Skrip Forum Pendidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Skrip Forum Pendidikan

EDU 3083: ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Moderator:

Isu berkaitan peranan guru di sekolah seringkali dihangatkan


dengan campur tangan daripada pihak ibu bapa dan penjaga. Jika
diteliti, tiada salahnya ibu bapa mahupun pihak penjaga bersamasama membantu guru dalam menyalurkan didikan yang baik secara
bekerjasama. Tetapi apa yang dilihat pada hari ini amat berbeza, di
mana guru sewenang-wenangnya diperlakukan dengan tindakan di
luar kawalan oleh ibu bapa pelajar. Menurut Khairulaniza (2007),
terdapat ibu bapa yang lebih sedia menyalahkan guru daripada
menerima hakikat yang anak mereka bersalah kerana melanggar
disiplin sekolah. Mereka sukar menerima hakikat yang anak mereka
telah melakukan kesalahan serius di sekolah. Oleh itu, pada
pendapat ahli panel kita yang kedua, apakah perana lain seorang
guru di sekolah supaya memberikan gambaran jelas terhadap
ibubapa.

Panel:

Terima kasih kepada Tuan Moderator. Terlebih dahulu, saya ingin


mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menjemput saya
untuk hadir ke forum ini untuk kita bersama-sama membincangkan
perkongsian bicara ilmu pada hari ini. Baiklah, adalah baiknya kita
berjinak-jinak dengan tajuk kita dahulu bak kata orang tak kenal
maka tak cinta. Tajuk kita pada hari ini ialah Peranan Guru
Sekolah Rendah. Melihat sahaja tajuk ini, akan muncul di
pemikiran kita bahawa peranan seorang guru di sekolah menjadi
keutamaan untuk mendidik anak murid di sekolah. Seorang guru itu
tahu apakah yang patut dilakukan di sekolah dan bagaimana untuk
menangani pelbagai gejala masalah yang berlaku di sekolah secara
profesional.

Panel:

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.


1

Panel:

Terdapat banyak peranan utama seorang guru di sesebuah sekolah


dimana peranan ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah
yang wajib dilakukan atau dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan, rasional, seimbang dari
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Panel:

Saya ingin membincangkan dua peranan seorang guru sekolah


rendah iaitu guru sebagai agen perubahan dan pengganti ibubapa.
Terlebih dahulu saya akan bincangkan mengenai peranan guru
sebagai agen perubahan. Carnall (1991) mengatakan bahawa
perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap organisasi adalah
perubahan. Sesuatu organisasi atau komuniti sosial seperti sekolah
hendaklah menerima berlakunya perubahan. Hal ini kerana melalui
perubahan, kita sebagai warga pendidik mampu meningkatkan
kualiti produk yang kita hasilkan iaitu perkembangan dalam
pencapaian murid-murid dalam pembelajaran.

Panel:

Perubahan juga merupakan satu keperluan yang wajib diterima oleh


ahli sesuatu organisasi walaupun ianya tidak dipersetujui oleh manamana pihak. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di
alaf baru. Ianya mesti dilakukan kerana wujudnya globalisasi,
Negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi computer dan
internet di hujung jari dan persaingan antara kelompok atau Negara
semakin meningkat. Sekiranya kita menolak perubahan, kita akan
sentiasa ketinggalan.

Panel:

Guru sebagai agen perubahan terbahagi kepada tiga perubahan


iaitu perubahan persepsi, perubahan tingkah laku dan perubahan
teknologi. Perubahan persepsi bermaksud perubahan yang berlaku
dalam domain kognitif, metakognitif dan juga afektif. Ianya perlukan
rangsangan atau pemikiran luar daripada kotak pemikiran untuk
mencetus perubahan. Guru membantu murid untuk mengubah nilai,
ideologi, prinsip dari platform lama kepada platform baru ataupun

dalam erti kata lain perubahan dari unsur negatif kepada unsur
positif.
Panel:

Seterusnya

ialah

perubahan

yang

perubahan
berlaku

tingkah

dalam

laku

domain

yang

bermaksud

psikomotor

melalui

pancaindera. Ianya memerlukan teknik peniruan dimana sesorang


individu akan perlahan-lahan mencontohi identiidentityu model yang
diminatinya. Di dalam konteks pendidikan, guru sebagai role-model
kepada murid dimana segala personality dan perwatakan guru akan
dicontohi dan diteladani oleh murid. Secara tidak langsung, murid
dapat menerima perubahan melalui perubahan tingkahlaku seorang
guru.
Panel:

Guru sebagai agen perubahan melalui perubahan teknologi. Ianya


bermaksud perubahan yang berlaku pada alat teknologi yang
menyokong kesinambungan kehidupan manusia. Tujuannya adalah
untuk memudahkan manusia menguruskan aktiviti rutin kehidupan
harian melalui pembentukan satu penanda arasan yang baru dalam
ketamudanan manusia. Guru haruslah sentiasa mengikuti arus
kemodenan dan seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan
menerapkannya ke dalam pengajaran di sekolah. Sebagai contoh
penggunaan alat teknologi seperti penggunaan computer, Internet,
pancaran LCD, pembesar suara dan sebagainya adalah alat
teknologi yang membantu pengajaran guru dan memudahkan
pemahaman murid. Secara tidak langsung, murid dapat belajar ilmu
teknologi melalui TMK (Teknologi Maklumat & Komunikasi) yang
diajarkan oleh guru.

