lain
Imam: tak wajib - makruh, tiada fadilat jamaah
jika tak niat imam.
- Makmum: Jika niat selepas takbir, sah tapi
makruh (tiada fadilat jamaah). Imam Nawawi
harus.

MAKRUH JADI IMAM


Orang alim fasiq.
Orang yang buat kerja bidaah tapi tak menjadi kafir.
Perangai keji dan tak disukai makmum.
Banyak salah dalam bacaan tapi tak mengubah
makna.
Tidak fasih sebutan pada sebahagian huruf seperti :
Dodd an Qof
Merampas jawatan imam sedangkan dia tidak berhak.
Tidak berhati-hati daripada najis.
6
Pekerjaannya kotor.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Anak zina (tak tahu nasab). Boleh jika sesama anak


zina.
Belum berkhatan walaupun baligh.
Kanak-kanak walaupun lebih ilmunya daripada orang
dewasa.

ORANG YANG UTAMA JADI IMAM


1. Sultan @ wakilnya
2. Imam yang dilantik
3. Penghuni tetap (asal):
3.1. Penyewa lebih aula daripada pemberi sewa
3.2. Pemberi pinjam lebih aula daripada yang
meminjam
4. Lebih alim feqah
5. Lebih alim Al-Quran bacaan dan sebagainya.
6. Lebih waraq
7. Lebih dahulu hijrah ke Madinah (sekarang tiada
lagi)
8. Lebih dahulu masuk Islam
9. Lebih baik keturunan
10.
Lebih baik kelakuan
11.
Lebih bersih pakaian
12.
Lebih bersih badan
13.
Lebih baik pekerjaan
14.
Lebih baik suaranya
15.
Lebih baik rupa parasnya
16.
Telah berkahwin
17.
Jika sama semuanya, undi.
BEBERAPA ADAB SOLAT BERJAMAAH
Adab Sebelum Solat
Imam orang yang disukai ramai makmum.
Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Makruh jadi imam, jika makmum lebih baik ilmu feqah


dan bacaannya.
Makruh muazin jadi imam bagi solat berkenaan.
Solat awal walaupun makmum sedikit lebih afdal
daripada solat lewat serta ramai makmum.
Jadi imam dengan ikhlas. Jika terbatal sembahyang,
jangan malu untuk keluar. Makmum terdekat ganti.
Pastikan saf makmum sempurna sebelum takbiratul
ihram.
Sunat imam nyaringkan suara bila takbir. Makmum
hanya dengar sekadar dirinya.
Adab Dalam Bacaan
Sunat imam perlahankan bacaan iftitah & taawuz.
Sunat imam nyaringkan bacaan pada 2 rakaat Subuh,
Jumaat, Maghrib dan Isyak.
Sunat nyaringkan Amin! bersama imam.
Selepas waladhollin! sunat imam diam sekejap
sebelum kata Amin!
Selepas Amin! sunat imam diam sekedar makmum
baca fatihah.
Sunat diam seketika sebelum rukuk.
Sunat bagi imam baca surah panjang bagi solat Subuh,
sederhana bagi solat Zuhur dan Asar dan surah-surah
akhir bagi solat Maghrib.
Adab Dalam Mengerjakan Rukun-rukun
Sunat imam meringankan rukuk dan sujud.
Makmum jangan mendahului imam ketika rukuk, sujud
dsb.
Imam guna lafaz jamak bila berdoa.
Makruh makmum berdiri seorang tanpa masuk saf.
Syarat-syarat Sah Mengikut Imam (Berjamaah)

