Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN

KAJIAN TINDAKAN SAINS

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM


MENGENALPASTI PERBEZAAN PERKATAAN
FUR DAN HAIR DALAM MATA PELAJARAN
SAINS.

SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS


UDA
JALAN SEKOI, BANDAR BARU UDA,
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN


SAINS
PENASIHAT
PUAN HAJAH HAMIDAH BT ISMAIL
( GURU BESAR SEK. KEB. KOMPLEKS UDA )
PENGERUSI
PUAN ROSNAINI BT ISMAIL
( GURU PENOLONG KANAN 1 )
NAIB PENGERUSI
PUAN TENGKU JAMILAH BT ABDUL RAHMAN
( GURU PENOLONG KANAN HEM )
SETIAUSAHA
CIK RAUHIYAH BT CHE MD NOR @ CHE MUHAMMAD
BENDAHARI
PUAN SITI MASRIAH BT PANIRAN
AJK
PUAN NORMAHNUM
CIK NORHUDA BT MOHD SALLEH
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya merupakan seorang guru yang baru ditugaskan di Sekolah Kebangsaan


Kompleks Uda dan pengalaman saya mengajar hanyalah 1 tahun dan 1 bulan
sahaja. Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata palajaran Sains Tahun 3
Dedikasi di mana kelas ini adalah kelas keempat daripada lima kelas tahun 3.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya dapati masalah
utama yang dihadapi oleh murid-murid saya ialah mereka tidak begitu
memahami maksud vocabulary yang penting untuk topik yang sedang dipelajari
walaupun mereka menunjukkan minat terhadap pembelajaran Sains.
Berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Pertama yang telah diadakan pada
bulan 16 Februari untuk Sains, didapati seramai 10 orang murid (40%) daripada
25 orang murid telah gagal dalam ujian penilaian tersebut. Daripada semakan
kertas jawapan, saya dapati ada diantara murid-murid ini tidak menjawab
langsung soalan bahagian B iaitu sebanyak 20% (5 orang murid) manakala 60%
(15 orang murid) menjawab soalan bahagian B tetapi masih gagal menjawab
dengan tepat. Hanya 20% (5 orang murid) sahaja yang dapat menjawab
bahagian B dengan tepat.
Apabila saya menemubual 5 orang murid-murid ini, mereka menyatakan bahawa
mereka tidak tahu untuk menjawab soalan tersebut. Antara sebab-sebabnya
ialah, mereka tidak membaca arahan soalan, mereka tidak memahami kehendak
soalan, mereka tidak faham apa yang guru ajar, mereka tidak faham perkataan
Bahasa Inggeris, mereka susah untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut,
dan mereka keliru maksud di antara perkataan-perkataan fur, hair, dan
feathers.
Saya juga menyedari kelemahan pengajaran saya dan masih banyak yang perlu
diperbaiki memandangkan saya masih baru dalam bidang pendidikan. Tambahan
pula ini merupakan tahun pertama saya mengajar mata pelajaran Sains dan
mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Disebabkan pengajaran saya yang
tidak begitu mantap dan kurang menarik, ini telah menyebabkan kurangnya

minat dan pemahaman murid-murid dalam menjawab soalan bahagian B dan


dan gagal dalam ujian. Saya harus mengambil langkah untuk memperbaiki
pengajaran saya dengan mewujudkan pelbagai aktiviti supaya menarik minat
dan meningkatkan pemahaman serta mengurangkan kekeliruan murid-murid
dalam menjawab soalan Bahagian B.
2.0 FOKUS KAJIAN
Sewaktu saya mula-mula mengajar kelas ini pada awal Januari yang lalu, saya
telah diberikan penerangan oleh guru yang mengajar Bahasa Melayu kelas ini
pada tahun lepas sewaktu mereka berada di tahun 2. Guru tersebut telah
memberitahu saya bahawa tahap kemahiran membaca dan menulis murid-murid
ini adalah sederhana malah ada diantara mereka yang masih mengeja untuk
membaca. Sikap mereka yang tidak menumpukan perhatian semasa guru
mengajar juga menyebabkan prestasi mereka tidak begitu memuaskan.
Sepanjang saya mengajar di kelas ini, saya juga mendapati perkara yang sama
berlaku. Selain itu mereka juga agak pasif apabila saya mengutarakan solan
secara lisan, hanya terdapat 2 orang murid sahaja yang selalu cuba untuk
menjawab. Daripada keadaan ini, saya merasakan mereka pasif kerana tidak
memahami pengjaran dan pertanyaan saya. Oleh itu, saya harus berfikiran
positif dan mencari langkah terbaik untuk mengatasi masalah-masalah ini.
Sebenarnya masalah ini merupakan satu cabaran kepada saya supaya lebih
berusaha untuk memperbaiki kaedah pengajaran saya.
Walaupun saya telah mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid, saya
hanya memfokuskan masalah murid yang sukar untuk membezakan perkataanperkataan fur dan hair. Ini kerana kekeliruan di antara maksud 2 perkataan ini
di kalangan murid-murid menyebabkan mereka gagal menjawab soalan
bahagian B dengan betul.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
mengenalpasti perbezaan perkataan fur dan hair dalam mata pelajaran
Sains.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Murid-murid dapat mengingati makna-makna perkataan dengan


mudah.

Murid-murid dapat menjawab soalan bahagian B dengan betul.

Murid-murid lebih berminat dan dapat meningkatkan kefahaman


mereka dengan bantuan pelbagai aktiviti dan bahan bantuan
mengajar.

