Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan, objektifnya yang telah dibentuk

diperkukuhkan lagi bidang tugasnya. Antara lain tujuannya ialah dibawah Dasar
Pendidikan adalah diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara
dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek bermatlamatkan untuk
melahirkan masyarakat bersatu padu,berdisiplin dan terlatih. Sehinggalah
membawa pembentukan Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada
inspirasi negaradinyatakan dalam bentuk penulisan, menekankan kepada usaha
melahrkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan kepada keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara. Usaha ini berterusan ke arah matlamat
penting bagi sistem pendidikan negara. Proklamasi Dasar PendidikanKebangsaan
Bahawasanya dasarpelajaran seperti yang distiharkan dalam OrdinanPelajaran 1957
ialahuntuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi
keperluan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
mengalakkan perkembangan kebudayaan, sosial , ekonomi dan politik.
Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan itu,
dengan mengadakan pengajaran yangcekap dan dengan mengelakkan
perbelanjaan awam yang\

idak berpatutan, perhatian hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa murid-murid


hendaklah dididik mengikut kemahuan ibubapa mereka. Dan
bahawasanyaperuntukkan selanjutnya adalah dikehendakki untuk menentukan agar
dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya, peruntukkan
bagi perkembangan yang progressif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana
Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. Proklamasi dasar
Pendidikan Kebangsaan memperlihatkan penekanan kepada satu bentuk sistem
pendidikan uang mengutamakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan. Ini tertaluk
dibawah bidang kuasa kerajaan . Justeru itu perlaksanaandasar yang seragam
dimana kurikulum sekolah yang sama , peraturan jadual waktu yang sama, bahasa
pengantar yang sama, sistem peperiksaan yang sama, bahasa dalam sistem
pepriksaan yang sama , peraturan disiplin yang sama dan peraturan sekolah yang
sama. Dasar mempertingkatkan kualiti insfrastrukturdan kurikulum dalam sistem
pendidikan formal negara ini terus dijalankan.

Dua buah Jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di


sekolah- sekolah (1982 ). Ini jelas dalam kenyataan Laporan Jawatankuasa Kabinet.
Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk
kurikulumnya, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat
negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang
dan lebih-

lenih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhimatlamat
negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Strategi Perlaksanaan Bagi mencapai matlamat dasar pendidikan beberapa strategi


telah digubal. Antara lainya adalah seperti berikut: a. Menjadikan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; b. Mengadakan kurikulum yang
sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; c. Mewujdkan sistem
peperiksaan yang sama bagi semua; d. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
e. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh seimbang dan bersepadu;mengadakan peluang pendidikan asas
selama sembilan tahun; f. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberikan perhatian khas
kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dikawasan luar bandar atau
pendalaman; g. Menyediakan pendidikan rendah mengikutKurikulum Baru Sekolah
Rendah ( KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca ,menulis dan mengira pada
tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Baru sekolah Menengah( KBSM ) pada

ahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru iniadalah ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh; h.
Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula
kurikulum Sek. Vokasional pada tahun 1978

1. LAPORAN KABINET (1979)

Menurut Choong Lean Keow (2008), Laporan Kabinet merupakan satu laporan yang
mengandungi isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan termasuklah prinsip,
nilai dan hala tuju pendidikan. Idea untuk menggubal FPK telah tercetus setelah
laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran diterbitkan pada tahun 1979.
Laporan Kabinet telah ditubuhkan pada September 1974 dan ianya dipengerusikan
oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Menteri Pelajaran.
Tujuan utama laporan ini adalah untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan
keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu. Selain itu, laporan
tersebut juga bertujuan untuk memastikan keperluan tenaga manusia negara
dipenuhi dalam jangka masa pendek dan panjang di samping memastikan system
pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang
bersatu, berdisplin serta terlatih. (Choong Lean Keow, 2008)
Laporan Kabinet ini telah dikemukakan pada November 1979 dan jawatankuasa
laporan tersebut telah mendapati bahawa terdapat pelbagai kelemahan yang
menghalang untuk mencapai matlamat pendidikan yang bermutu dalam sistem
pendidikan ketika itu.
Kelemahan khusus dalam kurikulum sekolah rendah menurut Jawatankuasa Kabinet
adalah penekanan penguasaan isi kandungan pelajaran tanpa menekankan