Panel:

Peranan guru yang seterusnya ialah guru pengganti ibubapa. In


Loco Parentis merupakan bahasa Latin yang bererti ibubapa
gantian. Guru menggunakan sebahagian daripada masanya iaitu
lebih kurang 8 jam bersama dengan murid-murid di sekolah setiap
hari. Masa yang selebihnya adalah masa murid bersama dengan
kelurganya terutamanya ibubapa mereka. Namun demikian, tidak
semua murid ini dapat meluangkan masa itu bersama ibubapa
3

masing-masing disebabkan beberapa faktor seperti kesibukan


ibubapa bekerja, bebanan kerja yang berlambak, tahap ekonomi
keluarga yang rendah dan serba kekuranga dan sebagainya menjadi
faktor ibubapa tidak dapat meluangkan sepenuhnya masa bersama
anak-anak di rumah. Oleh itu, peranan guru pengganti ibubapa
bermaksud guru menjalankan tanggungjawab seiring dengan
ibubapa. Keprihatinan dan kepekaan guru terhadap aspirasi, nilai
dan sikap ini akan membantu mereka menghadapi persekolahan
dengan yakin dan bersemangat.
Moderator:

Terima kasih kepada ahli panel kedua yang menghuraikan peranan


guru dengan begitu bernas sekali. Sememangnya, bukan mudah
untuk menjadi seorang guru kerana terpaksa redha menerima
cabaran

yang

begitu

getir

sekali

terutama

sekali

daripada

masyarakat setempat yang kurang jelas mengenai peranan guru di


sekolah. Bagi meneruskan forum kita, bolehkah tuan panel
memberikan satu contoh insiden yang pernah berlaku dan
pandangan tuan panel terhadap insiden tersebut. Silakan tuan
panel.
Panel:

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Salleh Mat Rasid


ketika mengulas satu insiden lain yang dilaporkan berlaku di sebuah
sekolah di Pulau Pinang di mana seorang guru lelaki diserang dan
ditampar selepas guru terbabit dikatakan menampar beberapa orang
pelajar yang bergaduh dan berbuat bising di dalam perpustakaan
sekolah (Mstar Online, 5 April 2008). Mengapa perkara sebegini
boleh terjadi? Bagi saya, sesetengah ibubapa kurang jelas
mengenai peranan seorang guru di sekolah dan hanya menyalahkan
guru atas sesuatu insiden yang berlaku tanpa menyiasat dahulu
sebab berlakunya insiden itu. Saya kurang bersetuju dengan
tindakan guru yang mengambil tindakan drastik tanpa berfikir secara
profesional dahulu untuk memberikan hukuman atau tindakan. Ada
banyak cara hukuman yang boleh diberikan kepada murid yang
melakukan kesalahan selain memberikan sentuhan fizikal.

Pada sudut yang lain pula, saya juga tidak bersetuju dengan
tindakan ibubapa yang menyerang guru sewenang-wenangnya
tanpa usul periksa kerana pada pandangan saya guru ini adalah
seorang insan yang harus dihormati dan disegani atas bakti dan jasa
mereka memberi pendidikan kepada anak murid di sekolah.
Panel:

Dengan mempamerkan kasih sayang, kemesraan dan menyediakan


pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berkualiti, guru
boleh berperanan sebagai pengganti ibubapa. Malah, murid tidak
akan merasa kekurangan belaian dan kasih-sayang sekiranya guru
menjalankan peranan ibubapa di sekolah dan dapat mengelakkan
murid terlibat dengan kemurungan atau gejala sosial yang lain.

Moderator:

Apakah pendapat tuan panel kedua mengenai peranan guru dalam


menguruskan tingkah laku murid?

Panel:

Guru mampu mengurus tingkah laku murid agar sejajar dengan


norma yang sepatutnya. Guru merupakan model yang sangat
penting dalam menyampaikan maklumat tentang amalan nilai-nilai,
kepercayaan, falsafah dan sikap murid. Sebagai pembentuk
tingkahlaku

yang

positif,

guru

perlu

memahami

matlamat

pembelajaran untuk membentuk insan yang boleh berfikir dengan


matang, dapat menyelesaikan masalah dengan kebolehan berdikari
serta dapat membuat keputusan dengan penuh hikmah dan
bijaksana.

Panel:

Oleh itu, secara rumusannya saya dapat mengatakan di sini bahawa


guru merupakan insan yang bertanggunjawab untuk melaksanakan
peranannya terhadap murid di sekolah untuk melahirkan produk
yang berkualiti kelak. Untuk merealisasikan impian itu, guru
berperanan

penting

untuk

menjadi

agen

perubahan

yang

memastikan perubahan diterima dan dihayati dalam diri setiap


murid. Selain itu juga, guru juga dikatakan pengganti ibubapa. Hal ini
5

kerana guru juga memikul amanah dan tanggungjawab untuk


membina keperibadian dalam diri murid agar menjadi insan berguna
masa hadapan. InsyaAllah.

You might also like