Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

KOLEJ SASTERA DAN SAINS


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SGRS 3123
KEMAHIRAN ASAS LITERASI MAKLUMAT
ULASAN VIDEO
Mike Eisenberg Vodcast #4
The Role of the Teacher-Librarian and the School
Library Program
(http://www.youtube.com/watch?v=nE2MpvByblc)
DISEDIAKAN OLEH :
S217377 HAMIDAH BT HUSAIN (650525025812)

DISEDIAKAN UNTUK:
EN. GHAZALI BIN HAMID

TARIKH SERAHAN:
11 APRIL 2015
Tajuk :
Mike Eisenberg Vodcast #4The Role of the Teacher-Librarian and the School Library Program

SGRS 3123

KEMAHIRAN ASAS LITERASI MAKLUMAT

url: http://www.youtube.com/watch?v=nE2MpvByblc

Ulasan
Video ini memaparkan ceramah yang berkaitan dengan peranan yang perlu dimainkan oleh guru
pusat sumber dan program pusat sumber sekolah. Siri di dalam video ini berfokuskan kepada
kepentingan literasi maklumat dan pelaksanaannya di sekolah. Tanggapan selama ini berkaitan
pusat sumber sebagai satu tempat yang tidak mempunyai hubungkait dengan bilik darjah berlu
diubah. Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh
sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme
keguruan. Sehubungan itu, Pusat Sumber Sekolah merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas
untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan
pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna
bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid. Kebanyakan sekolah
beranggapan, pusat sumber hanyalah sebagai satu tempat untuk pelajar membaca buku, untuk
guru membuat peralatan mengajar dan mengabaikan kepentingan pusat sumber. Perkara ini
merupakan satu krisis atau masalah yang besar.
Penceramah telah menjadikan katak sebagai contoh iaitu jika seekor katak diletakkan di dalam
air yang panas, ianya akan melompat secara tiba-tiba. Tetapi jika katak diletakkan di dalam air
yang sejuk , katak akan berada di dalam keadaan yang selesa dan jika air dipanaskan, perubahan
yang dilakukan oleh katak yang dapat dilihat secara perlahan. Ini merupakan fenomena yang
berlaku iaitu, perkembangan pusat sumber terlalu perlahan dan kurang professional.

S217377 HAMIDAH BT HUSAIN

SGRS 3123

KEMAHIRAN ASAS LITERASI MAKLUMAT

Apa yang perlu dilakukan ialah penambahbaikan dalam pembangunan pusat sumber. Kita perlu
melakukan perubahan untuk meletakkan pusat sumber di tempat yang sepatutnya. Pusat Sumber
Sekolah sepatutnya bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan, iaitu bahan
pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber
ini juga memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan
dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya,
seorang guru yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau
mata pelajaran tertentu akan mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan
sesuai dengan mata pelajaran itu di sini. Tidak dinafikan pelbagai program telah dijalankan oleh
pusat sumber namun masih terdapat kelemahan dalam pelaksanaanya. Antara kelemahannya
ialah fokus atau misi yang tidak jelas. Hasil yang diperolehi daripada program tersebut juga tidak
jelas dan tidak dapat diukur. Kadang-kadang program yang dijalankan juga tidak mempunyai
kepentingan dan keesahan serta tidak membantu pembangunan pelajar.
Pusat sumber juga masih terikat dengan cara yang lama dalam pendekatan dan teknologi dalam
menjalankan aktiviti. Kebanyakan guru pusat sumber masih lagi menganggap buku sebagai satu
sumber sahaja dalam mendapatkan informasi sedangkan teknologi maklumat sudah semakin
canggih.
Untuk mengatasi masalah ini, guru pusat sumber perlu diberi pendedahan untuk melakukan
perubahan. Perubahan ini perlu untuk membentuk guru pusat sumber yang mempunyai
pengetahuan, kreatif dan dapat menjadikan pusat sumber sebagai tempat yang disukai pelajar.
Antara perkara yang digariskan untuk melakukan perubahan ini ialah :

S217377 HAMIDAH BT HUSAIN

SGRS 3123

KEMAHIRAN ASAS LITERASI MAKLUMAT

1. Kesedaran dalam diri guru pusat sumber. Guru Pusat Sumber juga perlu membentuk dan
membangunkan program literasi maklumat yang komprehensif. Untuk itu guru Pusat
Sumber perlu membetulkan atitud diri dan bersedia untuk melakukan perubahan.
2. Penjenamaan semula pusat sumber perlu dilakukan dengan memberi penekanan kepada
kepentingan, fungsi dan misi Pusat Sumber serta hubungannya dengan kurikulum
sekolah. Pusat Sumber perlu disediakan dengan teknologi terkini sebagai kemudahan
untuk pelajar mengakses maklumat.
3.

Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah
bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan
pelajar sekolah. Membentuk pasukan penasihat yang akan membantu dalam menjalankan
program dan memastikan pelaksanaan serta kepentingan sesuatu program yang
dijalankan. Pada masa ini lebih 90% daripada program yang dijalankan oleh pusat
sumber dilakukan secara sendirian oleh guru pusat sumber. Kita perlu mengubah
tanggapan Pusat Sumber untuk guru pusat sumber sahaja, sebaliknya Pusat Sumber
adalah satu keutamaan yang perlu ditadbir dan diuruskan secara berpasukan. Semua
pihak perlu memberi kerjasama dalam menjayakan sesuatu program yang dijalankan
dengan memastikan misi program dapat dicapai.

4. Matlamat Pusat Sumber ialah memastikan semua pelajar adalah pengguna pusat sumber
yang efektif dan dapat menghasilkan idea dan maklumat. Matlamat ini dapat dicapai
melalui pembacaan, literasi maklumat dan pengurusan maklumat yang betul. Guru perlu
merancang dan melaksanakan program kemahiran maklumat dan perkhidmatan Pusat
Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S217377 HAMIDAH BT HUSAIN

SGRS 3123

KEMAHIRAN ASAS LITERASI MAKLUMAT

5. Memberikan perhatian terhadap kemahiran maklumat dan pengajaran literasi maklumat.


Pendekatan yang digunakan juga perlulah sesuai dengan murid. Penambahbaikan perlu
dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan pelajar mendapat maklumat yang
sewajarnya melalui pusat sumber. Guru Pusat Sumber perlu merancang pemerolehan dan
pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini.
6. Akhir sekali, guru pusat sumber perlulah sentiasa senyum, bersifat terbuka dan
menikmati setiap program yang dijalankan. Ini akan dapat melahirkan keceriaan dan rasa
seronok dalam bekerja.

S217377 HAMIDAH BT HUSAIN

You might also like