Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

Topik X Kepelbagaian

Agama dan
Hubungan
Etnik

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan kedinamikan penduduk Malaysia yang bukan sahaja


multietnik malahan pelbagai agama;

2.

Menerangkan agama utama di Malaysia; dan

3.

Menganalisis peranan agama dalam mewujudkan perasaan saling


hormat-menghormati dalam hubungan etnik.

X PENGENALAN
Agama merupakan elemen penting dalam masyarakat di Malaysia. Agama
seringkali dijadikan sebagai satu alat yang membezakan antara kumpulan dalam
masyarakat dan menjadi indikator penting dalam mencorakkan tingkah laku
setiap ahli kumpulan. Dalam konteks Malaysia, agama merupakan elemen
penting yang menentukan lokasi etnik. Sesuatu kelompok etnik boleh dikenali
berasaskan agama yang dianutinya, contohnya kaum Melayu dikenali kerana
mempraktikkan agama Islam dalam kehidupan seharian. Begitu juga, majoriti
kaum India yang mengamalkan agama Hindu dan kaum Cina yang
kebanyakannya menganut agama Buddha. Rasionalnya, semua agama menuntut
penganutnya mengamalkan kebaikan sesama manusia tetapi perlu diakui
bahawa sehingga kini terdapat banyak rentetan konflik yang berlaku di seluruh

178

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

dunia disebabkan oleh perbezaan agama. Maka, memahami kepelbagaian dan


menghormati kepelbagaian adalah penting untuk memastikan keadaan yang
harmoni dalam masyarakat dapat dikekalkan.
Sensitiviti agama menjadi perkara penting yang perlu dipelihara bersama dan
sering menjadi punca ketegangan etnik. Dalam sesetengah keadaan, persoalan
agama bukan sebab pencetus sesuatu ketegangan, tetapi elemen keagamaan
dijadikan sebagai pemangkin bagi kerumitan hubungan etnik yang lebih parah.
Memandangkan agama mampu menjadi isu yang besar dalam masyarakat,
pemimpin terdahulu tidak terlepas daripada membincangkan kepelbagaian
agama ini dengan menjadikannya sebagai perkara yang penting dalam
Perlembagaan Malaysia.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa agama Islam ialah
agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di
negara ini. Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan setiap agama lain
berhak menubuh dan menyelenggarakan badan keagamaan masing-masing
untuk menyebarkan agama kepada ahli masyarakatnya dengan syarat tidak
disebarkan dalam kalangan orang Islam atau berlawanan dengan undangundang am ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak ahli masyarakat.
Keadaan seperti ini menjadikan masyarakat pelbagai etnik dan agama di
Malaysia menjaga dan mempertahankan agama masing-masing bersama-sama,
di samping menghormati kepelbagaian sesama manusia.

7.1

KONSEP AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Perkembangan sesebuah negara bangsa selalunya dikaitkan dengan kepercayaan


atau agama tertentu. Misalnya, negara China dikaitkan dengan agama Buddha,
India dikaitkan dengan agama Hindu, Jepun dikaitkan dengan Buddha dan
Shinto, Barat dikaitkan dengan agama Kristian dan begitulah sebaliknya. Agama
dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam proses pengidentitian
sesebuah negara bangsa. Bagaimanakah dengan negara Malaysia? Malaysia
merupakan sebuah negara yang bukan sahaja mempunyai berbilang etnik
malahan agama juga memainkan peranan dalam membentuk etnik berkenaan.
Misalnya, etnik Melayu dikaitkan dengan Islam, etnik Cina dikaitkan dengan
agama Buddha dan etnik India dikaitkan dengan agama Hindu. Pembinaan
identiti agama dalam kehidupan masyarakat beragama boleh menjadi halangan
ke arah perpaduan.

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

179

Justeru, sebelum kita pergi lebih jauh, baik kita melihat apa yang dimaksudkan
dengan konsep agama dan kepercayaan. Agama dan kepercayaan ialah perkara
yang sama, tetapi berbeza. Umumnya, terdapat dua perkara utama yang
membentuk kepercayaan beragama dalam kalangan masyarakat dunia iaitu:
(a)

Agama Samawi
Agama Samawi adalah agama yang diturunkan melalui wahyu Tuhan
kepada utusannya di dunia yang dikenali sebagai Nabi dan Rasul untuk
disampaikan kepada umat masing-masing. Dasar kepercayaan dalam
agama Samawi ialah mengajarkan keyakinan bahawa Tuhan yang Maha
Kuasa itu hanya satu iaitu tiada Tuhan yang selain Dia iaitu Allah. Ia
merupakan agama yang paling tua kerana orang Islam percaya bahawa
Nabi Adam a.s. merupakan nenek moyang manusia dan menerima
pengajaran sedemikian dari Allah.

(b)

Agama Berbentuk Thabii


Agama Thabii merupakan kepercayaan yang wujud melalui imaginasi
manusia. Ia wujud atas dorongan daripada sifat atau lumrah manusia yang
ingin beragama, ingin mencari dan memuja sesuatu yang mereka anggap
maha kuasa ke atas dirinya. Dasar kepercayaan dalam agama Thabii ini
juga dinamakan agama alam kerana pemujaan agama ini lebih kepada
benda yang selalunya mempunyai hubungan dengan alam seperti memuja
dewa-dewi dan berhala.

Dalam Bahasa Arab, agama langit disebut Din Samawi sementara agama bumi
dinamakan Din al-Wadie yang bermaksud agama yang diciptakan (direkareka). Oleh itu, agama bumi boleh dimasukkan sebagai salah satu cabang
kebudayaan. Keadaan ini berbeza dengan agama langit yang berada di luar
kebudayaan kerana wahyu berasal dari Allah s.w.t. dan bukan ciptaan manusia.
Jika ditinjau dari aspek penganutnya, agama tersebut dapat dibahagikan pada
tiga kategori iaitu:
(a)

Agama Tempatan
Ia dianuti oleh sesuatu masyarakat tertentu seperti agama suku bangsa
yang masih primitif di Afrika, Amerika, Australia dan Irian Barat.

(b)

Agama Nasional
Ia dianuti oleh satu-satu bangsa tertentu misalnya agama Zoroaster,
Yahudi, Shinto, Mesir Kuno dan sebagainya.

(c)

Agama Dunia (Universal)


Ia dianuti oleh pelbagai bangsa dunia seperti agama Kristian, Islam dan
Buddha.

180

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Di seluruh dunia, terdapat perkembangan pelbagai kepercayaan dan agama.


