Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Rujukan Kami : SRIM/600-4/3/04/1 (01)

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MASRIYAH


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2015
Tarikh : 16 Januari 2015( Jumaat )
Masa : 2.00 p.m
Tempat : Bilik mesyurat SRIM
Kehadiran :
1.
2.
3.
4.

Pn. HAYATI AHMAD ( GPK 1)


Pn. SITI FATIMAH KAPI (Ketua Panitia)
Pn. NAZRUL KASBANI (Setiausaha)
Pn. RASYIDA (AJK)
Tidak Hadir : Tiada
Agenda :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


Ucapan wakil Guru Besar ( Guru Penolong Kanan 1)
Pengesahan minit mesyuarat
Perkara berbangkit
Perancangan panitia sains
Hal-hal lain
Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada
mesyuarat panitia bagi kali pertama Tahun 2015.
1.2 Beliau mengucapkan syabas kepada guru yang terlibat dengan program yang
dirancangkan pada tahun 2014 dan telah memberikan kerjasama yang kukuh
dan bersungguh-sungguh serta mendapat hasil yang cemerlang.
Tindakan : Makluman
2. Ucapan Wakil Guru Besar
2.1 Pn. Hayati selaku Guru Penolong Kanan 1, mengucapkan salam dan mengalualukan kedatangan ahli panita sains. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas
kerana pencapaian UPSR 2014 dengan kelulusan sebanyak 100% .

Rujukan Kami : SRIM/600-4/3/04/1 (01)

2.2 Mengingatkan guru panitia sains supaya melengkapkan buku rekod mengajar
sehingga akhir akhir bulan Januari ini.
2.3 Memastikan supaya Perancangan Strategik dibuat pada tahun 2015 hingga
2019 (Jangkamasa panjang)
2.4 Memastikan Perancangan Strategik sahaja dibuat.
Tindakan : Tindakan guru.
3. Pengesahan Minit Mesyuarat.
3.1 Pn. Siti Fatimah kapi mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan
dan disokong oleh Pn. Rasyida.
Tindakan : Makluman
4. Perkara Berbangkit
4.1 Jadual pencerapan P & P jadual pencerapan telah disediakan oleh GPK 1.
Tarikh sebenar pencerapan bergantung kepada keadaan semasa dan pencerap.
Guru diminta sentiasa bersedia untuk dicerap.
4.2 Guru perlu mengemaskini KPI dan Headcount berdasarkan pencapaian tahun
lepas
4.3 Mengadakan kursus LDP setiap kali guru menghadiri kursus KSSR.
Tindakan : Guru Sains
5. Perancangan Panitia Sains
5.1 Semua ujian dan peperiksaan adalah dijalankan mengikut takwim sekolah.
5.2 Target UPSR 2014.
Calon pada tahun 2015 adalah seramai 50 orang. Target lulus keseluruhan
adalah sebanyak 100%. Pencapaian 5A seramai 10 orang. Pencapaian 10 orang
adalah sebanyak 31.3%. Manakala target GPS adalah 2.00.
5.3 Keputusan KSSR tidak dapat diteruskan secara Online kerana masih dalam
penyelenggaraan.
5.3.1

LDP bagi KSSR pada Tahun 2014 telah dibuat pada 15hb Nov 2014.

5.3.2

Penulisan rancangan pengajaran harian untuk KSSR adalah seperti


berikut :5.3.2.1 Bidang
5.3.2.2 Tajuk

Rujukan Kami : SRIM/600-4/3/04/1 (01)

5.3.2.3 Standard Kandungan


5.3.2.4 Standard Pembelajaran
5.3.2.5 Aktiviti
5.3.2.6 Pentaksiran
5.4 Penulisan Buku Rekod Mengajar.
Buku rekod mengajar yang dibekalkan adalah dalam format KSSR bermula
pada tahun 2015.
5.4.1 Buku latihan murid bagi Tahap 1 adalah sebuah sahaja. Manakala
Tahap 2 menggunakan sebanyak 3 buah.
5.4.2 Modul PBS turut dibekalkan kepada semua murid yang terlibat
dengan KSSR.
5.5 Peka Sains
Peka masih dijalankan bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
5.5.1 Data Peka bagi Tahun 6 telah dimasukkan secara online dan dihantar
ke Lembaga peperiksaan.
5.5.2 Peka murid Tahun 1 hingga Tahun 5 hendaklah dilaksanakan sehingga
Bulan November 2015.
5.6 Aktiviti Panitia
Pengerusi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun
2014.
5.6.1 Persembahan panitia sains di Perhimpunan pagi adalah setiap hari
Khamis.
5.6.2 Membuat Buku Skrap secara kumpulan atau individu
5.6.3 Aktiviti mingguan Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Sains
5.6.4 Menjalankan Bengkel Teknik Menjawab UPSR bagi murid Tahun 5
dan Tahun 6.
5.6.5 Menjalankan aktiviti PEKA dan mengemaskini data dan maklumat
murid Tahun 6.
5.6.6 Kuiz Sains iaitu aktiviti selepas UPSR.
5.6.7 Minggu Matematik dan Sains.
5.6.8 Menjana Minda (Subjek Matematik dan Sains). Aktiviti Persatuan
PEMASA.
5.7 Perancangan Strategik
Setiap tahun perlu menetapkan KPI dan target pencapaian
5.7.1

Target Sains Tahap 2 (Tahun 5 dan Tahun 6) adalah 100% lulus secara
keseluruhan.
Tindakan : Guru Sains

6.0 Hal hal lain.


Ketua Panitia dan guru sains boleh menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar yang
diperlukan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran dan diserahkan kepada guru
perpustakaan Media.

Rujukan Kami : SRIM/600-4/3/04/1 (01)

Tindakan : Guru Sains


7.Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang
Disediakan oleh,

( Pn. Siti Fatimah Binti Kapi )


Ketua Panitia Sains,
SRI AL-MASRIYAH.

Disemak oleh,
..
( Pn. Hayati )
Guru Penolong Kanan 1,
SRI AL-MASRIYAH

You might also like