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

1. Aturan sembahyang makmum dan imam sama


(muafakat) pada perbuatan- perbuatan zahir.
2. Wajib makmum ikut imam.
3. Tahu perpindahan rukun-rukun oleh imam sama
ada:
a. lihat
b. dengar (suara imam atau mubaligh)
4. Jangan menyalahi imam dalam perkara sunat
yang mencacatkan seperti :
a. Sujud tilawah
- Wajib muafakat pada buat atau tinggal.
b. Sujud sahwi
- Wajib muafakat pada buat, tidak pada
tinggal.
c. Tasyhud awal
- Wajib muafakat pada tinggal, tidak pada
buat.
d. Qunut
- Tak wajib muafakat pada buat dan tinggal
5. Makmum terkebelakang daripada imam kadar 3
hasta @ kurang. Jika lebih, luput fadilat
berjamaah.
Jika sama dgn imam makruh & luput fadilat
jamaah.
6. Niat ikut imam. Jika tidak, seperti sembahyang
seorang diri. Tapi jika sembahyang Jumaat @
miadah Wajib niat.
7. Yakin sembahyang imam itu sah.
8. Hendaklah sembahyang imam itu tak wajib
diulang.
9. Tak boleh berimamkan orang yang sedang jadi
makmum.
10.
Bukan imam yang kurang daripada
makmum seperti : perempuan @ khunsa.
11.
Bukan imam yang ummi cacat bacaan6
fatihah kadar 1 huruf @ 1 tasydid
Sdgkan
makmum lebih qari fatihahnya.
Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

12.
Imam dan makmum berada pada satu
tempat.
Kedudukan Saf
1. Imam dan seorang makmum lelaki.
Makmum berdiri di kanan imam terkebelakang
sedikit.
Jika berdiri di kiri imam makruh, luput fadilat
berjamaah.
2. Imam dan dua orang makmum lelaki.
a. Jika makmum kedua dating, berdirilah di kiri
imam terkebelakang sedikit.
b. Bila takbiratul ihram, imam melangkah ke
depan @ makmum undur ke belakang - buat
saf di belakang imam.
c. Jika makmum di kanan undur sebelum
makmum di kiri bertakbiratul ihram- makruh
dan luput fadilat jamaah.
d. Jika tiada ruang di tepi kiri imam, takbir di
belakang imam makmum di kanan undur
buat saf.
3. Imam lelaki bersama makmum perempuan.
Seorang atau lebih, hendaklah berdiri
belakang imam.

di

4. Imam bersama makmum lelaki dan seorang


perempuan. Jika seorang lelaki dan seorang
perempuan lelaki berdiri di kanan imam,
perempuan di belakang makmum lelaki.
6

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

5. Imam bersama dua lelaki @ lebih dan


perempuan & khunsa. Lelaki di belakang imam,
diikuti khunsa, akhir sekali perempuan.
6. Imam bersama seorang makmum lelaki, khunsa
dan perempuan. Makmum lelaki di kanan imam,
khunsa di belakang imam dan perempuan di
belakang khunsa.
7. Susunan Saf
Saf pertama lelaki baligh. Jika tak penuh
penuhkan dengan kanak-kanak lelaki. Saf kedua
kanak-kanak dan di belakang kanak-kanak ialah
wanita.
Jika lelaki baligh datang lewat, jangan undurkan
kanak-kanak lelaki dalam saf pertama. Jika
khunsa atau wanita hendaklah diundurkan.
*******************

MASALAH MUAFIQ DAN MASBUQ


A.

ERTI MUAFIQ

Makmum yang sempat berdiri (qiam) bersama imam


dalam masa bacaan fatihah yang sederhana.
1. Kewajipan makmum muafiq.
Baca fatihah hingga sempurna (selesai)

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Tidak boleh terkemudian daripada imam dua rukun fili


tanpa uzur. Jika tidak terbatal sembahyangnya.
Jika makmum uzur
dimaafkan tiga rukun yang
panjang.
Jika imam rukuk ketika makmum bangkit kepada
rakaat kedua, makmum dikira masbuq tinggalkan
fatihah & rukuk.
Mesti sempat tomakninah dalam rukuk bersama imam.
Jika tidak, gugur rakaat tersebut.
Jika semasa bangkit itu, imam berada pada rukun
selepas rukuk, ikut imam dan wajib tambah rakaatnya.
Makmum Terkemudian Daripada Imam Melebihi
Tiga Rukun Yang Panjang
a.
b.
c.

d.

Hendaklah berniat mufaroqah.


