Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MOKTHAR DAHARI

Latar Belakang
Mokhtar Dahari dilahirkan di Kuala Lumpur pada 13 November 1953 di
Setapak ,Kuala Lumpur.Sejak di bangku sekolah lagi,ia sudah menunjukkan
bakatnya dalam bidang sukan. Selain daripada bola sepak,ia juga boleh
bera=main badinton, ragbi dan olahraga.Kebolehan begini jarang dimiliki oleh
kebanyakkan orang.Mokhtar bertuah menerima anugerah semula jadi ini.
Mokhtar menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan
Kuantan,Kuala Lumpur.Kemudian ia melanjutkan pelajaran menengah di
Victoria Institution.Di sekolah yang terkenal sebagai institusi yang melahirkan
ahli sukan negara itulah,Mokhtar menggilap bakatnya dalam bola sepak.Di
situ ia berlatih dengan lebih bersistem dan mewakili sekolah dan kemudian
negeri Selangor dalam pelbagai pertandingan peringkat zon, negeri dan
seterusnya negara.
Sewaktu belajar di sekolah rendah dan menengah ,Mokhtar memang
akrif dalam bidang sukan.Bakat Mokhtar dalam bola sepak terserlah ketika
berusia 10 tahun apabila dia terpilih mewakili pasukan Sekolah Kebangsaaan
Jalan Kuantan ,Kuala Lumpur.Semasa di Victoria Institution ,Mokhtar sekali
lagi terpilih mewakili pasukan sekolahny bertanding peringkat umur bawah 13
dan 15 tahun bagi Majlis Sukan Sekolh-Sekolah Selangor (MSSS).Semasa
menuntu di sekolah menengah, Mokhtar telah bermain dengan Kelab Darul
Affifah,Kampung Pandan.Bermula dari kelab inilah,ia memulakan karier bola
sepaknya pada peringkat negeri Selangor.
Setelah tamat pengajian hingga ke tingkatan lima,minatnya dalam
bidang bola sepak semakin menebal. Ia pun memberi perhatian yang lebih
kepada bidang ini.Pada tahun 1970, Mokhtar mewakili Kelab Darul Affifah
.Pada waktu itu,ia tidak begitu yakin yang ia boleh mencapai tahap yang lebih
tinggi.Begitulah juga harapan untuk mewakili Selangor.Walaupun
begitu,Mokhtar mahu membuktikan yang ia mampu untuk mencapai taraf
yang lebih tinggi.
Selepas lulus Malaysian Certificate of Education (MCE), Mokhtar
berkhidmat dengan Syarikat Cold Storage dan kemudia di Majlis Amanah
Rakyat (MARA). Seterusnya dia bertugas sebagai kerani di Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Daripada seorang kerani dia melangkah
ke jawatan Pegawai Kemajuan Sukan PKNS semata-mata kerana
kecermelangannya dalam bola sepak.Pada bulan April 1984,dia berkhidmat
dengan Syarikat Insurans Talasco sebagai pegawai merangkap pemain dan
jurulatih.Mokhtar meninggal Talasco kerana mendapat tawaran sebagai
penyelaras sukan Kwong Yik Bank pada 1986 pada 1986.Kerjayanya di

Kwong Yik Bank bukan sahaja sebagai pegawai,tetapi juga


bertanggungjawab membangunkan pasukan majikan di samping menjadi
jurulatih merangkap pemain.
Penglibatan Awal
Penglibatan Mokhtar dalam bola sepak bermula dalam tahun 1968,
ketika ia menyaksi perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka antara Malaysia
dengan Burma dalam siaran secara TV langsung Malaysia. Ketika itu
umurnya 15 tahun. Perlawanan akhir itu merupakan penggerakan dan
lintasan pertama yang menimbulkan azam serta cita-cita yang tinggi di
hatinya untuk mewakili negara dan bermain di Stadium Merdeka dengan
disaksikan ribuan rumah melalui televisyen.
Bermula dari peristiwa inilah ia berlatih dengan bersungguh-sungguh
pada setiap petang untuk mendalami dan membajai minat di lapangan bola
sepak.Usahanya membuahkan hasil apabila ia dipilih mewakili skuad
Selangor ke pertandingan Piala Burnley 1971(yang dikenali dengan Piala
Razak).Bintang dan tuahnya terus bersinar selepas itu apabila ia dipilih
mewakili skuad belia Asia kemudiannya Malaysia B dan seterusnya
Malaysia A.Dengan terpilihnya ia mewakili skuad negara dan negeri
,dorongan untuk Mokhtar berniat dengan serius semakin kuat dan ia tidak
melihat ke belakang lagi.
Pada tahun ,dia dipilih mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala
Burnley (kini Piala Razak) di Kuching,Sarawak.Pada bulan Jun 1972,buat kali
pertama,Mokhtar terpilih mewakili negara di Kejohanan Piala Jakarta Raya,
Indonesia.