Kepercayaan terhadap animisme masih tersebar ke serata permukaan bumi, di
tempat yang belum kuat pengaruh agama, bahkan peninggalan kepercayaan itu
masih kelihatan pada kebanyakan orang walaupun sebenarnya mereka telah
memeluk salah satu agama dunia. Kepercayaan itu tidak seragam, oleh yang
demikian, mereka mempunyai inti kepercayaan yang sama iaitu mengibadatkan
roh dan percaya kepada kekuatan tenaga ghaib yang amat banyak. Rajah 7.1
menunjukkan pembahagian agama berdasarkan peratus penganut dan
perbandingannya di dunia dewasa ini.

Rajah 7.1: Agama besar dunia


Sumber: Adaptasi daripada http://www.diversityjournal.com/10002-religious-diversitybeyond-the-protestant-ethic/

Jika dilihat secara keseluruhannya, agama dan kepercayaan tersebut dapat


digolongkan dalam tiga bentuk iaitu:
(a)

Kepercayaan primitif;

(b)

Primitif yang lebih maju; dan

(c)

Agama monoteisme.

Kepercayaan primitif ialah kepercayaan yang berdasarkan animisme dan


dinamisme di serata dunia terutama di Afrika Selatan, iaitu dalam kalangan
puak Amerindian dan Osenia. Primitivisma yang lebih maju pula tumbuh di
tempat yang kehidupan primitifnya berkembang menuju ke peringkat yang lebih
maju misalnya kawasan pertanian yang teratur. Golongan ini termasuk dalam
agama yang lahir dalam kalangan bangsa purba yang telah maju seperti Mesir
Kuno, Babilonia, agama Sino-Jepun seperti Tao, Confucian, Shinto dan agama
yang lahir dalam kalangan masyarakat Indo-Iran (Arya) seperti Hindu, Buddha

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

181

dan Zoroaster. Sementara itu, golongan monoteisma pula ialah agama yang
dilahirkan oleh nabi berbangsa Samiyah. Samiyah berasal daripada Sam, anak
Nuh. Keturunan Sam inilah yang dinamakan bangsa di Asia Barat dan di
Abessinia yang termasuk juga bangsa Arab, Israel, Abessinia. Mereka ini
menggunakan bahasa daripada rumpun bahasa Samiyah. Ia merupakan agama
yang kekal sehingga sekarang dan merupakan agama yang paling ramai
pengikutnya dan yang paling besar jasanya dalam membangunkan peradaban
dan kebudayaan manusia. Agama tersebut adalah Yahudi, Nasrani dan Islam.

7.1.1

Definisi Kepercayaan dan Agama

Jika diteliti, pengertian dan makna yang selalu diberikan untuk kepercayaan, kita
tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang agamanya sekali. Penafsiran
yang diberikan untuk kepercayaan ialah pengalaman immediate yang
sacred, penuh emosi dan mengandungi entiti luar biasa yang akhirnya
berpusat pada struktur alam (universal). Kepercayaan ini mendorong perlakuan
terhadap entiti luar biasa itu terjalin misalnya dalam upacara yang menjadi asas
perlakuan yang diorganisasikan oleh penganut kepercayaan tersebut.
Contoh sistem kepercayaan ialah agama kerana dalam agama, terdapat
kepercayaan, amalan dan organisasi yang membentuk etika yang lahir pada
perlakuan penganutnya. Kamus Dewan pula mendefinisikan kepercayaan
sebagai keyakinan yang membenarkan sesuatu, iman dan iktikad mengenai
sesuatu.
Menurut Anthony F. C. Wallace, agama ialah sejenis perlakuan manusia yang
dapat digolongkan ke dalam kepercayaan dan upacara berkenaan dengan
makhluk, kuasa dan tekanan luar biasa. Apa yang dimaksudkan dengan
pengertian luar biasa dalam pengertian agama di sini ialah segala bukti
kewujudan yang tidak berdasarkan lunas bukti seperti yang diterima oleh
natural science.
Menurut Johnson (1961), beliau mengatakan agama adalah:
... satu sistem kepercayaan-kepercayaan dan perlakuan-perlakuan yang
boleh dikatakan padat tentang susunan benda-benda, kuasa-kuasa, atau
tempat atau lain-lain entiti yang luar biasa: satu sistem yang mempunyai
makna kepada tingkah laku dan hal ehwal penganut-penganutnya: makna
yang dirasakan secara serius yang berbeza-beza warnanya kepada
kehidupan persendirian dan perkumpulan penganut-penganutnya.
(Johnson, 1961)

182

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Umumnya, perlakuan manusia selalunya dibuat dalam kumpulan tertentu


dengan melibatkan upacara yang mempunyai nilai dan tujuan sehingga menjadi
satu sistem. Oleh itu, agama dilihat sebagai satu institusi kepercayaan dan
menjadi salah satu sistem yang dianggap penting dalam masyarakat.

7.1.2

Masyarakat dan Kepercayaan Beragama

Kehidupan beragama bermula dengan kehidupan manusia yang mengandungi


beberapa kepercayaan tertentu dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan
bertamadun manusia. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan peninggalan
keagamaan yang diamalkan dan digunakan semasa upacara keagamaan. Sebagai
contoh, batu batan yang dipuja, patung yang dipercayai mempunyai kuasa dan
seumpamanya memberikan gambaran jelas kepercayaan beragama dalam
kehidupan ketamadunan dan peradaban manusia. Keinginan untuk beragama
merupakan naluri semula jadi dalam jiwa manusia yang tidak boleh dipisahkan.
Oleh itu, sehingga sekarang sebahagian besar daripada penduduk dunia masih
lagi berpegang teguh kepada kepercayaan agama mereka.
Setiap orang yang lahir ke dunia ini sebenarnya mempunyai naluri untuk
mempercayai adanya kekuatan luar biasa yang berlaku ke atas manusia.
Kekuatan luar biasa itulah yang biasanya dipanggil Tuhan dan dinamakan
naluri agama dan Tuhan merupakan kepercayaan yang menjadi inti agama
tersebut. Kesedaran tentang adanya Tuhan itu sebenarnya tidak sahaja akan
timbul semasa manusia mengalami kesulitan, tetapi juga dalam keadaan aman
tenteram. Sungguhpun manusia mempunyai naluri untuk mempercayai adanya
Tuhan, namun di dunia ini masih ramai lagi yang bersifat atheis iaitu orang
yang tidak mempunyai agama atau tidak percaya adanya Pencipta alam.
Keadaan ini berlaku kerana keadaan persekitaran kehidupan dan penerimaan
pendidikan mereka yang melupakan agama sehingga naluri untuk beragama
tidak ada dalam diri mereka.
Apabila kita ingin melihat sesuatu agama yang bermula dalam masyarakat
primitif sebagai satu sistem kepercayaan yang diterima dan berkembang,
kita tidak dapat memahami bagaimana ia boleh diterima dalam satu-satu
masyarakat. Keadaan ini jelas terjadi dalam masyarakat Jepun sekarang ini
apabila agama wujud hasil daripada pemerhatian masyarakat Jepun terhadap
alam sekitarnya dan ilham yang timbul tersebut membentuk agama Shinto yang
diamalkan hingga sekarang. Disebabkan oleh sikap masyarakat Jepun yang
terbuka, mereka boleh menerima kemasukan (berasimilasi dan bersinkretisme)
kepercayaan agama luar serta falsafah dari China seperti Buddha dan Confucius.
Tetapi, apa yang menjadi persoalan ialah, bagaimanakah agama Shinto sebagai
kepercayaan animisme yang merupakan agama primitif telah dirumus lalu
diterima oleh masyarakat Jepun?

