Ass Gnment

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Teori Migrasi

Migrasi membawa maksud kepada perubahan atau perpindahan. Pekerja


ialah seseorang yang menerima upah atau ganjaran dalam pelbagai bentuk.
Sama ada ganjaran itu tinggi atau rendah, berpangkat atau tidak, hakikatnya
adalah tetap pekerja. Pekerja bekerja berdasarkan matlamat yang sangat
penting iaitu membawa kepada perubahan daripada negatif kepada positif,
lemah kepada kuat, dan mundur kepada maju.
Goss dan Linquist berpendapat bahawa seseorang akan membuat keputusan
untuk berhijrah jika dia merasakan dapat memaksimumkan pendapatan
mereka. Ini kerana kebiasaannya mereka akan dapat pekerjaan yang lebih
baik dari aspek gaji yang akan diperoleh berbanding dengan negara asal.
Secara kesimpulannya, migrasi merupakan satu proses demografi yang
melibatkan perpindahan penduduk dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
Pergerakann ini terhasil oleh penduduk yang amat sensitif dengan
perkembangan sosio-ekonomi sesuatu kawasan. Dalam konteks dunia moden
sekarang,migrasi amat diperlukan dalam sumnbangan urbanisasi dan
perindustrian sesuatu kawasan. Sebagai contoh, di Malaysia, bandaraya
kuala lumpur merupakan negeri yang paling banayak menerima migran
sepanjang tahun disebabkan perkembangan industri perindustran di
Malaysia.
Dalam tempoh 5 dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami perubahan
ekonomi yang begitu ketara sekali.
Sarjana barat Everett S.Lee ada menyatakan bahawa ada 4 faktor yang
menyebabkan orang mengambil keputusan untuk melakukan migrasi iaitu:
1.
2.
3.
4.

Faktor-faktor yang terdapat di daerah asal


Faktor-faktor yang terdapat di daerah tujuan
Rintangan-rintangan yang menghambat
Faktor-faktor pribadi

Faktor tersebut terdapat penambahan daripada sarjana yang lain iaitu E.G.
Ravenstein yang mengemukakan 7 faktor lain migrasi tersebut iaitu:
1. Migrasi dan jarak, ertinya (a) banyak migran pada jarak yang dekat,
dan (b) migran jarak jauh lebih tertumpu ke pusat-pusat perdagangan
dan industri yang penting
2. Migrasi Bertahap, ertinya (a) terdapatnya arus migrasi yang terarah,
dan (b) adanya migrasi dari desa-kota kecil ke kota besar
3. Arus dan Arus Balik, ertinya setiap arus migrasi utama menimbulkan
arus balik penggantiannya.
4. Perbedaan antara desa dan kota mengenai kecenderungan melakukan
migrasi.
5. Wanita melakukan migrasi pada jarak yang dekat dibandingkan lelaki.
6. Teknologi dan migrasi, ertinya bahawa teknologi menyebabkan migrasi
meningkat.
7. Motif ekonomi merupakan dorongan utama orang melakukan migrasi.

