Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan

1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Saya adalah seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2009, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Kota Samarahan. Pada praktikum fasa tiga (3) ini, saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan
Saint Ambrose, Panchor, Serian. Praktikum kali ini mengambil masa selama dua belas (12)
minggu bermula pada 30 Januari 2012 dan akan berakhir pada 27 April 2012.
Sekolah ini terletak kira-kira 48 Kilometer daripada Bandar Serian dan dikira kawasan
luar Bandar. Sekolah ini terletak di tengah-tengah kampung Panchor Dayak dan dikelilingi
majoritinya penduduk yang berbangsa Bidayuh. Sekolah ini mempunyai seramai 10 orang guru
dan seorang staf sokongan dan dengan kemasukan saya serta seorang rakan praktikum, jumlah
guru bertambah menjadi 12 orang. Enrolmen murid pula adalah seramai 61 orang dan sekolah ini
dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM). Selain itu, sekolah ini juga tergolong dalam
kategori sekolah yang menggunakan sistem geran dalam aspek pengurusan kewangan sekolah.
Walaupun mempunyai sumber kewangan yang terhad, sekolah ini telah berusaha untuk
menyediakan yang terbaik untuk murid-muridnya seperti menyediakan makmal sains, makmal
komputer, perpustakaan, bengkel kemahiran hidup, stor sukan dan juga bilik pemulihan khas.
Sekolah ini juga turut mempunyai bilik fail sendiri yang sentiasa dijaga rapi dan sistem
pemfailan yang standard.

Pada hari pertama melapor diri, saya telah dimaklumkan oleh Guru Besar bahawa saya
akan mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani untuk Tahun 1, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun
5. Kelas Tahun 1 mempunyai seramai 8 orang murid yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki
dan 1 orang murid perempuan. Kelas Tahun 3 pula mempunyai seramai 9 orang murid yang
terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Manakala, kelas Tahun 4
mempunyai seramai 8 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada murid lelaki. Kelas Tahun
5 pula mempunyai murid seramai 10 orang murid yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan

7 orang murid perempuan. Untuk matapelajaran Pendidikan Moral pula, saya akan mengajar
kelas Tahun 4.
Setelah berjumpa dengan Guru Besar untuk sesi taklimat, saya berjumpa pula dengan
guru pembimbing dan daripada maklumat yang guru pembimbing berikan kepada saya,
kebanyakan murid lelaki di sekolah ini amat menggemari permainan badminton dan bola sepak
manakala bagi murid perempuan, mereka mengemari permainan bola jaring yang merupakan
kebitaraan sukan sekolah ini. Guru pembimbing saya juga memaklumkan bahawa sasaran
sekolah untuk MSSR Serian pada tahun hadapan adalah untuk memenangi sekurang-kurangnya
sebutir pingat gangsa. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membentuk murid
melalui sesi P&P yang akan membantu membentuk dan meningkatkan kemahiran motor murid.
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid-murid tahun 4 saya amat aktif di dalam permainan bola sepak dan mereka sering
bermain bola sepak di padang yang terletak berdekatan dengan sekolah. Pada minggu pertama
saya memasuki kelas mereka, mereka meminta agar saya mengajar tentang kemahiran bola sepak
sewaktu sesi P&P. sewaktu saya membelek buku teks Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun
4, saya mendapati bahawa permainan bola sepak terkandung di dalam sukatan pelajaran Tahun 4.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengajar kemahiran bola sepak semasa sesi P&P
memandangkan semua murid di dalam kelas Tahun 4 ini semuanya lelaki. Dalam menyusun
rancangan semester saya, saya meletakkan kemahiran bola sepak untuk 6 minggu pertama bagi
menarik minat mereka menyertai sesi P&P saya dan untuk 6 minggu yang seterusnya, saya akan
mengajar mereka tunjang kecergasan untuk membentuk kemahiran motor mereka secara spesifik.

