Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

http://hayatiymn.blogspot.com/p/kesalahan-penggunaan-bahasa-melayu.

html
Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah
kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah yang boleh
diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah seperti yang berikut:
(1) memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa
Melayu yang
baik dan betul dalarn semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan,
dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang
melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya
fasih berkomunikasi dalam bahasa asing).
(2) mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan,
sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat,
arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan
perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan
berdasarkan kepada keperluan sahaja;
(3) menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan
meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai
dan kakitangan.
Dalam masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan peningkatan
kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur Bahasa
bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempattempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan
ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan
mencemarkan maruah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara ciri
pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau
warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tataBahasa Melayu, termasuk sistem
ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras,
ataupun pencampuradukan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan
tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau
disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP.

Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera menghubungi


syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan.
Selain itu, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk
penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan
terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah
pemantauan yang diguna pakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan
kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa (guru atau penulis yang
berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam
yang mencemar bahasa. Tindakan ini akan mengatasi masalah pencemaran Bahasa
Melayu ini daripada berleluasa.
Dari segi pendidikan pula, para guru harus menitikberatkan cara penyampaian Bahasa
Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar
sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui
kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan
betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul
serta menggunakan ayat dengan betul, tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong
dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang wujud
perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi kesatuan rumus
yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd. Talib
(2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajarpelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan
kemahiran berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan
berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa
Melayu yang tercemar dari segi tatabahasa.
Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan
bahasa yang teratur dan anggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah hingga
tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Penguasaan
Bahasa Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa di institusi
pengajian tinggi tidak kira awam atau swasta juga perlu diberi penekanan. Hal ini
kerana merekalah yang akan menentukan sama ada menggunakan Bahasa Melayu
yang tercemar ataupun tidak dalam urusan pentadbiran.
Pencemaran Bahasa Melayu ini juga dapat diatasi dengan menguatkuasakan undangundang yang sedia ada di Malaysia. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh

Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa
Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda pencemar
bahasa di negara ini. Denda RM1,000 itu akan dilaksanakan apabila Akta Bahasa
Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda dan diluluskan Parlimen .
Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis awam. Sementara itu, Pengarah
Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim pula menyatakan bahawa DBKL sentiasa
memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Menurutnya, semua pihak
di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil Wilayah
Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa
Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan, sekali pun jika ada
bahasa lain bersamanya.
Tambahan lagi, pucuk pimpinan yang menerajui negara juga berperanan untuk
mengatasi pencemaran bahasa ini daripada berleluasa. Hal ini dapat dilakukan dengan
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua pusat pengajian tinggi
tidak kira awam ataupun swasta untuk semua jurusan. Menurut Abdul Hamid
Mahmood (2000:247), pucuk pimpinan perlu melancarkan Wawasan Bahasa
terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu sepenuhnya di pusat pengajian tinggi sama
seperti pelancaran Wawasan 2020. Hal ini akan mengurangkan penggunaan bahasa
rojak dalam kalangan mahasiswa yang bakal menceburi alam pekerjaan kerana
mereka terdedah dengan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam kehidupan
mereka.
__________________________________________

