Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Matematik adalah satu mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah.

Bermula daripada peringkat pra sekolah, kita telah mula mempelajari Matematik
sehinggalah ke tingkatan lima. Bukan setakat itu sahaja, bagi mereka yang
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, cabang-cabang Matematik
yang tertentu terus dipelajari.

Oleh kerana Matematik mempunyai keindahan yang tersendiri, maka


pembuktian yang kukuh, penggunaan simbol yang efisien dan jitu, pertalian antara
struktur-struktur Matematik memberikan skop kepada pelajar untuk menikmati nilai
keindahannya. Oleh itu, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat
menerapkan sifat penghargaan terhadap kuasa, keelokan dan struktur Matematik
yang membantu mereka memperolehi kegembiraan serta kepuasan apabila
mempelajari Matematik.

Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Matematik itu adalah satu mata
pelajaran yang abstrak tetapi guru-guru perlu bijak menggunakan pendekatan yang
sesuai supaya mata pelajaran ini tidak menimbulkan kebosanan dan kekeliruan
kepada pelajar. Terdapat pelbagai kaedah pendekatan yang boleh digunakan untuk 2
menimbulkan keseronokan dan minat para pelajar dalam proses pembelajaran dan
pengajaran matematik di dalam kelas. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah
mengaplikasikan pengajaran yang tidak formal seperti kaedah permainan dan
menyanyi.

Permainan Matematik-- sesuai untuk kanak-kanak

Sifat semulajadi kanak-kanak yang suka bermain akan mempelajari sesuatu ilmu
pengetahuan melalui permainan-permainan yang dilakukan oleh mereka sehari-harian.
Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling sesuai
untuk merangsang perkembangan otak mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak mudah
menerima apa yang diajar kepada mereka. Mereka juga suka kepada benda-benda baru.
Oleh itu ibu bapa perlu menggunakan peluang ini mengajar kanak-kanak dengan asas
Matematik yang berkaitan dengan nombor-nombor asas. Kaedah yang paling baik dan
berkesan adalah melalui permainan Matematik.
Kanak-kanak mempelajari Matematik melalui kegiatan seharian tertentu (Mohd Daud
Hamzah, 1996). Aktiviti-aktiviti yang membantu kanak-kanak memperoleh konsep awal
Matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, reguan dan susunan aturan. Semua jenis
aktiviti tersebut boleh disampaikan dalam bentuk permainan Matematik.
Jean Piaget mendapati perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat umur
7~11 tahun merupakan operasi konkrit. Ketika peringkat usia kanak-kanak hanya boleh
memahami konsep Matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu permainan Matematik
boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang dapat membantu pelajar memahami
konsep Matematik.
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan
kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan
bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan
penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan menggunakan permainan
Matematik merupakan satu pembelajaran yang menarik, kreatif dan dapat memberi cabaran
yang menyeronokkan pelajar. Permainan yang dipilih oleh guru sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran mesti bersesuaian dengan umur kanak-kanak dan tahap pencapaian

mereka. Permainan Matematik yang sesuai akan merangsangkan pemikiran dan


meningkatkan tahap intelek pelajar. Permainan dapat meningkatkan kecekapan dan
kepantasan pelajar kerana mereka akan menggunakan pemikiran mereka untuk
menyempurnakan permainan tersebut. Ini akan meningkatkan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kreatis mereka.
Pembelajaran Matematik melalui permainan juga boleh meningkatkan kemahiran
pemikiran vertical dan pemikiran lateral pelajar. Pemikiran vertical bermakna pemikiran
secara logik dan kritis. Contoh Hassan cedera di lengan tangannya. Basikalnya kemek.
Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku? Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan
idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif.
Contoh, bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok. Ini kerana permainan Matematik
mempunyai unsur-unsur pertandingan dan pencabaran otak dapat melatih pelajar
berpemikiran yang dimaksudkan secara tidak langsung.

Kesimpulannya permainan Matematik merupakan salah satu alat bantu mengajar


yang dapat menarik minat pelajar dan membantu pelajar memahami sesuatu konsep
Matematik. Ia amat bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka bermain,
suka pada benda-benda baru dan gaya pembelajaran kanak-kanak yang belajar melalui
aktiviti-aktiviti bermain dan pengalaman konkrit.

You might also like