Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tugas-tugas Khas

Sepanjang tempoh sebulan berada di sekolah, saya telah ditugaskan dengan beberapa
perkara. Di antaranya ialah menjadi guru ganti bagi guru yang ada urusan di luar sekolah. Saya
hanya menggantikan kelas hanya sekali sahaja sepanjang saya praktikum di sekolah ini. Kelas
yang saya ganti ialah kelas 4J iaitu kelas yang saya ajar. Saya telah menggantikan kelas
tersebut pada minggu pertama persekolahan iaitu pada hari Jumaat (04 April 2014). Peluang ini
saya gunakan dengan sebaik mungkin untuk mendekati murid-murid dan membiasakan diri
dengan kerenah murid-murid. Selain itu, saya juga dapat mempelajari gaya pembelajaran
murid-murid dan tahap pecapaian murid-murid kaum Cina di situ. Saya juga dapat mempelajari
beberapa bahasa harian dalam mandarin seperti ah ching iaitu diam, dan la usher yang
bermaksud guru.
Dalam aspek kokurikulum pula, saya telah ditugaskan menjadi pegawai pengadil. Pada
hari khamis (03 April 2014) saya dan rakan praktikum saya Muhammad Syazwan telah
ditugaskan untuk menjadi pegawai pengadil pra-sukan tahunan sekolah ini. Kami telah
dibahagikan secara beberapa kumpulan guru dan diminta untuk mengendalikan acara lompat
jauh. Dalam acara lompat jauh, saya ditugaskan menjadi AJK mengambil bacaan jarak
lompatan murid-murid. Berikut saya sertakan sebahagian gambar yang sempat saya ambil
semasa acara ini sedang dijalankan.

Murid-murid sedang menjalankan Pra-sukan Tahunan Sekolah SJK (C) Sam Tet

Peluang yang ada saya gunakan sebaik mungkin untuk mempelajari teknik-teknik
kepengadilan yang betul bagi acara tersebut. Saya juga berpeluang meninjau bakat-bakat yang
ditunjukkan oleh murid-murid sekolah tersebut. Sukan tara atau pra-sukan itu diadakan bagi
mencungkil bakat-bakat dan kemahiran murid-murid sekolah tersebut dalam bidang sukan.
Dalam aspek kokurikulum pula, saya telah ditugaskan untuk menjadi jurulatih / guru
pembimbing dalam permainan catur bagi program 1 Murid 1 Sukan. Sesi latihan ialah pada
setiap hari Jumaat iaitu pada pukul 7.00pagi hingga 7.30pagi. Saya dan rakan saya akan
melatih murid-murid tahun 4 dan 5. Dalam sesi pertama saya ditugaskan menjadi jurulatih, saya
telah membahagikan murid-murid kepada beberapa pasangan. Saya telah memperkenalkan
secara ringkas peraturan-peraturan asas tentang permainan catur. Pada sesi kedua dan ketiga
perjumpaan bersama mereka, saya telah mengadakan perlawanan di antara murid-murid.
Perkara yang saya kagum tentang sekolah ini, catur yang disediakan oleh sekolah ini
sememangnya mencukupi untuk digunakan oleh semua murid-murid. Saya beranggapan
bahawa sekolah ini amat mementingkan aspek kecerdasan minda murid dalam melatih muridmurid sentiasa berfikir dalam melakukan sesuatu. Peluang menjadi jurulatih ini saya gunakan
sebaik mungkin bagi memantapkan kemahiran saya dalam permainan ini. Selain itu, saya juga
dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari semasa berada di sekolah
sebenar kelak.
Pada minggu ketiga pada hari Khamis (17 April 2014) pula, saya telah mengambil
bahagian dalam menjadi AJK untuk program motivasi sekolah. Saya telah ditugaskan untuk
membawa seramai 38 orang murid tahun 4H ke dewan SMJK (C) Sam Tet. Program motivasi
tersebut telah disertai murid-murid tahun 4 dan 5.

Program Motivasi bagi murid-murid tahun 4 dan 5

Peristiwa Yang Terlibat


Peristiwa-peristiwa yang terlibat sepanjang praktikum ialah menghadiri mesyuarat

You might also like