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

183

SEMAK KENDIRI 7.1


1.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep agama?

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kepercayaan?

3.

Bandingkan persamaan dan perbezaan konsep antara agama dan


kepercayaan.

4.

Senaraikan agama Samawi dan Thabii.

7.2

AGAMA DAN MASYARAKAT


DI MALAYSIA

Agama memainkan peranan penting dalam proses pembentukan nilai, budaya


dan kehidupan masyarakat pelbagai agama di Alam Melayu. Sebelum
kedatangan agama Islam, masyarakat di Alam Melayu menganut agama
berunsur animisme atau ada juga pengaruh Hindu-Buddha. Menurut Syed
Naquib al-Attas, yang merupakan ahli falsafah dan cendekiawan Muslim
menyatakan bahawa kedatangan Islam ialah zaman pencerahan dengan
memberikan impak yang besar dalam kehidupan masyarakat, yakni kehidupan
bersyariat dan mempunyai fungsi yang jelas dalam kehidupan manusia.
Sejarah menunjukkan Alam Melayu merupakan tempat yang penting dari segi
pertemuan pedagang dari merata tempat di dunia dan antara tempat yang
mempunyai kadar interaksi paling tinggi di dunia. Ketika itu, kemasukan agama
Islam ke Alam Melayu berlaku melalui peranan pedagang dan perdagangan.
Kehadiran agama Islam di Alam Melayu membawa fenomena Islamisasi pada
abad ke-15 dan kewujudan kerajaan yang dikaitkan dengan agama Islam
antaranya Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Acheh, Demak, Pasai, Patani dan
sebagainya.
Agama Islam memainkan peranan yang penting dalam mengubah pandangan
masyarakat Melayu tentang konsep ketuhanan dalam beragama yang sebelum
ini dipengaruhi oleh nilai-nilai agama Hindu dan Buddha, serta kepercayaan
yang berunsurkan animisme. Antaranya konsep beraja yang merupakan elemen
yang boleh dilihat dengan jelas yang mana kesan pengaruh Hindu itu telah
berubah menjadi konsep Sultan atau Kesultanan yang menggambarkan
konsep kekhalifahan dalam Islam. Sultan dilihat sebagai penaung atau penjaga
agama Islam dalam masyarakat Melayu. Dalam erti kata lain, kewujudan konsep
raja yang merujuk pada peranan dewa dan raja sebagai Tuhan di dunia ini
digantikan dengan sultan yang merujuk pada peranan sultan iaitu sebagai
penjaga agama Islam.

184

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Proses Islamisasi berlaku dengan meluas di Alam Melayu dan memberikan impak
yang besar dalam masyarakat ketika itu. Kesannya, kehidupan bermasyarakat di
Alam Melayu menuju ke arah kehidupan Islam yang lengkap dan diperkemaskan
dari semasa ke semasa. Antaranya aspek hukum adat dan undang-undang
misalnya sebagaimana dibincangkan sebelum ini seperti Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang dan Undang-undang
Johor mempunyai pengaruh yang banyak dari aspek undang-undang Islam.
Kesedaran masyarakat di Alam Melayu, khasnya di negeri-negeri Melayu atau
Tanah Melayu semakin tinggi hingga mewujudkan pengaruh Islam dalam masa
penjajahan sebagai respons terhadap penjajahan British dan gerakan pembaharuan
Islam di Mesir. Ini adalah impak langsung yang membentuk harapan orang
Melayu untuk menghantar anak mereka belajar di Timur Tengah seperti Universiti
al-Azhar yang sarat dengan pembaharuan dalam pemikiran Islam pada masa itu
yang dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rasyid Rida.
Antara pelajar yang terpengaruh dengan gerakan ini seperti Syeikh Tahir
Jalaluddin (lihat Rajah 7.2), Syed Syeikh Al-Hadi, Haji Abbas Mohd. Taha dan lainlain lagi. Mereka memberikan pandangan bahawa agama Islam tidak bertentangan
dengan sains dan teknologi barat dan penting untuk umat Islam bekerja keras
dalam membela nasib bangsa. Gerakan ini kuat hingga mewujudkan gerakan
seperti perjuangan kaum muda yang menolak fahaman kaum tua dan membawa
perubahan dalam cara berfikir orang Melayu. Peranan akhbar dan majalah juga
makin meluas untuk membangkitkan semangat orang Melayu dan bertujuan
memajukan bangsa Melayu seperti majalah al-Imam, akhbar Majlis, Utusan
Melayu dan majalah al-Ikhwan. Intelektual Melayu juga berperanan dalam
menerbitkan majalah al-Imam dan sekolah agama hingga berjaya.

Rajah 7.2: Syeikh Tahir Jalaluddin


Sumber: http://theearlymalaydoctors.blogspot.com/2013/07/shaykh-muhammad-tahirjalaluddin-al.html

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

185

Gerakan ini memberikan sumbangan ke arah mempercepatkan kemerdekaan


Tanah Melayu. Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus dimantapkan
melalui Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan yang mana agama Islam ialah
agama rasmi pada peringkat persekutuan. Namun begitu, kewujudan
kepelbagaian agama di Malaysia ialah diiktiraf dan diterima. Hakikatnya,
Malaysia merupakan sebuah negara multietnik dan multiagama.

SEMAK KENDIRI 7.2


1.

Terangkan tentang proses Islamisasi di Alam Melayu.

2.

Apakah impak besar kehadiran agama Islam di Alam Melayu?

3.

Bagimanakah agama Buddha dibawa masuk ke Malaysia?


Terangkan.

4.

Bagimanakah agama Hindu dibawa masuk ke Malaysia? Jelaskan.

7.3

AGAMA UTAMA DI MALAYSIA

Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia dan mempunyai bilangan


penganut terbesar. Agama lain di Malaysia antaranya ialah Buddha, Kristian,
Hindu, Sikh dan kepercayaan tradisi. Jika dirujuk pada data Profil Penduduk
Malaysia tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia ialah 28,250,500 orang.
Berdasarkan jumlah ini, penganut terbesar penduduk Malaysia adalah Islam
(61.3%), diikuti dengan agama Buddha (19.8%) dan agama lain iaitu Kristian,
Hindu dan agama suku. Untuk maklumat terperinci sila rujuk carta pai
sebagaimana dalam Rajah 7.3.

