Penyambungan Komponen Elektronik

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

PENYAMBUNGAN, PEMASANGAN DAN PENGUJIAN

PROJEK

UNIT 10

SINOPSIS
Unit ini mengandungi empat tajuk pelajaran seperti berikut:
Tajuk 1:
Tajuk 2:
Tajuk 3:
Tajuk 4:

Lukisan Litar
Penyambungan dan Pemasangan
Pengujian Litar
Pengiraan Kos

PENGENALAN
Dalam Tajuk 1 anda akan pelajari jenis-jenis lukisan litar yang biasa digunakan
dalam kerja elektrik dan elektronik. Anda akan berpeluang membuat latihan lukisan
litar projek elektronik yang diberikan sebagai tugasan. Kerja menyediakan papan litar
bercetak juga akan dipelajari dalam tajuk ini. Tajuk 2 akan memberi anda peluang
menggabungkan pengetahuan dan kemahiran daripada pelajaran dalam unit-unit
pelajaran yang lalu melalui kerja amali memasang projek elektronik yang telah dilukis
dalam pelajaran Tajuk 1 unit ini. Anda juga akan pelajari kemahiran-kemahiran baru
seperti memasang komponen dan memateri. Selepas memasang suatu projek
elektronik, anda akan pelajari pula cara-cara membuat ujian terhadap projek yang
telah dipasang. Pelajaran ini akan dipelajari dalam Tajuk 3. Akhirnya anda akan
pelajari kaedah mengira kos membina suatu prujek melalui pelajaran Tajuk 4.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir bab ini anda seharusnya dapat:
1.

menterjemah rajah litar skematik daripada rajah litar bergambar dan


sebaliknya;

2.

menyediakan papan litar bercetak;

3.

memasang dan menyambung projek elektronik yang mudah;

4.

melakukan ujian keterusan dan kefungsian menggunakan meter


pelbagai; dan

5.

membuat pengiraan kos membina suatu projek elektronik.

10-1

TAJUK 1

LUKISAN LITAR

Dalam Unit 9 Tajuk 1 anda telah mempelajari bentuk fizikal dan simbol skematik
komponen-komponen elektronik. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari cara-cara
bagaimana simbol-simbol tersebut dapat disatukan untuk menghasilkan lukisan litar.
Lukisan litar yang akan dipelajari ialah rajah blok, rajah litar bergambar, rajah litar
skematik dan rajah papan litar bercetak.
1.1

Rajah Blok
Rajah ini terbina daripada blok-blok berlabel yang mewakili suatu litar atau
peringkat. Setiap blok litar atau peringkat dilabelkan berdasarkan fungsinya.
Sesuatu blok disambung antara satu sama lain menggunakan garisangarisan anak panah untuk menunjukkan arah aliran isyarat atau pertalian di
antara blok-blok. Rajah 1 menunjukkan contoh rajah blok satu sistem audio.

sumber
bekalan AU

Unit bekalan
kuasa
mikrofon 1
Pengadun
audio

Penguat
kuasa audio
pembesar
suara

mikrofon 2
Rajah 1: Rajah Blok Sistem Penguat Kuasa
Audio

Dalam rajah ini, isyarat-isyarat masukan beraras rendah daripada mikrofon


diadun oleh PENGADUN AUDIO. Isyarat yang dikeluarkan oleh pengadun
(masih beraras rendah) ini kemudian dimasukkan pula kepada PENGUAT
KUASA AUDIO. Penguat ini mengeluarkan isyarat beraras tinggi yang dapat
membunyikan pembesar suara. UNIT BEKALAN KUASA menukarkan
bekalan voltan arus ulang alik kepada voltan arus terus yang diperlukan oleh
sistem tersebut.
Rajah blok amat berguna untuk menerangkan sesuatu sistem yang kompleks
dengan mudah. Ianya juga menunjukkan pertalian di antara peringkatperingkat dalam suatu sistem elektronik. Rajah blok juga memudahkan kerjakerja mengesan kerosakan. Contonya, jika tiada isyarat keluaran daripada
pembesar suara sedangkan isyarat keluaran daripada pengadun dapat
dikesan, maka bahagian yang mungkin rosak ialah sama ada penguat kuasa
atau pembesar suara. Dengan demikian, hanya bahagian penguat kuasa
atau pembesar suara sahaja yang perlu dibaiki.
10-2