Migrasi secara besar-besaran didapati berlaku dengan ketara pada sekitar


tahun 1848 iaitu selepas penemuan bijih timah di Larut, Perak. Penemuan itu
merupakan titik bermulanya revolusi perindustrian bagi Tanah Melayu,
ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat pada waktu itu manakala buruh
dalam sektor perlombongan pula adalah kurang kerana orang Melayu masih
terikat dengan sistem ekonomi sara diri mereka di samping penglibatan
mereka dalam ekonomi komersial tidak begitu digalakkan oleh British.
Majoriti orang Cina yang dibawa masuk adalah dari kawasan Kwangtung,
Kwangsi dan Fukien di wilayah selatan China. Antara tahun 1895-1927, lebih
kurang 6 juta orang cina berhijrah ke Tanah Melayu dan pada tahun 1931,
31% daripada penduduk Tanah Melayu adalah orang cina menjadikan bangsa
itu sebagai etnik kedua terbesar di tanah Melayu. Bilangan penduduk cina di
Sabah pada tahun 1911 adalah seramai 27,801 orang namun pada tahun
1931 angka ini telah meningkat kepada 50,056 orang Manakala di Sarawak
pula penduduk berbangsa cina telah meningkat dari 5000 orang kepada
123,626 orang bermula dari tahun 1871 sehingga tahun 1939. Di Tanah
Melayu, orang cina tertumpu di Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan
di negeri-negeri pantai barat kerana di kawasan ini ekonomi berasaskan
perlombongan bijih timah pesat berlaku dan memberikan keuntungan yang
lumayan kepada mereka. Di negeri Sarawak pula orang cina banyak menetap
di kawasan bandar Sibu, Miri dan juga Bintulu berikutan dengan galakan
keluarga Brooke kepada orang cina untuk masuk ke Sarawak dan bekerja
sebagai pedagang, petani dan pelombong. Orang cina di Sabah dibawa
masuk oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British untuk bekerja di ladang
tembakau dan getah. Menurut Khoo Kay Kim (1971), corak pekerjaan buruh
Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah berlainan mengikut kelompok
masing-masing. Orang Hokkien yang merupakan kelompok terbesar orang
Cina di Tanah Melayu kebanyakkannya menjadi pedagang dan peniaga dan
menetap di pelabuhan-pelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka
dan Singapura manakala orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong
dan petempatan mereka tertumpu di kawasan-kawasan perlombongan bijih
timah. Orang Teochew pula dilihat lebih kepada aktiviti pertanian, mereka
bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor
dan Seberang Perai. Orang Hailam majoritinya bekerja sebagai orang gaji di
rumah orang Barat sebelum perang dunia pertama dan menjadi buruh di
ladang-ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman.
Pada mulanya, buruh cina dibawa masuk untuk menjadi pelombong
dan petani namun corak pekerjaan asal mereka berubah apabila orang cina
mulai menjadi pedagang dan peniaga di kawasan bandar. Mungkin ramai
yang tidak perasan namun, jika diperhati dengan teliti dapat dibuat
kesimpulan bahawa kawasan-kawasan yang banyak diduduki oleh orang cina
kebanyakkannya menjalankan perniagaan. Jika sebelumnya mereka hanya
buruh asing yang dibawa masuk untuk bekerja di lombong-lombong bijih
timah namun dalam tempoh beberapa tahun sahaja orang cina dikatakan
sudah mampu menguasai hampir kesemuanya aktiviti perlombongan di
Tanah Melayu, malah orang melayu sendiri banyak yang bekerja di bawah
syarikat perlombongan yang dimiliki oleh orang cina. Walaubagaimanapun,
penglibatan buruh cina dalam sektor perlombongan bijih timah yang pada
abad ke-19 masih dipantau sepenuhnya oleh pembesar Melayu. Orang cina