Kelemahan Penggunaan Bahasa Melayu


Kelemahan penggunaan bahasa Melayu mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di dalam bilik darjah
Beberapa Masalah Menyebabkan Kegagalan
Walaupun dikatakan di atas bahawa pengajaran bahasa Malaysia pada
keseluruhannya memuaskan, tetapi tidaklah dapat dikatakan tidak ada
masalahnya. Ada beberapa kegagalan umum yang dapat dilihat. Ini harus
diperhatikan sebagai satu kritikan untuk mencari penyelesaian dan bukan untuk
tujuan negatif. Kegagalan-kegagalan ini dilihat dari semua aspek penguasaan
bahasa: sebutan, ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi, dan peribahasa.
3.5.1 Sebutan
Sebutan menghadapi dua jenis masalah, pertama, masalah dalam bahasa
Malaysia itu sendiri dan kedua masalah dari luar. Dari dalam bahasa Malaysia
sendiri, terdapat masalah menentukan sebutan baku berbanding dengan
sebutan dialek. Sebenarnya kontroversi ini tidak besar. Sebutan kata-kata
bahasa Malaysia memang tidak banyak berbeza, yang menjadi perbalahan ialah
pada bunyi a di suku kata akhir terbuka, sama ada patut diucapkan a atau e. Ini
masalah kecil, tetapi pendokong bunyi a sentiasa mahu melaksanakan ini tanpa
kecuali. Tetapi sikap rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan, dan Kementerian Penerangan (Radio dan Televisyen Malaysia) ialah
menerima kedua-duanya a dan e sebagai kelainan yang boleh bertukar ganti.
Tidak ada masalah sebutan lain yang boleh dianggap terlalu rumit.
Di samping itu terdapat pula kesalahan sebutan di kalangan penutur bukan
Melayu untuk kata-kata seperti rume (rumah),datu (datuk), kulang (kurang), baniak (banyak), dan sebagainya. Daerah morfologi juga menimbulkan masalah
bagi mereka, umpamanya dalam menyebut kata-kata seperti:pengarah (pengarah), meletak-an (meletakkan), pakai-an(pakai-yan),
dan
sebagainya.
Masalah kedua, timbul daripada unsur-unsur bahasa asing. Oleh sebab
kebanyakan kita agak terlalu biasa dengan bunyi-bunyi Inggeris, maka apabila
kita membawa masuk kata-kata tersebut ke dalam bahasa Malaysia,

misalnya bus yang dibunyikan bas, maka kita membunyikannya juga


sebagaibas. Tetapi bahasa Inggeris juga tidak konsisten, misalnya,put (disebut
put) dan but (disebut bat), put bukan pat. Kebanyakan kita tidak menyedari yang
kekacauan ini wujud dalam bahasa Inggeris, dan terbawa-bawa ke dalam
bahasa Malaysia. Oleh sebab itu ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris
ke dalam bahasa Malaysia, kebanyakannya mengekalkan ejaannya, tetapi kita
membunyikan huruf-huruf yang digunakan seperti dalam bahasa Malaysia. Kalau
kita lihat kebalikannya, orang Inggeris pun ada meminjam kata-kata daripada
bahasa Malaysia seperti kampung, orang utan, rotan, tetapi memberi sebutan
sendiri kepada kata-kata ini dan membunyikannya sebagai kempong, oreng
uteng, reten,dan sebagainya. Prinsipnya kita hendaklah membunyikan kata-kata
pinjaman itu menurut sistem bunyi bahasa Malaysia sendiri.
3.5.2 Ejaan
Sebelum ejaan baharu diumumkan, Ejaan Sekolah yang didasarkan kepada
Ejaan Wilkinson (1904) dan dibaiki oleh Zaba (1938) telah digunakan. Sistem ini
cukup untuk keperluan bahasa Melayu untuk beberapa lama, tetapi menjelang
tahun 60-an, kekurangannya mula ketara (S.T. Alisjahbana 1965). Hal ini bukan
sahaja menjadi masalah kepada penutur bahasa Melayu, tetapi juga kepada
proses pembelajarannya. Ejaan Sekolah tidak konsisten pada beberapa tempat.
Ejaan memang banyak masalahnya. Masalah ini tidaklah harus dikatakan timbul
daripada ejaan baharu. Ejaan bahru itu terlalu mudah untuk dianggap sebagai
suatu masalah. Lagipun, sudah ada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia(1981).
Seharusnya sudah tidak ada masalah ejaan lagi. Ejaan itu telah digunakan
selama lebih sepuluh tahun, maka sepatutnya perkara ini tidak lagi menjadi
masalah. Ada
kata
yang
selalu
salah
dieja
seperti bolih (untuk
boleh), goring(untuk goreng), ke- dalam (untuk ke dalam), dibawah (untuk di
bawah), dan sebagainya. Kesalahan ejaan ini timbul hanya kerana kejahilan
sahaja, dan orang tidak mahu membaiki keadaan ini. Aspek kedua kesalahan
ejaan ialah bahawa ada ejaan-ejaan yang berubah untuk penyelarasan
seperti teladanmenjadi teladan, aneh menjadi aneh,
dan
sebagainya.
Sebenarnya tindakan seperti ini tidak perlu dibuat sebab ejaan yang sudah
mantap tidak harus diubah lagi. Walau bagaimanapun, demi keseragaman ejaan
yang dicadangkan itu perlulah diikuti.

