Buku Amali 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

LITERASI BAHASA

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

PENGENALAN

4.0

Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak
boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan
namanya, kaedah ini memerlukan

kanak-kanak menghafal pola-pola suku

kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Uniknya bahasa Melayu adalah
kerana pola-pola suku katanya jelas dan terdapat lebih daripada 1000 polapola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 suku kata
merupakan satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.

KAEDAH PANDANG SEBUT

4.1

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan


dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.
Kaedah ini juga dikenali dengan nama pandang sebut kerana aktiviti
utamanya iaitu memandang dan menyebut. Mengikut kaedah ini, pengajaran
bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau
abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenalkan dengan perkataan
dan gambar.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak
termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanakkanak

membaca

bahasa

Inggeris.

Sebabnya

bahasa

Inggeris

tidak

mempunyai suku kata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak
memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanakkanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi
dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya;

ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)

42

LITERASI BAHASA

Kaedah

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

ini

adalah

lebih

mudah

untuk

mengajar

kanak-kanak

menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen


Doman. Pola-pola suku kata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan
kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang
dipotong

kecil

dan

diimbaskan

kepada

kanak-kanak

dengan

cepat.

Rasionalnya, kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto photographic


memory . Sebab itulah, hanya dengan imbasan setiap perkataan dapat
dalam ingatan dan dikeluarkan apabila diperlukan.

4.2

APLIKASI KAEDAH DAN PANDANG SEBUT

4.2.1

MENYEBUT PERKATAAN

Contohnya :

Murid ditunjukkan gambar ayam. Murid-murid diminta menyebut


perkataan ayam.

Kemudian mereka ditunjukkan kad perkataan ayam. Kedua-dua


objek membawa bunyi yang sama iaitu ayam.

Selepas itu, mereka ditunjukkan kad perkataan ayam sahaja tanpa


gambar ayam dan minta mereka menyebut ayam.

Setelah

murid

dapat

menyebut

perkataan

ayam,

barulah

diperkenalkan huruf-huruf atau abjad yang membentuk perkataan


ayam.

Cara ini diteruskan dengan perkataan lain.

43

LITERASI BAHASA

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

4.2.2
MENCERAKINKAN PERKATAAN

Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai, murid


dikehendaki mencerakinkan perkataan menjadi suku kata

Kaedah

mencerakinkan

perkataan

turut

bertujuan

untuk

memperkenalkan kata dan memperkenalkan huruf

4.2.3

MEMBINA DAN MEMBACA AYAT


Dengan menggunakan bahan bantu belajar, bimbing murid untuk
membina ayat.

44

LITERASI BAHASA

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

Seterusnya, teruskan aktiviti membaca dengan membaca ayat yang


lengkap

4.3

KELEBIHAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Murid-murid tidak dikehendaki menghafal nama-nama huruf yang abstrak.

Mereka didedahkan dengan bahan yang konkrit atau bermakna.

Mereka memahami apa-apa yang dibaca oleh mereka.

4.4

KELEMAHAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT


Kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul
dengan cepat.

Murid-murid agak lambat mengenali huruf.

Murid-murid

membaca

bukan

berdasarkan

lambang-lambang

yang

membentuk huruf tapi berdasarkan gambar.

Mereka sebenarnya menyebut nama gambar, bukannya membaca apaapa yang ditulis.

Kadang-kadang mereka keliru dengan gambar yang kurang jelas.


45

LITERASI BAHASA

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

Kaedah ini lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan sistem ejaan
yang bersifat logografik.

Pelaksanaan aktiviti

4.5
4.5.1

LATIHAN MENYEBUT PERKATAAN

AKTIVITI

: UJI MINDA

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT


PELAKSANAAN :
1. Para pelajar diminta untuk duduk dalam dua kumpulan iaitu
kumpulan murid lelaki dan kumpulan murid perempuan.
2. Dengan menggunakan Powerpoint, para murid akan didedahkan
dengan aktiviti menyebut perkataan. Gambar akan ditunjukkan
kepada para murid terlebih dahulu, kemudian guru akan menyebut
perkataan yang mewakili gambar tersebut. Guru akan meminta
murid menyebut kembali perkataan yang disebut oleh guru.
3. Kemudian,
perkataan yang mewakili gambar tadi pula akan
ditunjukkan kepada murid-murid. Guru akan menyebut perkataan
yang terdapat pada slaid tersebut dan diikuti oleh murid. Aktiviti ini
diulang untuk gambar yang lain pula.
4.
Selepas kesemua gambar dan perkataan telah diajar kepada
murid, guru akan menguji minda dengan memanggil murid secara
rawak untuk menyebut kembali perkataan yang telah diajar tadi
dengan menggunakan kadbod gambar dan kadbod perkataan

46

LITERASI BAHASA

AKTIVITI

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

: PADANKAN AKU

PERUNTUKAN MASA : 15 MINIT


PELAKSANAAN :

1. Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.