186

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Rajah 7.3: Agama terbesar di Malaysia tahun 2010


Sumber: Adaptasi dari Jabatan Statistik Malaysia (2010)

Berdasarkan Rajah 7.3, penganut agama Islam terdiri daripada etnik Melayu,
bumiputera Sabah, bumiputera Sarawak dan sebilangan kecil etnik India, Cina
dan lain-lain. Manakala, Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia,
diikuti Kristian dan Hindu. Sementara itu, bahagian-bahagian yang lain meliputi
kategori agama dan kepercayaan yang kecil pengikutnya seperti Sikh, Confucius
dan Tao, Pagan, Bahai dan kepercayaan tradisi penduduk peribumi. Walau
bagaimanapun, penerangan dalam bab ini hanya menyentuh beberapa agama
utama di Malaysia sahaja iaitu Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Kesemua
agama tersebut dikatakan sebagai agama utama di Malaysia kerana memiliki
ramai pengikutnya.

7.3.1

Agama Islam

Islam merupakan agama yang mempunyai bilangan penganut terbesar, iaitu


sekitar 60% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Majoriti penganut
beragama Islam di Malaysia mengikuti mazhab Syafie, iaitu salah satu daripada
empat mazhab besar dalam Islam. Amalan keagamaan sebahagian masyarakat
Melayu Islam adalah berteraskan pandangan mazhab Shafie. Namun begitu,
terdapat segolongan minoriti India Muslim yang mempraktikkan Islam
berasaskan mazhab Hanafi. Agama Islam memberi penekanan penting kepada
keamanan, baik dengan diri sendiri, umat sendiri mahupun sesama umat
manusia. Inilah sebabnya tiada paksaan dalam menyebarkan agama Islam.

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

187

Agama Islam bermula di kota Mekah dan kemudiannya tersebar ke seluruh


dunia, termasuk Malaysia. Kedatangan Islam di Alam Melayu diterangkan
dalam beberapa pendapat yang berbeza-beza seperti dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Kedatangan dan pendapat mengenai kedatangan Islam ke Alam Melayu

Pandangan ini memberikan penjelasan bahawa Islam telah lama bertapak di


Alam Melayu. Sejarah dan pengalaman yang diwarisi sejak beratus tahun yang
lalu menjadikan agama Islam kekal sebagai agama majoriti di Malaysia.
Pandangan ini memberikan penjelasan bahawa Islam telah lama bertapak di
Alam Melayu. Berikut adalah antara penerangan secara umum mengenai Islam:
(a)

Islam berasal daripada perkataan Arab Salima yang bermaksud


keamanan, ketulenan, penyerahan dan ketaatan. Dari segi agama, Islam
bermaksud penyerahan pada kehendak Tuhan dan ketaatan pada undangundangnya;

(b)

Agama yang berpegang pada kepercayaan hanya kepada satu Tuhan sahaja
yang dikenali dengan nama Allah yang bersifat tunggal dengan sifat Maha
Esa. Dalam falsafah agama, prinsip ini dikenali sebagai kepercayaan
monoteisme (percaya kepada satu Tuhan sahaja);

(c)

Islam diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w dan


seterusnya disebarkan kepada manusia di seluruh dunia oleh Nabi
Muhammad s.a.w dan pengikutnya sehingga ke hari ini;

(d)

Agama Islam bukan agama ciptaan manusia ataupun ciptaan Nabi


Muhammad s.a.w tetapi agama wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Penggunaan istilah Muhammadanisme atau Muhammadan adalah silap
seperti yang sering digunakan oleh orang Barat kerana Islam bukan agama
ciptaan Nabi Muhammad s.a.w, tetapi adalah agama Allah; dan

188

(e)

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah untuk seluruh umat
manusia. Tarikh permulaan penciptaan Islam telah bermula sejak zaman
Nabi Adam a.s lagi.

Penjelasan dalam Jadual 7.1 menjelaskan bahawa al-Quran merupakan sumber


rujukan utama untuk memahami ajaran dan arahan yang terdapat dalam Islam.
Nabi Muhammad s.a.w merupakan orang yang paling memahami segala
kandungan ajaran dan arahan yang terkandung dalam al-Quran. Disebabkan
itulah Nabi Muhammad ialah manusia yang paling layak menterjemah dan
mentafsir, serta menyampaikan Islam kepada seluruh manusia. Segala tafsiran
dan terjemahan atau aktiviti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad berkaitan
penyebaran dan pengajaran Islam dikumpulkan dan dibukukan yang
kemudiannya dinamakan sebagai hadis. Al-Quran dan hadis merupakan dua
sumber penting yang menjadi asas dalam memahami Islam.
Jadual 7.1: Perkara yang menjadi Asas kepada Identiti Masyarakat Islam
Institusi
Masjid

Perkara
x Merupakan pusat ibadat bagi penganut Islam sama ada harian,
mingguan dan tahunan.
x Merupakan syiar (mercu tanda) agama Islam dan penganutnya.
x Jabatan Agama Islam (JAI) merupakan institusi keagamaan yang
penting bagi penganut agama Islam di Malaysia.
x Mahkamah Syariah merupakan institusi keagamaan yang penting
bagi menyelesaikan pertelingkahan dalam undang-undang
kekeluargaan Islam.

Perayaan

x Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang penting bagi


masyarakat Islam sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia
dan disambut setiap 1 haribulan Syawal tahun Hijrah iaitu bulan ke10 dalam kalendar Lunar Islam.
x Aidilfitri disambut setelah umat Islam selesai menjalani ibadat puasa
selama sebulan pada bulan Ramadhan, iaitu bulan ke-9 dalam
kalendar Lunar Islam.
x Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan keagamaan kedua
terbesar di Malaysia, walaupun di sesetengah negara Islam yang
lain, Aidiladha menjadi perayaan utama.

TOPIK 7

Ritual dan
Upacara
Keagamaan

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

189

x Solat ialah ibadah yang paling penting bagi orang Islam kerana solat
merupakan tiang agama.
x Ibadah ini juga dikenali sebagai sembahyang. Ibadah ini dilakukan
sebanyak lima kali sehari, iaitu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib
dan Isyak.
x Penganut beragama Islam digalakkan menunaikan ibadah solat di
masjid terutama bagi kaum lelaki. Solat juga boleh dilakukan di
rumah.
x Pada hari Jumaat setiap minggu, penganut lelaki beragama Islam
wajib menunaikan solat Jumaat secara berjemaah pada waktu
Zuhur.

