Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

MEGAPINE (M) SDN. BHD.

(LOGO)

RANCANGAN MASAKAN :

MENU RM10
EPISOD : 5
STESEN :

TVi

PENULIS SKRIP :

A.KAZAR
NOR SYAFINAZ SAMSUDIN
ARAHAN :
PAK ABU

VISUAL
OPENING MONTAGE

AUDIO

SEGMEN 1
PENGENALAN - TEMA DAN MENU
Tema Episod 2 : Diet sihat
1.a

LUAR- RUMAH CHEF PETANG


Chef Azli baru balik daripada
berjogging.

1.b

DALAM RUMAH CHEF - PETANG


Chef bercakap pada penonton.

CHEF AZLI
Hai, Assalamualaikum, bertemu lagi
kita dalam rancangan MENU RM10,
bersama saya, Chef Azli Razali yang
akan mengajak anda untuk
menyediakan menu 3M, iaitu, Mudah,
Murah dan Menyihatkan.
Untuk setiap menu yang akan saya
kongsikan bersama anda, jumlahnya
tidak melebihi daripada RM10.
Selain daripada bersenam kita
memerlukan diet yang sihat. Jadi
untuk episod kali ini saya akan
menyediakan dua menu.
Menu yang pertama iaitu Lempeng
Oat bersama Sambal Sardin dan
menu yang kedua Agar-Agar Teh
Buah Koktel.

1.c

GRAFIK TEKS
- Lempeng dengan Sambal
Sardin
- Jeli Teh Buah Koktel
Chef Azli sebut Agar-Agar

Badan saya pun dah melekit, jadi saya


nak bersihkan diri. Selepas ini ikut
saya beli barang.

1.d

JOM BELI BARANG

1.e

MONTAJ PASARAYA
Chef di berjalan menuju ke pasaraya.

1.f

DALAM KEDAI
Chef interaksi dengan penonton.
Beli barang Lempeng Sardin.

CHEF AZLI
Kali ini saya nak cari bahan-bahan
untuk Lempeng Sardin. Bahan-bahan
yang saya perlukan ialah sardine, oat,
bayam dan asam jawa. Untuk AgarAgar Koktel saya perlukan serbuk
agar-agar, sebiji lemon, susu dan
koktel dalam tin.

1.g

BAHAGIAN BARANG KERING

1.h
1.i

Chef ambil oat.


GRAFIK TEKS
Oat = RM2.85

CHEF AZLI
Yang ini oat, saya nak masukkan oat
ini dalam adunan lempeng saya.
Khasiat oat ini boleh mengurangkan
kolesterol di dalam badan. Harga
sepaket RM2.85 sen.

GRAFIK TEKS
1 Tin Koktel = RM4.00

CHEF AZLI
Untuk menyedapkan agar-agar koktel
saya perlukan buah koktel dalam tin
yang berharga lebih kurang RM4.00.

1.j

1.h

1.i

1.j

1.k

GRAFIK TEKS
Sardin = RM3.40

CHEF AZLI :
Lempeng yang saya buat ini saya
akan makan dengan sambal yang
diperbuat daripada sardin dalam
tin.Macam ini yang berharga RM3.40
sen.

GRAFIK TEKS
Serbuk Agar-Agar = RM2.50

CHEF AZLI
Hah..inilah bahan paling penting
dalam agar-agar koktel kita iaitu
serbuk agar-agar. Kalau tak ada
bahan ini tidak jadilah menu kita.
Harga dia murah aje RM2.50 sen.

GRAFIK TEKS
Asam Jawa = RM1.59

CHEF AZLI
Untuk hilangkan bau hanyir saya
gunakan asam jawa. Macam satu
paket ini harganya RM1.59 sen.

GRAFIK TEKS
Bayam = RM1.50

CHEF AZLI
Bayam ini saya akan masukkan dalam
lempeng saya. Saya perlukan satu
ikat. Harga dia RM1.50 sen.

1.l

Chef cakap pada penonton.

1.m

GRAFIK TEKS
Lemon = RM0.99

CHEF AZLI
Lemon ini akan saya gunakan dalam
Agar-Agar Koktel. Kalau hendak tahu
segar atau tidak lemon ini, tengok kulit
dia, kalau tak kecut dan tangkai dia
masih melekat. Harga sebiji RM0.99
sen.