Atau meneruskan bacaan fatihah dan mengikut
imam tetapi ditambah satu rakaat selepas salam
imam.
Jika imam rukuk rakaat kedua, makmum itu
belum selesai baca fatihah, hendaklah niat
mufaroqah. Kalau tidak, batal sembahyangnya
jika ia tahu hukumnya.
Jika imam
berada dalam tasyhud, makmum
boleh sama ada:
i. Tinggal fatihah dan duduk tasyhud atau
ii. Niat mufaroqah dan sembahyang sendiri.

Keuzuran Yang Mengharuskan Makmum Muafiq


Terkemudian Daripada Imam Dengan Tiga Rukun
Yang Panjang.
1. Kelemahan semula jadi lambat bacaan kerana
berat lidah atau menjaga tertil. Jika waswas6
tidak dimaafkan.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

2. Ibnu Hajar menghukum orang waswas yang


sebati (jadi tabiat) dihukum uzur juga.
3. Jika syak atau yakin belum baca fatihah sebelum
rukuk,, wajib baca fatihah dan dimaaf hingga
tiga rukun yang panjang.
4. Terlupa dia sedang sembahyang dan tidak baca
fatihah , tiba-tiba imam rukuk.
e. Lalai daripada membaca fatihah, wajib baca jika
teringat sebelum rukuk,
f. Asyik baca yang sunat kerana diyakini sempat
baca fatihah.
g. Imam rukuk selepas baca fatihah sedangkan
makmum belum baca fatihahnya.
h. Makmum rukuk setelah mendengar takbir yang
disangka imam rukuk. Bila sedar ia qiam semula
dan selesaikan fatihahnya.
i. Bernazar baca surah lain selepas fatihah.
j. Syak beberapa huruf dalam fatihahnya sebelum
ia rukuk.
k. Imam cepat baca tasyhud. Makmum tak
selesaikan tasyhud lalu berdiri tetapi tak sempat
baca fatihah imam rukuk:
i. Menurut Imam Ramli Wajib sempurnakan
fatihah hingga tiga rukun yang panjang.
ii. Menurut Ibnu Hajar Dimaafkan dua rukun fili
sahaja. Jika tidak sempat, niat mufaroqah.
6

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

l. Tertidur waktu tasyhud awal. Bila berdiri tak


sempat sempurnakan fatihah bersama imam :
i. Imam Ramli- Wajib sempurnakan fatihah
hingga 3 rukun yang panjang.
ii. Ibnu Hajar Makmum masbuq.
m.Imam lupa/ tertinggal tasyhud awal. Makmum
baca kerana disangka imam sedang baca
tasyhud :
i. Imam Ramli Wajib sempurnakan fatihah
hingga 3 rukun panjang.
ii. Ibnu Hajar Makmum masbuq.
n. Syak kadar masa sempat fatihah bersama imam
@ tidak:
i. Imam Ramli Makmum muafik yang dimaafkan
3 rukun yang panjang.
ii. Ibnu Hajar Muafiq yang dimaafkan 2 rukun
fili sahaja. Jika imam sujud wajib ia sujud dan
tambah satu rakaat. Jika tak sempat juga,
kena niat mufaroqah.
Pilihlah pendapat dua ulama itu yang difikirkan mudah.
ERTI MASBUQ
Makmum yang tidak sempat qiam (berdiri) bersama
imam dalam tempoh memuatkan bacaan fatihah kadar
sederhana.
Kewajipan Makmum Masbuq
a. Wajib baca fatihah sekadar yang sempat supaya
dapat rukuk bersama imam.
b. Jika tak sempat rukuk serta tomakninah bersama
imam, luputlah rakaat itu.
6
c. Tidak boleh makmum terlewat 2 rukun fili
daripada imam.
Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

