Report Keselamtan Perkhmahan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

1.0

KESELAMATAN

1.1

Definisi Keselamatan
Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian.
Keselamatan boleh dianggapsebagai suatu kebiasaan atau sebagai satu bentuk sikap yang
positif. Ianya tidakakan lahir dengan sendiri kecuali manusia itu sendirilah yang
membentuknya samaada hendak menganggapnya sebagai keutamaan ataupun tidak.
Keselamatan juga

ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,

ketakutan,kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang


sewajarnyadaripada semua pihak (Loganathan, 2008).

1.2
i.

KESELAMATAN PERKHEMAHAN
Pengenalan Perkhemahan
Berkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun pelbagai persiapandan

prosedur yang perlu diambil perhatian sebelum manjalankan aktivitiberkhemah. Walaupun


aktiviti ini dipandang mudah bagi sesetengah pihak,namun perkhemahan yang dimaksudkan
disini bukan hanya berkhemahdihalaman rumah ataupun tempat yang terdapat banyak
kemudahan awam,tetapi ia melibatkan aktiviti yang jauh dari kediaman serta boleh
menyebabkankesan yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri dan orang lain tetapi
jugakepada alam sekitar sekiranya beberapa perkara yang dianggap remeh ini tidakdiambil
perhatian.
Lord Baden Powell (1955) telah menyatakan bahawa berkhemah merupakan kegiatan
yang sangat menyeronokkan kerana dalam perkhemahan ahli- ahli perkhemahan dapat hidup
dalam suasana semula jadi seperti tinggal di tempat lapang, mendengar kicauan burung serta
dikelilingi oleh pohon- pohon kayu yang menyegarkan, turut berpeluang untuk mendekati
binatang dan haiwan hutan. Lord Baden Powell juga telah menyatakan bahawa perkhemahan
dapat memberi pangalaman yang luas kepada para peserta. Mereka akan berpeluang untuk
menjelajah ke tempat yang baharu. Terdapat banyak lagi manfaat dan faedah yang boleh
diperolehi melalui perkhemahan.

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

ii.

Langkah-Langkah Aktiviti Perkhemahan


1. Kebenaran
Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali
ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibubapa ataupun penjaga adalah perlu
dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun
orang yang terdekat dengan kita. Melakukan aktiviti luar tidak boleh dirahsiakan,malahan
ia perlu diberitahu kepada orang lain supaya pemergian kita diketahui.
2. Laporkan
Kita haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada ranjer hutanyang bertugas
ditempat yang kita hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa kita akan
melakukan aktiviti perkhemahan didalam kawasanmereka. Tujuannya adalah untuk
memudahkan mereka untuk membuat rondaankeselamatan ataupun melakukan kerjakerja menyelamat sekiranya kita memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin
mereka juga boleh memberikanpenerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan
kawasan tersebut.
3. Kawasan Siapa
Sekiranya kawasan

perkhemahan

yang

anda

pilih

itu

merupakan

kawasan

orangcontohnya seperti tanah persendirian ataupun kampung, maka setibanya anda


disana, anda haruslah meminta kebenaran daripada tuan punya tanah ataupunketua
kampung untuk bermalam dikawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika andamemasuki satu
perkampungan yang jauh terpencil dan mempunyai adat resamyang berlainan. Anda
haruslah cuba untuk memperolehi maklumat daripadamereka mengenai suku kaum &
kepercayaan, pantang larang, cara pergaulandan keselamatan kampung tersebut. Ini
adalah untuk memastikan anda selamat menetap di kampung tersebut serta kehadiran
anda dikawasan mereka tidakmengganggu.

4. Peraturan
Peraturan yang telah ditetapkan disesuatu kawasan mungkin terdapat kelainan.Namun
begitu,anda haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan untukmenjamin keselamatan
dan kesejahteraan bersama.

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

iii.

Pemilihan Kawasan/ Tapak Perkhemahan/ Peta

Sumber Asas
Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yangpaling
utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanyapunca air. Punca air
adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkandiri dan sebagainya. Namun
begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekatdengan sungai dikawasan hulu atau
berbukit. jika hujan dikawasan ini,terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba
naik dengan cepat.

Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukantanah tersebut
haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untukmengelakkan air bertakung /
banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah jugaseharusnya tidak berbatu-batu kerana ia
tidak menyelesakan ketika tidur.Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.
Anda juga tidak digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yangbesar
ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar daripokok tersebut akan
menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikanbahawa tapak perkhemahan
anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasanbegini merupakan tempat sarang
serangga ataupun binatang merayap sepertiular, kala jengking dan lipan. Bukan itu
sahaja, tunas lalang yang tajam bolehmengoyakkan khemah. Tetapi anda juga diingatkan
supaya tidak mencarikawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat
andamempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda jugadilarang
untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit keranabahaya tanah
runtuh.

Perhubungan
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubungdengan
orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefonawam, balai polis,
rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untukmemudahkan anda mendapatkan
bantuan segera jika perlu. Jika andamenjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

atau jauh kedalam hutan,pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi
supaya kedudukananda mudah dikesan dari udara.

Sinar Matahari
Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuktujuan
mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkanpakaian dan peralatan
yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurangpentingnya kerana ia dapat
memberikan ketenangan kepada kita sertaperkhemahan kita menjadi lebih seronok.

Denai Binatang
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Keranadikhuatiri
khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yangmenggunakan denai
tersebut.

Kawasan Perkhemahan
1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan
menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi
penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan
khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir
pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.
2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebingtebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.
3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan
pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik
mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.
4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang
hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan
berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.
5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk
mengelak percikan bunga api dan membakar khemah. 6. Jangan sekali-kali membawa
masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak,
menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi
juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan
mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah berlaku
kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu.
7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam
kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan
disambar petir adalah besar.
8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila
hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat
berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah.
9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang
mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap
khemah.
10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari
sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.
11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah
tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu
khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak
merusakan khemah.
12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau
disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu.

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan
selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke
pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan
berkumpul semula.
14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa
kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan
ditiup sesuka hati. Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak
berbatu.Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul. Untuk mendapat
kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai
atau trek.
Penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik. Jangan
menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di
dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai.

iv.

v.

Keselamatan Khemah
Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan

khemah.
Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut ataubinatang lain

daripada memasuki khemah.


Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dankemas.
Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.
Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untukdigunakan

Susunan Tempat Perkhemahan


Tempat perkhemahan perlu disusun dengan rapi bagi mengelakkan dicerobohi

oleh orang luar.


Khemah perempuan dan lelaki hendaklah pada jarak yang sesuai.
Pondok kawalan disediakan bagi khemah perempuan bagi menjaga keselamatan

peserta perempuan.
Khemah urus setia hendak strategik kerana pengawasan 24jam diperlukan.

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Dapur perlu pada tempat yang sesuai.


Tempat makan perlu berdekatan dengan khemah peserta bagi memudahkan
mereka bergerak.

vi.

Aspek Keselamatan
Tanda Mengesan Dan Semboyan
a) Tanda Mengesan
Tanda mengesan adalah bertujuan untuk memberitahu ahli yang berada
dibelakang tentang arah anda dan untuk menyelamatkan anda daripada tersesat.
Anda boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kawasan
yangdilalui dean mudah dilihat seperti batu, ranting, kayu, rumput, daun kayu,
garisandi atas tanah dan sebagainya. Tanda-tanda mengesan yang biasa
digunakanadalah seperti rajah di bawah

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

b) Semboyan
Selain kemahiran mengesan tanda, kemahiran penyampaian berita secara sulit dan
menggunakan semboyan juga perlu ada. Kemahiran menghantar berita dan
menggunakan semboyan ini sangat penting dan perlu diketahui terutama sekali
semasa mengembara di hutan, di kawaan bukit-bukau dan semasa menghadapi
kesulitan. Semboyan digunakan untuk berhubung di dalam hutan atau semasa
mengadakan perkhemahan. Latihan menghantar semboyan adalah satu aktiviti
yang menyeronokkan. Penghantar isyarat semboyan sangat penting apabila

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

tersesat di dalam hutan. Tujuannya ialah untuk memudahkan pasukan penyelamat


bertindak dengan segera. Isyarat semboyan boleh dihantar dengan pelbagai cara.
i.

Penggunaan Isyarat Wisel


Penggunaan isyarat wisel dalam perkhemahan atau pengembaraan

adalahuntuk memberi isyarat kepada ahli-ahli. Antara beberapa isyarat wisel ini
ialah:-

Bunyi Wisel
Satu tiupan panjang
Tiupan panjang perlahan-lahan

Makna
Sedia dan diam (Dengar arahanselanjutnya).
Pergi jauh lagi, melebar,dan berturut-

Tiupan pendek tajam

turutberselerak dan pergikeluar.


