Professional Documents
Culture Documents
Sejarah Sekolah Kebangsaan ST Mark
Sejarah Sekolah Kebangsaan ST Mark
Sekolah Kebangsaan St Mark (M) telah diasaskan 124 tahun yang lalu iaitu pada
tahun 1885 oleh mendiang Rev. H Mcdougal Courtney dari Province Wellesley
Anglican Mission yang ditubuhkan dalam tahun 1878 , akan tetapi selepas kematian
beliau dalam tahun 1898 , sekolah ini ditutup.
Sekolah Kebangsaan St. Mark (M) Butterworth ini telah dihidupkan semula pada
tahun 1901 oleh mendiang En. W.G. Gray. En. W.G. Gray , bekas guru Penang Free
School , telah memulakan sekolah Inggeris di Butterworth. Sekolah ini terletak di No.
338 , Jalan Telaga Air, Butterworth (berhampiran dengan SRJK(C) Chung Hwa
1) .
Ia sebenarnya kediaman seorang nyonya Cina yang secara sukarela menyewa
premisnya kepada En. Gray tanpa bayaran. Kelas dimulakan oleh En. Gray sendiri
dengan pendaftaran 30 pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Pertambahan dalam
bilangan murid telah menyebabkan premis sekolah tidak dapat menampung lagi murid.
Oleh itu, sekolah Inggeris ini terpaksa berpindah ke satu tapak yang baru di Jalan
Bagan Luar, berhampiran dengan panggung wayang Rex.
Cabaran Tahun 1930 an
Sekitar tahun 1930 an merupakan titik hitam dalam sejarah sekolah. Masalah
premis sekolah sentiasa menghantui pentadbir sekolah. Berbagai usaha
dilakukan untuk mengatasi masalah ini tetapi tidak berjaya. Mujurlah pada ketika itu
kerajaan telah membina sebuah sekolah Melayu yang baru di Jalan
Mengkuang, jadi premis lama sekolah Melayu itu dipinjamkan kepada sekolah mubaligh
untuk sementara waktu. Masalah demi masalah telah melanda
sekolah ini. Pencapaian akademik sekolah ini mula merosot. Pihak sekolah terlalu
memberi tumpuan kepada menyelesaikan masalah premis sehingga
mengabaikan pelajaran pelajar-pelajar. Jemaah Nazir Sekolah berasa tidak puas hati
dengan pencapaian sekolah ini dalam peperiksaan tahunan kerajaan.
Mereka mencadangkan sekolah ini ditutup.
Dalam tahun 1930, Inspektor of School pada masa itu telah memutuskan untuk
menutup Sekolah St. Mark, Butterworth. Namun nasibnya baik Bishop of Singapore
telah membantu dengan menghantar pembantu kanan beliau mendiang Rev. Romanis
Lee untuk mempertahankan Anglican Mission untuk meneruskan
Sekolah St. Mark, Butterworth.
Demi menunjukkan kesungguhan dan keazaman beliau untuk meneruskan
kewujudan Sekolah St. Mark, Butterworth, mendiang telah menderma segala
hartanya untuk membiayai usaha tersebut. Bagi mengingati sumbangan ikhlas dan
juga jasa-jasa mendiang dewan sekolah telah dinamakan Romanis Lee Hall
Singapore, mendiang Rev. H.W.Baaines pada 28 Julai 1950. Pada Januari 1957 atas
arahan kerajaan , Sekolah St Mark telah dipisahkan kepada Sekolah
Rendah St. Mark yang terus kekal di Jalan St. Mark dan Sekolah Menengah St Mark
yang telah berpindah ke premis baru di Bagan Ajam.