Pencapaian
Di padang bola,Mokhtar memakai jersi nombor 10.Pemain berjeris
nombor 10 itulah yang menjadi ayam tambatan Malaysia.Kehebatan pada
waktu itu tiada tandinganya di rantau ini.Namanya harum di mana-mana
sahaja .Dalam setiap perlawanan,gerak-gerinya sentiasa diawasi.Pihak lawan
tentu akan meletakkan seorang atau dua orang pemain pertahanan mereka
untuk memastikan pergerakan Mokhtar supaya tidak terlalu bebas.Namun
sebagai pemain pintar,Mokhtar selalu saja berjaya melepaskan diri daripada
pertahanan lawan untuk menjaring gol.
Sepanjang penglibatannya dalam arena bola sepak,pelbagai
pengalaman pahit dan manis pernah dirasainya.Antara yang paling
mengembirakannya ialah apabila pasukan Malaysia berjaya mendapat pingat
gangsa dalam Sukan Asia di Tehran,Iran.Mokhtar telah menjaringkan keduadua gol untuk membawa kemanangan manis kepada Malaysia.Kejayaan

mendapat pingat gangsa pada tahun 1977 merupakan satu peristiwa yang
bersejarah kepada dirinya.
Pada 1978, seorang pemain antarabangsa dari England mengatakan
bahawa mutu permainan Mokhtar adalah setaraf dengan mutu permaianan
pemain-pemain bola sepak bahagiansatu di England.Sehingga kini,masih
belum ada pemain lain selepas Mokhtar menerima pujian seperti ini.
Pada 1976,ia mendapat kecederaan di lutut.Lutut Mokhtar terpaksa
dibedah akibat kecederaan yang dialami dalam permainan .Kemudian pada
1979,ia telah menarik diri daripada pasukan kebangsaan.
Mokhtar Sebagai Pemain
Mokhtar sering dianggap sebagai permata dalamsukan bola sepak
Malaysia.Mokhtar sendiri menempa nama pada usia 19 tahun apabila buat
pertama kalinya menyarung jersi pasukan kebangsaan.Kepantasan dan
tendangan kencangnya meletakkan Malaysia sebagai antara pasukan terbaik
di Asia.Sumbanganya juga membolehkan pasukan kebangsaan mengekalkan
kejuaraan Piala Merdeka selama empat tahun berturut-turut antara 19741978.Kepada bekas jurulatih negara,Trevor Hartley,Mokhtar merupakan Raja
Bola Sepak Malaysia.Ia telah mewakili negara lebih 150 kail dan kehebatan
di padang dan kepimpinan serta imej yang bersih membuatkan ia dijuluki
gelaran Supermokh.D
Dalam kejohanan Sukan SEA di Jakarta(1979) itu,Malaysia
menggondol pingat eams setelah menewaskan pasukan tuan rumah 1-0 hasil
jaringan yang cantik daripada Mokhtar.
Sepanjang
penglibatan
Mokhtar
dalam
perandingan
Piala
Malaysia(1972-1987),dia berjaya membantu Selangor menjuarai piala itu
selama 10 kali dan menghasilkan 177 gol.Pada 1986,Mokhtar terpilih sebagai
pemain terbaik dalam perlawanan akhir.Sebagai penjaring prolifik ,Mokhtar
mengumpul sejumlah 125 gol pada peringkat antarabangsa 167 perlawanan
(1972-1985).
Pada tahun 1976, Mokhtar terpilih sebagai Olahragawan
Terbaik,Anugerah Sukan Negar.Pada tahun yang sama, dia dianugerahkan
Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Yang di-Pertuan Agong.Tahun itu
juga, Mokhtar mendapat pengiktirafan sebagai Footballer of the Year oleh
majalah World Star Soccer yang diterbitkan di Singapura.Persaraan
sebenarnya adalah pada 1986 setelah dia memimpin pasukan Selangor
menjuarai Piala Malaysia dan seterusnya menghadiahkan jersi nombor 10
kepada Raja Muda Selangor.
Pada bulan Januari 1988,dia menyertai Kelab Kwong Yik Bank dan
menjuarai Liga Selangor sebagai mengakhiri penglibatannya dalam bola

sepak buat selama-lamanya kerana pada bulan November tahun itu, Mokhtar
menghidap sejenis penyakit ganjil,iaitu lemah dan susut berat badan.Mokhtar
Dahari akhirnya meninggal dunia pada 11 julai 1991 di Pusat Perubatan
Subang,Selangor kerana menghidap penyakit muscular dystophy.

You might also like