yang ingin memulakan perusahaan perlombongan haruslah mendapatkan


kebenaran pembesar Melayu terlebih dahulu dan harga penjualan bijih timah
juga perlu ditentukan oleh pembesar Melayu. Selain itu, orang cina juga
semakin berhubungan baik dengan British dalam perniagaan dan ini
memberikan bonus kepada orang cina untuk memperkukuh kedudukan
mereka sekaligus memajukan perniagaan mereka di Tanah melayu ini.
Orang cina semakin berjaya di Tanah Melayu, pada tahun 1905 saudagar dan
pelombong cina yang kaya telah menubuhkan sebuah bank di Sarawak iaitu
Kwong Lee Bank. Bank ini merupakan bank tempatan pertama di Malaysia
manakala bank tempatan pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu pula
adalah Kwong Yik Bank iaitu pada tahun 1913 di Kuala Lumpur, dengan
tertubuhnya bank ini maka kedudukan ekonomi orang cina semakin kukuh di
Tanah Melayu. Ini kerana penduduk Tanah Melayu mulai bergantung pada
bank ini di samping bank-bank Eropah untuk membuat pinjaman untuk
membuka lombong dan sebagainya. British yang menyedari akan
keuntungan yang boleh diperolehi melalui perusahaan perlombongan mulai
berminat untuk melibatkan diri dalam sektor ini. Pada awal abad ke-20,
industri perlombongan bijih timah mulai diambil alih oleh British kerana
pemodal kecil cina tidak mampu bersaing dengan mereka yang mempunyai
kelebihan teknologi. Di samping mengusahakan perusahaan perlombongan
bijih timah, mereka juga memberi tumpuan kepada perusahaan getah. Pada
awal abad ke-20 pengusaha-pengusaha Cina aktif dalam industri perkilangan
yang melibatkan getah dan timah sebagai bahan mentah. Sektor perkilangan
di Tanah Melayu yang dijalankan dimajukan untuk keperluan eksport,
contohnya kilang kasut getah yang ditubuhkan oleh Syarikat Shum Yip Leong
adalah untuk memenuhi keperluan eksport kasut getah ke negara China.
Selain itu, terdapat juga Syarikat pengusaha Cina lain yang turut
menghasilkan barangan berasaskan getah seperti Syarikat Fung Keong di
Klang dan Syarikat kinta Rubber Works di Ipoh, Perak. Di Johor pula, buruh
Cina telah mengalami lonjakan kewangan sehingga mampu mengeluarkan
modal yang secukupnya untuk mengusahakan perusahaan mengetin nanas.
Kedatangan orang cina ke Tanah Melayu dikatakan dipengaruhi oleh dua
faktor, iaitu faktor penarik dan faktor penolak. Antara faktor yang menjadi
penarik kepada orang cina untuk menerima tawaran British supaya bekerja di
Tanah Melayu adalah pertumbuhan pesat perusahaan bijih timah dan getah.
Penemuan bijih timah di Larut pada tahun 1848 telah menyebabkan sektor
perlombongan berkembang berbanding dengan sebelumnya yang mana
aktiviti melombong hanya berlaku secara kecil-kecilan yang dilakukan secara
tradisional seperti mendulang dan sebagainya. Ladang dan lombong yang
baru dibuka memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai, ini
membuka peluang pekerjaan yang banyak disamping menjanjikan
pendapatan yang lumayan. Keadaan ini semestinya menarik minat orang cina
untuk masuk ke Tanah Melayu yang sememangnya ingin mencari kesenangan
dan kekayaan hidup yang sukar diperolehi di negara sendiri. British pula
sengaja mengupah ramai buruh cina kerana lebih murah, rajin dan yang
paling penting setia kepada mereka. Faktor yang kedua lebih dipengaruhi
oleh keadaan politik Tanah Melayu yang stabil. Negara China pada waktu itu
terutama di wilayah selatan China berada dalam kekacauan manakala Tanah
Melayu di bawah pentadbiran British pula dirasakan lebih aman, keadaan ini

