Minit Mesyuarat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 1 2015

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PINANG

11010 BALIK PULAU


MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
1/2015

Tarikh

: 21 Januari 2015 (Rabu)

Masa

: 1.35 petang

Tempat

: Bilik Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang

Kehadiran

: En. Osman Bin Ramly (Penolong Kanan Pentadbiran)


En. Nor Azam Bin Md Isa (Ketua Panitia)
En. Mohd Sharisal Bin Mohd Isa (Setiausaha)
Puan Samihah Binti Omar

Tidak Hadir:
Pn. Zakiah Binti Md Rashid (cuti bersalin)

1. KATA-KATA ALUAN KETUA PANITIA EKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI
1.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir
dalam mesyuarat kali pertama ini.
1.2 Beliau juga berharap kerjasama daripada semua guru dapat diteruskan
bagi menjayakan setiap aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh
panitia tahun ini.

2. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


2.1 Encik Osman Bin Ramly menyampaikan kesyukuran kerana mesyuarat
kali pertama ini dapat diatur dan dijalankan dengan baik.
2.2 Beliau berharap panitia ini dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mana
yang telah dirancang.

3. PERKARA BERBANGKIT

4. PERBINCANGAN TUGASAN
4.1 Semua guru matapelajaran perlu ada sukatan pelajaran dan rancangan
tahunan. Rekod pengajaran harian perlu ditulis seperti biasa.
Tindakan: Semua guru TMK
4.2 Pengajaran matepelajaran RBT akan diadakan enam bulan pertama dan
matapelajaran TMK akan diadakan selepas itu. Perubahan ini bertujuan
supaya guru dan murid mempunyai fokus dalam pengajaran.
Tindakan: Semua guru TMK
4.3 Perancangan Strategik, Taktikal dan Operasi perlu disediakan dan
dipersetujui untuk meneruskan perancangan tahun sebelumnya 20112014.
Tindakan: Semua guru TMK
4.4 Kursus-kursus berkaitan dengan Panitia Teknologi Maklumat dan
Komunikasi akan dibincangkan dengan Ketua Panitia.
Tindakan: Semua guru TMK
4.5 Penggunaan makmal komputer adalah mengikut jadual. Namun begitu,
guru boleh menggunakan bengkel semasa waktu lain (matapelajaran lain).
Tindakan: Semua guru
4.6 Peperiksaan PKSR akan dijalankan 2 kali sepanjang tahun. Pembahagian
markah adalah mengikut 70% ujian dan 30% amali.
Tindakan: Semua guru

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Semua guru yang masuk dalam makmal komputer diminta untuk mengisi
buku rekod penggunaan kerana penting bagi pemantauan penggunaan
makmal.

Tindakan: Semua guru


5.2 Wang PCG bagi panitia TMK tahun 2015 adalah RM1159.55. Pembelian
tunai dibawah RM100 berserta resit untuk membuat tuntutan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..........................................................

...................................................

(MOHD SHARISAL BIN MOHD ISA)

(NOR AZAM BIN MD ISA)

Setiausaha Panitia TMK

Ketua Panitia TMK

Sek. Keb. Sungai Pinang

Sek. Keb. Sungai Pinang

You might also like