Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1.

PENGENALAN
1.1

Anatomi

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi
juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300tahun
dahulu dan masih berkembang sehingga kini.
Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong
atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi
kepada beberapa subdisiplin seperti anatomikasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar
mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur
tulang, paru-paru dan otot. Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan
mikroskop.
1.2

Fisiologi

Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan.
Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula
dapat menyokong berat badan kita.
1.3

Organisasi Struktur Manusia

Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom
danberada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung
sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan
benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien
dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh
manusia.

Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi

khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu
penghubung, tisu otot dan tisu saraf.
Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua
atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal
dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza
bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. Seterusnya,
aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang
berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan.

2.0

SISTEM OTOT MANUSIA


Sistem otot adalah sistem tubuh yang memiliki fungsi seperti untuk alat gerak,

menyimpan glikogen dan menentukan postur tubuh. Pergerakan tubuh badan manusia
berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan
olehpenguncupan dan pemanjangan otot.

Rajah 1: sistem otot manusia

2.1

Komponen Sistem Rangka


i. Fiber otot

Merupakan sel-sel otot


Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues.
Berjalur dan bersaiz besar.
Diameter diantara 10-100 m
Panjang sehingga 40cm

Rajah 2: fiber otot


ii. Tisu penghubung

EndomisiumSetiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang

dikenalisebagai endomisium
PerimisiumPerimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber
ototbagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel
EpimisiumKeseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti
tisupenghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium

Rajah 3: tisu-tisu penghubung

iii. Tendon

Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang


Tendon tidak begitu kenyal
Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi
Tendon yang lebar di panggil aponeurosisiv.Ligamen
Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawanyang boleh

bergerak.
Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang padakedudukannya

serta membolehkan pergerakan pada sendi.v.Kartilej


Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyalutihujung-

hujung tulang yang membentuk sendi.


Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseranantara sendi
dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.

Rajah 4: Tendon, Ligamen dan Kartilej

2.2

Fungsi Otot
i.

Menghasilkan pergerakan
Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan
menulis.

ii.

Mengekalkan postur
Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan danmengekalkan
postur.

iii. Menstabilkan sendi

Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga


membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.
iv. Menghasilkan habaSel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan
otot. Habapenting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka
menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan
terdiridaripada otot rangka.
2.3

Jenis-Jenis Otot
Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini
dapatdibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya

Rajah 5: Jenis-jenis Otot


i.

Otot Rangka

Rajah 6: Sel otot rangka

Ciri- ciri
Lokasi
Bentuk Sel
Kekerapan kontraksi

Huraian
Melekat pada tulang atau kulit
Tunggal, panjang dan berjalur
Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf

Kelajuan kontraksi
Rentak kontraksi
ii.

Dari perlahan ke cepat


Tiada

Otot kardiak

Rajah 7: Otot Kardiak

Ciri- ciri
Lokasi
Bentuk Sel
Kekerapan kontraksi
Kelajuan kontraksi
Rentak kontraksi
iii.

Huraian
Dinding jantung
Berangkai dan berjalur
Luar kawal dan dikawal oleh perentak jantung
Perlahan
Ada

Otot licin

Rajah 8: Otot licin


Lokasi

Ciri- ciri

Huraian
Dinding organ viseral seperti perut, pundi

Bentuk Sel
Kekerapan kontraksi

kencing dan saluran kencing


Tunggal dan tidak berjalur
Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf,

Kelajuan kontraksi
Rentak kontraksi

hormon, bahan kimis dan regangan


Sangat perlahan
Ada pada otot-otot tertentu sahaja

2.4

Ciri-ciri Otot
i.

Kebolehujaan

kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan


yang diterima.

ii.

Kebolehkucupan

keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.

iii. Kebolehpanjangan
keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.
iv. Kebolehanjalan
keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau
menguncup.
2.5

Jenis-jenis otot rangka

Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:


i. Otot aksial
Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra,

tulang tusuk dan sternum.


Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

ii. Otot apendikular


Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular sepertiradius,

2.6

ulna, femur, humerus, patella.


Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius

Otot-otot rangka yang utama

Rajah 9: pandangan hadapan dan belakang badan

Bahagian kepala

Rajah 10 : Otot muka

Rajah 11: Otot leher

Bahagian badan

Rajah 12: Otot tengah badan

Bahagian lengan

Rajah 13: Otot lengan

Bahagian kaki

Rajah 14: Otot kaki

2.7

Lekatan otot

Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang


atautisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal
dandistal.
i.

Proksimal
Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuhbadan.
Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.
Dikenali sebagai origin.

Distal
Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan.
Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak.
Dikenali sebagai insertion

ii.

2.8 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka


Saling tindakan otot-otot

Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau bekerjasama


dalam melakukan suatu pergerakan. Otot-otot akanbertindak secara
berkumpulan iaitu melibatkan:

i.

Agonis

Otot-otot penggerak utama (prime movers)

Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakankhusus

Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus

Contoh: biseps brakii dan brakialis

ii.

Antagonis

Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan ototpenggerak utama.

Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur ataurelaks.

Mengawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yangdilakukan oleh


agonis.

iii.

Contoh: triseps brakii


Sinergis

Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.

Sinergis menambah daya pada pelekatan otot.

Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat.

Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai


sinergis untuk membengkok sendi siku

Rajah 15: Perlekatan otot


2.9 Penguncupan otot rangka
i.

Jenis-jenis penguncupan otot


Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa
yangumumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya
hasildaripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha keduaduanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalamfiber
otot. Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu:

Penguncupan isometrik (penguncupan statik)


Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan daya.
Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.
Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak bergerak
tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya.

Rajah 16 : Menolak dinding

Penguncupan Isotonik
Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan
daya mengatasi rintangan yang bergerak.

Penguncupan

isotonik

boleh

berlaku

secara

konsentrik

atau

esentrik.Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.


Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat dumbell.Penguncupan
esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

Rajah 17 : Biceps curl

Penguncupan Isokinetik

Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang


pergerakan.

Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat


mengawal halaju pergerakan tersebut.

Contoh: Pengunaan mesin multi-gym.

Rajah 18: Bench press


ii.

Halaju Penguncupan
Fiber

otot

boleh

diklasifikasikan mengikut

kelajuan

penguncupan otot.

Halajupenguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan.

Terdapatdua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber
sentak cepat dan fiber sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat dan lambat
ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu.

Fiber sentak cepat


Dikenali sebagai fiber jenis II.
Saiz lebih besar dan berwarna putih.
Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untukaktiviti berintensiti
tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.
Contoh: lari pecut.
Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.

Fiber sentak lambat


Dikenali sebagai fiber jenis I.
Saiz lebih kecil dan berwarna merah.
Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh.
Contoh: jogathon.
Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka
masa yang panjang.

CONTOH GAMBAR DAN ANALISIS PERGERAKAN


SERVIS RENDAH DALAM PERMAINAN BADMINTON

Servis Rendah

Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis
yang rendah dan hampir terkena jarring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan
serangan.

Berdiri di dalam petak servis


Pegang raket dengan teknik pegang depan
Pegang bulu tangkis separas pinggang

Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi


Mata ke arah bulu tangkis
Kunci pergelangan tangan
Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang
Kontak bulu tangkis pada tengah raket

REFLEKSI
1- BAHASA
Kebanyakan rujukan dalam bahasa inggeris dan sukar diterjemahkan dalam
bahasa melayu. Setelah berbincang dengan rakan maka saya dapat mencari
istilah yang sesuai dlam bahasa melayu.
2- ANATOMI, SUBJEK SAINS DAN BERAT

Anatomi merupakan satu subjek yang baru bagi saya, oleh sebab itu banyak
kekangan yang saya hadapi terutamanya dalam memahami dan mengingati
istilah-istilah sains.
3- LEBIH MEMAHAMI ANATOMI
Setelah mempelajari subjek tersebut saya dapat memahami dan dapat
mengaplikasikan dalam kehidupan harian.
4- LEBIH MENGHARGAI ANATOMI BADAN
Bersyukur kepada tuhan kerana anatomi badan manusia yang kompleks dan
ianya penting kepada kita. Subjek ini sangat menarik untuk dipelajari.

You might also like