Berkumpul, datangberturut- turutsegera,atau

Tiupan berselang-seli pendek

datang semua
Bahaya, awas dan sedia

dan panjang berturut-turut


Tiga tiupan pendek diikuti

Ketua Patrol silaberkumpul

dengan satu tiupan panjang

ii.

Isyarat Menggunakan Api


Ada sesetengahnya menggunakan api dan asap untuk menghantar

berita.Mereka menggunakan asap pada waktu siang dan api pada waktu
malamnya.Pada waktu malam, api boleh digunakan sebagai semboyan. Api
dinyalakandengan menggunakan ranting dan dahan kayu kering. Dua orang
hendaklahmemegang kain selimut di hadapan api ke arah orang yang hendak
dituju.Tujuannya

ialah

supaya

api

itu

tidak

dapat

dilihat

oleh

orang

berkenaan.Kemudian jatuhkan selimut dan kira bilangan dua bagi nyalaan pendek
danenam bagi nyalaan panjang. Tutup atau lindungi api itu dalam kiraan empat
bagisetiap kali nyalaan. Makna semboyan api adalah sama dengan makna
kepulanasap pada waktu siang. Lampu picit juga boleh digunakan untuk
menggantikannyalaan api dan kaedah ini lebih cepat diserta mudah berbanding
dengannyalaan api kayu.

10

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

iii.

Isyarat Menggunakan Asap


Asap boleh digunakan untuk memberi isyarat kecemasan dan sebagainya.

Untukmembuat semboyan asap, kumpulkan ranting dan dahan kayu kering,


kemudiannyalakan ranting dan dahan kayu tersebut. Setelah api menyala, letakkan
daunatau rumput basah di atas api supaya mengeluarkan asap. Tutup api denganguni
atau selimut yang basah. Buka guni atau selimut itu supaya kepulan asapdapat keluar.
Kemudian tutup semula. Panjang dan pendeknya kepulan asap itubergantung pada
lamanya guni itu dibuka. Buka guni dalam hitungan dua saatbagi kepulan asap yang
pendek. Seterusnya tutup semula dengan hitunganlapan. Bagi menghasilkan kepulan
asap yang panjang, buka guni tersebutdengan hitungan enam. Setiap hitungan
bermakna satu saat. Maka kepulanasap besar yang perlahan-lahan dan berturut-turut
tiga kali ialah mara. Kepulan kecil yang berturut-turut bermakna berkumpul.
Kepulan asap yang bersambungtidak putus-putus bermakna berhenti dan kepulan
asap kecil dan besar bergilir bermakna berbahaya.

2.0

TIPS KESELAMATAN PENDAKIAN GUNUNG

Jangan Memperkecil Alam Semulajadi

Pendakian gunung di kawasan hutan tropika telah menjadi salah satu pengisian
pilihan ramai bagi aktiviti lasak rekreasi luar di Malaysia. Rata-rata aktiviti pendakian

11

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

atau jelajah gunung (mountain trekking) dijalankan di persekitaran hutan semulajadi yang
berlatarbelakangkan sumber rekreasi dan ekopelancongan yang masih asli. Kebanyakan
rentis gunung atau rentis di hutan semulajadi telah wujud sejak sekian lama dan mungkin
telah digunakan oleh generasi terdahulu sebagai laluan perhubungan dan mungkin juga ia
turut dikongsi sama oleh hidupan liar sebagai denai dan kawasan keliaran.
Walaupun rentis pendakian menuju (contoh) puncak Gunung Tahan dan puncak
Gunung Benom tidak memerlukan individu mempunyai kemahiran teknikal pendakian
(seperti penggunaan tali, kapak ais, mendaki tembok batu dll) beberapa kemahiran seperti
penggunaan alat perkhemahan dan asas pertolongan cemas adalah sangat penting. Perlu
diingatkan laluan pendakian yang akan ditempuhi adalah pelbagai situasi (menaikmenurun-memanjat-menyeberang sungai) yang mana ia mampu memberi tekanan
berlebihan terhadap buku lali, lutut dan seluruh anggota badan oleh itu pendaki perlu
sentiasa berhati-hati serta mendengar arahan atau mendapatkan pandangan pemandu
arah/guide.