GRAFIK TEKS
Susu Cair = RM2.40

CHEF AZLI
Bahan terakhir untuk Agar-Agar Koktel
ialah susu cair. Saya perlukan satu tin
sahaja. Harganya ialah RM2.40 sen.

1.n

CHEF AZLI
Dah selesai saya membeli bahanbahan untuk masakan saya.Untuk
menu Lempeng Sambal Sardin
berharga RM9.00. Untuk Agar-Agar
Koktel berharga RM9.90 sen
Semuanya berharga RM18.90 sen.
1.o

MONTAJ DAN GRAFIK TEKS


Untuk memasak Lempeng Sambal
Sardin, Chef Azli membeli
Oat = RM2.85
Sardin = RM3.40
Asam Jawa = RM1.59 (RM1.60)
Bayam = RM1.50
Jumlah = RM9.35
Untuk memasak Jeli The
Koktel, Chef Azli membeli

Buah

1 Tin Koktel = RM4.00


Serbuk Agar-Agar = RM3.40
Lemon = RM0.99 (RM1.00)
Susu Cair = RM2.40
Jumlah = RM9.90
*Chef sebut Agar-Agar Koktel

SEGMEN 2

2.a

EST. RUMAH CHEF

2.b

DAPUR CHEF
Chef di hadapan bahan-bahan untuk CHEF AZLI
membuat lempeng.
Untuk diet sihat saya akan sediakan
resipi pertama saya iaitu Lempeng
Bersama Sambal Sardin.
GRAFIK TEKS
Bahan-bahan
CHEF AZLI
125 gm Tepung Gandum
Pertamanya saya akan membuat
Bayam
sambalnya. Bahan-bahan yang saya
Oat
perlukan adalah bawang dan bawang
Susu
putih. Yang itu saya nak kisarkan dia
Sardin
dulu. Bahan-bahan lain yang saya
Telur
perlukan untuk mengisar ialah halia.
Bawang Putih
Lebih kurang salam 1 inci. Yang akan
Bawang Merah
kita gunakan.Yang ini kita akan
Cili Boh
kisarkan. Yang ini Cili Boh. Kepada
Asam Jawa
mereka yang tiada Cili Boh, jangan
Halia
risau anda boleh mengisar cili kering
dekat rumah.

2.c

2.d

CHEF AZLI
Sambal sardin ni saya gunakan sardin
yang dalam tin. Kepada mereka yang
nak gunakan bahan-bahan yang segar
seperti daging ke, ayam pun boleh
guna tiada masalah. Bila saya masak
sambal itu nanti saya akan
menunjukkan macam mana kita akan
menyediakan dia punya lempeng.
Lempeng ini pun saya dah ubah
sikit.Kita ini menu sihat, kita letakkan
bahan-bahan yang berkhasiat di
dalam itu, kalau anda boleh tengok
disini saya akan menggunakan bayam
dan kita punya oat.Kita nak
berkhasiat.
Chef
menyediakan
semua *Chef beri tips mengenai khasiat oat
bahan.Potong bawang dan kikis
halia.Kemudian basuh semua bahan- CHEF AZLI
bahan tadi.
Bahan-bahan tadi saya perlu kisar di
dalam pengisar ini. Kemudian saya
akan masukkan cili boh ke dalam lebih
kurang satu setengah cawan. Baiklah
bahan-bahan tadi saya akan kisarkan.

2.e

BREAKER
EST RUMAH CHEF

2.f

DAPUR CHEF
Chef Azli sedang
bahan.

mengisar bahan- CHEF AZLI


Ok..bahan-bahan yang kita kisar ni
dah halus begini. Apa yang perlu saya
buat ialah saya akan menumis dia.
Untuk menumis ini ada juga teknik dari
segi penggunaan bahan.
*Chef beri tips penggunaan minyak
masak
CHEF AZLI
Baiklah..minyak pun dah panas. Saya
tumiskan kemudian kita kacau.
Biarkan mendidih. Sementara itu saya
perlu sediakan lempeng. Apa yang
perlu saya buat adalah saya perlu
menggunakan tepung gandum.
Tepung gandum ini lebih kurang 120
gram saya gunakan.Kemudian kita
letakkan bersama oat. Oat ini saya
gunakan lebih kurang dalam 50 gram.
Setengah cawanlah. Ini memang
berkhasiat..kita kacaukan begini
CHEF AZLI :
Bahan seterusnya saya akan gunakan
susu. Susu ini memberikan rasa lemak
lagi pada kita punya lempeng. Yang ini
dalam satu cawan saya gunakan. Satu
cawan susu, apa perlu kita buat ialah
kacau sahaja. Kacaukan sehingga dia
sebati begini
CHEF AZLI
Ok sementara itu saya nak
menambahkan lagi khasiat kita punya
lempeng ini, saya ceritakan tadi kita
perlu masukkan kita punya bayam
tadi. Apa yang saya ambik adalah
daunnya sahaja. Saya gunakan
daunnya sahaja supaya lagi satu kita
punya lempeng itu lagi bertambah
warna. Yang ini kita cincangkan begini