Simbol
Keagamaan

x Agama Islam mempunyai simbol suci masing-masing. Al-Quran


merupakan simbol suci bagi umat Islam. Penganut Islam amat
menghormati dan memandang mulia kitab suci al-Quran.

Orang Islam wajib beriman kepada Rukun Islam dan Rukun Iman di samping
menjadikan hadis, ijmak ulamak dan qiyas sebagai rujukan kehidupan seharian
mereka. Secara harfiyah, qiyas bermaksud membandingkan sesuatu. Manakala
secara konseptual pula, qiyas bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh oleh
ulama untuk menghasilkan hukum baru bagi konteks ruang. Terdapat enam
perkara yang wajib difahami dalam Rukun Iman seperti yang dapat dilihat
dalam Rajah 7.5.

Rajah 7.5: Rukun Iman

190

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Manakala Rukun Islam pula menuntut orang Islam mengamalkan lima perkara
seperti dalam Rajah 7.6.

Rajah 7.6: Rukun Islam

Dari aspek lain, beberapa perkara yang menjadi asas identiti masyarakat Islam
dapat dijelaskan dalam aspek yang meliputi institusi agama dan pusat ibadat,
perayaan dan ritual upacara keagamaan. Ini dapat dilihat dalam Jadual 7.1.
Penganut Islam di Malaysia kini berjumlah sekitar 58% dari jumlah penduduk
di Malaysia dan merupakan penganut agama terbesar di Malaysia. Agama Islam
merupakan agama rasmi di Malaysia tetapi tidak di Sabah dan Sarawak yang
termasuk dalam 20 perkara yang dipersetujui antara syarat kemasukan Sabah
dan Sarawak semasa mengganggotai Malaysia.

7.3.2

Agama Buddha

Buddha dalam bahasa Sanskrit bermaksud Yang bebas daripada kejahilan.


Gelaran ini merupakan gelaran bagi pengasas agama Buddha, Siddharta
Gautama Buddha yang lahir di Nepal kira-kira 563 Sebelum Masihi. Agama
Buddha berkembang dan memainkan peranan utama dalam kehidupan rohaniah
penduduk Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara, China, Korea dan Jepun.
Agama Buddha adalah antara agama yang terawal bertapak di Alam Melayu dan
masih terus diamalkan. Di Malaysia misalnya, agama Buddha merupakan antara
agama utama dalam kalangan masyarakat Cina. Ajaran agama Buddha
menekankan Empat Kebenaran Mulia mengenai alam seperti berikut:
(a)

Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alam;

(b)

Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh


kekayaan dan keseronokan;

(c)

Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsunya;


dan

TOPIK 7

(d)

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

191

Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu haruslah mengikut Jalan Mulia


Berlapis Lapan yang merangkumi:
(i)

Pandangan yang betul;

(ii)

Niat yang betul;

(iii) Pertuturan yang betul;


(iv) Tindakan yang betul;
(v)

Punca pencarian yang betul;

(vi) Tumpuan yang betul; dan


(vii) Pertimbangan.
Sekiranya peraturan tersebut dipatuhi, manusia dapat melepaskan diri daripada
pengabdian kelahiran semula dan mencapai nirwana (keadaan ketika roh
mencapai ketenangan atau kebahagiaan yang abadi).

7.3.3

Agama Hindu

Penganut agama Hindu di Malaysia majoritinya ialah komuniti India. Agama


Hindu dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai Sanatana Dharma bermaksud
undang-undang abadi. Agama ini bermula di India sejak kira-kira 3500S.M. dan
bertapak di Alam Melayu pada abad pertama Masihi. Agama ini mempunyai
pengaruh yang besar dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, khususnya dalam
bidang pentadbiran, bahasa dan adat resam. Berikut adalah penjelasan secara
umum mengenai agama Hindu:
(a)

Tidak mempunyai pengasas atau kitab suci;

(b)

Ajaran Hindu terawal terkandung dalam empat kitab Veda yang ditulis
dalam bahasa Sanskrit iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva
Veda;

(c)

Karya ajaran agama Hindu berikutnya yang terkenal adalah Upanishads


dan Bhagavad Gita;

(d)

Penganut Hindu menyembah pelbagai dewa yang sebenarnya penjelmaan


satu Tuhan yang sama. Tiga dewa utama yang dikenali sebagai Trimurthi
ialah Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa
Pemusnah);

192

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

(e)

Lembu dianggap sebagai binatang yang suci bagi penganut Hindu dan
dianggap sebagai simbol kerohanian. Lembu dikaitkan dengan simbol
kemewahan untuk manusia dan sebagai balasan manusia perlu menjaga
lembu. Penganut agama Hindu tidak makan daging lembu dan penganut
Hindu yang alim hanya makan sayur-sayuran sahaja;

(f)

Antara konsep ajaran dalam agama Hindu ialah:


(i)

Dharma tugas dan tanggungjawab setiap insan;

(ii)

Samsara putaran berulang, kelahiran, kehidupan, kematian dan


kelahiran semula;

(iii) Karma perbuatan atau kelakuan seseorang semasa hidup yang akan
menentukan kehidupannya di akhirat; dan
(iv) Moksha kebebasan dari putaran kelahiran dan kematian.
(g)

Keempat-empat konsep di atas dapat dihayati dengan memilih dan


mengamalkan Jalan Menuju Kesempurnaan. Terdapat empat Jalan
Mencapai Kesempurnaan menurut agama Hindu iaitu:
(i)

Raja Yoga melalui tafakur dengan alam;

(ii)

Jhana Yoga melalui ilmu suci mengenai kebenaran alam;

(iii) Bhakti Yoga melalui rasa cinta kasih pada Tuhan; dan
(iv) Karma Yoga melalui perlakuan sempurna.
Di Malaysia, agama Hindu tetap dipraktikkan sebagaimana tempat asalnya dan
dalam sesetengah keadaan para sami dari India dibawa masuk dalam
memastikan agama Hindu mendapat pengajaran yang betul. Kewujudan banyak
kuil dan tempat ibadat agama Hindu di Malaysia membuktikan pengiktirafan
agama ini oleh kerajaan. Agama Hindu menjadi alat yang penting menyatukan
etnik India di Malaysia. Dalam aspek lain, kerajaan melihat agama Hindu
mempunyai nilai-nilai ekonomi, khasnya dalam aspek pelancongan. Justeru,
aktiviti keagamaan seperti di Batu Caves dan kewujudan Dewa Murugan antara
patung Murugan yang terbesar di dunia terletak Batu Caves, di Malaysia dan
jika ada perayaan seperti Thaipusam, ia menjadi antara tarikh penting di
Malaysia dalam aktiviti pelancongan. Pengiktirafan ini penting kerana menjadi
kunci keharmonian kaum di Malaysia.