2.1 Berjalan / Trekking Dengan Selamat :

Pastikan sentiasa berjalan di atas rentis sediada, dilarang membuka rentis baru.
Bergerak dalam kumpulan dan sentiasa amalkan buddy system (sistem berpasangan).
Pastikan trekking tamat sebelum hari gelap, jika terpaksa berjalan dalam gelap

pastikan berjalan dalam satu kumpulan besar.


Memakai stokin panjang untuk mengelakkan pacat.
Memakai pakaian yang nipis, longgar dan diperbuat daripada kapas untuk keselesaan
semasa trekking

12

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Dilarang membuat bising untuk mengelakkan ganguan kepada hidupan liar.


Untuk keselamatan, membawa barang dengan tangan adalah tidak bersesuaian
kerana tangan tidak sekuat bahu dan tulang belakang bagi tujuan membawa beban
yang berat. Bagi tujuan keselamatan, tangan hendaklah sentiasa berada dalam
keadaan bebas agar dapat melakukan perkara lain seperti memegang, memaut,

menarik, menampan, menyentuh dan menepis.


Beri perhatian lebih semasa perjalanan turun kerana kebiasaannya kecederaan/

kemalangan mudah berlaku pada waktu ini.


Jika anda tersesat atau salah jalan, STOP

S Berhenti (stop)
T Fikir (think)
O Perhati (observe)
P Rancang (plan)

Jangan berpecah dan sentiasalah berada bersama kumpulan, jangan bergerak supaya
anda mudah dicari dan ditemui jika perlu, bergerak ke tempat yang mudah pasukan
pencari dan penyelamat mendengar atau melihat isyarat kecemasan anda.

Sentiasa perhati langkah dan tempat anda berpijak atau berpaut.


Kawal tingkahlaku jangan terlalu gembira dan bersuka-suka.
Jaga tutur kata dan jangan terlalu celupar.
Rancang perjalanan dan bawa bekalan makanan secukupnya, sebaiknya bawa

bekalan makanan kecemasan yang disimpan dan tersorok di dalam beg.


Jika terserempak dengan hidupan liar elakkan pertembungan secara berhadapan
sebaik-baiknya berundur perlahan-lahan dan jangan sekali-kali melakukan

pergerakan yang boleh membuatkan hidupan liar terkejut dan rasa tercabar.
Jika hujan lebat, angin kuat, guruh atau petir tangguh dan hentikan aktiviti atau
perjalanan. Cari tempat perlindungan seperti tapak khemah atau stesen henti
berdekatan, dirikan tempat perlindungan sementara (khemah atau fly sheet).

13

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Elakkan berlindung berhampiran pokok besar dan perhatikan aras dan arus sungai
kerana di kawasan hutan kejadian kepala air atau kenaikan mendadak air sungai
mudah berlaku.

2.2 Tips Kesihatan


Digalakkan kepada bakal pendaki membuat persediaan fizikal sebelum cuba
menawan

Gunung, antaranya latihan jogging atau berjalan, berbasikal, berlari,

berenang dan senaman adalah baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular


individu. Secara amnya apa-apa senaman atau pergerakan fizikal yang
meningkatkan kadar degupan jantung selama lebih kurang 20 minit sehari mampu
mambantu. Antara tips kesihatan semasa hendak mendaki lain adalah seperti :

Semasa ekspedisi setiap pendaki perlu berfikiran positif dan sentiasa bersedia

dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang situasi.


Mempunyai fizikal dan kekuatan fizikal yang baik.
Tiada masalah jantung dan pernafasan.
Mempunyai lutut dan buku lali yang sihat dan baik.
Berjalan mengikut langkah sendiri dan ambil masa serta tahu had kekuatan

fizikal anda.
Dapatkan nasihat doktor jika anda sedang mengambil sebarang ubat atau

mempunyai masalah kesihatan.


Setiap individu digalakkan mempunyai bekalan ubat dan minyak urut yang
dibawa sendiri.

2.3

Tips pencegahan Malaria

Apa itu Malaria :


Malaria adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Manusia
mendapat malaria akibat daripada gigitan nyamuk yang telah dijangkiti kuman
malaria. Teknik pencegahan adalah dengan cara mengambil ubat antimalaria atau
mengelak dari digigit nyamuk. Pil antimalaria boleh didapati dari farmasi.
Tanda-tanda dijangkiti malaria :

14

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

2.4

Seperti dijangkiti selsema, termasuk menggeletar/ terketar-ketar, sakit kepala,

kesakitan otot dan keletihan.


