Professional Documents
Culture Documents
Laporan LDK
Laporan LDK
Laporan LDK
Slot 2
LDK 1
Tarikh/Hari
Masa
2.30ptg 4.30ptg
Aktiviti
Ice Breaking
LDK 1
Ice-Breaking
Tarikh/Hari
Masa
2.30ptg 4.30ptg
Dalam LDK pertama ini, En.Khalil telah menjadi fasilitator kami. Beliau telah
menjalankan beberapa aktiviti yang menarik tetapi di sebalik aktivitinya juga tersirat
beberapa makna. Beliau telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik seperti yang berikut:
Mengumpulkan kad nama di suatu tempat dan apabila tiup viselnya, setiap
orang perlu mengambil satu kad nama dan pulangkan kad nama tersebut
Aktiviti sebegini telah mengeratkan hubungan silathurahim antara satu sama lain.
Beliau telah menjalankan aktiviti ini dengan penuh semangat dan berwibawa. Keadaan ini
telah membakar semangat kami sebagai seorang yang bakal menjadi guru di sekolah
kelak.
LDK 2
Kemahiran berfikir
Tarikh/Hari
Masa
9.30mlm 12.00t/mlm
Dalam LDK kedua ini, En.Syukor telah menjadi fasilitator kami. Beliau telah
menjalankan beberapa aktiviti yang menarik tetapi di sebalik aktivitinya juga tersirat
beberapa makna. Beliau telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik seperti yang berikut:
Secara berkumpulan kami menyanyi satu lagu yang dicipta oleh fasilitator
tersebut.(menyelesaikan masalah)
Aktiviti kira petak 16.(kecerdasan untuk minda)
Memberikan satu kertas A4 setiap kumpulan dan perlu berdiri diatas kertas
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh beliau telah merangksangkan fikiran serta telah
mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan kerana berlaku komunikasi antara kita bagi
mendapatkan jawapan untuk aktiviti-aktiviti tersebut. Selain daripada itu, kerjasama antara
kumpulan adalah amat penting dalam aktiviti-aktiviti ini. Sekiranya tidak ada kerjasama
antara kumpulan kita tidak boleh Berjaya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
LDK 3
Tarikh/Hari
Masa
9.30mlm 12.00t/mlm
Dalam LDK ketiga ini, En.Syukor telah menjadi fasilitator kami. Beliau telah
menjalankan satu aktivitinya juga tersirat beberapa makna. Iaitu yang bertajuk Dara dan
Uda. Aktiviti ini sedikit berbeza daripada aktiviti yang dijalankan sebelum ini. Pada
permulaannya beliau telah memberikan satu cerita pendek yang bertajuk Dara dan Uda.
Beliau telahpun memberikan kami 15 minit untuk membaca cerita tersebut. Selepas itu,
beliau memberikan kami satu kertas mah-jong dan pen marker bagi setiap kumpulan.
Seterusnya beliau menyuruh kami menulis nilai-nilai murni yang ada pada semua
watak yang ada dalam cerita tersebut. Soalan keduanya perlu menulis watak yang paling
suka dan watak yang paling benci. Soalan seterusnya adalah perlu menyenaraikan sebabsebabnya sekali.
Apabila sudahpun selesai tugasan yang pertama ini, tugasan keduanya adalah
setiap kumpulan perlulah membuat pembentangan di hadapan semua dan memberi hujahhujah mereka. Sebelum membuat pembentangan setiap kumpulan perlulah membuat satu
cogan kata mengikut kumpulan. Setiap kumpulan membuat dengan baik dengan kreativiti
masing-masing. Aktiviti ini berakhir dengan refleksi kumpulan.