Dalam sesi pengajaran saya yang pertama pada 8 Februari 2012 bersama murid tahun 4
ini , saya mengajar tentang kemahiran tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola
kepada rakan yang berdekatan. Daripada pemerhatian saya, mereka dapat menghantar bola
kepada rakan namun teknik yang mereka gunakan masih kurang tepat dan ini menyebabkan
hantaran mereka kurang tepat ke kaki rakan yang menunggu untuk menyambut hantaran.

hantaran menjadi kurang tepat kepada rakan kerana teknik yang digunakan kurang tepat dan
ini melambatkan pergerakan rakan. (Nota Lapangan, 8/2/2012)

Bagi membantu murid-murid ini, saya melakukan demonstrasi bagaimana melakukan


tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan. Saya menggunakan ansur maju
daripada statik ke bergerak dan daripada pemerhatian saya, murid-murid ini akan bermasalah
apabila melakukan tendangan leret secara bergerak. Oleh itu, saya lebih banyak menekankan
ansur maju sepanjang sesi P&P tersebut dan dibantu dengan permainan kecil yang meneguhkan
lagi ansur maju yang telah dilakukan.

Pada sesi pengajaran saya yang seterusnya, saya mengajar murid-murid tahun 4 ini
bagaimana untuk menyerkap bola. Kemahiran ini memerlukan murid untuk menghantar bola
kepada rakan dalam jarak dekat dan sederhana. Semasa murid menjalankan aktiviti, saya
mendapati bahawa tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan masih
lagi menggunakan teknik yang salah dan hantaran menjadi kurang tepat. Ini menyukarkan rakan
untuk menyerkap bola dengan baik. Oleh itu, saya lebih menggunakan permainan kecil
berkumpulan dalam sesi pengajaran kali ini untuk memberi mereka ruang untuk berinteraksi
sesama sendiri dan pada masa yang sama, mempelajari teknik yang betul daripada rakan sebaya
mereka yang mengetahui teknik tendangan leret yang betul kerana murid lebih selesa untuk
berinteraksi dengan rakan yang sebaya dengan mereka.

hantaran murid kurang tepat kepada rakan kerana teknik tendangan leret yang digunakan
adalah kurang tepat. ( Nota Lapangan, 15/2/2012)

Mengajar adalah proses penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu
bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses

pembelajaran dengan baik (Gagne, Briggs & Wager, 1992). Guru seharusnya berusaha ke arah
merangsang minat pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Usaha tersebut
memerlukan guru menyampaikan konten pelajaran dan menggunakan pelbagai strategi mengajar
yang bermakna dan berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan berkesan jika pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai digunakan. (Wee Eng
Ho, 2009). Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik
merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN


Fokus kajian saya adalah meningkatkan kemahiran tendangan leret dalam menghantar
bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki dan menilai sejauh mana keberkesanan
kaedah latih tubi dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran tendangan leret dalam
menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.

2.1 ISU KAJIAN


Salah satu tunjang dalam Pendidikan Jasmani ialah Kemahiran dan di dalam
tunjang ini, kemahiran yang diajar adalah kemahiran daripada sukan-sukan utama di Malaysia
seperti bola sepak, sofbol, hoki dan lain-lain lagi. Kemahiran yang diajar ini adalah sebagai
ransangan kepada murid untuk lebih meminati dan menceburkan diri di dalam sukan-sukan yang
diajar di sekolah.
Salah satu sukan yang kemahirannya diajar di sekolah ialah bola sepak. Bola
sepak merupakan sukan yang paling popular di Malaysia dan dimainkan hampir di seluruh
pelusuk negara tidak mengira umur, jantina dan warna kulit. Ketika saya mengajar kemahiran
dalam bola sepak untuk murid kelas Tahun 4, saya mendapati satu masalah yang ketara timbul
dalam dua (2) kelas saya yang pertama bersama kelas ini. Masalah tersebut adalah hantaran
kepada rakan menggunakan tendangan leret. Teknik tendangan leret yang digunakan adalah
kurang tepat dan bola yang dihantar kepada rakan seringkali tersasar dan tidak tepat kepada
rakan yang menunggu untuk menyerkap bola. Masalah ini mungkin sekali berlaku kerana murid
beranggapan bahawa menggunakan tendangan leret untuk melakukan hantaran kepada rakan
sudah cukup tanpa perlu memikirkan ketepatan dan teknik yang betul untuk melakukannya.

