Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 30

KEMAHIRAN LISAN

NUR IZZUDDIN BIN ASNOR


MOHD FARHAN BIN MOHAMAD TAHAR
MUHAMMAD ZHAFIR BIN MUSTAFA

DEFINISI KEMAHIRAN LISAN


Lisan adalah pertuturan atau
percakapan.
Apabila seseorang bertutur, ia bukan
hanya melibatkan kemahiran
bertutur sahaja tetapi juga
melibatkan kemahiran mendengar.
Ini bermakna kemahiran lisan
merangkumi dua kemahiran penting
iaitu mendengar dan bertutur

DEFINISI KEMAHIRAN LISAN


Bagi menguasai kemahiran lisan
dengan baik, seseorang itu perlu
menguasai kedua-dua kemahiran ini.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran akan
mengalami masalah pertuturan juga.
Malah bagi kes masalah pendengaran
yang teruk (pekak), kanak-kanak
tersebut tidak dapat bertutur langsung
atau dikatakan sebagai bisu.

DEFINISI KEMAHIRAN LISAN


Mendengar:
Mendengar adalah kemahiran awal
yang dikuasai oleh kanak-kanak
dalam perkembangan pemerolehan
bahasanya.
Lundsteen (1979) telah
mendefinisikan mendengar sebagai
satu proses minda yang memberi
makna kepada bahasa pertuturan.

Jalongo (1992) menyatakan bahawa


kemahiran lisan melibatkan tiga
perkara penting, iaitu:
Pendengaran (Hearing) iaitu
proses fisiologikal yang merangkumi
ketajaman pendengaran atau
keupayaan mendengar, dan
persepsi pendengaran iaitu
keupayaan untuk membezakan
bunyi-bunyi, mengadun bunyibunyi, dan menyimpan urutan bunyi
dalam ingatan,

Mendengar (Listening) merupakan


bentuk tingkah laku persepsi iaitu
memberi tumpuan, menjadi peka,
dan memilih petunjuk-petunjuk
isyarat (cues) daripada persekitaran,

Auding iaitu tingkah laku


pemahaman yang bermula daripada
pendengaran dan mendengar.
Auding termasuklah memperoleh
makna daripada apa yang diudengar,
menghubungkan bunyi sesuatu yang
sudah diketahui, menyusun,
membayangkan, dan menghargai
apa yang didengar

Bertutur:
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyibunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan
(artikulator) ,ia merupakan kemahiran
berinteraksi dalam suasana berbahasa
manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978).

Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanakkanak hasil daripada meniru atau


mengajuk pertuturan orang dewasa di
sekelilingnya

Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya


akan menggalakkannya mengulang-ulang
perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat
menguasai pertuturan yang lebih kompleks.
Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai,
kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan
orang lain di sekelilingya.
Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan
model pertuturan yang baik kepada kanakkanak bagi membolehkan mereka bertutur
dengan berkesan.

Masalah Mendengar
Dikriminasi auditori menyebabkan sukar
belajar menggunakan kaedah fonetik.
Ketidakupayaan membahagikan perkataan
kepada suku kata atau bunyi.
Tidak dapat membunyikan semula dan
mengingati huruf dalam perkataan serta
tidak boleh menyebut perkataan bermakna.
Kesukaran memahami bunyi berurutan dan
mengubah urutan huruf semasa menulis

Strategi Mengatasi
Masalah Mendengar

Membezakan bunyi:
Mengenalpasti bunyi sama ada ia sama
atau berbeza dengan bunyi yang lain:
Membeza bunyi suara manusia dengan
bunyi yang lain. Kemahiran
suprasegmental seperti nada panjang,
pendek, tinggi, rendah kekuatan bunyi
yang kuat dan perlahan mula dipelajari.
Mengguna dua atau tiga benda
maujud.

Strategi Mengatasi
Masalah Mendengar
Membezakan bunyi bunyi binatang /
kenderaan / benda yang mengeluarkan
bunyi. Contoh, ayam kucing Nama ahli
keluarga/anggota badan / binatang /
tumbuhan / benda persekitaran (1
suku kata) bas, jam,pen,bom 1-2 suku
kata mata, ibu dan ayah 1-3 suku kata
kereta, kerusi, kelapa 1-4 suku kata
matahari, serigala.

Strategi Mengatasi
Masalah Mendengar
Mengecam bunyi/perkataan:
Memahami bahawa setiap bunyi
membawa maksud tertentu. Sudah
mengenal objek yang diminta dan
memahami arahan ringkas.

Menggunakan 4 hingga 8 benda


maujud / gambar bunyi binatang /
kenderaan / benda yang mengeluarkan
bunyi. Contoh: miaw, kok kok

Strategi Mengatasi
Masalah Mendengar
Nama ahli keluarga / tumbuhan / benda
persekitaran / anggota tubuh (1-2 suku
kata), sama ada (1-3 suku kata)
telefon, sama ada (1-4 suku kata)
pembaris, matahari.
Benda yang mempunyai 2 perkataan /
frasa, contoh: surat khabar, cermin
mata, baju kotor, pen biru, bola kecil
dan lain-lain.