1.2

Rajah Litar Bergambar


Binaan sesuatu sistem elektronik
boleh dipersembahkan dengan
menggunakan rajah litar. Rajah
litar bergambar merupakan satu
bentuk lukisan litar elektronik yang
digunakan untuk tujuan ini. Rajah
ini melibatkan lukisan komponenkomponen
yang
menyerupai
bentuk fizikalnya yang sebenar.
Rajah 2 menunjukkan rajah litar
bergambar suatu projek yang di
pasang menggunakan bungkah
penyambung.

Rajah 2: Rajah Litar Bergambar

Rajah ini sesuai digunakan oleh


orang yang baru menceburi bidang
elektronik. Ianya juga sesuai digunakan untuk membina projek elektronik
yang kecil dan mudah. Ciri penting rajah ini ialah ianya menunjukkan susun
atur fizikal sebenar sesuatu litar. Rajah ini membolehkan kebanyakan orang
memahami suatu litar dengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal.
1.3

Rajah Litar Skematik


Apabila
sesuatu
projek
menjadi
semakin besar, litarnya akan menjadi
semakin kompleks. Bilangan dan jenis
komponen yang terlibat juga bertambah
banyak dan berbagai-bagai. Jika litar
kompleks ini dilukis menggunakan rajah
litar bergambar, ruang yang lebih besar
diperlukan untuk melukisnya. Tambahan
pula, pertalian di antara komponenRajah 3: Rajah Litar Skematik
komponen semakin sukar dilihat. Oleh
itu, rajah litar bergambar tidak sesuai
digunakan
untuk
mempersembahkannya. Rajah litar skematik lebih sesuai digunakan untuk
mempersembahkan suatu litar yang besar atau kompleks. Rajah ini
membolehkan suatu litar besar dilukis dengan kemas dan dimuatkan dalam
ruangan yang lebih kecil. Rajah 3 menunjukkan rajah litar skematik bagi
projek dalam Rajah 2.
Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik, rajah litar skematik kelihatan
membingungkan. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudah
mengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu.
Sebenarnya, rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana keduaduanya dilukis menggunakan simbol-simbol. Anda hanya perlu perbanyakkan
latihan, kesabaran dan ketelitian.
Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untuk
mewakili sesuatu komponen tertentu. Garisan-garisan digunakan untuk
menunjukkan sambungan di antara komponen-komponen. Selain daripada
simbol, komponen-komponen juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali
10-3

berserta nombor) tertentu. Label ini penting untuk pengenalan komponen.


Biasanya satu rajah litar skematik disertakan dengan senarai komponen yang
mengandungi maklumat penting mengenai sesuatu komponen.
Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut:
1. susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang
2. saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang
kerana saiz, bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza
walaupun saiz simbolnya sama
Bagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal, anda perlu
menguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litar
bergambar dan sebaliknya. Dengan cara ini, kefahaman anda terhadap
sesuatu litar juga akan menjadi lebih mudah.
1.4

Rajah Papan Litar Bercetak


Peralatan elektronik komersial biasanya
dipasang menggunakan papan litar
bercetak. (Papan litar bercetak seringkali
dipanggil PCB - singkatan bagi Printed
Circuit Board). Rajah 4 menunjukkan
satu contoh projek elektronik yang
dipasang menggunakan papan litar
bercetak. Ciri utama PCB ialah
penggunaan balapan kuprum tercetak
menggantikan kebanyakan wayar-wayar
penyambung komponen-komponen.