Dalam menyelesaikan masalah ini, pengkaji menggunakan kaedah latih tubi yang
dibantu kaedah ansur maju perlakuan untuk membentuk teknik yang betul daripada asas. Teknik
yang hendak dibentuk ialah teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan
menggunakan bahagian dalam kaki. Penggunaan latih tubi dan ansur maju dalam sesi Pendidikan
Jasmani diharap dapat membantu untuk membentuk teknik perlakuan yang dikehendaki dan
sekaligus meningkatkan penguasaan kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada
rakan menggunakan bahagian dalam kaki. Oleh itu, penggunaan pelbagai deria yang ada pada
murid amat berguna untuk membentuk teknik perlakuan yang betul di kalangan murid.

2.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH


Daripada pemerhatian yang saya lakukan sepanjang sesi pengajaran di dalam kelas, saya
melihat kesilapan yang ketara pada teknik perlakuan murid-murid tahun 4 ini adalah
menggunakan bahagian atas kaki untuk melakukan tendangan leret kepada rakan.
Gambar 1 : Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang

salah yang

dilakukan oleh murid.

Gambar 2 : Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang salah dilakukan
oleh murid.
Teknik perlakuan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan adalah
menggunakan bahagian dalam kaki kerana ianya lebih tepat dan lebih mudah.
Instep kick is more precise than the toe kick in an unstressed movement
( huddlestone & huddlestone, 2003)
Teknik perlakuan untuk tendangan leret yang tepat akan memberikan pasukan ruang bagi
menguasai perlawanan kerana hantaran yang dilakukan kepada rakan akan tepat kepada rakan
dan rakan yang menerima hantaran akan dapat menyerkap hantaran dengan mudah dan tepat.

Tendangan leret yang menggunakan bahagian dalam kaki akan menambahkan ketepatan hantaran
dan pada masa yang sama, akan menambah peluang pasukan untuk menjaringkan gol.
The ability to make short passes within a confined space is an important skill for successful
players. Accurate passing is important for maintain possession and for setting up goal scoring
opportunities. (Ermanno Rampinini,2008)
Tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki merupakan teknik menghantar bola
kepada rakan yang paling tinggi ketepatannya jika dibandingkan menggunakan bahagian atas
kaki dan bahagian dalam kaki. Untuk mengajar murid-murid sekolah teknik yang betul, teknik
tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki adalah teknik yang paling sesuai dan paling
mudah untuk diajar kepada murid.
The inside of the foot is used to move the ball with accuracy a short to moderate distance. This
pass is the most important pass and should be used often, so give your players plenty of
opportunities to practice it frequently.
(Lindsay Blom & Tim Blom, 2009)

Selain daripada teknik yang betul menggunakan bahagian dalam kaki, anggota
tubuh badan yang lain turut memainkan peranan dalam memastikan tendangan leret yang
dilakukan tepat kepada rakan yang menunggu. Kebanyakan murid menggunakan kaki kanan
untuk menendang bola dan perlakuan ini hendaklah diikuti dengan kedudukan postur badan yang
betul seperti postur pinggang (pelvis) dan kaki dominan yang betul untuk menghasilkan
tendangan leret yang baik dan tepat kepada rakan. Dengan gabungan antara teknik kaki yang
tepat dibantu dengan postur badan yang baik, tendangan leret untuk menghantar bola kepada
rakan menggunakan bahagian dalam kaki akan menjadi semakin baik dan ketepatan hantaran
akan meningkat.
To impact the ball with the medial aspect of the foot in the pass kick, the player orients the
pelvis, the right leg, and the foot more toward the right and introduces a medial component of
foot velocity. (J Levanon, J Dapena,1998)