sahaja. Kita potong dia halus-halus


begini supaya ada warna-warna hijau
dekat dalam dan lagi berkhasiat ada
sumber fibre ataupun serat. Oat tadi
pun sumber serat juga. Masuk kat sini
aje yea.
CHEF AZLI
Kemudian saya akan campurkan
sedikit air lebih kurang setengah
cawan untuk kita cairkan lagi kita
punya lempeng ini. Baiklah bila dah
sebati begini cair dia bahan yang
terakhir yang perlu saya masukkan
adalah soda bikarbonat. Yang ini
adalah serbuk penaik supaya lempeng
kita itu tak adalah padat sangat. Dia
akan jadi macam gebu begitu sebab
kita gunakan bahan penaik ini saya
gunakan soda.
CHEF AZLI
Saya panaskan kuali sebab saya nak
masakkan kita punya lempeng ini.
Seperti biasalah saya tak
menggunakan mentega, nak menjaga
kesihatan. Saya gunakan minyak
sayuran. Biarkan kuali kita ini panas
dan kemudian apa yang perlu saya
buat kita ambil sesenduk begini
sahaja. Kita ratakan dekat atas kuali
yang panas. Kita letakkan begini, kita
lebarkan sahaja lempeng
CHEF AZLI
Dan biarkan sebelah ini masak. Api
kena sederhana sikit takut kita punya
sebelah lempeng itu hangus pulak
nanti. Yang ini saya kena buat dalam
2,3 kan. Lebih dari 2, 3 ni maklumlah
kawan pun baru lepas bersenam dah
lapar dah.
CHEF AZLI
Saya nak flip, yang ini kita balikkan,
Nampakkan yang hijau-hijau itu. Kalau

letakkan lobak merah lagi kita boleh


Nampak warna merah-merah kita
punya lempeng.
CHEF AZLI
Yang ini cara penyediaan dia sangat
senang aja. Kita perlukan pinggan
yang bulat begini dan kita letakkan
atas ini. Dan kita perlu menyambung
untuk kita punya sambal ini ya.
Sambal kita dah pecah minyak macam
ini, garing dah naik bau macam tu, kita
masukkan kita punya sardin ke dalam
.Dan bahan seterusnya yang saya
perlu letak adalah perisa untuk kita
punya sambal.Saya gunakan asam
jawa ini untuk bagi rasa masam dan
memotong rasa hanyir daripada kita
punya sambal sardin.
CHEF AZLI
Saya ambilkan sedikit dalam setengah
sudu begitulah dan kita gaulkan sedikit
dengan air. Curahkan saja sedikit
sahaja jangan lebih-lebih sangat
sebab takut nanti rasa masam pulak
kan. Kemudian saya perlukan garam
sebagai dia punya perisa tambahan.
Sedikit sahaja sebab sardin itu dah
masin. Ok sikit. Dan bahan untuk kita
potong rasa pedas dalam kita punya
sambal semestinya saya
menggunakan gula. Dan kita kacau
sahaja begini, dah pun siap kita punya
sambal.

2.g

CHEF AZLI
Baiklah, sambal kita kita ini pun,
warnanya dah menarik, dah pecah
minyak macam ini, saya nak rasa
tengok cukup tak bahan perisa yang
Chef merasa sedikit sambal dan saya dah letakkan itu. Sekian saja
memberi komen sedap. Chef plating untuk menu saya yang pertama iaitu
sambal sardin pada lempeng. Hias Lempeng bersama Sambal Sardin
dengan daun parsley dan potongan
limau.

2.h

MONTAJ GRAFIK TEKS


Lempeng dengan Sambal Sardin
CB
SEGMEN 3

3.b

DAPUR CHEF
Chef menyiapkan bahan untuk
memasak Jeli teh buah koktel

3.c

Chef menyusun dan menunjukkan


semua dan bercakap kepada kamera.

