Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

29 JUNE 2007

Dewan Rakyat: 200 aduan salah laku guru


Berita Harian
Laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan

81 kes termasuk jenayah syariah, hutang selesai dalam lima bulan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menerima 200 aduan berhubung pelbagai


salah laku guru di seluruh negara sejak Januari lalu hingga 15 Mei tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata daripada jumlah itu, 81 kes
diselesaikan dengan mengenakan tindakan sewajarnya berdasarkan kesalahan.

Antara kesalahan ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan
seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah
(15 peratus), pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar
perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian (enam
peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius (satu peratus).

Noh berkata, daripada jumlah itu, 22 guru dibuang kerja, senamuak (22 kes), turun
gaji dan lucut hak emolumen (masing-masing 17 kes), diberi amaran (10 kes),
selesai secara pentadbiran (lima kes), dibebaskan (empat kes), turun pangkat (dua
kes) dan tangguh gaji (satu kes).

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Mat Yasir
Kasran (BN-Sabak Bernam) yang ingin mengetahui jumlah guru yang terbabit
pelbagai kesalahan dan jenis tindakan.

Mengenai usaha kementerian memartabat profesyen perguruan, Noh berkata,


menerusi Bahagian Sumber Manusia di Cawangan Kaunseling dan Keutuhan,
pihaknya mengguna pakai Program 3P (Perkembangan, Pencegahan dan Pemulihan)
bagi memastikan tahap profesionalisme guru.

"Sehingga 30 April lalu, 88 pegawai dan kakitangan kementerian dirujuk kepada


cawangan itu untuk tujuan kaunseling. Sesi itu membolehkan mereka membuat
penyesuaian diri sebelum dibenarkan menyertai semula sistem organisasi,"
katanya.

Menjawab soalan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) mengenai
guru dari Semenanjung yang menolak untuk mengajar ke kawasan pedalaman,
terutama di Sabah dan Sarawak, Noh berkata mereka yang enggan mengikut
arahan dianggap sebagai ingkar perintah.

"Guru tidak mahu bertugas apabila surat bertugas dikeluarkan dianggap ingkar
perintah kerana membabitkan arahan bertugas, oleh itu, kita sedia maklum semua
kakitangan, termasuk guru adalah penjawat awam yang perlu menurut perintah dan
berkhidmat untuk negara," katanya.

Mengenai jumlah guru di sekolah yang tidak seimbang, Noh berkata, kementerian
berkuasa menentukan penempatan guru di sesebuah sekolah untuk mengajar.

"Ada negeri yang guru lebih, ada yang kurang, ada daerah kurang dan ada yang
lebih, ini mungkin disebabkan kita terlalu mengikut kehendak guru yang mahu
kementerian membuat pertimbangan semula berhubung penempatan mereka
sebelum ini.

"Kementerian akan menentukan penempatan mereka kerana lebih tahu keperluan


guru. Jika guru mempunyai masalah kesihatan dan keselamatan dalam keluarga dan
membuat rayuan, kita sedia pertimbangkan," katanya.
POSTED BY CIVIL SERVANT AT 3:06 PM

You might also like