Pelaksanaan teknik yang betul hendaklah dibantu dengan permainan bersyarat


atau permainan kecil yang akan membantu bukan sahaja meningkatkan minat murid untuk
menyertai sesi latihan malah akan turut membentuk perlakuan yang betul ketika murid
melakukan aktiviti. Model permainan kecil dan permainan bersyarat yang boleh digunakan ialah
menggunakan model Teaching Games For Understanding (TGFU) approach yang
diperkenalkan oleh Bunker & Thorpe pada tahun 1982. Di dalam model ini, terdapat beberapa
permainan ubahsuai yang direka khusus untuk membantu murid.
1. Game Sense (den Duyn, 1997),
2. Games for Understanding (Bunker & Thorpe, 1982),
3. Play Practice (Launder, 2001)
4. Games Concept Approach (Wright, Fry, McNeill, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light,
2003).
( Model Bunker & Thorpe 1982 )
Permainan ubahsuai dan permainan kecil mampu memberi impak yang baik kepada
peneguhan teknik perlakuan yang ingin dilihat daripada murid. Di samping murid bermain,
murid akan dapat untuk mempelajari teknik perlakuan yang betul dengan gembira dan tidak
tertekan untuk mencapai perlakuan yang dikehendaki.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN


Tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian
dalam kaki di dalam permainan bola sepak merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai
kerana di dalam bola sepak, hantaran tepat kepada rakan adalah amat penting bagi mengekalkan
penguasaan bola dan merencana taktikal serangan. Kemahiran ini hendaklah dikuasai
menggunakan teknik perlakuan yang betul dan akan memberi hasil hantaran yang baik.
Oleh itu, Kajian Tindakan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan amalan
pengajaran guru dan pada masa yang sama, meningkatkan penguasaan murid di dalam
kemahiran yang diajar. Dalam konteks kajian ini, kajian tindakan akan menjadi peluang bagi
guru untuk meningkatkan amalan pengajarannya dalam kemahiran tendangan leret ini kepada

murid-murid dan memperbaiki sebarang masalah pembelajaran yang timbul semasa sesi
pengajaran.
3.1 OBJEKTIF UMUM KAJIAN
i.

Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang pentingnya mempelajari teknik yang betul bagi
meningkatkan teknik tendangan leret bola sepak.

ii.

Meningkatkan pencapaian sekolah dalam kejohanan Bola Sepak Piala Yayasan Sarawak (PYS)
yang akan datang dengan menguasai kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada
rakan menggunakan bahagian dalam kaki untuk diaplikasikan sewaktu pertandingan.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS KAJIAN


i.

Meningkatkan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam melakukan teknik tendangan leret untuk
menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.

ii.

Mempertingkatkan amalan pengajaran guru dalam mengajar kemahiran ini untuk membolehkan
murid-murid memahami teknik tendangan leret yang betul dan membuat hantaran yang tepat
kepada rakan.

iii.

Meningkatkan penglibatan dan kemahiran murid melalui kaedah pengajaran kemahiran yang
kreatif dan inovatif.

3.3 PERSOALAN KAJIAN


i.

Sejauh manakah kaedah latih tubi dapat membantu meningkatkan kemahiran tendangan leret
untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki ?

ii.

Sejauh manakah teknik tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dapat
meningkatkan ketepatan hantaran bola kepada rakan?

iii.

Sejauh manakah kaedah latihan mike-style dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran
tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki ?

iv.

Sejauh manakah pencapaian murid apabila diuji selepas tempoh rawatan selesai?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan saya ini ialah 6 orang murid tahun 4
merupakan pemain bola sepak sekolah untuk kejohanan Piala Yayasan Sarawak (PYS) yang lalu.

Keenam-enam orang murid ini telah diuji ketika sesi pengajaran Pendidikan Jasmani dan mereka
melakukan teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian
dalam kaki yang kurang tepat walaupun sudah ditunjukkan oleh guru dan mereka sendiri telah
diajar menggunakan kaedah ansur maju sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid
ini akan menjadi subjek kajian kepada kaedah latih tubi yang dirangka dan perintis kepada
kaedah latihan mike-style.
BIL