Ejaan kata-kata pinjaman merupakan satu masalah lain. Dasar yang


dikuatkuasakan ialah untuk memudahkan pembelajaran, huruf yang tertentu
sahaja ditukar, iaitu bunyi yang tidak berfungsi, atau bunyi-bunyi yang tidak
konsisten dalam bahasa Inggeris. Misalnya, huruf eo dalamhomogeneous boleh
digugurkan. Huruf ch dalam cholerasebenarnya berbunyi k dan bukan c seperti
dalam cent danchalk. Ini tidak konsisten. Oleh sebab ejaannya diutamakan,
maka ia disesuaikan menjadi kolera. Inilah yang sering dikatakan menjadi
masalah dalam ejaan apabila pengguna bahasa Malaysia mengelirukan sistem
bahasa Malaysia dengan sistem bahasa Inggeris.
Memang sukar mengubah kebiasaan 14 juta manusia dalam menggunakan
ejaan ini. Lebih rumit lagi jadinya masalah ini apabila hal-hal agam terlibat.
Penulisan kata-kata istilah Arab boleh menimbulkan kerumitan. Misalnya, ejaan
baharu bagi nimat ialah nikmat, dan dengan itu mengubah makna kata itu
daripada sesuatu yang baik kepada yang buruk. Memang hal ini harus diberi
perhatian yang agak serius supaya kekacauan tersebut tidak mengganggu
perkembangan bahasa Malaysia umumnya.
3.5.3 Imbuhan
Imbuhan juga sering menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi dalam pemakaian -kan,
me-, di-, dan ber-. Misalnya, -kan dipakai pada tempat yang tidak perlu
seperti Saya membelikan buku(-kan tidak perlu kerana beli sudah transitif), atau
sebaliknya -kan tidak dipakai seperti dalam mengguna dan membenar (-kan
diperlukan supaya kata kerja tersebut menjadi transitif).
Dalam peringkat kata, kesalahan tatabahasa kerap dilakukan dalam penggunaan
imbuhan. Kalau diperhatikan pula betul-betul, maka akan didapati satu perkara
yang betul-betul sukar kita fahami, iaitu: jumlah imbuhan yang ada dalam bahasa
Malaysia adalah amat sedikit bilangannya. Ada tujuh bilangan imbuhan yang
sedikit ini sangat sukar dipelajari dan digunakan dengan tepat, manakala, kita
mungkin berpendapat bahawa bilangan yang sedikit harus memudahkan
pembelajaran.
Kerap pula terjadi kisah kanak-kanak penutur kandung bahasa Malaysia yang
telah menguasai pemakaian imbuhan dengan biak di rumah atau dalam
lingkungan keluarganya, tetapi telah dikelirukan oleh guru yang tidak mahir
apabila dia mula bersekolah. Fungsi guru yang sepatutnya memperkukuh
penguasaan tatabahasa kanak-kanak itu telah bertukar menjadi pengacauan.