Rajah 4: Papan Litar Bercetak

Beberapa kebaikan PCB:


1. Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayar
penyambung. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang.
2. Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi
3. Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat cuma perlu letakkan
komponen di tempat yang disediakan dan pateri.
4. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana pendawaian dan
susunan komponen telah ditentukan lebih awal.
5. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan dengan
banyak.
Kerja penting semasa melukis rajah litar jenis ini ialah menentukan susun atur
komponen-komponen yang akan dipasang serta melakar balapan kuprum
yang menyambungkannya. Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi
perhatian semasa melukis rajah papan litar bercetak. Pastikan anda melakar
satu lubang untuk setiap pin (kaki) komponen. Kedudukan suatu komponen di
atas papan litar bercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal
komponen berkenaan atau simbol skematiknya. Kedudukannya juga
dilabelkan dengan label huruf (bernombor) untuk mengelakkan kesilapan
semasa memasang komponen. Rajah 5 menunjukkan bagaimana suatu rajah
papan litar bercetak disediakan berdasarkan rajah litar skematik.

10-4

Rajah 5: Rajah Papan Litar Bercetak


Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprum
nipis untuk dicetak. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama dengan saiz sebenar
papan litar bercetak yang akan dihasilkan.
Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut:
1. Dapatkan sekeping bod berlapik kuprum untuk cetakan PCB.
2. Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau
berus keluli yang halus.
3. Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke
permukaan kuprum.
4. Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprum
dengan pen berdakwat kalis bahan kakis.
5. Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan
ferik klorida. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250g
hablur ferik klorida dalam 1 liter air). Berhenti menunar apabila semua
bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. Cuci bod kuprum
dengan air dan keringkan bod.
6. Buat lubang pandu pada setiap tempat untuk memasukkan kaki
komponen.
7. Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter
1mm.
8. Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai
(seperti thinner)
9. Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter pelbagai.
Langkah selanjutnya selepas rajah
pemasangan dan penyambungan.

10-5

litar

berkaitan

disediakan

ialah

Latihan
1. Lengkapkan rajah blok bagi litar Unit Bekalan Kuasa berikut dengan
memasukkan peringkat yang berkaitan dalam kotak yang disediakan. Lukiskan
garisan berpanah untuk menunjukkan perhubungannya.

masukan

keluaran

2. Terjemahkan rajah-rajah litar skematik berikut kepada rajah litar bergambar


dalam ruangan yang disediakan.
a.
R1

R2

C1

R3

contoh

R4

b.
R1

R2

D1

C1

R3

D2

LED1

c.
R1
S1
9V

LED2

10-6

d.

R3

R1
c

C1
b
Q1

9V

C2
e

keluaran
R2

3. Terjemahkan litar bergambar berikut kepada litar skematik dalam ruang yang
disediakan.
a.

b.

c.

10-7

d.

4. Lukiskan rajah papan litar bercetak daripada rajah skematik berikut:


a.
R1

C1

R3

R2

R4

b.
R1

R2

D1

C1

R3

D2
LED1

c.
R1
S1
9V

LED2

10-8

Rumusan:
1.

Terdapat empat jenis lukisan litar dalam kerja-kerja elektronik iaitu: rajah rajah
blok, rajah litar bergambar, rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak.

2.

Rajah blok mewakili peringkat-peringkat dalam sesuatu litar dengan blok-blok


berlabel yang dihubungkan dengan garisan anak panah dan membantu
dalam memahami litar dan kerja mengesan kerosakan.

3.

Rajah litar bergambar menunjukkan binaan suatu litar elektronik


menggunakan bentuk fizikal komponen. Rajah ini mudah difahami dan
digunakan dalam kerja memasang litar mudah.

4.

Rajah litar skematik juga menunjukkan binaan litar elektronik tetapi


menggunakan simbol-simbol skematik. Rajah ini sesuatu untuk melukis litar
yang besar dan lebih bersifat teknikal.

5.

Rajah papan litar bercetak perlu dilukis berdasarkan rajah skematik untuk
mencetak bod litar PCB.

6.