TOPIK 7

7.3.4

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

193

Agama Kristian

Agama Kristian dikategorikan dalam kelompok agama monoteistik iaitu agama


yang mempercayai satu Tuhan dan dalam masa yang sama mempercayai konsep
triniti sebagai pegangan dalam ajaran agama Kristian. Agama Kristian muncul di
Alam Melayu dengan kehadiran penjajah Barat. Pengasas agama Kristian ialah
Jesus Christ yang dilahirkan di bandar Benthlehem Palestin pada kira-kira enam
tahun Sebelum Masihi.
Kitab utama agama Kristian ialah Bible yang dibahagi pada dua, iaitu Old
Testament dan New Testament. Ten Commandments dan sifat serta perilaku
Jesus Christ yang tiada cacat celanya merupakan panduan utama penganut
agama ini. Penganut agama ini percaya Jesus Christ mati disalib. Empat prinsip
ajaran utama dalam Kristian ialah:
(a)

Terdapat satu Tuhan yang merupakan pencipta seluruh alam;

(b)

Berpegang pada konsep triniti iaitu bapa Tuhan, anak Tuhan dan Roh
Kudus atau Holy Spirit;

(c)

Ajaran Jesus harus diikuti. Manusia harus mencintai Tuhan, serta melayan
semua orang secara adil dan hidup secara aman damai; dan

(d)

Manusia akan diadili oleh Tuhan berasaskan tingkah lakunya di dunia.


Penganut Kristian yang taat pada agamanya akan menikmati kehidupan
abadi selepas mati, manakala seorang yang berdosa akan menghadapi
kesengsaraan abadi.

Asas ajaran agama Kristian terdapat dalam dua rukun utama, iaitu:
(a)

Cintailah Tuhan dengan seluruh jiwa ragamu; dan

(b)

Cintailah jiranmu seperti kamu mencintai diri sendiri.

Agama Kristian ialah agama minoriti di Malaysia dan mewakili 11.1% daripada
jumlah penganut agama di Malaysia. Kewujudan agama Kristian di Malaysia
menjadi elemen yang penting dalam meneruskan kepelbagaian masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Agama Kristian mempunyai
penganut yang ramai di Sabah dan Sarawak.

194

7.3.5

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Agama Sikh

Agama Sikh adalah agama yang juga berasal dari India dan merupakan agama
tradisi etnik Sikh di Malaysia. Pengasas agama ini ialah Guru Nanak dan
diteruskan oleh sembilan orang guru lain yang menyumbang pada kewujudan
agama ini. Kitab rujukan buku ini dipanggil Sri Guru Granth Sahib yang
mengandungi 1430 muka surat dan lagu suci. Antara ajaran utama agama Sikh
ini adalah:
(a)

Simran dan Naam Japna (meditasi dan menyebut nama Tuhan/


Waheguru);

(b)

Kirat Karni (menyara hidup secara jujur dan halal); dan

(c)

Vand Chakko (berkongsi kekayaan dengan komuniti mereka).

Antara amalan penting yang lain bagi penganut Sikh ialah 5K yang menjadi
identiti. Apakah 5K ini? Konsep 5K ini adalah simbol yang diamalkan oleh
penganut Sikh iaitu:
(a)

Kesh (rambut yang tidak dipotong);

(b)

Kara (memakai gelang besi);

(c)

Kanga (menyimpan sikat kayu);

(d)

Kaccha (seluar pendek dari kapas); dan

(e)

Kirpan (pedang)

Masyarakat Sikh di Malaysia dapat dikenal pasti melalui rambut mereka yang
panjang dan pemakaian serban bagi kaum lelaki untuk menutup rambut mereka.
Bagi masyarakat Sikh, rambut ialah anugerah Tuhan dan tidak boleh dipotong.
Selain itu, mereka memakai gelang besi. Identiti ini merupakan simbol yang
tidak boleh disembunyikan selain daripada cara berpakaian yang mencerminkan
identiti etnik mereka.

7.3.6

Ajaran Confucianisme

Dalam masyarakat Cina, selain mempercayai ajaran Buddha dalam kehidupan


mereka, mereka juga menganuti fahaman Confucianisme. Ajaran ini dimulakan
di China oleh seorang tokoh falsafah yang dikenali dengan Kung Fu Tze. Kitab
yang menjadi rujukan ajaran ini ialah Analect. Antara ajaran Confucianisme ialah
Konsep Lima Hubungan. Konsep Lima Hubungan menekankan hubungan ayah
dengan anak, hubungan antara adik-beradik, hubungan antara suami dan isteri,

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

195

hubungan antara golongan tua dan muda dan hubungan antara pemimpin
dengan masyarakat umum. Hubungan ini jika dapat dipupuk dengan baik akan
menjamin kestabilan dan keharmonian. Dalam Confucianisme juga mementingkan
lapan nilai dalam kehidupan iaitu:
(a)

Zhong (kesetiaan);

(b)

Xiao (hormat terhadap ibu bapa);

(c)

Ren (baik hati);

(d)

Ai (kasih sayang);

(e)

Xin (kepercayaan atau boleh dipercayai);

(f)

Yi (moral);

(g)

He (keamanan); dan

(h)

Ping (keadilan).

Nilai-nilai moral yang dipraktikkan ini dapat memupuk hubungan yang baik
dalam hubungan etnik. Hubungan nilai yang terdapat dalam Konsep Lima
Hubungan juga memupuk hubungan etnik yang efektif dan dapat mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat.

7.3.7

Ajaran Taoisme

Antara ajaran yang penting dalam etnik Cina ialah Taoisme yang merupakan
falsafah dalam kehidupan yang dibawa oleh Laozi atau Zhuangzi. Kebiasaannya,
Taoisme merujuk pada konsep Jalan. Terdapat dua konsep yang berbeza
dalam Taoisme iaitu Taoisme dilihat sebagai satu cara hidup yang mengandungi
kaedah untuk berharmoni dengan alam dan satu lagi Taoisme dilihat sebagai
ritual kerohanian atau keagamaan. Kebanyakan orang yang mengamalkan
Taoisme berharap diri mereka untuk bersatu dengan alam dan mencapai
kehidupan abadi, serta mempunyai umur yang panjang. Justeru, Taoisme
mementingkan kesihatan tubuh badan dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Jika kita perhatikan masyarakat Cina di Malaysia, mereka sering kali melakukan
aktiviti seperti Taichi (sejenis senaman untuk melancarkan pengaliran darah
dalam badan). Mereka juga menjaga pemakanan yang sihat seperti amalan
memakan sayur-sayuran dan mementingkan penggunaan herba dalam diet
mereka. Oleh itu, ajaran ini mendorong ke arah kebaikan. Mereka yang
mengamalkan Taoisme tidak suka pertumpahan darah dan mementingkan
hubungan etnik yang harmonis.