penguasaan kemahiran asas 3M sehingga terdapat murid yang masih belum


mempunyai kemahiran tersebut walaupun setelah melalui enam tahun pengajian di
sekolah rendah. Selain itu kaedah pengajaran yang berpusat kepada guru iaitu
kaedah pengajaran yang tidak memberi tumpuan kepada mengatasi kelemahan
pembelajaran dan perkembangan psikologi murid juga merupakan salah satu faktor
yang menyebabkan mutu pembelajaran yang rendah. (Sufean Hussin,1993)
Selain itu, mengikut kajian terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah yang
dilaksanakan sejak merdeka, terdapat pelbagai kelemahan dalam kurikulum ini.
Antara kelemahan yang didapati oleh Jawatankuasa Kabinet ialah isi kandungan
sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran
atau antara darjah. Sukatan pelajarannya juga mengandungi butiran yang terlalu
banyak sehingga membebankan serta membosankan murid untuk belajar.
Akibatnya guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran
terutamanya apabila ada peperiksaan.
Selain itu, pengajaran dan pembelajaran juga terlalu bergantung kepada buku teks.
Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik
dan berkesan. (Mok Soon Sang, 2010)
Bagi kurikulum sekolah menengah pula, Jawatankuasa Kabinet mendapati bahawa
kelemahan utama kurikulum tersebut adalah tidak memberi tumpuan kepada bakat
dan minat murid-murid kerana wujudnya pengaliran yang membelakangkan
kecenderungan dan minat murid-murid. Pengaliran kepada sastera dan sains secara
tertutup dan ketat telah menyekat mobility pembelajaran.
Antara cadangan yang telah diberikan dalam Laporan Kabinet adalah tumpuan
diberikan kepada pendidikan asas 3M dan kedudukan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua dikekalkan. Selain itu, laporan tersebut juga telah mencadangkan
agar fokus diberi kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur disiplin yang
diingini. Berdasarkan kelemahan yang telah dilihat oleh Jawatankuasa Laporan ini
dalam kurikulum sekolah menengah, laporan ini telah mencadangakan agar
pendidikan menengah atas dibahagikan kepada dua jurusan iaitu akademik dan
vokasional. Laporan ini juga mencadangkan agar peluang untuk melanjutkan
persekolahan ditambah daripada 9 tahun kepada 11 tahun. (Sufean Hussin,1993)
Pada akhir Laporan Kabinet telah ditekankan tentang pentingnya pendidikan
sebagai proses pembinaan keperibadian insan yang seimbang (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1992). Hal ini dinyatakan seperti yang berikut :
Untuk kepentingan pembangunan negara tenaga rakyat yang diperlukan bukan
sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki bahkan perlu dilihat juga dari segi sikap, mereka perlu jujur dan dedikasi
terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan
bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai
dengan berpandukan punca-punca akhlak mulia. Tegasnya. Individu yang dilahirkan
daripada sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan
kemanusiaan.

(Laporan Jawatankuasa Kabinet, Para 452,


halaman 227)
Melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet ini, ia telah membawa kepada pembentukan
Falsafah Pendidikan Negara. Ini dapat dibuktikan melalui elemen-elemen yang
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan mengenai
melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia.

Perakuan 191, Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979. Perakuan 191 menegaskan :

Pendidikan di negara ini adalah untuk mencapai perkembangan murid yang


menyeluruh, iaitu perkembangan yang meliputi aspek kognitif atau intelek, jasmani,
sosial, emosi, sikap dan nilai-nilai etika pada murid-murid dan generasi akan
datang.

Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum balas
dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974.

Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya


peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan
pelancaran Dasar Ekonomi Baru, 1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah
mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini
yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial,
ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.

Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkan aspek nilai hanya


diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah
Pendidikan Negara pada tahun 1988.

Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah
digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian
Pendidikan, 1999).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi :
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri


serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Selain itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 juga, telah menetapkan secara
tersurat dan tersirat penentuan wajah dan jenis warganegara Malaysia yang perlu
dibentuk melalui sistem pendidikan di Malaysia. Keperihatinan dan hasrat
Jawatankuasa tersebut dirakamkan seperti berikut :
Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak
dengan baik sama ada secara sendiri mahu pun secara beramai-ramai dengan
berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya individu yang lahir dari
sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan
kemanusiaan.

Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan


tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber
tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan
keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat pendidikan


negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan
warganegara yang baik. Pada asasnya, insan baik yang hendak dilahirkan itu perlu
memiliki yang ciri-ciri berikut :

1. Percaya dan patuh kepada tuhan.


2. Berilmu pengetahuan dan berketrampilan.
3. Berakhlak mulia.
4. Bertanggung jawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
5. Berbakti dan bersedia memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa
dan negara.

Dalam usaha mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996 dan matlamat
pendidikan negara, nilai-nilai murni tidak dapat dilakukan tanpa mengasas,
membina dan mengembangkannya melalui sistem pendidikan. Oleh yang demikian
tindakan pada peringkat pelaksanaan, hendaklah ditegaskan. Dalam konteks sistem
pendidikan kita, nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai yang luhur dan murni.
Unsur-unsur nilai murni yang dimaksudkan itu ialah nilai-nilai murni yang bersifat
tetap dan kudus yang diamalkan oleh semua agama dan bersifat sarwajagat

(universal). Nilai-nilai murni tersebut adalah berasaskan pandangan dan maklum


balas yang diperolehi dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak tahun
1976, yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama.

Nilai-nilai murni tersebut ialah :

1. Baik hati.
2. Berdikari.
3. Hemah Tinggi.
4. Hormat Menghormati.
5. Kasih Sayang.
6. Keadilan.
7. Kebebasan.
8. Keberanian.
9. Kebersihan Fizikal dan Mental.
10. Kejujuran.
11. Kerajinan.
12. Kerjasama.
13. Kesederhanaan.
14. Kesyukuran.
15. Rasional.
16. Semangat Bermasyarakat.

Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran disokong oleh R. W. Taylor yang


menurutnya, nilai murni ini tidak dapat dipisahkan melalui pendidikan. (Dr. Wan
Mohd Zaid bin Wan Mohd Noordin, 1993, dalam Wawasan Pendidikan). Taylor
berpendapat :

Education is an arena which all realms of values may be concern

Bersabit dengan pendidikan dan nilai-nilai murni, Dr. Wan Mohd Zaid bin Wan Mohd
Noordin, 1988, ketika menjadi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, semasa

membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Ke arah Perlaksanaan Nilai-nilai


Murni Di Dalam KBSM : Falsafah Pendidikan Negara, pada Seminar Nilai-nilai Murni
Merentas Kurikulum, Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) , di
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, tahun 1988, telah mengambil
pandangan E.F Schumacer yang menjelaskan tentang nilai (dalam, Small is
beautiful, hal. 83) iaitu :

The essence of education is the transmission of values, but values do not help
us to pick our way through life unless they have became our own, a part so to say,
of our mental wake up.

Manakala Hanna Holborn Gray, Universiti Chicago (PPK, Fail Reformasi, 1990, hal.
10) menyokong bahawa nilai murni sangat penting diterapkan melalui pendidikan
untuk menghasilkan manusia yang baik dan mulia. Beliau menyatakan :
To think about the aims of education is to think of what kind of person, what kind
of human competence, what kind of goals might be most desirable for the sosial
order and the quality of civilized existence.

Oleh itu, hubungan nilai dan sistem pendidikan adalah sangat rapat. Selaras dengan
hasrat Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
1996, semua guru di sekolah rendah dan sekolah menengah diminta mengajar,
menyisip atau memasukkan nilai-nilai murni melalui Pendidikan Islam untuk pelajarpelajar Islam dan Pendidikan Moral untuk pelajar-pelajar bukan Islam. Langkah ini
telah dilaksanakan di peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) tahun 1982, di sekolah percubaan dan tahun 1983 di semua sekolah
rendah di Malaysia. Di peringkat sekolah menengah, penerapan nilai-nilai murni
telah dilaksanakan ketika penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1988, di sekolah percubaan dan sepenuhnya pada tahun 1989
di seluruh Malaysia, yang pada waktu itu persoalan penerapan nilai-nilai murni lebih
menonjol dan ketara. Untuk menjayakan cita-cita ini, Kementerian Pendidikan
memutuskan untuk melaksanakan penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif.
Strategi yang diambil ialah dengan cara menerapkan nilai-nilai murni merentasi
kurikulum. Dalam kata lain, nilai-nilai murni disisip melalui semua mata pelajaran
yang diajar dan diamalkan melalui kegiatan kokurikulum di sekolah.