d. Jika membaca yang sunat atau diam maka wajib


baca fatihah kadar baca yang sunat itu. Jika tidak,
batal sembahyang kalau tahu haramnya. Jika jahil
@ lupa, rakaat itu luput.
e. Jika tak sempat rukuk bersama imam, ikutlah di
mana rukun Imam berada. Rakaat itu luput.
f. Jika fatihah belum selesai dengan kadar yang
wajib itu, imam hendak sujud, wajib niat
mufaroqah kerana wajib sempurnakan fatihah itu.
Syarat Makmum Masbuq Dapat Rakaat Dan
Gugur Fatihah
Imam sudah rukuk ketika makmum sampai.
Jika imam masih berdiri, baca fatihah setakat yang
sempat dan
rukuk ikut imam. Dapat rakaat jika :
Imam suci drp hadas dan najis.
Sempat bersama imam dalam rukuk yang dikira
(bukan rukuk tambahan kerana imam lupa).
Dapat tomakninah dalam rukuk bersama imam.
Apakah Yang Patut Dilakukan Oleh Makmum
Masbuq
a. Sunat tinggal baca yang sunat, terus baca fatihah
selepas takbir kecuali yakin sempat maka
disunatkan baca yang sunat itu.
b. Sunat muafakat (turut serta) dengan imam
membaca zikir, takbir ,intiqolat dan lain-lain.
Jika imam telah sujud, selepas takbiratul ihram tidak
sunat takbir bagi turun sujud.
Wajib muafakat perbuatan dengan imam di mana
rukun imam berada.
Sunat takbir semasa bangun selepas tahiyat awal dan6
angkat dua tangan seperti takbiratul ihram. Tidak wajib
berdiri segera.
Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Jika bukan selepas tahyat awal, wajib bangun segera.


Tidak sunat angkat tangan. Haram duduk kadar
istirahat selepas imam beri salam kedua. Jika sengaja
duduk sedangkan ia tahu batal sembahyangnya. Jika
tidak tahu @ tak sengaja sunat sujud sahwi.
Sunat tunggu hingga imam beri salam kedua kerana ia
berhubung dengan sembahyang bagi makmum
masbuq.
Jika bangun sebelum imam selesai salam pertama
tanpa niat mufaroqah, batal sembahyangnya jika
sengaja dan tahu hukumnya. Kecuali ia duduk semula.
Ulang qunut dalam rakaat kedua Subuh dan ulang
tasyhud awal pada sembahyang Maghrib dan
seumpamanya.
************************
BEBERAPA MASALAH
Makmum takbiratul ihram serentak dengan imam.
Qaul yang sahih : Tidak sah sembahyangnya.
Makmum takbiratul ihram mendahului imam
Tidak sah solatnya tanpa khilaf.
Makmum rukuk dsb.nya serentak dengan imam
Makruh. Luput fadilat berjamaah. Begitu juga jika
makmum berdiri sebaris dengan imam.
Makmum memberi salam serentak dengan imam.
Pendapat yang sahih : Makruh. Luput fadilat jamaah.
Pendapat kedua : Batal solatnya.
Makmum masbuq bangun sebelum imam beri salam
Batal solatnya jika tidak niat mufaroqah.
Bilakah makmum wajib mendahului imamnya?
Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Iaitu bila imam duduk bukan pada tempatnya, seperti


pada rakaat pertama. Makmum tunggu imam pada
qiamnya. Jika sengaja duduk, batal solatnya. Sebelum
itu, sedarkan imam dengan tasbih 3 kali (niat zikir).
Jika perempuan, tepuk telapak tangan atas belakang
tangan kiri.
Makmum masbuq dalam solat jenazah.
1. Selepas takbiratul ihram, baca fatihah walaupun
imam berada dalam takbir yang lain.
2. Jika imam takbir sebelum makmum baca fatihah,
ikutlah takbir. Gugurlah fatihahnya. Begitu juga
jika makmum
sedang baca fatihah, imam
bertakbir. Makmum ikut takbir dan tinggalkan
fatihah.
Sempurnakan
takbir
dan
bacaan
seterusnya.
3. Makmum masbuq baca doa iftitah hingga tak
sempat habis baca fatihah imam takbir kedua
dalam solat jenazah.
Batal solatnya. Tak sunat baca doa iftitah.
Segerakan mayat lebih utama.
4. Membaca doa iftitah dalam solat jenazah ghaib.
Sunat membacanya. Begitu juga sembahyang
jenazah di kubur yang telah dikebumikan. Bahkan
boleh berdoa panjang.
5. Tempat imam berdiri semasa solat jenazah.
Mayat lelaki
Berbetulan kepalanya
Mayat perempuan Berbetulan pinggangnya.
6. Arah kepala mayat diletakkan ketika solat jenazah
Mayat lelaki
- Di kiri imam
Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Mayat perempuan @ khunsa Di kanan imam


