Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

3.

2 Rumusan
Kesimpulannya, Bahasa Melayu memang kaya dengan golongan kata
yang terdiri daripada pelbagai jenis.
Misalnya, bagi golongan kata nama, boleh dipecahkan kepada kata
nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Bagi kata nama khas, boleh
dipecahkan kepada kata nama khas jenis hidup(manusia, bukan manusia)
dan bukan hidup. Kata nama am pula boleh dibahagikan kepada konkrit dan
abstrak. Kata ganti nama pula merangkumi kata ganti nama penunjuk(ini, itu),
kata ganti nama tanya( siapa, nama, apa) dan kata ganti nama diri yang boleh
dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.
Seterusnya, bagi kata kerja pula, boleh dibahagikan kepada kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif terdiri daripada kata
kerja transitif aktif(menulis) dan kata kerja transitif pasif(ditulis).
Selain itu, kata adjektif pula dapat dibahagikan kepada 9 subgolongan
iaitu sifat, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, pancaindera dan adjektif
perasaan.
Kata hubung pula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata
hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
Bagi kata bantu pula, terdiri daripada kata bantu aspek dan kata bantu
ragam.
Kata penguat terdiri daripada 3 jenis. Antaranya termasuklah kata
penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.
Kata penegas pula boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu kata
penegas frasa predikat atau bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa
subjek atau frasa predikat.
Kata bilangan pula boleh dipecahkan kepada bilangan tentu, bilangan
tak tentu, bilangan himpunan, bilangan pecahan dan bilangan pisahan.

Kata-kata lain yang juga termasuk dalam golongan kata terdiri


daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata nafi, kata pemeri, kata
sendi nama, kata penekan dan kata pembenda.

You might also like