2. Setiap kumpulan akan diberikan kotak yang mengandungi kad-kad
perkataan yang telah diajar di dalam aktiviti satu.
3. Gambar-gambar yang telah diajar dalam aktiviti satu tadi pula akan
ditampal di sekitar kelas.
4. Murid-murid akan dikehendaki
memadankan dan melekatkan
kad perkataan yang mereka
perolehi di bawah gambar-gambar
tersebut.

47

LITERASI BAHASA

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

4.5.2

LATIHAN

MENCERAKINKAN PERKATAAN MENJADI SUKU KATA


AKTIVITI

: KOTAK MISTERI DAN LAGU

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT


PELAKSANAAN :

1. Gambar akan ditunjukkan kepada para murid terlebih dahulu,


kemudian guru akan menyebut perkataan yang mewakili gambar
tersebut. Guru akan meminta murid menyebut kembali perkataan
yang disebut oleh guru.
2. Kemudian, suku kata-suku kata yang mewakili gambar tadi pula
akan ditunjukkan kepada murid-murid. Guru akan menyebut setiap
suku kata yang terdapat pada kad lipat

dan diikuti oleh murid.

Aktiviti ini diulang untuk gambar yang lain pula.


3. Kemudiannya, lagu akan dimainkan. Apabila lagu dimainkan, para
pelajar diminta untuk menghantar kotak misteri daripada seorang
murid kepada murid yang lain sehingga muzik yang dimainkan
berhenti.
4. Murid yang

memegang

kotak

misteri

ketika

muzik

berhenti

dikehendaki mengambil sekeping kad yang mengandungi suku kata


dari kotak misteri tersebut dan 48
dia akan diminta untuk menyebut
suku kata tersebut.
5. Murid yang lain juga akan menyebut suku kata tersebut bersama-

LITERASI BAHASA

AKTIVITI

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

CARI PASANGANKU

PERUNTUKAN

MASA

: 10 MINIT

PELAKSANAAN :
1. Dalam aktiviti sebelum ini, para murid telah memperoleh suku kata
masing-masing.
2. Murid-murid diminta menunjukkan suku kata masing-masing

dan

diminta bergerak untuk mencari pasangan suku kata mereka.


3. Kemudian mereka akan diminta untuk melekatkan suku kata pada
gambar-gambar yang diwakili oleh suku kata yang ada pada
mereka di papan hitam.

4.5.3

LATIHAN MEMBINA DAN

MEMBACA AYAT
1. Guru tunjukkan carta ayat bergambar. Guru akan menyebut ayatAKTIVITI
: ALBUM SAYA
ayat tunggal yang diberi.
2. Guru akan MASA
meminta
murid
menyebut kembali ayat yang disebut oleh
PERUNTUKAN
: 20
MINIT
guru. Aktiviti ini diulang untuk gambar yang lain pula.
PELAKSANAAN
: para murid akan duduk dalam kumpulan masing3. Kemudiannya,
masing dan dibekalkan dengan sebuah kotak yang mengandungi
beberapa perkataan. Mereka juga turut akan dibekalkan dengan
sebuah album.
4. Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam
kotak tersebut, murid diminta untuk memilih gambar yang berkaitan
dengan

perkataan-perkataan

yang

mereka

perolehi

dan

kemudiannya membina ayat.


5. Mereka akan menampal gambar yang mereka pilih di atas kad manila
dan kemudiannya menampal perkataan-perkataan yang mereka
49

perolehi untuk membentuk ayat di bawah gambar tersebut.

LITERASI BAHASA

4.6

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

Rumusan

Dengan terlaksananya aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, diharapkan muridmurid akan dapat mengasah minda mereka dalam mengingat gambar dan
perkataan dan seterusnya mereka akan boleh membaca kerana ejaan
bahasa Melayu adalah bersifat fonemik (satu huruf boleh dikatakan
melambang satu bunyi )

50

LITERASI BAHASA

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

4.7

DOKUMENTASI

51

LITERASI BAHASA

Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut

52

You might also like