Bagi kanak-kanak yang tidak menuturkan bahasa Malaysia sebagai bahasa


kandung akan terus terpesong dalam memakai imbuhan. Setiap satu imbuhan
kata kerja dalam bahasa Malaysia itu mempunyai masalah masing-masing.
Pengacauan imbuhan yang terdapat bagi kanak-kanak penutur kandung bahasa
Malaysia ialah kesalahan-kesalahan tertentu.
Ada beberapa jenis kesalahan yang sering saya temui. Pada hakikatnya,
seseorang guru itu mungkin tidak memahami bahawa fungsi tatabahasa sesuatu
imbuhan itu sudah sedia ada dalam setengah-setengah kata. Oleh itu kata-kata
tersebut tidak perlu diberi imbuhan lagi untuk menunjukkan fungsi tatabahasa
tersebut. Kesalahan yang sering berlaku ialah dalam penggunaan
imbuhan ber- atau me- pada kata dasar yang tidak memerlukannya; seperti berduduk (untuk
duduk), bertimbul (untuk
timbul), berbangun (untuk
bangun),menjalan (untuk berjalan), menurun (untuk turun), danmemindah (untuk
berpindah). Jadi kerap terdapat ayat seperti: Dia berduduk di atas kerusi, Dia
telah memindah rumah, Dia menurun bas. Pada pihak yang lain pula, selalu
terdapat masalah yang berhubungan dengan imbuhan -kan. Hal ini berlaku
kepada penutur kandung bahasa Malaysia. Maka terdapatlah ayat seperti Guru
mengguna kapur (untuk Guru menggunakan kapur), Ibu memakai seluar untuk
Fadil(untuk Ibu memakaikan seluar untuk Fadil), dan Air hujan itu membasah
kainnya (untuk Air hujan itu membasahi kainnya). Dalam hal ini, apa yang
berlaku ialah imbuhan per-, -kan dan -i digugurkan. Ini adalah tabiat pelajarpelajar dan guru-guru yang terdiri daripada penutur bahasa Malaysia. Dalam
bahasa pertuturan, ada unsur-unsur tertentu yang boleh digugurkan (sebab
ketiadaannya ditampung oleh unsur lain) atau telah jelas dari konteks itu sendiri.
Dalam bahasa tulisanper-, -kan, dan -i itu perlu ada. Ini menjelaskan bahawa
mereka mungkin tidak memahami bahawa imbuhan per, -kan, dan -i itu
sebenarnya mempunyai fungsi tatabahasa yang tidak boleh ditampung
oleh me- sahaja.
Satu lagi kesalahan imbuhan yang agak lebih rumit ialah dari segi
pemakaian per-, kan, dan -i. Perkara yang selalu berlaku di sini ialah ketiga-tiga
imbuhan ini dipakai dengan tidak mengetahui perbezaan makna dan fungsi
tatabahasanya. Jadi terdapatlah kesalahan seperti Ahmad menuruni bas (untuk
Ahmad turun dari bas), Ahmad menaikan motokar (untuk Ahmad menaiki
motokar), dan Sila masuki perkara ini dalam perbincangan (untuk Sila masukkan
perkara ini ke dalam perbincangan).

Satu lagi imbuhan yang kerap salah digunakan, ialah -kan. Hal ini berlaku kerana
pelajar tidak mengenali perbezaan antara imbuhan -kan dengan -an. Akibatnya,
mereka selalu menggunakan -an untuk -kan. Kesalahan ini terlalu besar untuk
dimaafkan, contohnya: meletakan (untuk meletakkan), dan membetulan (untuk
membetulkan). Kebalikannya juga benar, lebih-lebih lagi apabila dasarnya
berakhir
dengan kseperti
dalam
masakkan
(untuk
masakan)
dan kerosakkan(untuk kerosakan). Perkara seperti ini patutlah diambil berat dan
dibetulkan.
Dalam contoh lain, terdapat pula pelajar Melayu yang tidak mengenali perbezaan
antara pe- (pesakit orang sakit), peny(penyakit perkara yang menyakitkan),
dan per- (persakit perbuatan menyakitkan). Pernah saya temui guru
berkelulusan universiti yang tidak mengetahui bahawa ketiga-tiga imbuhan ini
berlainan. Mungkin asalnya satu, tetapi sekarang jelas bahawa ada perbezaan
bentuk dan fungsi antara pe-, penye-, dan per-. Ini perlu difahami.
Perkara yang lebih merunsingkan ialah apabila terdapat kata-kata
pendekan daripada akhbar menular masuk ke dalam kelas. Dalam akhbar,
imbuhan ke-...-an, peN-...-an sering menjadi -an sahaja. Kerap terdapat putusan
STPM, libatandan ini semakin banyak digunakan dalam bahasa Malaysia di
kalangan pelajar sekolah. Dari satu segi lain terdapat juga -andigunakan oleh
pelajar bukan Melayu seperti: di kalang (untuk di kalangan).
Unsur gandaan juga kerap menjadi kekeliruan. Sebenarnya sebarang kata nama
bahasa Malaysia itu boleh difahamkan sebagai satu atau lebih. Biasanya
bilangan ini ditandai oleh penjodoh bilangan berserta angka dan bukan dengan
gandaan seperti yang selalu dilakukan. Misalnya, dua orang pelajar, bukan dua
(orang) pelajar-pelajar, (kerap pula penjodoh bilangan itu digugurkan).
Pemakaian ganda ini telah kusut jadinya sehingga digunakan di tempat yang
tidak perlu seperti buku-buku sekolah, rumah-rumah murah, padahalbuku
sekolah dan rumah murah sudah cukup lengkap menunjukkan banyak.
3.6 Masalah Guru dalam Mengajar
Dengan keadaan masalah yang dinyatakan di atas ternyata ada banyak masalah
yang mencabar guru bahasa Malaysia. Pertama, ketiadaan model pembelajaran,
kedua, aspek-aspek bahasa, dan aspek-aspek bukan bahasa. dalam keadaan
begini guru terpaksalah menjadi model kepada pelajar-pelajar.