PCB dihasilkan dengan cara penunaran bod berlapik kuprum yang telah
dilukis dengan rajah papan litar bercetak menggunakan larutan ferik klorida.

Bacaan Asas:
Abu Bakar Mohd. Sheikh et. al. (2000). Fokus PMR KemaHIRAN Hidup Bersepadu
(Teras dan Kemahiran Manipulatif Tambahan). Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Rujukan:
Floyd, T. L. (1997). Principles of Electric Circuit 5th Edn. New Jersey, U.S.: PrenticeHall International, Inc.
Schuler, C. A. (1994). Electronics: Principles and Applications 4th Edn. International
Editions. New York: McMillan-McGraw-Hill.
Stensel, P., Tung, T. & Soh, B.S. (2000). Keeping Up With Design Technology for
Upper Secondary. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

10-9

TAJUK 2

Penyambungan dan Pemasangan

Penyambungan dan pemasangan komponen-komponen elektronik dalam


pembinaan suatu projek elektronik boleh dilakukan dengan berbagai cara.
Sesetengah cara melibatkan penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah
diperolehi. Ada pula cara yang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus.
Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara atau kekal.
Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-ubah serta
pengujian dan pembaikan yang kerap. Komponen-komponen boleh digunakan
berulang-kali untuk beberapa projek yang berlainan. Pemasangan ini selalunya
digunakan dalam kerja-kerja seperti mereka bentuk litar, latihan, ujian dan kajian
makmal. Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina projek yang telah
mantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan pematerian. Dalam tajuk ini anda
akan pelajari cara pemasangan projek elektronik.
Cuba anda kaji beberapa cara pemasangan projek yang biasa digunakan dalam
penghasilan sesuatu projek elektronik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 dan
Rajah 6 hingga Rajah 8.

Rajah 6: Pemasangan Projek Menggunakan


Bungkah Kayu Berskru Atau Paku

Rajah 7: Pemasangan Projek


Menggunakan
Bungkah
Penyambung

2.1
Rajah 8: Pemasangan Projek
Menggunakan Verobod
berikut:
10-10

Susun Atur Komponen


Pemasangan
projek
elektronik
melibatkan
langkah-langkah
kerja

1. Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yang
disediakan. Jika perlu, ubahsuaikan susun atur komponen dengan
melukis semula rajah litar. Rajah ini perlu disesuaikan dengan cara
pemasangan yang dipilih. Anda perlu merancang susun atur komponenkomponen dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatu
projek. Langkah ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkan
projek.
2. Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara
penyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang
dinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan. Beri
perhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan.
3. Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum
di pasang.
4. Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan mengikut
kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk. Perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun komponen di
peringkat memasang (dan juga semasa melukis rajah litar):
a. Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti transistor,
penerus terkawal silikon (silicone controlled rectifier SCR dan litar
bersepadu - IC) hendaklah disusun terlebih dahulu. Komponen lain
yang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke bahagian
yang betul. Sambungan yang salah bukan sahaja mengakibatkan litar
itu tidak berfungsi bahkan boleh merosakkan komponen itu. Anda
perlu mengetahui cara-cara menalpasti kedudukan kaki komponen
tersebut.
b. Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit, diod
pemancar cahaya dan buzer piezo) di sambungkan mengikut
kutubnya. Kaki positif mestilah disambungkan ke punca voltan positif
dan kaki negatif kepada punca voltan negatif. Sambungan yang salah
boleh merosakkan komponen.
5. Setiap kali suatu komponen dipasang, pastikan kaki komponen itu
disambung dengan mantap. Jika perlu, goyangkan badan komponen
untuk memastikan sambungan itu mantap. Sambungan yang longgar
menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi. (Sila rujuk
Tajuk 2.3 dalam unit ini jika pemasangan projek melibatkan kerja
pematerian)
6. Setelah semua komponen dipasang, semak semula susun atur
komponen berdasarkan rajah litar.
Setelah sesuatu projek siap dipasang dan disemak jangan tergesa-gesa
untuk mengenakan sumber voltan. Anda perlu melakukan kerja pengujian litar
seperti yang diterangkan dalam Unit 10 Tajuk 3.

