Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JENIS-JENIS GAYA BAHASA

1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga


membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh:
Mukanya berisi keriangan.
2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu
benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke
arahnya.
3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata
bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh:
Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya
ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).
4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada
persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak
digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.
5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh:
matanya berapi-api.
6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai
maksud yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.
7. Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin laut (pengulangan
vokal a).
8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan
konsonan n)
9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap
yang sama. Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.
10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri
(sepatutnya; badan sihat wajah berseri)
11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya: bila diikat dia
jalan, bila dibuka ia berhenti.
12. Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. Contohnya: mencipta rumah
tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh.
13. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi
14. Simbol/ perlambangan. Contoh: Ombak melambangkan cabaran dalam
kehidupan.

15. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).
16. Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.
17. Imej Alam. Contoh: padi, bulan, rumput.

You might also like