Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

iv.

Kata adjektif majmuk


Menurut Nik Safiah Karim (2003) kata adjektif majmuk ialah perkataan yang
terbentuk dengan proses mencantumkan dua perkataan atau lebih untuk
membentuk perkataan baharu yang mempunyai maksud tersendiri. Biru
laut, muda remaja, dan kuning langsat ialah contoh kata adjektif majmuk
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yangberikut:

i.
ii.
iii.

Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang.


Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun.
Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut.
Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan,
iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut:

i.
ii.
iii.

panjang tangan
besar kepala
ringan tulang
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

i.
ii.
iii.

Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan.


Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala.
Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang
Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-olah kata
adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan
boleh menerima penyisipan di antaranya. Contohnya:

i.
ii.
iii.

riang gembira - riang dan gembira


tua muda - tua dan muda
miskin kaya - miskin dan kaya
Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif
dengan kata nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna
baharu

You might also like