2.2

Uji Pasang

(Teks dan grafik tajuk ini belum dapat disempurnakan)


10-11

2.3

Pematerian
Kerja memateri melibatkan penggunaan alat dan penguasaan kemahiran
tertentu. Kerja ini tidaklah begitu sukar untuk dilakukan. Tetapi jika
pematerian tidak dilakukan dengan sempurna, kegagalan untuk sesuatu
projek berfungsi sentiasa sedia menanti. Oleh itu, berusahalah untuk
menguasai kemahiran memateri dengan baik.
Timah pateri ialah satu aloi yang
terdiri daripada campuran timah
dan plumbum pada kadar 60:40
(iaitu 60% timah dan 40%
plumbum). Timah pateri boleh
didapati dalam beberapa saiz
mengikut diameter. Timah pateri
yang baik mengandungi bahan
lakur atau fluks di bahagian
tengahnya. Rajah 9 menunjukkan
contoh timah pateri berserta
bahan lakur. Fungsi bahan ini
ialah:
-

Rajah 9: Timah Pateri

membantu mengalirkan timah pateri lebur


mengelakkan pengoksidaan berlaku ketika
kerja memateri
mengasingkan lapisan oksida pada tempat
yang dipateri

Apabila melebur (pada suhu sekitar 370oC),


timah pateri bertukar menjadi cecair yang
kemudiannya melekatkan bahagian-bahagian
logam yang hendak dicantum. Elakkan timah
pateri lebur daripada terkena sambungan lain
kerana ianya boleh menyebabkan litar pintas.
Alat pemateri digunakan untuk meleburkan
timah pateri. Rajah 10 menunjukkan satu
contoh alat pemateri elektrik yang sering
digunakan dalam kerja elektrik dan elektronik.
Alat ini diletakkan pada pemegang khas yang
disertakan dengan sejenis span apabila
digunakan.
Beri perhatian khusus kepada perkara-perkara
berikut semasa memilih alat pateri:

Rajah 10: Alat Pemateri dan


Pemegang
1. Kadar kuasa 20 hingga 40 watt
2. Hujung bit pemanas bermuncung tajam
atau rencung di satu sisi
3. Kebolehan untuk menukar ganti bit apabila perlu

10-12

Rajah 11: Teknik Memateri

Rajah 12: Hasil Pematerian

Langkah-langkah memateri:
1. Buat persediaan berikut:
- alat pemateri dipanaskan secukupnya
- span telah lembabkan dengan air
- timah pateri disediakan secukupnya
- kaki komponen yang hendak dipateri
digosok sedikit dengan kertas las
2. Panaskan kaki komponen dan balapan
kuprum dengan hujung bit secara
serentak kira-kira 2 hingga 3 saat.
3. Kenakan timah pateri pada kaki
komponen yang telah dipanaskan dan
biarkan timah melebur (Lihat Rajah 11)
4. Alihkan timah pateri dan kemudian alat
pemateri.
5. Dapatkan hasil pematerian yang baik
seperti dalam Rajah 12 untuk mendapat
sambungan yang baik.
Di samping alat kelengkapan pematerian,
anda juga perlu mengenali dan menggunakan
beberapa alat tangan lain dengan cara yang
selamat dan betul. Amalan tabiat kerja yang
baik bukan sahaja dapat mengelakkan
kecederaan semasa bekerja tetapi juga dapat
memastikan alatan tersebut sentiasa berada
dalam keadaan baik untuk satu tempoh yang
lama. Beberapa alat tangan yang sering
digunakan adalah seperti dalam Rajah 13 dan
kegunaannya adalah seperti berikut:
Playar Muncung Tirus
-

memegang benda kerja kecil, membentuk


dan menyerap haba semasa memateri
Rajah 13: Alat Tangan
memotong dawai elektrik
10-13

