Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Assalamualaikum W.B.T..

Datuk lee chong wei..salah seorang atlit


yang telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Beliau adalah pemain
badminton yang paling berjaya dalam sejarah badminton malaysia, selepas Misbun sidek.
Mari kita baca serba sedikit tentang insan yang hebat ini :
Nama : Lee Chong Wei
Tarikh Lahir : 21.10.1982
Tempat Lahir : Penang, Malaysia
Tinggi : 1.74m
Berat : 60kg
Kidal : tidak
Jurulatih : Misbun Sidek
Kedudukan Dunia Sekarang : 1 (perseorangan lelaki)
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa semasa pembabitan awal beliau dalam bidang
sukan beliau adalah seorang pemain bola keranjang. Bagaimanapun ibunya melarangnya
bermain sukan tersebut kerana risaukannya. Walaubagaimanapun, semangat kesukanannya tidak
pernah pudar pada masa tersebut. Beliau jatuh cinta dengan badminton pada umur 11 tahun
apabila ayahnya membawanya bermain badminton.
Lee selalu berlatih selepas sekolah. Chong Wei mempunyai bakat sukan yang besar. Dia
terus memantapkanpermainan dan sering menghabiskan hampir 5 jam latihan setiap hari untuk

berjaya.
Selepas Misbun Sidek menyedari akan bakat beliau, beliau telah dipanggil untuk
menyertai skuad kebangsaan ketikadia berusia 17 tahun. Sejak itu, Lee Chong Wei bekerja
keras untuk menjadi pemain terbaik.
Lee Chong Wei telah memenangi banyak gelaran badminton antarabangsa dalam kerjayanya,
termasuk gelaran SiriSuper. Beliau memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 2008, dan
menjadi rakyat Malaysia yang pertamasampai
ke peringkat akhir acara perseorangan lelaki dan menamatkan kemarau pingat Sukan
Olimpik Malaysiasejak 1996. Kejayaan yang
besar telah menyebabkan beliau dianugerahkan dengan "Darjah Setia Pangkuan Negeri(DSPN)",
yang membawa gelaran Datuk.
Datuk Lee merupakan pemain perseorangan nombor satu dunia sekarang.

Next

You might also like