Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia

memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan


berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur
dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana
Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling
mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah bulat air kerana
pembetung bulat manusia kerana muafakat. Selain itu, sinergi daripada semua pihak
berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan
aspirasi rakyat seantero Malaysia.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan
perpaduan
kaum
di
Malaysia?
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam
merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka
peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialualukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui
majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara
kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka
menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang
mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis
sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya,
kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah bersatu
teguh, bercerai roboh.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang
memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama
lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa
masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang
duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti
memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang
memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya
perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan
dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada
dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga,
semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda
program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap
diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan
masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat
berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok
negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu,
kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah
bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan
dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara
kaum di negara kita.

Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas
untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang sama oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah
wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses
perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa
hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu
bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan
turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan
bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan
negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.
Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan
salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam
mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni
Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek
pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain.
Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional
orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti
roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilainilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu
sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan
dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin
negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang
untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai
melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya,
tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam
membentuk perpaduan kaum.
Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah
negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus
bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan
perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia
dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi
sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negaranegara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara
yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.
- See more at: http://stpm-study.blogspot.com/2013/09/esei-11-usaha-usaha-untukmemupuk.html#sthash.pdR5m1Z5.dpuf

You might also like