Pemotong sisi
-

memotong dawai elektrik dan kaki komponen

Penjalur Wayar Spring


-

menanggalkan penebat dawai elektrik

Pemutar Skru
-

melonggar dan mengetatkan skru


dua jenis pemutar skru yang lazim digunakan ialah pemutar skru mata
rata dan pemutar skru philip

Penyedut Timah Pateri


-

menyedut timah pateri yang hendak ditanggalkan daripada bod litar


setelah lebur (digunakan serentak dengan alat pemateri)

Beberapa lagi alat tangan lain mungkin diperlukan dalam kerja elektrik dan
elektronik. Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai alatan ini daripada bahan
rujukan lain.
Latihan:
1.

Namakan dua bahan yang digunakan untuk pemasangan projek elektronik


secara sementara dan pemasangan kekal.
1.1

Bahan untuk pemasangan sementara:

a.
1.2

b.
Bahan pemasangan kekal:

a.
2.

b.

Namakan dua komponen yang boleh dipasang tanpa mengambilkira


kekutubannya.
a.

3.

b.

Namakan dua komponen yang perlu dipasang mengikut kekutuban yang


betul.

10-14

a.

b.

4.

Lukiskan setiap komponen pada kedudukan yang betul di atas PCB

5.

Tandakan dengan bulatan pada komponen yang susunaturnya salah.

10-15

Rumusan:
1.

Suatu projek elektronik dipasang secara sementara jika bahan seperti blok
kayu berskru/paku dan bungkah penyambung digunakan. Pemasangan kekal
dibuat dengan memateri komponen pada verobod atau papan litar bercetak.

2.

Susun atur komponen bagi sesuatu projek elektronik boleh dirancang dengan
melukis rajah litar bergambar dan rajah papan litar bercetak berdasarkan
rajah litar skematik.
10-16

3.

Komponen berkutub hendaklah dipasang mengikut kekutuban yang betul


supaya projek dapat berfungsi dan komponen tersebut tidak rosak.
Komponen yang mempunyai tiga atau lebih kaki perlu dipasang dengan
kedudukan yang betul dalam litar.

4.

Pematerian perlu dilakukan dengan menggunakan alat, bahan dan teknik


yang betul supaya sambungan komponen mempunyai keterusan yang
dikehendaki dan tidak pintas.

5.

Alat tangan perlu digunakan dengan cara yang betul dan selamat supaya
kecederaan diri dan kerosakan alat serta projek yang dikerjakan tidak rosak.

Bacaan Asas:
Abu Bakar Mohd. Sheikh et. al. (2000). Fokus PMR KemaHIRAN Hidup Bersepadu
(Teras dan Kemahiran Manipulatif Tambahan). Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Rujukan:

Reis, R. A. (1985). Introduction to Electronic Components and Circuit Assembly.


Irvine, California: EKI International Inc.
Stensel, P., Tung, T. & Soh, B.S. (2000). Keeping Up With Design Technology for
Upper Secondary. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

10-17

TAJUK 3

Pengujian Litar

Pengujian litar perlu dilakukan setelah pemasangan disemak. Langkah ini perlu
dilakukan sebelum bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siap
dipasang. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan ujian
kefungsian.
3.1

Ujian Keterusan
Ujian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-sambungan yang dibuat
mempunyai keterusan. Pada masa yang sama, ujian ini juga dilakukan untuk
mengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas.
Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara:
1. Pemeriksaan Visual
Semasa membuat pemeriksaan visual, tanda-tanda tertentu yang
mungkin menyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melalui
pemeriksaan dengan mata kasar. Antara tanda-tanda yang perlu
diperhatikan dan kesannya adalah seperti berikut:
Tanda-tanda visual
Sambungan kaki komponen longgar

Kesan

Kerosakan fizikal pada komponen yang dipasang Litar terbuka


(seperti tanda hangus pada perintang tetap)
Kaki komponen yang terdedah bersentuhan satu
sama lain
Timah pateri yang melimpah melepasi balapan
lain

Litar pintas

Timah pateri menyambungkan dua komponen


yang tidak sepatutnya bersambung
Komponen
berkutub
kekutuban yang salah

disambung

Litar terbuka
dengan litar
pintas
kerosakan
komponen

atau
atau

Apabila litar terbuka, arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam


bahagian-bahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Keadaan ini
menyebabkan projek gagal berfungsi. Kejadian litar pintas pula bukan
sahaja menyebabkan projek gagal berfungsi tetapi juga boleh
menyebabkan kerosakan kepada komponen.