Rasa loya / mual, cirit-birit dan muntah-muntah juga boleh berlaku.
Anemia dan Jaudice (penyakit kuning kulit dan mata) akibat kekurangan /

kehilangan sel darah merah.


Jika tidak / lewat dirawat boleh menyebabkan kekeliruan minda, koma,

kegagalan buah pinggang dan kematian.


Rawatan perubatan boleh didapati dengan mendapat nasihat dari doktor.

Iklim dan Cuaca

Malaysia yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa antara garisan lintang


10 dan 70 Utara dan garisan bujur 100 dan 119 Timur mengalami iklim jenis

tropika.
Lazimnya iklim Malaysia terbahagi kepada dua musim, iaitu musim monson barat
daya dan musim monson timur laut ia tertakluk kepada pengaruh laut dan

perubahan sistem angin yang bertiup dari lautan Hindi dan laut China Selatan.
Lazimnya suhu harian adalah seragam sepanjang tahun iaitu antara 21C hingga
32C, namun di dalam hutan dan kawasan tanah tinggi pada waktu malam suhu

boleh turun sehingga 15C.


Kelembapan adalah tinggi iaitu 80% dan purata hujan lebih kurang 2000mm
setahun.

3.0

LEAVE

NO

TRACE

ETHICS

(ETIKA

BERAKTIVITI

DI

KAWASAN

SEMULAJADI)
Peningkatan populariti aktiviti lasak terutamanya pendakian gunung membawa kepada
peningkatan jumlah pendaki. Dimana kebanyakkan kita tertarik untuk melibatkan diri

15

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

kerana kecantikan, keaslian, dan keterpencilan sumber, bentuk muka bumi yang pelbagai
serta cabaran yang terhidang adalah unik disamping pengalaman yang bakal ditempuhi
menjadi kenangan seumur hidup. Gunung-gunung ini adalah sumber semulajadi yang
perlu dilindungi dan seharusnya tidak dikorbankan hanya untuk memenuhi keperluan dan
kehendak manusia. Jabatan berusaha menyedarkan orang ramai melalui penyebaran
maklumat dan percaya jika masyarakat dididik mereka pasti akan membantu dalam
usaha-usaha yang dibuat untuk melindungi dan mengekalkan sumber semulajadi.

3.1 Membuat Perancangan & Sentiasa Bersedia


Dapatkan maklumat dari sumber yang sah berkenaan: keadaan laluan/ rentis, cuaca,

peralatan yang perlu dan peraturan serta permit.


Bersedia untuk sebarang kemungkinan, cuaca ekstrem, kemalangan dan kecederaan

serta keperluan untuk menyelamatkan diri.


Buat perancangan untuk makanan, peralatan perkhemahan, bahan api, dan bahan

buangan.
Pilih laluan sesuai mengikut keupayaan kumpulan, kemampuan fizikal dan

pengalaman.
Beritahu rakan atau keluarga berkenaan perancangan anda.
Jika boleh, bawa bersama dan tahu cara menggunakan peta, kompas dan global
positioning system (GPS).

3.2 Berjalan & Berkhemah Di Atas Permukaan Sedia Ada Dan Tahan Lasak

Di Atas Rentis:
- Gunakan rentis sedia ada, elakkan membuka rentis baru.
- Jalan di bahagian tengah rentis, walaupun ianya berair, berlopak atau berlumpur.
- Elakan memijak vegitasi lantai hutan.

Di Tapak Perkhemahan:
- Gunakan tapak perkhemahan sedia ada, dilarang membuka kawasan baru.

16

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

- Hadkan keluasan kawasan perkhemahan. Tumpukan aktiviti di kawasan yang


tidak mempunyai tumbuhan.
- Di kawasan pristine, kembangkan penggunaan bagi mengelakkan wujudnya
tapak perkhemahan dan rentis baru.

3.3 Pelupusan Sampah & Sisa Manusia

Bawa keluar apa-apa yang dibawa masuk. (Pack it in Pack it out)


Sisa makanan ditanam dalam lubang sekurang-kurangnya 30cm dan dikambus semula

tanpa meninggalkan sebarang kesan.


Bawa keluar tin-tin makanan dan tabung gas untuk memasak yang telah kosong.

Jangan sekali-kali ditinggalkan.