meyakinkan untuk mencari kekayaan di situ. Selain itu, kemudahan untuk


berhijrah juga adalah faktor penarik kedatangan mereka. Orang-orang cina
yang akan datang bekerja di Tanah Melayu tidak menghadapi kesulitan untuk
datang kerana kemudahan seperti kapal dan kemudahan pengangkutan yang
lain banyak tersedia. Faktor yang kedua iaitu faktor penolak adalah faktor
dalaman negara China itu sendiri yang menjadi penyebab ramai rakyat
negara itu berkeputusan untuk berhijrah ke tempat lain. Ketidakstabilan
politik negara China merupakan faktor penolak yang utama yang dapat
menjelaskan kenapa penduduk di negara itu berniat untuk keluar dari China.
Di kawasan selatan China pada waktu itu sedang melewati tempoh yang
sukar apabila berlakunya pemberontakan anti-Manchu terutamanya di
kawasan Kwangtung dan Kwangsi antara tahun 1751 hingga 1851 (Jeffrey
Risob, 2009). Rusuhan dan serangan daripada pemberontak menyebabkan
selatan China dirasakan tidak selamat dan mengancam nyawa mereka,
apabila British mengemukakan tawaran untuk masuk ke Tanah Melayu orang
cina beranggapan bahawa mereka perlu menerima tawaran itu demi
menjamin keselamatan mereka kerana walaupun orang cina merasakan
bangsa mereka adalah bangsa yang tinggi dan mulia namun mereka tidak
dapat menafikan kebijaksanaan British yang mampu menguasai banyak
negara pada ketika itu. Kesukaran hidup di negara asal juga mempengaruhi
penghijrahan mereka ke Tanah melayu. Bencana alam seperti banjir, kemarau
dan gempa bumi yang kerap berlaku di Tanah Besar itu menyukarkan aktiviti
penduduknya untuk mencari rezeki terutama bagi mereka yang bergantung
hidup daripada hasil bumi seperti pertanian, penternakan dan perikanan. Ciri
kependudukan China yang terlalu padat juga memaksa penduduknya untuk
berhijrah ke luar bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Menurut Jeffrey
Risob (2009), jumlah penduduk China yang semakin bertambah
menyebabkan bekalan makanan tidak dapat menampung penduduknya
kerana pengeluaran makanan lebih lambat bertambah. Hal ini
mengakibatkan berlakunya kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup
terutamanya para petani yang tidak tentu penghasilannyaakibat dari
bencana alam yang berlaku.
Kemasukan orang cina ke Tanah Melayu boleh dilihat dalam empat cara iaitu
melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, sistem
pengambilan rumah kongsi dan kemasukan secara berkumpulan. Melalui
sistem tiket kredit, bakal imigran akan dikumpulkan di kampung-kampung
oleh Kheh-tau atau ketua. Ketua diberi bayaran bagi setiap imigran cina
yang dikenali sebagai Sin Kheh dan seterusnya mereka perlu membuat
perjanjian sama ada secara bertulis mahupun lisan tentang hutang bekerja
dengan majikan dalam suatu tempoh masa tertentu. Sin Kheh akan diawasi
oleh nakhoda atau agensi buruh, tiket akan diberikan berserta keterangan
sama ada mereka bebas ataupun berhutang. Pemborong buruh pula akan
menyambut Sin Kheh yang sampai di pelabuhan dan menyerahkan mereka
kepada majikan dengan bayaran tertentu. Kemasukan buruh cina dengan
cara sistem pengambilan kakitangan pula adalah atas arahan majikan.
Majikan yang memerlukan tenaga buruh akan menghantar pegawainya ke
negara China untuk mendapatkan buruh, tambang dan perbelanjaan buruh
yang diambil akan ditanggung sepenuhnya oleh majikan. Buruh-buruh
tersebut akan diiringi oleh pegawai tadi sehingga mereka sampai ke tempat

majikannya. Seterusnya adalah melalui sistem pengambilan rumah kongsi,


beberapa pegawai di Tanah Besar akan dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
bagi mencari buruh. Pegawai tersebut akan membiayai perbelanjaan buruh
tersebut sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu, buruh
akan diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi manakala pegawai tadi
akan mendapat bayaran tertentu yang telah dipersetujui bagi setiap buruh
yang telah dibawa. Selain itu, buruh Cina juga memasuki Tanah melayu
dengan cara kemasukan secara berkumpulan. Sistem ini wujud di Sarawak
yang mana para imigran mendapat tajaan Charles Brooke untuk masuk ke
Tanah Melayu melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura. Imigran
Cina di sarawak lazimnya berketurunan Foochow. Kemasukan mereka secara
berkumpulan adalah atas persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan
Charles Brooke. Brooke menggalakkan kemasukan orang Cina Foochow ke
Sarawak untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian
gambir dan lada hitam.

Rujukan
Pessar, P. R. and Mahler, S. J. (2003), Transnational Migration: Bringing Gender
In International Migration Review, 37: Florida International University
Everett S. Lee, (2001), A Theory of Migration volume 49: New York.

You might also like