Kecuali jika sembahyang bersebelahan kubur
Nabi di Masjid
Madinah, kepalanya ke kiri
imam juga.
7. Berjamaah di belakang imam fasiq dengan
sembahyang seorang diri, mana lebih afdal?
Afdal berjemaah di belakang imam fasiq.
8. Ada najis yang boleh dilihat pada kain imam.
Jika dimaklumkan ada najis pada kain imam,
semua makmum batal solatnya.
9. Imam
berdehem-dehem
nyata
dua
huruf,
didengari oleh makmum yang hampir.
Jika nyata dua huruf tanpa uzur syarie dan
diketahui dengan sengaja, batallah solat semua
makmum jika tidak niat mufaroqah.
10. Makmum masbuq jadi imam hanya pada rakaat
tambahan.
Dalam hal ini, makmum yang dapat baca fatihah
dengan sempurna sahaja dapat rakaatnya
kerana imam bukan ahli yang layak tanggung
fatihah makmum. Fadilat jamaah sebagai imam
& makmum juga hasil.
11. Makmum baca tasyhud awal hingga Allahumma
Solliala
Muhammad tetapi imam belum bangun ke rakaat
ketiga.
Lebih aula dibaca lebih panjang. Tetapi jika ia
diam setakat itu tidak membatalkan solatnya.
12.
Ketika qiam, imam syak tentang niatnya6
sedangkan makmum sudah takbiratul ihram.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Harus imam takbiratul ihram perlahan dan niat.


Sah solat sekaliannya jika makmum tidak tahu.
Jika mereka tahu batal solat mereka.
13. Saf yang diselangi mimbar .
Saf itu tidak terputus.
14. Masalah Samiallahu liman ha midah ketika
Itidal.
a. Mazhab Shafie Samada imam atau
makmum, ketika bangkit drp rukuk sunat
membaca Samiallahu liman hamidah dan
ketika berdiri dibaca Rabbana lakalhamd
b. Mazhab Hanafi Imam baca samiallahu liman
hamidah
Makmum
(bilal/mubaligh)
sambut dengan Rabbana Lakalhamd.
15. Cara mendapatkan fadilat berjamaah yang
sempurna.
a. Sempat takbiratul ihram bersama imam.
b. Bagi solat Jumaat, makmum perlu dapat
sekurang-kurangnya satu rakaat bersama
imam. Jika tidak, wajib sempurnakan dengan
Zuhur.
16.
Kedudukan
makmum
yang
sederhana
bacaannya
mengikut
Imam
yang
cepat
bacaannya. Makmum itu dikira masbuq pada
setiap rakaatnya. Baca fatihah sekadar yang
sempat sahaja.
17.
Imam berhadas atau ada najis hukmi
(tersembunyi).
Makmum
tidak
wajib
mengulangi
sembahyangnya.
6
Begitu juga jika berlaku hal-hal lain yang
tersembunyi.
Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

18. Makmum keseorangan di belakang lalu menarik


salah seorang dari saf. Orang yang kena tarik
sunat membantunya. Pahala saf asalnya tidak
hilang. Syarat-syarat sunat menarik makmum itu
ialah :
Makmum yang ditarik itu merdeka
Harus muafakat antara kedua-duanya.
Masih ada tidak kurang dua orang makmum
dalam
saf yang ditarik.
Dilakukan ketika qiam sahaja.
Ditarik selepas takbiratul ihram.
19. Solat berjamaah dalam bangunan bertingkat.
a. Jika masjid, makmum tahu perpindahan imam
dari rukun ke rukun lain samada lihat @
dengar.
Tangga berada dalam masjid walaupun jauh,
berpusing @ membelakangi qiblat.
b. Jika bukan masjid, mesti ikut syarat :
i. Jarak makmum dan imam tak lebih 150 m (
300 hasta).
iii. Makmum tahu perpindahan rukun imam.
iv. Tangga tidak membelakangkan qiblat.dan
berbetulan dengan saf imam @ makmum
yang bersama imam.
v. Perlu
ada
makmum
di
muka
tangga(rabitah) melihat imam.Jadi, tidak
boleh ada penghalang di antaranya. Kalau
tidak, mesti ada imam berasingan.
20. Makmum sembahyang di serambi bukan masjid.
a. Boleh, syarat ada pintu terbuka yang terletak
di hadapan.
6