3.d

GRAFIK TEKS
Bahan-bahan
500ml air teh
20gm serbuk agar-agar larutkan
dengan 100ml air
50gm gula
2 sudu besar jus lemon
Susu Cair
tin buah koktel dalam sirap-ayam
brand

3.e

Chef mendidihkan air teh.


Memasukkan gelatin dan gula.

CHEF AZLI :
Resipi kedua saya untuk diet sihat
adalah Agar-Agar Koktel.

CHEF AZLI
Bahan-bahan yang saya perlukan
adalah saya menggunakan serbuk
agar-agar. Dalam kita membuat agaragar sebenarnya ada dua pilihan,
pertama yang paling senang kita
gunakan serbuk agar-agar, yang
keduanya kita boleh gunakan agaragar yang tadi tu. Yang itu perlu kita
rebus mengambil masa lebih
sedikitlah dan kita perlu tapis. Kalau
kita menggunakan serbuk agar-agar
ini kita tidak perlu untuk tapis lagilah
sebab dia mudah larut dan
istimewanya saya punya resipi ini
adalah agar-agar saya ini berperisa
teh.
CHEF AZLI
Yang pertamanya saya perlu
membuat air the. Sebab namanya pun
dah berkhasiat
*Chef beri tips khasiat teh
.
CHEF AZLI
Dan saya gunakan bahan seterusnya
untuk memberikan rasa manis pada
kita punya agar-agar ini. Saya letak
250 gram gula. Gula kasar atau gula
kaster.Kita larutkan kemudian kita
masukkan serbuk agar-agar dan

larutkan dalam kita punya air teh.


*Chef Azli beri tips

3.f

3.g

3.h

3.i

3.j

CHEF AZLI
Untuk rasa yang lebih enak dalam
saya punya agar-agar saya perahkan
buah lemon supaya dia boleh rasa
masam sedikitlah.
Chef potong dan perah limau ke dalam *Chef Azli beri tips khasiat lemon
bekas air teh. Kemudian memasukkan
air teh ke dalam acuan. Sebelum itu CHEF AZLI
memasukkan buah koktel terlebih Terpulang pada masing-masing nak
dahulu ke dalam acuan.
menggunakan acuan apa sebenarnya.
Jangan penuh sangat sebab nk isi
agar-agar pula ke dalam acuan.
Kemudian tuang air teh ke dalam
bekas acuan.
CHEF AZLI :
Baiklah saya dah tuangkan semua ke
dalam bekas acuan ini, air yang lebih
ini kita boleh letak dalam bekas yang
Chef Azli memasukkan acuan tadi ke besar sedikit.
dalam peti sejuk untuk dibekukan.
GRAFIK TEKS
Selepas 20 minit Bukan 2 jam ke?

CHEF AZLI :
Baiklah setelah 2 jam kita tengok kita
punya agar-agar itu dah keras ke
belum.Keluarkan satu macam ini.kita
Chef tunjuk cara tekan agar-agar dari tekan aje..agar-agar kita pun dah siap
acuan. Chef keluarkan pinggan dan
plating.
CHEF AZLI
Agar-agar ini saya akan sajikan
dengan susu supaya memberikan
rasa lemak lagi kepada kita punya
agar-agar dan apa yang saya perlu
buat, buah koktel yang lebih tadi tu,
kita penuhkan di atas pinggan.
Kemudian boleh tuangkan susu di
atas.
MONTAJ GRAFIK TEKS
Agar-Agar Koktel

Baiklah saya dah siapkan menu saya


yang kedua iaitu Agar-Agar Koktel.

10

3.k

EST RUMAH CHEF

3.l

RUANG TAMU- MEJA MAKAN


Chef hidangkan makanan dan interaksi
dengan penonton.
CHEF AZLI
Dengan bermodalkan RM10, saya
dapat sediakan menu saya yang
pertama iaitu Lempeng Oat bersama
Sambal Sardin, dan dengan RM10
lagi, saya dapat sediakan menu yang
kedua iaitu Agar-Agar Teh Buah
Koktel. Walaupun ringkas tapi sedap.
Jangan lupa penonton diet yang sihat
sebenarnya bagus untuk kesihatan
kita.
Sehingga kita bertemu lagi saya Chef
Azli Razali,
Assalamualaikum dan salam
sejahtera.

TAMAT

You might also like