196

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

AKTIVITI 7.1
1.

Apakah kesan daripada kehidupan beragama ke atas hubungan


etnik? Bincangkan.

2.

Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan


beragama? Apakah kesan jika kebebasan beragama disekat?
Jelaskan. Bentangkan jawapan anda di dalam kelas.

3.

Pilih satu agama selain agama yang anda anuti. Kemudian


bincangkan tentang agama tersebut.

7.4

APLIKASI KEHIDUPAN BERAGAMA


DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
PELBAGAI ETNIK DI MALAYASIA

Walau apapun agama yang dianuti tidak ada agama yang menyuruh
penganutnya membuat sesuatu yang bersifat ganas atau jahat malahan agama
sering dilihat dari aspek yang positif. Agama menjadi pemangkin dan kekuatan
dalam sesebuah kerajaan atau negara supaya menjadi negara yang disegani dan
kuat. Dalam konteks Malaysia, jika perbezaan agama ini diambil kira, maka
negara ini akan sentiasa berada dalam konflik setiap masa. Justeru, kita perlu
melihat agama dari dimensi yang positif dan membina. Berikutan itu, terdapat
beberapa aspek yang diambil kira bahawa pelbagai agama berperanan
sebagaimana yang dapat dilihat dalam Rajah 7.6.

Rajah 7.6: Peranan pelbagai agama

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

197

Jabatan Perpaduan Negara menggariskan beberapa unsur yang boleh memupuk


semangat kejiranan seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 7.7.

Rajah 7.7: Unsur yang boleh memupuk semangat kejiranan

Terdapat banyak lagi unsur-unsur yang boleh memupuk semangat kejiranan


seperti layanan baik terhadap jiran, menjaga hak jiran, kebajikan dan keadilan,
memberi sara hidup kepada sanak-saudara dan jiran, merapatkan hubungan
silaturrahim, memelihara adab dalam perbahasan dan membudayakan amalan
ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w
merupakan teladan untuk segala teladan yang baik tentang pengalaman sifat
bertolak ansur dalam pergaulan hidup bermasyarakat. Kepentingan hidup
meningkat melalui perhubungan dan kerjasama pelbagai etnik perlu kerana
kehidupan masyarakat bukanlah tuntutan sosial semata-mata, tetapi juga
menjadi fitrah semula jadi manusia. Perhubungan yang wujud akan melahirkan
suasana kehidupan yang aman dan harmonis. Antara kepentingannya ialah:
(a)

Memenuhi Tuntutan Hidup


Perlu bekerjasama untuk memenuhi tuntutan hidup seperti keperluan,
kebendaan atau keperluan mendapatkan perkhidmatan.

198

(b)

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Tidak Bergantung kepada Orang Lain


Tiada manusia yang suka perkelahian dan kehancuran. Perkara ini berlaku
kerana ada pihak yang memanipulasi demi kepentingan sendiri dan sikap
terlalu bergantung kepada pihak yang lain.

Kesimpulannya, agama merupakan elemen penting dalam pembinaan sesebuah


negara. Jika sesebuah negara terdiri daripada pelbagai agama, ini boleh
mengundang satu natijah iaitu tercetusnya konflik agama. Dalam keadaan ini,
terutamanya dalam hubungan etnik, kita tidak boleh mengatakan agama kita
sahaja yang betul. Jika situasi ini diambil kira, maka semua agama akan
mengatakan agama yang dianuti adalah benar. Sifat ekstrem terhadap agama
tertentu akan menyebabkan berlakunya konflik. Maka, kita perlu memikirkan
atau mencari pendekatan yang sederhana dalam memupuk hubungan etnik
dalam melibatkan kepelbagaian agama. Kegagalan menguruskan perbezaan
agama akan menyebabkan konflik berlaku seperti di Bosnia, Nigeria, Rwanda,
Uganda dan sebagainya. Oleh yang demikian, masyarakat di Malaysia
hendaklah menukar cara melihat agama iaitu setiap agama menyumbang dalam
pembangunan negara dan elemen yang baik dalam agama penting dalam
pembinaan negara Malaysia.

SEMAK KENDIRI 7.3


Terangkan bagaimana agama dapat membantu dalam mewujudkan
hubungan etnik yang harmonis dalam konteks Malaysia.

7.5

KESIMPULAN

Agama merupakan elemen yang penting dalam masyarakat di Malaysia selaras


dengan prinsip pertama Rukun Negara. Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan
Malaysia memaktubkan bahawa agama persekutuan ialah agama Islam, tetapi
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini. Antara
perkara yang perlu diberi perhatian dalam hubungan etnik dalam konteks
masyarakat beragama adalah:
(a)

Berkenal-kenalan: Tidak terbatas (mengenali budaya dan cara hidup);

(b)

Persefahaman: Saling memahami khususnya dalam masyarakat majmuk.


Perlu mengenali dan mengamalkan nilai-nilai murni agama (saling tegurmenegur dan menasihati);

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

199

(c)

Bekerjasama: Tolong-menolong dalam pelbagai bentuk sama ada tenaga,


harta dan masa;

(d)

Persaudaraan: Ikatan yang melangkaui sempadan etnik dan kebudayaan.


Persaudaraan yang ikhlas dan jujur;

(e)

Berkasih sayang: Bukan hanya dengan ahli keluarga, tetapi seluruh warga
masyarakat tanpa mengira perbezaan budaya, mengelakkan sifat benci dan
dengki mendengki; dan

(f)

Saling menjamin: Melindungi antara satu sama lain. Hal ini dapat
disempurnakan melalui zakat, nafkah keluarga dan sedekah yang tidak
diwajibkan seperti wakaf dan kerjasama. Prinsip saling menjamin ini
melibatkan sekurang-sekurangnya tiga peringkat utama iaitu peringkat
individu, peringkat keluarga dan peringkat masyarakat.

Maka, penting untuk kita cuba praktikkan perkara di atas dalam perhubungan
etnik walau ada antara kita menganut agama berlainan. Ini penting kerana ia
akan mewujudkan hubungan etnik yang baik dan seterusnya dapat mengelakkan
berlakunya konflik etnik yang merupakan musuh kepada pembangunan negara.

SEMAK KENDIRI 7.4


1.

Jelaskan kaitan antara agama dan hubungan etnik dalam konteks


pembinaan negara bangsa di Malaysia.

2.

Bagaimanakah sesebuah masyarakat dapat hidup secara harmonis


dalam konteks pelbagai agama? Jelaskan dengan merujuk pada
Malaysia.

3.

Bincangkan elemen yang boleh menggugat keharmonian kaum


dalam aspek agama jika tidak diuruskan dengan baik.

4.

Berikan cadangan anda, bagaimanakah untuk mengurangkan


persepsi negatif antara penganut pelbagai agama?