Jangan tinggalkan apa-apa sampah di atas rentis terutama bungkusan makanan yang

dibuka ketika berhenti rehat


Semasa berjalan kutip apa jua sampah/bahan asing yang tidak sepatutnya berada di

atas rentis dan simpan untuk pelupusan yang sepatutnya.


Bersihkan tapak khemah dari sampah sebelum anda meninggalkan kawasan

perkhemahan termasuklah yang telah ditinggalkan oleh kumpulan terdahulu jika ada.
Najis manusia hendaklah dibuang dalam lubang yang digali sedalam 20 cm atau
sekaki dan sekurang-kurangnya 200 kaki dari punca air, khemah dan rentis. Timbus

semula lubang tersebut apabila selesai digunakan.


Bawa keluar tisu tandas dan barang kegunaan sendiri seperi sabun dan lain-lain.
Ditempat-tempat yang di sediakan tandas, gunakan kemudahan yang disediakan
sebaik mungkin, selenggarakan dengan sempurna selepas guna dan sebelum

meninggalkan kawasan perkhemahan yang terdapat kemudahan tandas.


Tuala wanita hendaklah dibungkus sebaiknya dan dinasihatkan supaya dibawa keluar.
Elakkan dibuang di dalam hutan.

3.4 Tinggalkan Apa Yang Anda Lihat & Jumpa

Biarkan apa yang dilihat atau ditemui dalam keadaan semulajadi.

17

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Biarkan segala batuan, bahan galian, tumbuhan, hidupan liar, serangga dan bahan
sejarah atau artifak yang anda temui dalam keadaan semulajadi.

3.5

3.6

Kurangkan Impak Unggun Api

Unggun api dinyalakan di atas tapak atau bekas sediada dan menggunakan kayu yang

dikutip dan telah sedia patah atau jatuh.


Elakkan membuat unggun api yang terlalu besar.
Gunakan dapur memasak mudah alih.

Hormati Hidupan Liar

Jika terserempak dengan hidupan liar elakkan pertembungan secara berhadapan


sebaik-baiknya berundur perlahan-lahan dan jangan sekali-kali melakukan pergerakan

3.7

yang boleh membuatkan hidupan liar terkejut dan rasa tercabar.


Perhati hidupan liar dari jarak yang selamat, jangan ikut atau menghampiri ia.
Elakkan memberi makan atau meninggalkan makanan untuk dimakan hidupan liar.
Lindungi hidupan liar dari makanan anda dengan menyimpannya di tempat selamat.

Bertimbang Rasa Terhadap Pendaki Lain

Berkerjasama dan berkomunikasi dengan kumpulan pendaki lain.


Elakkan bercakap atau ketawa terlalu kuat, kekalkan suara anda seminimum mungkin

- bunyian alam lebih indah dari suara anda.


Pastikan kumpulan anda berkhemah di satu kawasan, elakkan memasuki kawasan
perkhemahan kumpulan lain.

18

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

RUMUSAN

Etika
keselamatan

semasa

perkhemahan dan etika keselamatan semasa aktiviti pendakian dijalankan merupakan salah satu
aspek penting yang perlu diambil perhatian sebelum kedua-dua aktiviti ini dijalankan. Ini kerana
sebelum melakukan aktiviti yang melibatkan alam semulajadi memerlukan kita supaya
mempunyai sedikit ilmu pengetahuan serta selok belok dan pantang larang ketika berada di
dalam hutan untuk memastikan aktiviti berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
Etika keselamatan ini juga penting sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingin
ketika aktiviti pendakian dijalankan seperti ada pendaki hilang atau sesat, pendaki mengalami
kecederaan dan sebagainya. Sekiranya semua etika keselamatan dititik beratkan kemungkinan
berlakunya kemalangan ketika aktiviti pendakian dan aktiviti perkhemahan boleh dikurangkan
dan sebarang kemungkinan yang akan berlaku akan dapat di atasi. Jadi sebelum memulakan
sebarang aktiviti yang melibatkan alam semulajadi perlulah untuk kita memahami etika serta tips
keselamatan semasa aktiviti dijalankan untuk memudahkan aktiviti pendakian dijalankan.

19

Kelab Kembara Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

RUJUKAN

1. http://ohm-rekreasi.blogspot.com/2011/03/tips-keselamatan-pendakian-gunung.html
2. sumber drp : Bahagian Eko Pelancongan, Jab PERHILITAN Semenanjung
Malaysia
3. http://studentipg.blogspot.com/2011/03/perkhemahan.html

20

You might also like