Guru dapat mempelbagaikan aktiviti dan kaedah dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.

Guru dan murid-murid dapat mewujudkan hubungan yang lebih mesra


supaya tidak menjadi halangan kepada komunikasi yang berkesan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


10 orang murid-murid Tahun 3 Dedikasi. Mereka terdiri daripada 5 lelaki dan 5
perempuan.
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
Sebelum

melaksanakan

aktiviti-aktiviti

yang

dicadangkan,

tinjauan

terhadap masalah-masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk


mengesan ketidakupayaan mengenalpasti perbezaan maksud perkataan
fur dan hair dengan lebih teliti. Saya perlu mengetahui sejauh manakah
tahap keupayaan murid-murid kelas ini dalam menjawab soalan yang
melibatkan perkataan fur dan hair. Tinjauan dilakukan dengan mengutip
data seperti berikut;

Analisis markah Ujian Penilaian 1 untuk mengetahui prestasi muridmurid dalam menjawab soalan bahagian B.

Ujian Pra menjawab soalan yang melibatakan perkataan fur dan hair
untuk memperkukuhkan

andaian bahawa

pemahaman

maksud

perkataan merupakan asas utama dalam menjawab soalan bahagian


B.
5.2 AKTIVITI 1 WARMING-UP WITH ANIMALS
Cara pelaksanaan:
I. Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi 10 gambar
pelbagai haiwan dan perkataan nama haiwan tersebut kepada muridmurid.
II. Murid-murid

dikehendaki

mengasingkan

haiwan-haiwan

tersebut

kepada 2 kumpulan iaitu haiwan yang mempunyai fur dan haiwan


yang mempunyai hair dalam masa 10 minit.
III. Aktiviti senaman ayat ini akan diulangi dengan dua lagi lembaran kerja
iaitu lembaran kerja yang mengandungi 10 gambar haiwan dan
lembaran kerja yang mengandungi 20 perkataan nama haiwan sahaja.
IV. Aktiviti ini dijalankan selama tiga hari iaitu 10 minit waktu pertama P&P
Sains.
5.3 AKTIVITI 2 MINI DICTIONARY
Cara pelaksanaan:
I. Murid-murid menyediakan satu buku skrap yang mengandungi
sekeping gambar haiwan untuk setiap muka surat. ( 20 helai )
II. Guru meminta murid mencatat satu perkataan fur atau hair, iaitu ciri
fizikal yang dimiliki oleh haiwan tersebut dan dicatat di bawah gambar
menggunakan pensel warna.
III. Selepas 2 minggu, murid-murid akan bertukar-tukar buku-buku skrap
sesama sendiri dan membacanya serta cuba untuk mengenalpasti
haiwan yang memiliki fur dan haiwan yang memiliki hair.

IV. Guru akan menguji pengetahuan dan pemahaman murid-murid


dengan pop kuiz secara lisan berdasarkan gambar haiwan yang
diperolehi.
5.4 AKTIVITI 3 BANK OF ANIMALS
I. Guru akan meminta setiap orang murid menyediakan dua tabung yang
bersaiz sederhana, tabung pertama dilabelkan FUR dan tabung
kedua dilabelkan HAIR.
II. Murid-murid diminta menyediakan kepingan kad berbentuk bulat (duit
syiling) daripada manila kad menggunakan dua warna yang berbeza.
III. Murid-murid juga diminta menyediakan kepingan kad berbentuk empat
segi tepat (wang kertas) daripada manila kad menggunakan dua
warna yang berbeza.
IV. Guru akan meminta murid-murid memilih satu warna untuk haiwan
yang mempunyai fur dan satu warna lagi untuk haiwan yang
mempunyai hair. Kad duit syiling digunakan nama haiwan manakala
kad wang kertas untuk gambar haiwan. Duit-duit simpanan ini akan
dimasukkan ke dalam tabung mengikut ciri fizikal yang betul.
V. Aktiviti ini akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan di mana 2
keping gambar dan 2 keping nama setiap hari.
6.0 BAHAN DAN ANGGARAN KOS
BIL JENIS ALATAN / BAHAN
01
Kertas A4 1 rim x RM10.00
02
Marker Pen 5 set x RM5.00
03
Disket 5 keping x RM1.00
04
Dakwat Printer 1 x RM60.00
05
Kad Manila 10 x RM0.50
06
Gunting 5 x RM3.00
07
Buku nota guru 1 x RM3.00
JUMLAH
7.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
BIL

AKTIVITI

JUMLAH KOS
RM 10.00
RM 25.00
RM 5.00
RM 60.00
RM 5.00
RM 15.00
RM 3.00
RM123.00
TARIKH
PERLAKSANAAN

01

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 19 FEBRUARI 2005

02
03
04

awal
Menulis kertas cadangan
26 FEBRUARI 2005
Merancang tindakan
28 FEBRUARI 2005
Menjalankan Tinjauan Awal (Ujian Pra atau lain- 2 MAC 2005

05

lain)
Melaksanakan tindakan, membuat pemerhatian dan 28 MAC 2005

06

refleksi bagi Aktiviti 1


Melaksanakan tindakan, membuat pemerhatian dan 31 MAC 2005

07

refleksi bagi Aktiviti 2


Melaksanakan tindakan, membuat pemerhatian dan 11 APRIL 2005

08
09
09
10

refleksi bagi Aktiviti 3


Menjalankan penilaian
Penilaian ( Ujian Pos/ Topikal )
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian

14 MEI 2005
16 MEI 2005
21 MEI 2005
1 JUN 2005

You might also like