Laporan Pelaksanaan Internship Surau

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: FAREEZ BIN HAMDAN

PROGRAM

: PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH

: SEK KEB YAACOB LATIF 1

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Membersih dan Menceriakan Surau


TEMPOH PELAKSANAAN
OBJEKTIF

: 9 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014

1. Membersihkan surau.
2. Menambah bahan maklumat dan menghias surau.
3. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk guru dan murid menggunakan surau.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan Puan Kaslina Binti Muhamad
- Saya dan rakan-rakan telah berbincang dengan Puan Kaslina untuk
mendapatkan pandangan tentang hiasan dan bahan-bahan yang ada dengan
-

Panitia Pendidikan Islam untuk digunakan nanti.


Membahagikan tugasan antara kami untuk mencetak dan laminate tanda
arahan, membuat perhiasan, membersihkan surau pula dilakukan bersama-

sama.
2. Melaksanakan perancangan
- Tingkap surau telah dilap
- Telekung dan sejadah telah dilipat dan disusun dengan lebih kemas di rak
- Skirting telah dipasang pada rak telekung supaya nampak lebih kemas dan
-

cantik
Menampal kata-kata hikmah di atas dinding iaitu Solat Itu Tiang Agama dan

Solat Itu Wajib


Menampal tanda-tanda arahan di sekeliling surau seperti Tutup suis selepas

digunakan
- Menyapu dan mengemop lantai surau
3. Post mortem
- Berbincang tentang kelemahan dan kekekuatan sepanjang projek dijalankan

Membuat pemantauan berkala untuk melihat keadaan surau

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kerjasama antara pihak pentadbir dan guru pelatih yang lain sepanjang
menjalankan projek ini amat memberangsangkan. Secara tidak langsung kami
dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam menjalankan
sesuatu tugasan.
2. Kami membahagikan tugas mengikut kumpulan untuk menjimatkan masa projek
keceriaan ini.
3. Menjadikan surau SK Yaacob Latif 1 lebih cantik dan ceria. Secara tidak
langsung, dapat membangkitkan minat murid untuk datang ke surau tambahan
pula surau merupakan salah satu tempat ibadat dan menimba ilmu keagamaan
dengan adanya pelbagai maklumat tentang agama Islam.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Kekangan masa merupakan kelemahan projek ini kerana surau ini dikongsi
dengan SK Yaacob Latif 2. Guru dan murid-murid SK Yaacob Latif 2 juga
menggunakan surau tersebut untuk aktiviti bulan Ramadhan.
2. Pita pelekat yang digunakan untuk melekat pinggan kertas tidak dapat
menampung pinggan kertas tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami perlu membuat jadual bertugas dan meminta jadual program bulan
Ramadhan daripada guru SK Yaacob Latif 2 supaya kami dapat membersihkan surau
semasa mereka tidak menggunakan surau. Selain itu, kami perlu menggunakan pita
pelekat yang lebih kuat supaya pinggan kertas itu melekat dengan kuat di dinding
surau.

KESIMPULAN
Melalui projek kebersihan dan keceriaan surau, kami rasa bersyukur kerana
telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Tambahan pula,
projek ini dijalankan dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan menjadikan kami lebih
ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk memberikan infaq dari segi tenaga ke atas
kebersihan surau ini. Kami telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara
mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, kami
dapat

memahami

betapa

pentingnya

semangat

saling

tolong-menolong

dan

bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan


selesainya projek ini, keadaan sekolah menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat
murid-murid untuk belajar. Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami
berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta
semangat berpasukan yang diberi oleh guru dan guru pelatih yang lain. Dengan itu,
saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang
dipelajari pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,
..........................................
(FAREEZ BIN HAMDAN)
Guru Pelatih,
PISMP Ambilan Januari 2011,
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

You might also like