Kementerian Pendidikan juga memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu


di peringkat sekolah menengah dengan memastikan supaya semua mata pelajaran
yang diajar tidak terpisah antara satu sama lain. Unsur utama yang digunakan
untuk kesepaduan ini ialah melalui penerapan unsur nilai-nilai murni. Ini bermakna
semua guru dikehendaki menyemai dan membangunkan kesedaran terhadap nilainilai murni dalam setiap mata pelajaran yang diajar, bermula tahun 1989 apabila
KBSM diperkenalkan.

Situasi kemerosotan dan keruntuhan moral dan sahsiah pelajar-pelajar di sekolah


amat membimbangkan, kerana ada pihak yang berpendapat masalah disiplin dan
keruntuhan moral pelajar-pelajar sebahagiannya dipertanggungjawabkan di bahu
guru-guru. Sekolah dianggap bukan sahaja tempat pelajar memperolehi ilmu secara
rasmi, tetapi juga sebagai tempat untuk membentuk disiplin dan sahsiah pelajarpelajar. Memang tidak dinafikan terdapat banyak cara untuk membentuk disiplin
dan sahsiah pelajar-pelajar. Oleh sebab sinonimnya sekolah yang diterjemahkan
sebagai satu institusi yang mencurahkan ilmu secara berkesan dan berterusan,
maka disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar juga diharap dapat dibentuk melalui
proses pengajaran guru-guru di dalam kelas. Dalam kata lain, sekolah, pihak
pentadbir, dan guru-guru harus lebih bertenaga dan bersedia untuk memenuhi
tuntutan-tuntutan semasa dan cabaran masa hadapan ke arah menjayakan
reformasi dan Falsafah Pendidikan Negara. (PPK, Fail Reformasi, 25.6.1990).

Satu aspek yang amat menarik di sini ialah, bagaimana disiplin dan sahsiah pelajar
dapat dibentuk melalui pengajaran dan penerapan nilai-nilai murni di sekolah.
Pengajaran dan penerapan nilai-nilai murni ini sebenarnya merupakan aspek yang
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, malah ia perlu diajar,
diterap dan disisipkan dalam pengajaran semua mata pelajaran melalui kurikulum
bersepadu KBSR yang diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun 1983 dan
KBSM pada tahun 1989. Namun demikian, melihatkan aliran pendidikan sekarang
yang lebih mementingkan kualiti dan kuantiti pencapaian peperiksaan dan lebih
menjurus kepada peperiksaan, maka sudah pasti andaian dapat dibuat bahawa
penekanan terhadap nilai-nilai murni ini mungkin dikesampingkan. Jika perkara ini
benar-benar berlaku maka guru-guru gagal memenuhi hasrat dan cita-cita besar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996 dan pelajar-pelajar hanya sekadar ke sekolah
untuk lulus peperiksaan. Malahan guru-guru juga gagal memenuhi peranan
pendidikan yang sepatutnya ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan,
selaras dengan pembangunan kemanusiaan.

Oleh itu, perhatian yang wajar perlu diberikan dalam proses pengajaran guru-guru
kerana keberkesanan organisasi sekolah secara amnya, dan guru-guru secara
khususnya, dalam melaksanakan program penerapan nilai-nilai murni dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah boleh membantu meningkatkan
sahsiah dan disiplin serta jati diri demi kejayaan pelajar-pelajar yang menjadi
harapan negara pada masa hadapan. Keberkesanan dan kejayaan tersebut berkait
rapat dengan matlamat dan objektif organisasi sekolah dan guru-guru yang terlibat
dalam melaksanakan penerapan nilai-nilai murni sesuai dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, 1996, (Kementerian Pendidikan, 1999).

Disebabkan oleh perkara-perkara yang melibatkan pengabaian unsur-unsur nilai


begitu serius, kajian ini cuba melihat pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam
pengajaran guru di bilik darjah secara dekat. Penerapan nilai-nilai murni tersebut
akan dilihat dalam proses pengajaran mata pelajaran Sejarah di dalam bilik darjah.
Sementara pelaksanaan dan penilaian terhadap nilai-nilai murni tersebut pula
adalah lebih berhubung kait dengan kejayaan pengajaran guru-guru dalam
menerapkan nilai-nilai murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dilakukan. Pengajaran guru memberi kesan kepada pencapaian dan matlamat
Kementerian Pendidikan yang menegaskan agar nilai-nilai murni dapat diterapkan
kepada pelajar untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996,
yang bertujuan untuk melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik
(Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).

1. Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik.


- Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru
bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu,
memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya
berakhlak mulia.
- Hal ini kerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk
mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat
mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
- Guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalamanpengalaman tertentu.
2. Sebagai pembentuk nilai
- Seterusnya, guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak
mulia supaya mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral
dan agama adalah penting. Guru hendaklah mendidik pelajarnya cara
berhubung, berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan
sebagainya supaya mereka menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3. sebagai jurulatih yang mencungkil bakat dan potensi murid. Setiap murid di
sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri.
- Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenalpasti dan mengembangkan
bakat dan potensi murid-muridnya.
- Hal ini kerana, sesetengah murid yang berbakat tidak dapat menonjolkan
bakatnya kerana tidak mempunyai peluang dan tidak mengetahui cara yang
betul untuk mengembangkan bakat mereka.
- bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap yang terbaik supaya
dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke peringkat yang lebih
tinggi.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam acara
sukan, guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada beliau
supaya bakat beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik.
Secara tidak langsung, faktor jasmani murid tersebut dapat diperkembangkan
dan mencapai salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi aspek Jasmani, guru bolehlah menjalankan senaman aerobik pada waktu
pagi. Guru turut boleh memasukkan aktiviti permainan-permainan stesen dalam
jadual kem tersebut. Ini dapat menarik minat murid untuk menyertai kem tersebut
di samping menguji tahap fizikal murid.

Bagi aspek Rohani pula, guru boleh mengadakan sesi ceramah yang dapat
memberi pendekatan kepada murid tentang cara untuk menghormati adat resam
dan agama sendiri dan yang berbeza dengan diri sendiri. Dengan ini, murid-murid
tidak akan begitu mudah dipengaruhi oleh golongan yang berfikiran sempit dan
mementingkan diri sendiri sahaja sehingga mencetuskan kejadian rusuhan kaum
yang pernah berlaku suatu dahulu.

Dari segi Intelek pula, guru boleh mengadakan pertandingan kuiz selepas
ceramah bagi menguji kebolehan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
Melalui pertandingan, daya saing dan sifat ingin tahu murid-murid dapat
dirangsangkan. Secara tidak langsung, murid akan berusaha untuk memeras otak
bagi menjawab soalan-soalan dalam pertandingan kuiz tersebut.

Bagi segi Sosial, guru boleh memberi peluang kepada murid-murid untuk
membuat perbentangan atau persembahan secara berkumpulan. Ini dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi sesama murid kerana setiap kumpulan
akan dibahagikan secara rawak agar murid yang berbilang kaum dapat mempelajari
cara untuk saling bertoleransi dan berinteraksi antara satu sama lain. Namun,
bukan sahaja murid tetapi guru turut dapat mempelajari sesuatu yang baru lalu
meningkatkan kebolehan diri sendiri melalui perancangan aktiviti untuk muridmurid.
Emosi Di sekolah, guru merupakan kauselor bagi murid-murid yang
menghadapi masalah dari segi akademik ataupun peribadi. Kaunseling peribadi
diadakan untuk menolong murid-murid mencapai kesedaran kendiri yang tinggi,
konsep kendiri yang positif serta cara menghadapi masalah sosial dan
emosi.sesetengah murid yang mungkin akan menarik diri disebabkan konsep
kendiri yang rendah. Bagi murid seperti ini, guru hendaklah mengkaji punca-punca
masalah dan mengadakan langkah-langkah susulan. Dalam aktiviti kokurikulum,
guru boleh menggalakkan murid untuk menyertai kelab atau persatuan seperti

Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) untuk membantu pelajar-pelajar yang


mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Guru juga boleh mengadakan aktiviti
kumpulan dengan penglibatan semua pelajar. Dengan itu, barulah semangat
kekitaan, kerjasama dan perpaduan dapat dipupuk. Mereka akan belajar mengawal
emosi sendiri apabila berinteraksi dan berhubung dengan pelbagai orang dengan
personaliti yang berbeza.

Dasar `Pecah dan Perintah merupakan dasar kerajaan British mentadbir


penduduk Bumiputera dan imigran secara berasingan. Ia juga merupakan satu kaedah
imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk `melemahkan
Bumiputera dan memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus
memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera.

You might also like