Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab

A. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran


- Membentuk Majlis Syura Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang
merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada
dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi
ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman
b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan
masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama
dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi
negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem
syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan
yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan
kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran
dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau
menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah
manusia yang tidak berfaedah.
- Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam
Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam
yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara.
Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam
yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran
Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran.
Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas
menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan
dalam memilih pegawai pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai
contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ass, Mughirah b. Syubah dan Zaid b.
Sumyah. Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan
harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang
dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian
Islam.
- Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah
Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan
pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala
tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari
tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam
negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh
penduduknya tidak akan dirampas
tetapi ianya akan dikenakan cukai. Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak
dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini
berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan
kepada tentera yang menyertai peperangan.
B. Pembaharuan dalam bidang ekonomi.
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan
kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai
telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syaratsyarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering
bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk
mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah
yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini
menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah.
Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru

dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di
Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.
C. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial
- Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi Khalifah Umar telah mengadakan
cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana
rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar
memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya
mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak
membebankan. Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati
oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau
dihalau keluar
negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat
dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.
- Memperbaharui taraf kedudukan hamba
Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf
yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti
orangorang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam
peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak
boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan
hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka. Taraf
golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu,
pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan
dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan
jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.
- Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan
pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu
berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan
serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi
diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal
surah-surah tertentu didalam
al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah alBaqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai
ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.
D. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi
- Memajukan sistem pertanian
Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang
mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan
Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula
beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah
(Tigres) dengan bandar Basrah. Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan
tanaman-tanaman yang bermutu.
Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan
hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak
terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan
sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.
Rumusan:
Khalifah Umar adalah merupakan Khalifah yaang banyak melakukan pembaharuan

kepada negara Islam. Pentadbiran khalifah selepasnya pula diberikan kepada


Saidina Uthman b. Affan ra.

You might also like