Dam Ular Serbaguna

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Dam Ular Serbaguna

Bismillahirahmanirahim~
Hari ini, cikgu fiza nak ajar cara hendak buat Dam Ular Sebaguna.
Dam Ular Serbaguna ini memang magik!
Boleh guna untuk macam-macam matapelajaran, macam-macam
kemahiran.
Belajar matematik pun boleh guna Dam Ular Serbaguna ini.
Belajar Bahasa Melayu pun boleh guna Dam Ular Serbaguna ini.
*gambar di bawah ini semasa cikgu Fiza gunakan untuk pengajaran
kemahiran suku kataKV+KV.
Anda boleh gunakan Dam Ular Serbaguna ini untuk kemahirankemahiran lain.

tekan sini untuk lihat dengan lebih jelas

Bagaimana hendak menghasilkan Dam Ular


Serbaguna?
1. Mounting Board sebagai papan utama Dam Ular Serbaguna
2. Kertas warna biru, hijau dan hitam merupakan papan nombor
yang disusun secara berselang seli dan dilekatkan dengan nombor secara
berurutan.
3. Kad soalan disediakan mengikut warna papan nombor iaitu
warna biru, hijaudan hitam. Kad soalan boleh terdiri daripada
pelbagai kemahiran bermula daripada kemahiran mengenal huruf
sehingga kemahiran ayat. Kad soalan juga boleh terdiri daripada

matapelajaran Matematik yang melibatkan kemahiran Matematik bermula


dari Mengenal Nombor dan seterusnya.

Bagaimana hendak menggunakannya?


1. Kaedah permainan adalah seperti permainan Dam Ular.
2. Bagi permainan Dam Ular Serbaguna ini, apabila murid berhenti di
petak papan nombor, murid dikehendaki mengambil kad soalan
berdasarkan warna petak papan nombor tersebut.
3. Murid dikehendaki menjawab soalan yang terdapat di kad soalan
tersebut.
4. Murid yang sampai dahulu di petak terakhir dikira sebagai pemenang.

You might also like