Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

4 PENGKHUSUSAN

1.4a Maksud Pengkhususan


Adalah penumpuan kepada sesuatu aktiviti dalam pengeluaran.

1.4b Pewujudan Pengkhususan Dalam Pengeluaran


1. Pengkhususan berlaku kerana :-
i. perbezaan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh seseorang.
ii. perbezaan sumber yang terdapat di sesuatu kawasan.
iii. perbezaan iklim dan bentuk mukabumi.
iv. perbezaan tingkat teknologi.

2. Jenis-jenis pengkhususan.

JENIS PENGKHUSUSAN KETERANGAN CONTOH


1. Pengkhususan mengikut Individu melakukan satu jenis Ada individu yang menjadi
profesion. pekerjaan mengikut doktor, polis, nelayan, peguam
kebolehan, pengalaman dan dan penyanyi.
kelulusan.

2. Pengkhususan mengikut Proses pengeluaran di kilang Dalam sebuah kilang nenas,


proses. dibahagi kepada beberapa terdapat pekerja yang
proses / pengendalian / mengupas nenas, mengetin,
operasi. melabel dan membungkus.

3. Pengkhususan mengikut Berlaku antara kawasan Aktiviti utama negeri


kawasan. dalam sesebuah negara Trengganu ialah perikanan,
kerana perbezaan bentuk Kedah penanaman padi dan
mukabumi, kesuburan tanah, Johor penanaman nenas.
cuaca, berhampiran dengan
pasaran dan bekalan tenaga
buruh.
4. Pengkhususan Setiap negara mengkhusus Indonesia adalah negara
Antarabangsa. dalam produk tertentu kerana pertanian, Singapura negara
perbezaan alam semulajadi, perindustrian dan Afrika
iklim dan buruh. Selatan negara perlombongan.

1.4c Kesan Pengkhususan Dalam Pengeluaran.

1. Kelebihan melakukan Pengkhususan.


1. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan. Ini kerana pekerja melakukan
kerja yang sama berulang kali.
2. Meningkatkan pengeluaran. Pekerja menjadi lebih produktif iaitu dapat
mengeluarkan banyak barang dalam masa yang singkat.
3. Menjimatkan kos dan masa melatih pekerja. Pekerja hanya perlu
mempelajari satu kemahiran sahaja.
4. Membolehkan pengggunaan mesin. Pembahagian kepada beberapa proses
pengeluaran yang berulang-ulang membolehkan penggunaan mesin.

2. Kekurangan melakukan Pengkhususan.


1. Membosankan pekerja. Pekerja melakukan kerja yang sama setiap hari.
2. Kehilangan daya cipta, seni pertukangan dan kreativiti. Pekerja hanya
mengetahui sebahagian proses pengeluaran dan harus mematuhi
rekabentuk yang telah ditetapkan.
3. Hasil yang standard. Pilihan pengguna terhad kerana hasil keluaran sama
standard.
4. Risiko pengangguran. Kemahiran pekerja yang terbatas menyebabkan
pekerja yang berhenti sukar mencari kerja di tempat lain.
5. Terlalu bergantung antara satu sama lain. Semua kerja tergendala apabila
satu unit tidak berfungsi.

1.5 SISTEM BARTER.

1.5a Maksud Sistem Barter.


Adalah aktiviti pertukaran barang dengan barang tanpa menggunakan wang.

b. Syarat untuk berlaku Sistem Barter ialah :-


i .ada lebihan barang
ii. wujud kemahuan serentak iaitu kedua-dua pihak yang hendak bertukar barang
bersetuju untuk melakukan pertukaran.

1.5b Masalah Sistem Barter.

MASALAH KETERANGAN
1.Masalah pertemuan kemahuan Kedua-dua pihak mesti bersetuju untuk melakukan
serentak pertukaran kerana mempunyai kemahuan yang saling
memenuhi.
2. Kesukaran untuk menentukan Apabila barang hendak ditukarkan, sukar untuk menentukan
nilai pertukaran. nilai satu barang dengan barang yang lain.
Contoh : seguni beras = berapa ekor ikan.
3. Kesukaran membahagi Pembahagian barang kepada unit yang lebih kecil tidak boleh
barang. dilakukan untuk sesetengah barang.
Contoh : Seekor lembu tidak boleh dibahagi-bahagikan
kepada unit yang kecil untuk ditukarkan dengan beberapa
ekor ikan tanpa mengorbankannya.
4. Barang tidak tahan lama. Terdapat barang yang mudah rosak/busuk jika tidak ditukar
dengan segera.
Contoh : Ikan, sayur, daging, buah-buahan.
5. Masalah membawa barang Sukar membawa barang yang besar, berat dan banyak untuk
melakukan pertukaran kerana tiada pengangkutan yang
sesuai.

You might also like