NAMA

UMUR

JANTINA

Christephersen Leong

10 Tahun

Lelaki

Francis Yohanes

10 Tahun

Lelaki

Willvenchio Jay Gibson

10 Tahun

Lelaki

Edwin Ak Taib Chin

10 Tahun

Lelaki

Khimcostner Ak Kelvin

10 Tahun

Lelaki

Clay Steward Ak Lewis

10 Tahun

Lelaki

Rajah 1 : Senarai nama kumpulan sasaran

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN


Dalam melaksanakan kajian ini, saya perlu merancang dengan rapi perancangan
yang saya mahu lakukan agar saya tidak terlepas pandang sebarang perkara yang mungkin akan
merencatkan kajian saya nanti. Oleh itu, adalah penting bagi saya mengenalpasti dan merancang
terlebih dahulu langkah-langkah tindakan tentang bagaimana untuk membantu mengatasi
masalah murid-murid ini dan menganalisis data nanti.
5.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Langkah-langkah tindakan yang telah saya rancang dan akan saya laksanakan ini
adalah berasaskan kepada 2 bahagian iaitu ;
i. Pengajaran teknik perlakuan yang betul.
ii. Latih tubi
yang dikembangkan menjadi beberapa aktiviti untuk menjadi pengisian langkah-langkah
tindakan yang akan dijalankan.
Di dalam pengajaran teknik perlakuan yang betul, saya akan menggunakan
beberapa kaedah yang akan membantu saya untuk mengajar teknik perlakuan yang betul. Kaedah
yang digunakan adalah untuk menggunakanteknik tendangan leret secara L bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran yang baik dan membuat hantaran kepada rakan yang lebih
tepat.
i. Ansur Maju

Ansur maju amat penting dalam membentuk teknik perlakuan tendangan leret untuk menghantar
bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki yang betul di kalangan murid-murid ini.
Ansur maju ini akan membentuk perlakuan yang betul seperti di bawah :

Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan


hampir lurus. Mata memandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan
sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.
Tendang di bahagian tengah bola.
Pastikan bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk huruf L sehingga 45 darjah.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

ii. Demonstrasi guru


Dalam langkah ini, guru akan menjadi pemudahcara dalam semua aktiviti dengan menjadi
penunjuk cara sebelum murid melakukan sebarang perlakuan teknik yang dikehendaki. Guru
terlebih dahulu akan menunjukkan cara tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan
menggunakan bahagian dalam kaki secara static menggunakan teknik L sebelum bergerak
kepada perlakuan yang dinamik dan bergerak. Sebelum melakukan sebarang demonstrasi, adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk memahirkan diri dengan perlakuan yang hendak diajar
kepada murid. Namun, guru boleh meminta murid menjadi penunjuk cara seandainya perlakuan
tersebut mudah difahami oleh murid.

Untuk bahagian latih tubi pula, guru akan menggunakan satu kaedah latihan yang
digunapakai di salah sebuah kelab di England untuk mengajar pasukan bawah 12 tahun dan 15
tahun. Kaedah latihan ini telah diubahsuai dan dibentuk agar dapat menarik minat murid untuk
menyertai latihan dan meningkatkan kemahiran tendangan leret mereka. Kaedah latihan yang
diubahsuai ini disesuaikan pula dengan konsep play practice yang terkandung di dalam Model
Bunker & Thorpe.
i. Latihan mike-style
Latihan ini diubahsuai daripada kaedah latihan passing,receiving and combination play yang
direka oleh Steffen freund, Jurulatih kelab DFB yang berpengkalan di England. Latihan yang
telah diubahsuai ini lebih memfokuskan kepada hantaran leret dan perlakuan menggunakan
bahagian dalam kaki untuk menghantar bola kepada rakan. Berikut adalah perincian bagi setiap
sesi.
Memanaskan badan latihan bayangan dinamika.
Memanaskan badan dengan melakukan latihan bayangan tendangan leret untuk menghantar bola
kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki sambil bergerak dan meregangkan otot-otot
utama tubuh badan.
Latihan 1 tendangan leret ke dinding utk 5 minit
Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki ke dinding dengan
menggunakan bola secara individu untuk 5 minit.
Latihan 2 tendangan leret kepada rakan (berpasangan) utk 5 minit
Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan
bola secara berpasangan dengan rakan selama 5 minit.
Latihan 3 tendangan leret ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah
Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan
bola secara individu ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah bermula dengan 3 meter, 5
meter, 8 meter dan 10 meter.
Tempoh masa latihan 3 ini ialah selama 15 minit
Latihan 4 tendangan leret ke arah satu kon dalam satah lurus
Dalam latihan 4 ini, murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki
dengan menggunakan bola secara individu ke arah kon yang diletakkan dalam satah lurus pada
jarak 3 meter, 5 meter dan 7 meter.
Latihan 5 permainan bersyarat (diubah-ubah utk setiap sesi)
Permainan bersyarat akan dijalankan secara 1 minggu 1 permainan bersyarat yang diulang-ulang
dalam sesi latihan sehingga lengkap 1 minggu.
Permainan bersyarat akan dijalankan secara berkumpulan.
Cooling-down tendangan leret perlahan ke arah rakan sambil berjalan perlahan.