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

b. Jika pintu di tengah saf, makmum yang


berbetulan dengan pintu dan ke belakang
sahaja sah jemaah mereka.
21. Solat tahyatul masjid dan Itikaf di surau yang
diizinkan Majlis Agama mendirikan solat Jumaat.
Tidak sah kerana ia bukan masjid kecuali setelah
pihak berkuasa mengangkat tarafnya menjadi
masjid.
22. Ruhbah dan Harim Al Masjid.
a. Ruhbatul masjid:
Binaan yang dibuat untuk menampung
keperluan jamaah di luar bangunan masjid
atau tempat di luar masjid yang dipagar dikira
sebagai masjid juga.
b. Harimul masjid
Tempat yang dibina bersambung dengan
masjid tetapi
dikhaskan untuk membuang sampah atau
memasak
atau membasuh pinggan. Ia tidak dihukum
sebagai masjid.
23.

Orang yang tidak sah jadi makmum.


Orang buta dan tuli yang tidak tahu
perpindahan rukun oleh imam. Orang ini hanya
sah jadi imam sahaja.

24.
Selepas sembahyang didapati imam
berhadas atau ada najis. Jika najis yang zahir
wajib makmum mengulangi solatnya.
Imam
wajib memberitahu makmum. Jika najis hukmi
tak wajib makmum mengulanginya.
6

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Musafir bererti mengembara melalui daratan, laut


mahupun udara.
Islam mengharuskan :
Jamak dan qasar solat
Menyapu khuf (kasut tertentu) selama 3 hari bila
berwuduk
Berbuka puasa Ramadhan.
PERATURAN MUSAFIR.
Musafir digolongkan ke dalam :
Wajib Mengerjakan haji , menuntut ilmu
Sunat - Menziarahi ibu bapa, keluarga, ulamak dsb.
Harus - Melancong , berniaga.
SOLAT QASAR
Solat Qasar- iaitu memendekkan solat 4 rakaat
dijadikan 2 rakaat.
Harus qasar bagi orang yang :
musafir bukan untuk tujuan muksiat
masih berada dalam musafir
Qasar dan jamak adalah kelonggaran (rukhasah).
Tujuannya :
1. Meringankan masalah seseorang musafir .
2. Memudahkan melaksanakan hak-hak Allah
3. Menggalakkan pelaksanaan fardu yang
diwajibkan.
4. Tidak ada lagi alasan untuk mengabaikannya.
KADAR PERJALANAN DIHARUSKAN QASAR
Perjalanan tidak kurang daripada
89 kilometer @
88.704 km. atau 2 marhalah Menurut Dr. Wahbah.
Jika jarak 3 marhalah ke atas disunatkan qasar.
6

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

PERMULAAN BOLEH JAMAK @ QASAR SOLAT


Di luar kawasan dan sempadan qariah seperti :
Jika ada kota, dikira selepas keluar kota
Selepas melintasi sempadan kampong seperti parit
atau jalan.
Selepas kawasan perumahan yang akhir kampong itu.
BERAKHIRNYA MUSAFIR
1. Berakhirnya musafir kerana salah satu daripada
sebab berikut :
Sampai kembali ke tempat permulaan yang
jauhnya 2 marhalah atau lebih. Di sini ada 2
masalah:
Jika mula safir di kediamannya maka akhirnya
pun di situ.
Jika tempat mula bukan kediamannya maka
akhirnya pun di tempat itu (jika
hendak
bermukim 4 hari 4 malam atau lebih tidak kira
hari masuk dan keluar).
2. Dengan mulanya pulang daripada perjalanan
yang kurang Daripada 2 marhalah. Ada 2
masalah juga :
Kembali ke tempat kediaman
Kembali ke tempat mula safir yang bukan tempat
kediamannya
daripada
perjalanan
kurang
daripada 2 marhalah tetapi berakhir bila ada niat
bermuqim 4 hari 4 malam atau lebih.
3. Semata-mata niat untuk pulang walaupun belum
pulang Ada dua masalah:
Niat untuk pulang ke tempat kediamannya dan6
tidak meneruskan musafirnya. Jika niat untuk