MASALAH BERTUTUR

Auditori Visual
Visual dan pemprosesan pendengaran
adalah proses pengakuan dan
menafsirkan maklumat yang diambil
dalam melalui indera penglihatan dan
suara. Istilah, pemprosesan "visual
dan pendengaran" dan "persepsi
visual dan pendengaran", seringkali
digunakan bergantian

2 Jenis Gangguan
Visual pemprosesan gangguan
Sebuah pemprosesan visual, atau persepsi,
gangguan merujuk pada kemampuan
terhalang untuk memahami maklumat
yang diambil melalui mata. Hal ini berbeza
dari masalah yang melibatkan penglihatan
atau ketajaman visi. Kesulitan dengan
pemprosesan visual mempengaruhi
bagaimana maklumat visual
diinterpretasikan, atau diproses oleh otak.

2 Jenis Gangguan
Memori Auditori
Kemampuan untuk memproses
maklumat diterima secara lisan,
menganalisis secara mental dan
menyimpannya menjadi ingatan
kemudian. Mereka yang mempunyai
kapasiti yang kuat untuk memori
pendengaran disebut pelajar
pendengaran.

Kanak-kanak lemah pendengaran


sering mengalami kesulitan memahami
maksud kata-kata, dan menjadikan
pemahaman bahasayang tertunda.
Murid yang menghadapi, masalah
auditori ini, cenderung kepada lambat
untuk belajar membaca, dan turut
menghadapi masalah kemahiran
menulis.

Strategi PengajaranPembelajaran Bertutur

Latih tubi
Teknik latih tubi adalah merupakan
pengulangan fakta- fakta atau
kecekapan yang diajar. Tujuannya
teknik ini diajar ialah untuk mencapai
taraf kemahiran tersebut atau untuk
melekatkan sesuatu perkaitan
supaya menjadi kekal

Soal jawab
Strategi soal jawab merupakan strategi
yang berpusatkan pelajar iaitu
berfokuskan kepada bentuk-bentuk
komunikatif seperti meminta maaf,
bercerita, melapor dan lain-lain. Situasi ini
berlaku dalam amalan masyarakat seharihari. Melalui pendekatan ini, penekanan
tentang penyerapan bentuk gramatikal
adalah bagi tujuan komunikasi.

Nyanyian
Strategi ini merupakan strategi yang
berpustkan pelajar iaitu menyerapkan
bahasa yang hendak diajar kepada lirik
muzik yang digemari oleh murid. Ini
dapat membolehkan murid lebih
mengingati tentang pengajaran yang
diajar seterusnya lebih berfokus kepadan
apa yang diajar. Strategi ini juga dapat
mengukuhkan peringatan murid

Choral Speaking
Merupakan kompetisi paduan suara yang
bertujuan untuk menggalakkan dan
meningkatkan penggunaan bahasa dalam
kalangan pelajar. Hal ini membangun rasa
percaya diri pelajar untuk bercakap,
membuat, menghafal dan pelahiran bahasa
Ini melibatkan penggunaan penuh dan
bervariasi dari suara individu membentuk
kumpulan.

Perbualan
Aktiviti perbualan kebiasaannya
dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk.
Teknik perbualan bertujuan melatih
murid berkomunikasi secara sosial
seperti berbual melalui telefon.
Perbualan hendaklah berkisar
tentang perkara yang berlaku dalam
kehidupan mereka setiap hari.

Murid-murid boleh diminta bercakap


tentang ibu atau bapa, kawan, hobi,
permainan, dan sebagainya.
Perbualan boleh berlangsung antara
guru dengan murid atau sesama
murid. Tajuk yang guru tetapkan
hendaklah sesuai dengan
pengalaman murid supaya mereka
dapat berbual tentang tajuk itu.

Ketika murid bercerita atau selesai


bercerita, guru menyusun strategi:
1. Menyenaraikan isi-isi yang telah
disebutkan oleh murid-murid dalam
perbualan itu.
2. Pilih satu daripada isi penting yang
terdapat dalam senarai itu untuk
dibincangkan dengan secara lebih
mendalam. Guru bolehlah kemukakan
soalan yang boleh menerbitkan tajuk
yang dirancangkan itu.

Puppet
Teknik Boneka dikenali juga sebagai
teknik patung atau puppet.
Teknik ini adalah antara teknik yang
sangat digemari oleh kanak-kanak
kerana pergerakan boneka dan
dialog dalam lakonan boneka ini
sangat menarik dan menghiburkan.

Guru boleh menyediakan berbagaibagai jenis boneka seperti boneka


kayu, boneka sarung tangan, boneka
tali, boneka piring dan sebagainya.
Boneka yang dibuat oleh murid sendiri
adalah lebih baik.
Bagi mencapai objektif pengajaran
lisan, guru hendaklah memberi
peluang muridnya bercakap atau
berlakon dengan menggunakan
boneka sesama mereka.


Pemintal Lidah
Latih tubi pemintal lidah sangat penting
untuk melatih kanak-kanak menyebut
sesuatu bunyi dengan betul dan tepat.
Latih tubi jenis ini hanya menumpukan
kepada bunyi tertentu yang menjadi
masalah kepada kanak-kanak
menyebutnya.

You might also like