Murid akan berjalan perlahan dan melakukan tendangan leret yang perlahan kepada rakan sambil
melakukan kenduran otot. Perlakuan ini sedikit-sebanyak memberi penekanan kepada tendangan
leret walaupun perlahan kerana murid sedang melakukan kenduran otot waktu ini.

5.2 CARA PENGUMPULAN DATA


i.

Pemerhatian

Guru akan membuat pemerhatian dengan menggunakan rakaman video terhadap penguasaan
kemahiran oleh murid semasa guru mengajar kemahiran untuk setiap sesi. Guru akan membuat
analisis berdasarkan rakaman video tersebut. Guru juga akan meminta bantuan daripada guru
lain yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bola sepak untuk turut sama membuat
pemerhatian terhadap pengajaran guru.
ii.

Borang skor

Berdasarkan pemerhatian, guru akan membuat borang skor bagi mengukuhkan lagi pemerhatian
yang dibuat. Borang skor itu akan mengandungi aspek-aspek yang akan dinilai oleh guru dalam
tindakannya.
Nama Murid

Teknik berdiri

Teknik

Ketepatan

menyepak bola

hantaran

Christephersen Leong
Francis Yohanes
Willvenchio Jay Gibson
Edwin Ak Taib Chin
Khimcostner Ak Kelvin
Clay Steward Ak Lewis
Rajah 1 : Borang skor penilaian perkembangan murid.
iii.

Nota lapangan

Guru akan menggunakan nota lapangan sebagai catatan tentang apa yang berlaku semasa sesi
latihan murid-murid ini. Nota lapangan ini juga adalah sebagai salah satu instrumen pemerhatian
bagi mengesan kemajuan murid dan keberkesanan latihan yang direka.
iv.

Fotografi

Guru akan menggunakan kaedah ini sebagai alternatif kepada rakaman video yang dibuat semasa
pemerhatian. Fotografi akan menjadi salah satu bukti yang kukuh untuk mengesan peningkatan
penguasaan yang dilakukan oleh murid. Teknik fotografi ini juga sebagai salah satu pelan
kontigensi sekiranya video yang dirakam tidak dapat dianalisis atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan.
5.3 CARA MENGANALISIS DATA
Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan teknik menganalisis data kualitatif. Cara
menganalisis data adalah seperti yang ditunjukkan di bawah :
i.

Pemerhatian - Pemerhatian berstruktur seperti borang skor akan dianalisis menggunakan


frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan.

ii.

Borang Skor Borang skor akan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus.

iii.

Nota Lapangan nota lapangan pula akan dianalisis dalam bentuk naratif dengan cara
memerihalkan semula apa yang terdapat pada catatan nota lapangan pemerhatian serta menyebut
petikan perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Morrison, 1993).

iv.

Fotografi Fotografi dianalisis dalam bentuk naratif atau penceritaan dengan cara
memerihalkan semula apa yang terdapat pada fotografi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
6.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN KAJIAN
Pelan tindakan untuk kajian tindakan ini adalah diubahsuai daripada Model Kajian Tindakan
Stephen Kemmis (1988).
Langkah Pertama : Pengenalpastian Isu dan Masalah
Tinjauan isu dan masalah yang akan dikaji ialah mengenai kesukaran pelajar menguasai
kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam
kaki dengan teknik perlakuan yang betul.
Langkah Kedua : Perancangan Tindakan
Bagi membantu menangani masalah ini, langkah-langkah tindakan yang hendak diambil telah
dirangka dan dirancang dengan baik.