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

pulang tetapi meneruskan semula perjalanan ke


tempat dituju, tidak terputus safirnya.
Niat pulang ke tempat mulanya tetapi bukan
kediamannya dengan syarat ada qasad untuk
bermukim. Jika niat meneruskan musafirnya
maka dikira yang baru pula.
Kedua-dua masalah ini tidak boleh jamak @
qasar di tempat berhenti & berniat hendak
pulang tetapi boleh jamak & qasar bila keluar
dari tempat itu jika tempat tuju 2 marhalah dan
lebih.
4. Niat bermukim 4 hari 4 malam @ lebih (selain
hari masuk & Keluar). Ada 2 masalah :
4.1.
4.2.

Niat bermukim dengan kadar masa seperti


di atas sebelum
sampai di tempat
tersebut. Syaratnya dia orang yang bebas.
Niat bermukim apabila tiba di tempat
tersebut.

5. Semata-mata beriqamah (bermukim).


masalah juga:
5.1.
5.2.

Ada

Tidak bercadang untuk bermukim tetapi


terputus safir apabila dia niat untuk
bermukim selama yang tersebut di no. 4.
Jika qasadnya bermukim kurang daripada 4
hari untuk menyelesaikan hajatnya tetapi
tidak terlaksana maka safirnya berakhir
setelah bermukim selama 18 hari. Selama
tempoh itu dia harus jamak & qasar
solatnya.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT QASAR

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

1.
2.
3.
4.

Solat fardu 4 rakaat sahaja.


Jarak perjalanan 2 marhalah (89 km) @ lebih.
Tujuan yang baik ( wajib, sunat @ harus)
Ada qasad @ tahu arah tuju. Jk tidak tahu arah
tuju, harus qasar apabila perjalanan sudah
sampai 2 marhalah.
5. Tidaki
boleh
berimamkan
orang
yang
sembahyang tamam (bukan qasar).
6. Tidak boleh ikut imam yang diragui safirnya. Jk
zan ia musafir
7. boleh ikut, sebab zahirnya orang musafir
mengqasarkan solat walaupun ia tamamkan.
8. Niat qasar dalam takbiratulihram.
9. Jika syak niat qasar atau tamam maka wajib
ditamamkan. Jika imam tamamkan solat samada
lupa atau tidak, wajib makmum tamamkan juga.
10.
Tahu harus qasar & kaifiatnya. Tidak sah
jika buat kerana ikut orang sahaja.
11.
Dilakukan di luar tempat bermukim.
12.
Kekal safirnya hingga selesai solat.
SOLAT JAMAK
Syarat sebagaimana solat qasar. Harus jamak (himpun)
:
Zuhur dan Asar
Maghrib dan Isyak
Jamak Taqdim
Zuhur dan Asar dihimpun dalam waktu Zuhur
Maghrib dan Isyak dihimpun dalam waktu Maghrib
Jamak Taakhir
Zuhur dan Asar dihimpun dalam waktu Asar
Maghrib dan Isyak dihimpun dalam waktu Isyak
Solat tanpa jamak lebih afdal kecuali :
Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Tidak dapat berjemaah jika tidak jamak


