Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

6.0 Refleksi Kendiri (Mohd Izzan Amir Bin Mohd Johari)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkan
tugasan bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak kod EDU 3073 ini
dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Salinah Binti Pit atas
kesanggupan beliau membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kami
sepanjang proses pembikinan kerja kursus ini.
Saya amat bersyukur kerana kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitu
pada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai masa yang lebih lapang
danbanyak. Oleh itu, kerja kursus ini tidak banyak memberi tekanan kepada saya.
Dalam kerja kursus ini berfokus dalam aspek orientasi khidmat bimbingan &
kaunseling.
Dalam tugasan ini, saya perlu menyediakan satu laporan mengenai aspek
orientasi perkhidmatan dan contoh-contoh program yang dianjurkan oleh unit
bimbingan kaunseling sekolah. Ini tidak dapat dinafikan bahawa kerja kursus ini
adalah sangat menarik perhatian saya. Dengan ini, saya mendapat peluang untuk
mengkaji teori-teori kaunseling yang berguna. Saya juga berharap saya dapat
memahami lebih banyak maklumat tentang orientasi khidmat bimbingan &kaunseling
supaya menggunakan pada pelajar-pelajar masa depan.
Semasa menerima kerja kursus ini, Puan Salinah Binti Pit telah memberi
penerangan yang sangat jelas kepada saya. Dengan itu, saya bermula
mendapatkan pelbagai sumber maklumat daripada perpustakaan, laman web serta
menanyakan soalan pada pensyarah. Dalam proses ini, masalah yang dihadapi oleh
saya ialah memahami maklumat-maklumat yang dapat dicari kerana kebanyakkan
maklumat ini adalah dalam bahasa Inggeris.
Antara kekangan yang dihadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini juga
dalah kekurangan bahan rujukan. Untuk itu, saya telah membuat rujukan di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang seckupnya berkaitan dengan
tugasan ini. Saya juga telah membuat carian di internet untuk memudahkan proses
pembikinan kerja kursus ini. Hasil kerjasama daripada rakan-rakan sekelas dan
pensyarah amat membantu saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Selain itu,
14

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

saya juga menghadapi kekangan masa kerana masih terdapat banyak lagi tugasan
lain yang perlu disiapkan.
Antara kelebihan yang saya peroleh setelah menyiapkan adalah saya lebih
memahami teori kaunseling yang sesuai digunakan dan dipilih untuk membantu
permasalahan ini. Seorang guru haruslah bijak dalam mengenalpasti teori-teori
kaunseling yang sesuai untuk menyelesaikan serta membimbing pelajar-pelajar
yang ditimpa masalah ini.
Dalam kes ini, guru sebagai pembimbing dan klien iaitu Hassan perlulah
saling bantu-membantu antara satu sama lain supaya guru dapat membantu dan
dapat menangani masalah emosi klien berserta bimbingan dan nasihat daripada
guru. Hal ini kerana bagi menjamin masa depan Hassan yang lebih baik, dia dan
guru bertanggungjawab mengubah perspektif Hassan supaya lebih positif, logik dan
matang agar keadaan Hassan terjamin tanpa gangguan-gangguan yang boleh
mengganggu gugat prestasinya.
Kedua, saya lebih faham mengenai teknik kaunseling yang digunakan oleh
guru. Terdapat tiga teknik kaunseling yang sering digunakan oleh guru. Tiga teknik
tersebut ialah teknik kognitif, teknik emotif dan teknik behavioral. Melalui tugasan ini,
saya berpendapat bahawa Teknik kognitif ialah teknik yang sesuai untuk masalah
yang dihadapi oleh Hassan ini. Tenik ini ialah teknik yang memerlukan
pengstrukturan semula pegangan, kepercayaan dan pemikiran yang tidak rasional.
Seterusnya, saya mengetahui serta memahami betapa pentingnya bagi
seorang guru itu untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Terdapat
lima kemahiran asas yang perlu guru kuasai iaitu kemahiran menyoal, kemahiran
memahami, kemahiran berempati, refleksi perasaan dan pendedahan kendiri.
Sesungguhnya tugasan ini amat membantu saya dalam memahami subjek
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak ini dengan lebih mendalam lagi
terutamanya mengenai teori-teori kaunseling, teknik-teknik kaunseling yang sering
digunakan oleh guru dan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang digunakan
oleh guru.

15

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Akhir kata, saya ingin meminta maaf ke atas kesilapan yang saya telah
lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada mereka dan pensyarah kerana memberi
sokongan dan bantuan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini.

16

You might also like