Langkah Ketiga : Perlaksanaan Tindakan


Dalam melaksanakan tindakan, setiap tindakan akan mengikut jadual pelaksanaan kajian
tindakan yang telah dirangka dan akan sentiasa dikemaskini.
Langkah keempat : Pemerhatian dan Menganalisis Data
Pemerhatian akan dilaksanakan sepanjang kesemua sesi latihan murid-murid ini dan pada
penghujung sesi latihan, hasil dapatan data akan diperolehi dan dianalisis.
Langkah Kelima : Refleksi dan Penilaian
Hasil dapatan yang diperolehi akan dinilai untuk tindakan penambahbaikan pada masa akan
datang dan untuk tujuan lanjutan kajian pada masa akan datang.
6.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
Bil

Perkara

Cadangan Tarikh
pelaksanaan

i. Mengenalpasti masalah murid di


dalam

kelas.

6/2/2012 sehingga
17/2/2012

i. menganalisis nota lapangan.

20/2/2012 sehingga

ii. mengenalpasti masalah murid di dalam

2/3/2012

kelas.
iii. mengenalpasti fokus kajian.
3

i. mengenalpasti kumpulan sasaran.

5/3/2012 sehingga
9/3/2012

4
5

i. menetapkan fokus kajian

12/3/2012 sehingga

ii. melakukan tinjauan literatur

23/3/2012

i. mula menulis kertas cadangan kajian.

26/3/2012 sehingga

ii. merancang langkah tindakan yan

30/3/2012

sesuai.
iii. merancang cara pengumpulan data.
iv. merancang cara menganalisis data.
6

i. melaksanakan tindakan

April 2012

ii. mengumpul data


7

i. analisis data yang diperolehi

sehingga Mei 2012


Mei 2012

ii. membuat refleksi kajian


8

i. membuat laporan kajian dan data

Jun 2012 sehingga


November 2012

i. pembentangan laporan kajian

Jun 2012 sehingga


November 2012

10

i. menjilidkan laporan kajian

November 2012

6.2 KOS KAJIAN


Bil

Bahan / item

Harga seunit

Jumlah

Kertas A4 80Gsm

RM 10.00 x 1

RM 10.00

Ink Printer

RM 98.00 x 1

RM 98.00

Buku catatan Nota Lapangan

RM 3.00 x 1

RM 3.00

Broadband

RM 50 x 3

RM 150.00

Comb-binding

RM 1.50 x 1

RM 1.50

Kertas Kuning

RM 1.00 x 1

RM 1.00

Minyak Kereta

RM 50 x 5

RM 250.00

Jumlah Keseluruhan

RM 513.50

7.0 SENARAI RUJUKAN


Buku Rujukan
Jurnal / kajian lepas
1. Comparison of precision in the toe and instep kick in soccer at high kicking velocities. L.B.
kristensen, T.Bull Andersen and H. Sorensen, department od sport science, University of Aarhus,
Denmark diakses pada 15 Mac 2012.

2. Rampinini E, Impellizzeri FM, Castanga C, Azzalin, Bravo DF, Wisloff U (2008) Effect of
match-related fatigue on short-passing ability in young soccer players. Medicine and Science
in Sports and Exercise Diakses pada 15 Mac 2012.
3. Abstrak kajian daripada Comparison of the kinematics of the full-instep and pass kicks in
soccer, J Levanon, J Dapena (1998), Medicine & Science in Sports & Exercise diakses pada 18
Mac 2012.
4. Teaching Games for Understanding (TGfU) in primary and secondary physical
education, Paul I. Webb et al (2006), Faculty of education,University of Wollongong, New
Zealand
Laman Sesawang (Internet)
1. http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab4TINDAKAN2.htmldiakses pada 14 Mac
2012

Online Book (Internet)


1. Survival Guide for Coaching Youth Soccer, Lindsay Blom & Tim Blom, 2009 diakses pada 20
Mac 2012.

You might also like