Ada rasa benci akan solat jamak
Syak pada harus jamak.
SYARAT-SYARAT SAH JAMAK TAQDIM
1. Dahulukan solat Zuhur @ Maghrib. Jika didahulukan
Asar @ Isyak tidak sah solat Asar @ Isyak itu.
Jika Zuhur @ Maghrib (empunya waktu) batal,
dengan sendirinya Asar @ Isyak batal juga.
2. Niat jamak dalam masa solat empunya waktu dalam
takbiratul Ihram (afdal). Boleh niat jamak di manamana juzuk solat hatta dalam salam pertama.
3. Mualat (berturut-turut) kira-kira tak sempat 2 rakaat
solat. Jika diceraikan dengan azan, iqomah
berwuduk @ tayamum tak mengapa.
4. Kekal safirnya hingga sempurna takbiratul ihram
solat kedua.
SYARAT-SYARAT SAH JAMAK TAAKHIR
1. Niat jamak taakhir sebelum habis waktu
pertama. Jika tidak, haram mentaakhirkan solat
pertama.
2. Kekal safirnya hingga sempurna solat kedua.
Pada jamak taakhir tidak disyaratkan 4 perkara :
Berniat jamak dsalam masa solat pertama
Berniat jamak dalam masa solat kedua
Mualat
Tidak disyaratkan tertib.
Bagaimanapun keempat-empat perkara tersebut sunat6
dilakukan.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

LAFAZ NIAT SOLAT QASAR DAN JAMAK


1.

Solat Zuhur Qasar


Sahaja aku solat fardu Zuhur 2 rakaat qasar kerana
Allah Taala.
Jika Asar atau Isyak nyatakan solat berkenaan.
2.

Solat Zuhur Qasar serta Jamak Taqdim



Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar
dijamakkan kepada Asar kerana Allah Taala.
3.

Solat Asar Qasar serta Jamak Taqdim



Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar
dijamakkan kepada Zuhur kerana Allah Taala.
4.

Solat Asar Qasar serta Jamak Taakhir



Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar
dijamakkan kepadanya Zuhur kerana Allah Taala.
5.

Solat Zuhur Qasar serta Jamak Taakhir

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST



Sahaja aku solat fardu Zuhur 2 rakaat qasar
dijamakkan kepada Asar kerana Allah Taala.
6.

Solat Maghrib serta Jamak Taqdim



Sahaja aku solat fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan
kepadanya Isyak kerana Allah Taala.
7.

Solat Isyak Qasar serta Jamak Taqdim



Sahaja aku solat fardu Isyak 2 rakaat qasar
dijamakkan kepada Maghrib kerana Allah Taala.

8.

Solat Isyak Qasar serta Jamak Taakhir



Saja aku solat fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan
kepadanya Maghrib kerana Allah Taala.
9.

Solat Maghrib serta Jamak Taakhir



6
Sahaja aku solat fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan
kepada Isyak kerana Allah Taala.
Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

Lafaz niat ini dibaca sebelum takbir. Niat dizahirkan


dalam hati dalam takbiratul ihram. Ada 3 perkara perlu
zahir semasa niat:
Qasad
: Aku sembahyang
Taaruq : Fardhu
Taayun : Zuhur ( qasar / jamak imam/makmum)

BEBERAPA MASALAH
1. Seorang musafir, mulanya bertujuan
kemudian melakukan maksiat.
Harus dia jamak dan qasar solatnya.

baik,

2. Jalan tuju ada 2 : Satu jauh(2 marhalah @ lebih)


dan satu lagi dekat. Jika ada sebab seperti lebih
mudah, ziarah , selamat maka harus ikut jalan6
jauh dan jamak @ qasar.

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

3. Safir berakhir bila sampai di tempat yang dituju


kerana niat bermukim 4 hari 4 malam tidak kira
hari masuk dan keluar
Contohnya:Jika orang itu tiba di tempat tuju pada
waktu gelincir matahari (awal Zuhur) pada hari
Sabtu dan berniat untuk keluar pada waktu
gelincir matahari hari Rabu hendaklah dia solat
tamam. Tetapi jika dia berniat keluar sebelum
gelincir matahari, harus jamak dan qasar.
4. Jika orang itu tiba pada malam hari, baki malam
itu tidak dikira tetapi kiraan 4 hari itu bermula
keesokannya.
5. Solat yang ditinggal semasa musafir tidak harus
diqadak dengan qasar. Begitu juga solat yang
ditinggalkan semasa bermukim tak harus
diqadak semasa musafir dengan qasar.

***************************************

Disediakan Oleh Cikgu Nik SKST

You might also like