GreenKit MARDI

You might also like

Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Cara GreenKit MARDI bolehkan penanaman pokok

bunga, sayur-sayuran di kawasan terhad.

GreenKit jimat ruang


Cara GreenKit MARDI bolehkan
Gabungan beberapa tanaman

penanaman pokok bunga, sayurdalam GreenKit untuk laman


sesuai kawasan terhad.

sayuran di kawasan terhad


dapur.

BERCUCUK tanam dalam bekas air? Pelik bukan, tetapi inilah keistimewaan GreenKit
atau sistem penanaman dalam takungan yang boleh membekalkan air secara
sendiri. Menariknya, produk rekaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
(MARDI) yang sesuai digunakan pemilik laman terhad seperti pangsapuri dan
kondominium ini, turut mengharumkan negara apabila meraih pingat emas dalam
pertandingan reka cipta di Korea Selatan, baru-baru ini. AKTIVITI berkebun kini bukan
hanya menjadi minat mereka yang tinggal di kampung dan desa, malah mereka
ramai yang di bandar besar serta tinggal di rumah pangsa, apartmen dan
kondominium juga minat dengan aktiviti berkenaan. Namun, beberapa kekangan
seperti kekurangan kawasan tanah, kemahiran dan tiada waktu bagi tumpuan
menjaga tanaman menyebabkan hasrat untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam
dilupakan.
Menyedari hakikat itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
memperkenalkan satu sistem mudah dan murah dinamakan GreenKit iaitu sistem
penanaman pokok di dalam takungan yang boleh membekalkan air secara sendiri tanpa
perlu penyiraman yang kerap.

GreenKit terdiri daripada takungan plastik yang terbahagi kepada dua ruang
yang terpisah iaitu takungan air di bahagian bawah dan takungan
penanaman mengandungi medium tanaman (tanah) di bahagian atas.
Menariknya, produk yang dibangunkan Mardi ini mendapat pengiktirafan
antarabangsa apabila memenangi pingat emas dalam pertandingan
rekacipta /inovasi di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2010 di Korea
pada 2 hingga 5 Disember 2010.
Penyelidik MARDI yang membangunkan teknologi ini, Ab Kahar Sandrang
berkata, prinsip dan kaedah GreenKit adalah menyerupai penanaman di
kawasan tanah semula jadi, iaitu air di dalam tanah naik ke zon pengakaran
dengan tindakan kapilari (saluran halus).
Katanya, lazimnya medium tanaman yang digunakan untuk GreenKit ialah
peatmoss, vermiculite dan perlite, namun penggunaan tanah atau sabut
kelapa bersama campuran berkenaan juga sesuai digunakan.
Tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran berdaun dan tanaman
hiasan semusim boleh ditanam terus menggunakan biji benih manakala
tanaman jangka panjang seperti sayuran berbuah dan ulaman serta pokok
hiasan kekal perlu menggunakan benih anak pokok.
GreenKit boleh diletakkan di kawasan terlindung atau teduhan atau
kawasan terbuka. Satu keistimewaannya, seperti tanaman dalam pasu,
GreenKit mudah dipindahkan mengikut kesesuaian dan kehendak pemilik
kediaman, katanya.
Green Kit juga boleh disesuaikan untuk tanaman laman ramuan atau edible
garden yang mana komposisi tanaman makanan dan hiasan nisbahnya
70:30. Pengguna juga boleh menyusun GreenKit bertingkat mengikut
kreativiti masing-masing.
Kapasiti air di dalam takungan berbeza mengikut saiz GreenKit. Umpamanya
GreenKit bersaiz 70 sentimeter (cm) x 24 cm x 20 cm untuk penanaman
sayur dan ulaman, kapasiti airnya adalah lapan liter yang mampu
membekalkan air selama lima hari hingga seminggu. Bermakna setiap lima
hari paras air perlu diperiksa.
Menariknya penyiraman dilakukan melalui tiub yang terletak di bahagian
tepi GreenKit manakala baja diberikan sama ada dalam bentuk cecair atau
pepejal. Baja cecair dicampur dalam air kerana mudah larut manakala baja
tabur dalam bentuk biji ditabur di atas medium atau digaul dan dimasukkan
dalam takungan air.

Kebersihan GreenKit adalah langkah utama dalam pengurusan penyakit.


Keadaan persekitaran yang terlalu lembap dan kotor boleh meningkatkan
kejadian serangan penyakit. Jika terdapat tanda penyakit, bahagian yang
dijangkiti perlu dibuang.
Penggunaan racun kimia perlulah dielakkan, namun racun biologi atau organik
sangat digalakkan penggunaannya. Dalam pada itu, perosak utama tanaman
GreenKit ialah serangga pemakan daun. Cara paling berkesan mengurangkan
masalah berkenaan adalah dengan

menggunakan penghalang fizikal seperti net atau kelambu tanaman. Jika


berlaku serangan perosak yang amat serius, penggunaan racun organik
sangat digalakkan.
Penanaman dengan GreenKit boleh menggabungkan beberapa jenis
tanaman, namun disyorkan kombinasi perlukan keperluan air dan cahaya
matahari yang sama. Jumlah jenis tanaman mestilah cukup untuk satu
hidangan mengikut saiz bekas GreenKit yang digunakan.
Selain digunakan oleh suri rumah sesuai dengan kempen hijau yang
dijalankan kerajaan, GreenKit juga sesuai dijadikan model pembelajaran
untuk pelajar sekolah kerana kotak tanaman ini mudah, murah dan bebas
daripada bahaya pembiakan Aedes, malah boleh ditinggalkan tanpa
pengurusan yang rapi, serta sesuai untuk mereka yang sibuk serta tiada
masa menyiram pokok setiap hari.
Bagi mereka yang berminat boleh hubungi MARDI di Peti Surat 12301,
Pejabat Pos Utama, 50774 Kuala Lumpur atau emel kepada
skahar@mardi.gov.my.
INFO: Tanaman GreenKit
Ulaman dan Sayur Berkayu
Pokok Gajus, Tenggek Burung, Beluntas, Peria Pantai, Limau Purut, Cekur
Manis dan Daun Kari
Ulaman dan Sayuran Tidak Berkayu
Ulam Raja, Pudina, Pegaga, Kaduk, Kucai, Kesum, Selom, Cekur, Pandan
Wangi, Kunyit dan Serai.
Buah-buahan
Betik, Jambu, Belimbing, Mangga, Limau Kasturi, Ciku, Kedondong dan
Delima.
Tumbuhan Hiasan
Ati-ati, Resam Batu, Keladi, Crytandra, Globba, Homalomena dan Humilis.
Kelebihan dan Kebaikan GreenKit
Mengatasi masalah penyiraman yang perlu dilakukan setiap hari
Biasanya Green Kit digunakan untuk pokok renek dan kini boleh digunakan
untuk sederhana besar dalam bekas tanaman yang lebih besar.

Pokok seperti limau purut, tenggek burung, bebeuas, peria pantai, jambu
batu dan kedondong juga boleh ditanam dalam Green Kit.
Pertumbuhan akar dalam Greenkit terbatas menyebabkan pokok berkenaan
menjadi renek namun hasil atau buah tetap sama.
Bagi pokok berkayu seperti tenggek burung dan gajus, pemotongan pucuk
untuk ulaman dapat mengawal pembentukan saiz kanopi yang terlalu besar
sebaliknya pokok menjadi renek atau saiz lebih kecil
Sumber Dipetik Dari : Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lamanmudahalih/Article/index

You might also like