200

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Masyarakat Malaysia bukan sahaja masyarakat pelbagai etnik, tetapi juga


terdiri daripada pelbagai agama. Jika kita gagal menguruskan kepelbagaian
ini, dengan mudahnya ia akan membawa kita kepada konflik agama seperti
di Nigeria, Rwanda, Bosnia dan sebagainya.

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan agama Islam ialah


agama rasmi tetapi dalam masa yang sama agama lain juga bebas diamalkan
pada peringkat persekutuan. Perkara ini jelas menjamin kebebasan beragama
dalam konteks pelbagai etnik di Malaysia.

Agama merupakan kepercayaan bahawa adanya kuasa yang luar biasa


dalam kehidupan manusia yang menentukan perjalanan alam ini dan
kehidupan manusia.

Terdapat dua bentuk agama iaitu agama Samawi dan agama Thabii. Agama
Samawi adalah agama yang diturunkan melalui wahyu sebagaimana agama
Islam, Kristian dan Yahudi. Agama Thabii adalah agama yang dikaitkan
dengan imaginasi manusia dan mempunyai kaitan dengan unsur daripada
alam sekitar.

Proses Islamisasi merujuk kepada perkembangan agama Islam di Alam


Melayu yang berlaku dengan kehadiran pedagang dari Timur Tengah. Ia
memberikan impak yang besar dan dianggap sebagai zaman pencerahan
kepada tamadun Melayu oleh para sarjana Islam.

Agama besar yang mempunyai ramai penganut adalah agama Islam,


Buddha, Hindu, Kristian, Confucianisme dan Taoisme, dan juga agama Sikh.
Terdapat juga agama berunsur animisme seperti agama Pagan dalam
kalangan Orang Asli atau Orang Asal di Semenanjung Malaysia dan agama
adat dalam kalangan masyarakat orang Peribumi di Sabah dan Sarawak.

Agama Islam ialah agama yang bertuhankan Allah s.w.t. dan Nabi
Muhammad s.a.w. ialah utusan Allah. Orang Islam juga percaya kepada
Rukun Iman dan berpegang pada Rukun Islam.

Agama Buddha ialah ajaran Siddharta Gautama Buddha dari India. Dianuti
oleh ramai orang Cina di Malaysia. Di samping itu, orang Cina juga
mengamalkan kepercayaan lain seperti Confucianisme dan Taoisme.

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

201

Agama Hindu selalunya diamalkan oleh etnik India sesuai dengan tempat
asal kelahiran agama ini iaitu dari India. Mempunyai empat jenis kitab suci
iaitu Rig Veda, Sama Veda, Artha Veda dan Yajur Veda. Terdapat tiga dewa
utama iaitu Dewa Brahma (Pencipta), Dewa Vishnu (Pemelihara) dan Dewa
Siva (Pemusnah). Dalam konsep beragama dalam agama Hindu, walaupun
terdapat banyak dewa, tetapi mereka tetap percaya kepada Tuhan yang Satu
iaitu konsep monotheisme. Dewa yang ada ini menjalankan tugas tuhan.

Agama Kristian percaya pada konsep trinity iaitu pegangan agama kepada
bapa Tuhan, anak Tuhan dan Roh Kudus. Agama Kristian tidak memberikan
identiti kepada mana-mana etnik di Malaysia, tetapi mempunyai penganut
yang ramai di Sabah dan Sarawak.

Agama Sikh berasal dari India. Pengasas agama ini ialah Guru Nanak dan
diteruskan oleh sembilan orang guru yang lain. Agama ini penting dalam
menyatukan orang Sikh di Malaysia.

Kita di Malaysia perlu mengamalkan kehidupan yang harmonis


melalui kemesraan dan komunikasi, ziarah-menziarahi, mengambil berat,
menghormati seseorang dan juga jiran atau kawan di tempat kerja. Hal ini
perlu dilakukan tanpa melibatkan perbezaan agama.

Setiap agama sudah pasti tidak menolak perkara seperti berkenal-kenalan,


saling memahami atau menghormati, bekerjasama, bersaudara, berkasih
sayang dan saling mengambil berat tanpa mengira etnik. Elemen ini jika
dipraktikkan akan mewujudkan hubungan etnik yang harmonis dalam
masyarakat di Malaysia.

Agama Samawi

Agama Buddha

Agama Thabii

Agama Hindu

Kepercayaan primitif

Agama Kristian

Agama monotheisme

Agama Sikh

Islamisasi

Falsafah Confucianisme

Agama Islam

Falsafah Taoisme

202

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Abdul Halim Hamid. (2003). Mengenali institusi sosial. Serdang, Malaysia:


Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Abdul Halim Ramli. (2009). Hubungan kaum di Malaysia: Sejarah dan asas
perpaduan. Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbit Universiti (UPENA).
Agus Hakim. (1979). Perbandingan agama: Pandangan Islam mengenai
kepercayaan Majusi-Shabiah-Kristen-Hindu dan Buddha. Bandung,
Indonesia: Diponegoro.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan
Melayu. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Gould, J. (1964). A dictionary of the social sciences. New York, NY: The Free
Press.
H. O. K. Rahmat S. H. (1979). Dari Adam sampai Muhammad: Sebuah kajian
mengenai agama-agama. Kota Baharu, Malaysia: Pustaka Aman Press.
IPPBM. (2012). Profail Penduduk Malaysia. Dicapai dari
http://www.ippbm.gov.my/index.php?lang=bm
Perangkaan Malaysia. (2010). Taburan penduduk dan ciri-ciri
asas demografi, banci penduduk dan perumahan di Malaysia, jabatan
perangkaan Malaysia atas talian. Dicapai dari

Jabatan

http://www.statistics.gov.my
Harry M. Johnson, H. M. (1961). Sociology: A systematic introduction. London,
England: Rouletdge and K. Paul.

Kamus Dewan Edisi Baru. (1994). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).
Profail Penduduk Malaysia. Dicapai dari http://www.ippbm.gov.my
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam, Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Ed. ke-2. Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik, UKM.

TOPIK 7

KEPELBAGAIAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

203

Vishalache Balakrishnan. (2009). Pendidikan moral untuk universiti dan kolej.


Balakong, Malaysia: Arah Publication.
Wallace, A. F. C. (1968). Religion: An anthropological view. American
Anthropologist New Series, (70)2, 394396.
Wardin Amir B. A. (1976). Perbandingan agama. Semarang, Indonesia: Toha
Putra.
Zaid Ahmad et al. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Shah Alam, Malaysia:
Oxford Fajar.
Zaid Ahmad et al. (2010). Hubungan etnik di Malaysia. Ed. ke-2. Shah Alam,
Malaysia: Oxford Fajar.

You might also like