3.6.1 Model dan Buku Teks


Suatu masalah besar yang dihadapi oleh guru ialah dari segi model yang dapat
dicontohi dan buku-buku teks yang boleh digunakan untuk pembelajaran.
Bahasa yang digunakan dalam buku teks itu adalah bahasa rasmi. Jadi model
juga adalah satu masalah. model itu bermaksud bahasa yang dituturkan oleh
mana-mana orang atau kelompok orang yang boleh dijadikan contoh. Tidak
ramai orang yang boleh dijadikan contoh demikian. Jadi dalam ketiadaan contoh,
maka sukarlah pelajar-pelajar tersebut memahami dan menuturkan apa yang
dipelajari.
3.6.2 Aspek-Aspek Bahasa
Ada aspek-aspek bahasa yang masih merupakan masalah bagi guru. Yang jelas
merupakan masalah ialah ketiadaan sebuah buku tatabahasa pegangan.
Tatabahasa yang ada sekarang, jelas menunjukkan bahawa ada unsur-unsur
yang masih kacau atau penjelasan yang berlainan antara pengarang-pengarang
tatabahasa. Kedua, buku-buku tatabahasa yang ada sekarang berdasarkan
bahasa Melayu dahulu jadi suatu usaha pengemaskinian perlu dilakukan. Suatu
tatabahasa pegangan perlu disediakan segera untuk menampung keperluan ini.
Buku, Nahu Melayu Mutakhir (Asmah 1980) dan Tatabahasa Dewan, Jld. I, Ayat
(Nik Safiah et al., 1986) telah diterbitkan dan harus dapat membantu
menghapuskan masalah ini.
3.6.3 Aspek Bukan Bahasa
Masalah bukan bahasa yang terlibat sering melibatkan masalah ganti nama,
sopan atau tidak sopan seperti aku, saya, kamu/ engkau, taun/ saudara, dan
sebagainya. Kalau penutur tidak memahami kesensitifan budaya dalam hal ini,
maka akibatnya mungkin tidak baik. Misalnya, ada seorang pelajar Amerika yang
belajar bahasa Malaysia, telah dimarahi oleh seorang penghulu kerana
menggunakan kata engkauterhadapnya. Ini adalah masalah budaya. Ada tandatanda yang guru bahasa Malaysia juga tidak mengetahui hal ini dengan lancar.

Di samping itu, satu kesalahan lain ialah gerak laku yang menyertai pertuturan
tersebut. Sambil berkata itu kita mungkin mahu menunjukkan sesuatu, tetapi
dalam budaya Melayu, ibu jari digunakan untuk menunjuk sebagai tanda hormat.
Jadi, masalah ini selalunya merupakan satu aspek yang kerap dilanggar dalam
pengajaran. Ada gerak laku yang dibuat dalam bertutur itu harus dibuat dengan
betul.
Kesimpulan
Dalam suasana yang penuh masalah dan kritikan ini, tugas guru menjadi
seakan-akan mustahil. Tetapi, sebenarnya hal ini memang tidak seburuk itu,
keadaannya jelas semakin bertambah baik kalau berbanding dengan keadaan
dahulu. Saya sengaja memaparkan perkara-perkara ini, untuk mengemukakan
masalah yang harus diatasi oleh seseorang guru itu dalam mendaulatkan
bahasa Malaysia. Dalam mencuba menyelesaikan masalah ini, kita haruslah
terlebih dahulu mengenali masalah tersebut, dan seterusnya mencari
penyelesaiannya. Tugas para guru itu tidaklah ringan. Masalah yang wajib diatasi
bukan maslah bahasa sahaja, bahkan juga masalah sosial, budaya, psikologi,
dan pedagogi. Seorang guru bahasa Malaysia bukan sahaja harus mempelajari
selok-belok bahasa, tetapi juga aspek-aspek bukan bahasa. kesemuanya adalah
aspek-aspek yang bergabung jalin dengan aspek bahasa dalam kemahiran
keseluruhan.

You might also like