Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada

BelajarBersendirian.

Sekarang waktu rehat. Saya dan kawan saya, Ali sedang makan sambilberbual
bual mengenai kebaikan belajar secara berkumpulan.
KELLY : Hai, apa khabar, Ali? Boleh saya duduk di sini?
SH : Boleh, silakan.
KELLY: Apakah yang menarik telah kamu pelajari pada hari ini?
SH : Hari ini Cikgu Helmi mengadakan aktiviti perbincanganmengenai kebaikan
belajar secara berkumpulan.
KELLY: Menarik tajuk itu. Adakah awak belajar secara berkumpulan.
SH : Sudah tentu. Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi denganbelajar secara
berkumpulan. Salah satu saripadanya ialah kitaboleh berbincang dengan rakan
rakan kita tentang topik yang baru. Melalui perbincangan kita dapat memahami
sesuatu topic pelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, kita boleh bekerjasama
membantu rakan rakan yang lain untuk lebih memahami apa yang dipelajari.
KELLY: Ya, saya setuju. Menjelang peperiksaan, belajar secaraberkumpulan lebih
berkesan. Kita boleh membahagikan topik topik yang perlu dipelajari untuk
dibincangkan bersama.
SH : Betul itu, Ikhlas. Bayangkan sekiranya kita terpaksa mengulangkaji semua
topik pelajaran seorang diri. Tentu membosankan.
KELLY: Satu lagi kebaikannya ialah kita belajar dalam suasana yanglebih ceria.
Selain itu, kita boleh saling bertukar pendapat danpandangan dengan rakan
rakan.
SH : Tadi, Cikgu Helmi ada menerangkan bahawa dengan belajar secara
berkumpulan dapat mengeratkan silaturahim kerana kita saling membantu ibarat
aur dengan tebing.

KELLY : Secara keseluruhannya, banyak faedah yang kita dapat apabila belajar
secara berkumpulan. Bukan sahaja kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan, bahkan
kita juga dapat menjimatkan masa belajar. Bak kata pepatah, sambil menyelam
minum air. Lagipun, jika dibandingkan dengan belajar bersendirian, belajar secara
berkumpulan lebih efisyen dan efektif.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.
SH: Eh, loceng sudah berbunyi! Mari kita kembali ke kelas.
KELLY: Baiklah. Seronok berbual dengan kamu. Jumpa lagi.

You might also like