Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TARIAN JOGET

LATAR BELAKANG
Tarian joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia
kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari.
Suatu ketika dahulu di Negeri Melaka , tarian joget lambak begitu terkenal.
Joget lambak menjadi acara bagi memeriahkan majlis perkahwinan dan
keramaian.
Tarian joget berasal dari kaum portugis iaitu Branyo.Ketika itu joget diiringi
lagu seperti Jingkling Nona tetapi cekarang banyak lagu dihasilkan seperti
joget serampang laut , joget 106 , joget johore club.
Joget juga dikenali sebagai (ronggeng) asal daripada (wrong geng)
kerana ditarikan geng berpasangan lelaki dan perempuan.

CARA PERSEMBAHAN
~Dalam tarian joget , gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan tangan.
~Tempo tarian yang sederhana ialah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk
pergerakan terpantas.
~Tarian joget ditarikan oleh golongan orang muda , tua , lelaki , perempuan atau
berpasangan.
~Orang yang menari dikatakan berjoget atau bertandak.
~Pengiring tarian pula dipanggil pencak joget.
~Lelaki akan mempelawa penari perempuan supaya berjoget.
~Terdapat 3 atau 4 pasangan yang akan menari tarian joget dalam sesuatu
persembahan.

(Kunang-kunang mabuk)

(1,2) melangkah ke hadapan dengan kaki kanan , membuat silang bersama kaki
kiri.
(3)kaki kanan dibuka ke sisi.
(4)pusing badan , membuka kaki ke sisi.
(5,6)silang kaki kanan ke belakang kaki kiri.
(7,8)membuka dan meletakkan kaki kiri disisi
dan pusing dengan membuka kaki kanan disisi.
(Pusing setengah)
(1,2,3,4) Pusing badan melalui kanan dan pandang kebelakang sambil langkah
berjuntai.
(5,6,7,8)Pusing badan melalui kanan sekali lagi dan pandang kehadapan.
(1x8) Ulang ragam tapi balas ke sebelah kiri.

(-S- maju , undur dan 4 penjuru)


Langkah berjuntai membuat separu bulatan.
(1,2,3,4)balas di sebelah dengan separu bulatan juga.
(5,6,7,8)langkah berjuntai maju ke hadapan dan undur.
(1,2,3,4,5,6,7,8)langkah berjuntai keempat-empat penjuru.
(2x8)Ulang sekali lagi ragam yang sama hingga balik ke tampat asal.
(Terancang Setempat)
Keluarkan kaki kanan ke 45 darjah , ibu jari cecah ke lantai.
(2)Silangkan kaki kanan dan kiri.
(3)Keluarkan sekali lagi kaki kanan ke 45 darjah.
(4)Susunkan kaki kanan di sebelah kaki kiri.
(5,6,7,8)Ulangkan di sebelah kaki kiri pula dan seterusnya hingga tamat lagu
terancang.

(Tarancang Lompat)
Sama dangan terancang setempat tetapi kakinya tergantung dan dilakukan
dengan melompat di tempat.

ALAT MUZIK
~Alat muzik yang biasa mengiringi tarian joget.
-Biola
-Gendang
-Celempung
~Lagu yang biasa mengiringi tarian joget.
-Timang-timang anak
-Joget Bunga Anggerik
-Rupa kacak
-Abang tak lupa
-Merah janbu merah

PAKAIAN PENARI

~Pakaian penari lelaki joget ialah sepasang baju melayu lengkap dengan
songkok dan samping semetara penari perempuan pula ialah kebaya serta
sanggul atau bunga di atas kepalanya. Warna-warni pakaian lelaki dan
perempuan biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian
tarian joget.

You might also like