Minit Mesy Panitia Sains

You might also like

Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIN

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.1/2013


Tarikh : 07 JANUARI 2013
Masa : 02.00 Petang
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran :
Hadir.
1. Pn Medline Taha
2. Pn Norhasmawati Rosli
3. Pn Sopia Manju
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
1.1.
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli dan mengucapkan terima kasih
kepada guru kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini.
2. Pelantikan Setiausaha
2.1
Ahli panitia sains sebulat suara melantik Pn. Sopia anak Manju selaku
setiausaha Panitia Sains bagi sesi 2013
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1
Pn Norhasmawati telah mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong oleh
Pn Sopia
4. Perkara Berbangkit
4.1
Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.
5. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
5.1 Rancangan Pelajaran
5.1.1
Pengerusi meminta setiap guru sains mesti memiliki sukatan
pelajaran tahunan dan bagi ahli panitia yang tidak mempunyai sukatan tersebut
bolehlah mengambilnya daripada sumber internet sebagai rujukan.
5.1.2
Rancangan dan sukatan pelajaran haruslah dihantar bersamasama buku rekod mengajar kepada Guru Besar di setiap hari Jumaat.
5.1.3

Setiap guru sains mestilah menulis rancangan


mengikut format yang betul mengikut KSSR dan KBSR:

Pelajaran

Harian

6. Pengurusan Fail PBS KSSR


6.1
Terdapat item / instrument yang perlu dilengkapkan dalam fail guru mata
pelajaran PBS KSSR DST serta mesti dikemaskini bagi tahun 2013.

7. Penilaian dan Pentaksiran


7.1.
Pengerusi menjelaskan pada tahun 2013 berkemungkinan terdapat 4 kali
peperiksaan akan berlangsung untuk KSSR dan KBSR iaitu UPP 1, UAP 1, UPP
2 dan juga UAP 2, serta peperiksaan Tahun 6 iaitu Percubaan UPSR dan UPSR
7.2.

Pengerusi menjelaskan bahawa soalan-soalan perlu disediakan oleh guru


guru.

7.3.

Pengerusi meminta agar guru sains bagi setiap kelas membuat analisa
sebaik saja peperiksaan selesai dan membuat TOV dan ETR bagi setiap murid.

7.4.

Setiap guru pelajaran wajib menulis markah murid dalam buku rekod
mengajar masing-masing

8. Analisa UPSR 2012


8.1.
Ketua panitia membentangkan keputusan analisa UPSR 2012 bagi mata
pelajaran sains. Keputusan ini perlu ditingkatkan lagi.
9. Aktiviti Panitia 2013
9.1.
Aktiviti yang dirancang sepanjang 2014

Kelas Tambahan petang dan malam untuk calon UPSR


Kelas tambahan pada waktu petang untuk murid Tahun 5
Program motivasi untuk pelajar Tahun 6
Teknik menjawab soalan bagi calon UPSR
Minggu Sains(mengikut takwim sekolah

10. Belanjawan Tahunan


10.1
Belanjawan pada tahun ini lebih menumpu terhadap pembelian alatan
sains bagi menyokong aktiviti eksperimen dan proses pengajaran dan pembelajaran.
10.2
Guru Sains boleh menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan dan
memberitahu Ketua Panitia.
11. Hal-hal Lain
11.1
Pengerusi meminta agar semua ahli panitia menggunakan modul-modul
sains yang dibekalkan ke sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan sains di
sekolah ini.
11.2

Pengerusi juga turut menyarankan agar setiap panitia menggunakan

kemudahan ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian Power Point, internet, blog
sains dan sebagainya bagi menarik minat murid.
Tindakan : Semua Guru
11.3
Beliau juga meminta agar buku rekod mengajar perlulah dilengkapi
dengan senarai nama pelajar, rancangan pelajaran tahunan yang terkini dan
Huraian sukatan tahunan terkini.
11.4 Ketua Panitia juga menggalakkan guru mengoptimumkan penggunaan makmal
sains.
11.5
Selain itu juga beliau berharap proses pencerapan guru-guru akan dapat
dilakukan oleh pihak pentadbir samada Guru Besar, Penolong Kanan, atau Ketua
Panitia.
Tindakan : Pihak Pentadbir
11.6

Pengerusi berharap agar Kelab Sains yang ditubuhkan akan bergiat aktif

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru sains dan mengakhiri mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang

Disediakan oleh,
...........................................................
.
(Sopia anak Manju)
Setiausaha Panitia Sains
SK. Sungai Durin, Sibu.

Disahkan oleh:

(Medline anak Taha)


Ketua Panitia Sains
SK. Sungai Durin, Sibu.

You might also like