Professional Documents
Culture Documents
Anatomi
Anatomi
SISTEM PEREDARAN
Terdiri daripada jantung dan salur-salur darah.
Bekerja rapat dengan sistem saraf pusat, pernafasan dan sistem perkumuhan.
Ia adalah sihat jika:
1. jantung yang kuat mengepam darah ke seluruh badan
2. saluran darah mudah lentur, anjal dan tidak tersumbat
3. darah tidak melekit atau pekat
Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mengedarkan darah yang mengandungi nutrien penting, oksigen dan
hormon
2. untuk menyingkirkan sisa daripada tisu
Komplikasi kesihatan sistem peredaran yang lemah:
1. boleh menjejaskan organ lain seperti hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem
pembiakan
2. Menyebabkan penyakit Kardio-Serebrovaskular (CVD) seperti:
a. penyakit jantung koronari
b. strok
c. hipertensi
d. aterosklerosis- penyakit pada arteri
2. untuk melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteri, bahan pencemar
dan penyakit
3. untuk memperbaharui organ dan tisu yang rosak serta mengembalikan fungsinya
Akibat sistem imun yang tidak seimbang
1. sistem imun terlampau aktif
a. penyakit autoimun (contohnya Lupus)
b. alahan
2. Keimunan tersekat/ rendah
a. mudah jatuh sakit
b. lambat pulih daripada penyakit
SISTEM PENCERNAAN
Terdiri daripada mulut, esofogus, hati, perut dan usus.
Pencernaan bermula apabila makanan memasuki mulut dan tamat di penghujung
usus.
Sistem pencernaan
Fungsi asasnya adalah:
1. penguraian makanan secara fizikal dan kimia
2. memproses makanan dan cecair supaya nutrien dapat diserapkan
3. membekukan dan menyingkirkan makanan yang tidak dihadam daripada tubuh
sebagai najis
4. bergantung kepada pemangkin enzim untuk menggalakkan aktiviti enzim
pencernaan untuk pencernaan yang sempurna
Akibat sistem pencernaan yang lemah:
1. pedih hulu hati
2. kembung
3. ketidakhadaman
4. Sindrom Rengsa Usus
Sistem pencernaan yang lemah boleh diburukkan oleh masalah-masalah berikut:
1. sistem saraf yang tidak sihat
2. stres
3. kerisauan
4. diet tidak sihat
5. kualiti makanan
SISTEM PERKUMUHAN
Terdiri daripada paru-paru, kulit, buah pinggang dan kolon.
Ia merupakan pelindung terhadap racun.
Ia berfungsi rapat dengan sistem pernafasan, sistem peredaran dan endokrin untuk
membebaskan tubuh daripada toksin.
Ia adalah sihat apabila:
1. bebas daripada najis terlonggok (pengumpulan najis di dalam usus)
2. mengekalkan nisbah 80:20 yang ideal bagi bakteria baik berbanding bakteria
berbahaya
Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mencegah pengumpulan toksin
2. untuk membebaskan tubuh daripada sisa tubuh harian
3. terutamanya terletak di:
a. paru-paru- untuk mengeluarkan karbon dioksida daripada tubuh
b. kolon- untuk membolehkan sisa makanan pepejal melaluinya
c. buah pinggang- untuk menyingkirkan pukal sisa cecair dan nitrogen
d. kulit- untuk menghasilkan peluh dan mengumuh sisa metabolik
Akibat kolon yang tidak sihat:
1. sembelit
2. mempercepat penuaan
3. penyerapan nutrien lemah
4. kanser kolon
SISTEM ENDOKRIN
Terdiri daripada hipotalamus, pituitari (no 2 dalam gambarajah), tiroid (no 3),
paratiroid, adrenal (no 5), pankreas (no 6) dan testis (lelaki-no 8, kiri dalam
gambarajah)/ ovari (wanita-no 7, kanan dalam gambarajah).
Sistem Rangka
Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mengawal pergerakan badan
2. untuk membentuk, menyokong dan melindungi organ dalaman
3. untuk memberikan kestabilan dan mobiliti kepada tubuh
Akibat sistem otot dan rangka yang lemah:
1.
2.
3.
4.
5.
Osteoporosis
Osteoartritis (OA)
Reumatiod artritis (RA)
Kekakuan bahu
sakit belakang & bahagian bawah belakang
SISTEM PERNAFASAN
Terdiri daripada kaviti nasal, farinks (tekak), trakea dan paru-paru.
Ia bertindak selari dengan sistem peredaran untuk menghantar oksigen dan gas
dari tisu dan ke tisu tubuh.