10-18

2. Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian


Pemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu
pada sesuatu litar. Oleh yang demikian, pemeriksaan selanjutnya perlu
dilakukan dengan menggunakan alat pengujian tertentu. Meter pelbagai
adalah satu alat pengujian yang paling biasa digunakan dalam
pemeriksaan ini. Satu daripada tujuan pemeriksaan ini ialah untuk
memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litar yang dipasang
tidak sifar atau infiniti. Jika bacaannya sifar, projek mempunyai litar pintas
dan jika bacaannya infiniti, projek mempunyai litar terbuka.
Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini:
1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang
paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).
2. Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung
bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang
ditunjukkan oleh meter ohm. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk
oleh jarum penunjuk. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh
meter itu tidak sifar atau infiniti. Jika projek dipasang dengan suis,
ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil memerhatikan
kedudukan jarum penunjuk meter. Anda perlu menukar julat satu
tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan keseluruhan litar
melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh meter pada julat
yang dipilih.
3. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2.
Jika projek dipasang menggunakan verobod, ada kalanya pemeriksaan
secara visual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan
yang pintas (kerana limpahan timah pateri yang terlalu kecil). Keadaan ini
boleh dikesan menggunakan meter ohm mengikut langkah berikut:
1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang
paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).
Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada
balapan bersebelahan. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan
bacaan infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja
disambung menggunakan wayar pelompat).
3. Jika bacaan sifar ohm diperolehi, lalukan bit alat pemateri panas di
sepanjang balapan untuk mencair dan membuang limpahan timah
pateri.
4. Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi.
Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah
litar pintas, litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki, barulah
projek tersebut boleh dikenakan punca voltan.
Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan perkara-perkara berikut
sebelum menyambung bekalan voltan kepada projek:
1. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut
punca yang betul. Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala
wayar hitam adalah wayar negatif (-).
2. Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yang
dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Voltan
10-19

yang lebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang


rendah tidak akan memberi kesan yang memuaskan.
3. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK boleh
disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik.
3.2

Ujian Kefungsian

(Teks dan grafik bahagian ini belum dapat disempurnakan)

10-20

TAJUK 4

4.1

Kos Bahan Mentah

4.2

Kos Upah

4.3

Kos Sampingan

4.4

Kos Pengeluaran

Pengiraan Kos

(Teks dan grafik bahagian ini belum dapat disempurnakan)

10-21

UNIT 10: Soalan Tutorial


Anda dikehendaki memasang projek Pengesan Lembapan menggunakan verobod
untuk dikemukakan semasa tutorial.
Panduan untuk menyempurnakan tugasan:
1. Kaji rajah litar skematik dan senarai komponen projek Pengesan Lembapan.
2. Pelajari contoh terjemahan rajah litar skematik kepada rajah litar bergambar
untuk pemasangan menggunakan verobod bersaiz 17 lubang X 24 baris.
3. Terjemahkan rajah litar skematik tersebut kepada rajah litar bergambar
menggunakan sekeping verobod bersaiz 14.5 cm X 6.5 cm dalam kertas verobod
yang disediakan. Sila buat beberapa salinan kertas verobod kosong ini.
4. Semak lukisan yang anda sediakan berdasarkan rajah litar skematik.
5. Dapatkan komponen, bahan dan alat-alat tangan yang diperlukan.
6. Sediakan plat sentuh dengan melakukan cetakan papan litar bercetak (PCB).
7. Pasangkan projek tersebut dengan pemasangan kekal berdasarkan rajah litar
bergambar yang telah anda lukis.
8. Lakukan ujian-ujian keterusan (secara visual dan menggunakan meter pelbagai)
sebelum anda mengenakan bateri kepada projek yang dipasang.
9. Setelah bateri dikenakan, sentuh plat sentuh dengan tangan yang lembab.
Pembesar suara akan mengeluarkan bunyi nyaring dan halus jika projek anda
berfungsi. Jika projek anda gagal berfungsi, dapatkan bantuan daripada rakanrakan yang lebih mahir sebelum mendapatkan bantuan semasa tutorial.
10. Sediakan pengiraan kos projek.
11. Simpan projek anda berserta lukisan rajah litar bergambar dalam sampul plastik
untuk dikemukakan semasa tutorial.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA

10-22

Litar Skematik Pengesan Lembapan

Senarai Komponen:
R1 & R2
R3
R
R
C1
TR1
IC1
LED1
S1
SP1

Perintang tetap 1 kW
Perintang tetap 100 kW
Perintang tetap 10W
Perintang tetap 220 W
Pemuat seramik 0.01 F
Transistor CS 9013
Litar bersepadu 555
Diod pemancar cahaya (sebarang warna)
Suis SPST
Pembesar suara (8W)
Penyambung Bateri 9V
Bateri 9V
Plat sentuh
Verobod
Soket IC 8 pin

10-23

Contoh Rajah Litar Bergambar (Pemasangan verobod 17 lubang X 24 baris)

S1

A
B

J4

C
D

J2
R1

LED 1

C1

R2

H
I

K
L
M

J3

8
IC 1

4
R5

N
O

k
J1
1
TR

R3

J5

R4

SP 1

R
S
T
U
V

Plat
Sentuh

W
X

10

15

Arah balapan kuprum


Nota:
Bahagian bertanta x menunjukkan balapan kuprum perlu dipotong

10-24

NAMA: ________________________________________________

PROGRAM: _____________________________________________

NAMA PROJEK: _________________________________________

TARIKH: _________________________________________

Rajah Litar Bergambar (menggunakan verobod 14.5 cm X 6.5 cm)

10

15

20

25

30

35

40

45

50

55

60

10

15

20

25

30

35

40

45

50

55

60

PENULIS MODUL PEMBELAJARAN


Bil.
1.

Nama

Kelayakan

2.

PENGERUSI
Taipkan nama pengerusi panel di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI

3.

CHAI
Maktab Perguruan Batu Lintang,
Kuching, Sarawak
AHLI 2
AGOS BIN ATAN
Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim,
Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru

Taipkan kelayakan di sini


Contoh:
Ph.D
Guru Bahasa Melayu 10 tahun
Penulis buku..
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Ketua Jabatan Bahasa

M. Agric. Studies
Bacelor Pendi. (S. Pertanian)
P. Grad Dip. Agirc Education
Pensyarah Kemahiran Hidup

4.

AHLI 3
ROSLY BIN ISMAIL
Maktab Perguruan Perlis
Behor Pulai, 010000 Kangar, Perlis

5.

6.

5.

AHLI 4
Taipkan nama ahli panel 2 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
AHLI 5
Taipkan nama ahli panel 3 di sini
Taipkan nama maktab / institusi di sini
Taipkan alamat maktab / institusi di sini
Taipkan sambungan alamat di sini
PENYELARAS
Taipkan nama penyelaras di sini
BPG

10-26

M. Ed. Teknologi Pendidikan


B. Tech. Ed. (Hon.) Kej. Elektrik
Sijil Perguruan (Radio TV &
Elektronik
Pensyarah Kemahiran Hidup
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Guru Cemerlang BM
Taipkan kelayakan di sini
Contoh:
BA (Hons) Diploma Pendidikan
Guru Cemerlang BM
Taipkan kelayakan di sini

You might also like