Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Teaching specific

science topic by
using ICT

Pengenalan
Penggunaan ICT sebenarnya dikenali sebagai mengunakan pelbagai
bentuk peralatan dan sistem yg digunakan untuk memproses,
mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan
maklumat melalui media elektronik.
ICT merupakan integrasi yang berguna kerana teknologi ini berguna
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Dengan ini guru akan
bersedia dan mengunakan masa yang fleksibel dalam menggunakan
teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang
diajar. Oleh yang demikian guru perlu mempelajari bagaimana
menggunakan

komputer

kerana

masih

ada

guru

yang

belum

memahirkan diri dalam pengunaan teknologi.


Integrasi

ICT

pembelajaran

dalam
untuk

Sains

bermaksud

memperkenal,

penggunaan

mengukuh

dan

teknologi
menambah

kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah


pengajaran. Guru akan mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah
kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan
membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam
pembelajaran dan penilaian.
Oleh itu pengunaan ICT yang dimaksud dalam huraian ini merujuk
kepada penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang
computer dan laman Web atau disingkat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam pendidikan Sains

Penggunaan ICT
Penggunaan

ICT

banyak

membantu

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran Sains. Teknologi bukanlah sesuatu yang asing. Ia adalah


satu proses yang berterusan, berkembang bersama kepandaian manusia
untuk memudahkan urusan kehidupan.
Perkembangan

Dan

Kepentingan

ICT

Dalam

Sistem

Pendidikan Malaysia
Pembelajaran

yang

berkesan

adalah

pembelajaran

yang

menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan


Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk
menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah.
Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana
ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar
sekolah.
Perkembangan internet di Malaysia, ianya sudah mulai wujud pada
1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah
disambungkan

kepada

rangkaian

Internet.

Universiti

tempatan

merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet


telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi
aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat

perdana. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah


memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut
dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim et al. 1996).
Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan
1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini
disebabkan Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti
dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam
kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal
mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba
dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet
menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting
dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara.
Jamaludin Badusah (2000)
(Kementerian

Pelajaran

Malaysia,

2003)

secara

jelas

telah

menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan. Pertama


literasi ICT untuk semua pelajar, Kedua mengutamakan peranan dan
fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan ICT
untuk

meningkatkan

produktiviti.

Oleh

itu

Menurut

Pusat

Perkembangan Kurikulum, menjelaskan. Beberapa manfaat ICT dalam


pendidikan diantaranya:
i. Penggunaan Teknologi berupaya meningkatkan kefahaman
dan keupayaan murid dalam pelajaran.
ii. Penggunaan Teknologi juga memberi peluang pembelajaran
yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan

iii. Teknologi mampu meningkatkan motivasi murid


iv. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
v. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
vi. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan
menyeronokkan
vii.Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg
sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara
biasa
viii. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid
ix. Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan
x.

dengan bimbingan yang minima


Meningkatkan kemahiran ICT

Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas


dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan
sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran,
malah

berpotensi

besar

sebagai

alat

untuk

mengayakan

lagi

persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata


pelajaran dan tidak terkecuali mata pelajaran pendidikan Islam.
Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar
dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat.
Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia
adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan
pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam
sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.


Pendidikan

Sains

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

merealisasikan hasrat pendidikan kebangsaan yang menjurus ke arah


pembangunan insan yang menyeluruh dan seimbang dari sudut emosi,
jasmani, rohani dan intelek. Oleh sebab itu, guru-guru pendidikan Sains
memikul tanggung jawab yang besar untuk melahirkan individu yang
mampu menjana diri mereka menjadi insan yang berakhlak dan dalam
masa yang sama mempunyai daya saing dan kemahiran yang tinggi
dalam aplikasi teknologi selaras dengan tuntutan semasa negara yang
menuju kepada negara maju
Penggunaan ICT di dalam pendidikan di luar Negara.
Sebilangan besar pelajar, guru dan pentadbir sekolah di negara-negara
maju telah menggunakan komputer. Para pelajar menyertai kelab
komputer sekolah dan menggunakan komputer untuk:
1.

Mempelajari asas komputer dan kegunaannya

2.

Mempelajari bahasa pengatur caraan computer

3.

Mempelajari

perisian

aplikasi

seperti

pemprosesan

perkataan,

lembaran kerja, grafik dan pemprosesan data.


4.

Mempelajari topik-topik tertentu dalam sesuatu mata pelajaran dengan


bantuan computer
Di Perancis, perlaksanaan komputer dalam pendidikan di Negara
sebenarnya tidak dijadikan sebagai satu mata pelajaran tetapi

hendaklah dijadikan alat untuk membantu pengajaran.


Di Indonesia kaedah eksperimental lebih berguna kerana hasil kajian
menunjukan

bahawa

hasil

belajar

siswa

yang

diajar

dengan

menggunakan media pembelajaran berbantukan komputer (CAI) lebih


tinggi daripada hasil belajar siswa yang diajar tanpa menggunakan
media CAI, Hasil belajar siswa kemampuan awal tinggi sama sahaja
dengan siswa yang diajar tanpa menggunakan media CAI dan hasil
belajar siswa kemampuan awal rendah lebih tinggi daripada siswa yang
diajar tanpa menggunakan media CAI. Dengan demikian hasil kajian ini
menunjukan bahawa terdapat interaksi antara penggunaan media
dengan kemampuan awal terhadap hasil belajar mata pelajaran fisikal.
Kepentingan

Integrasi

ICT

dalam

pembelajran

dan

pendidikan.
Integrasi ICT dalam pembelajan dan pengajaran memberikan peluang
kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual
kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran
dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai
penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai
pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan
perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan
alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan
melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki
alam pekerjaan

Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas


kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan
pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal
pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru
dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. contohnya dalam
eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen
sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang
kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa
dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding
dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya
2001).
Pengintegrasian ICT dalam P&P merupakan sarana yang tepat bagi
guru dlm menyampaikan pesan-pesan pembelajarn dalam bilik darajah.
Pemilihan kaedah serta alat yang tepat juga perlu diambil kira oleh
seorang guru untuk memastikan keselarian antara mata pelajaran,
waktu, situasi dan kondisi dalam memanfaatkan ICT dalam pendidikan.

You might also like