Professional Documents
Culture Documents
Sains Tingkatan 2 Bab 3
Sains Tingkatan 2 Bab 3
DERIA BAU
Organ Deria : Hidung
Rangsangan : Bahan Kimia dalam udara
DERIA RASA
Organ Deria : Lidah
Rangsangan : Bahan Kimia dalam makanan
DERIA PENDENGARAN
Organ Deria : Telinga
Rangsangan : Bunyi
DERIA PENGLIHATAN
Organ Deria : Mata
Rangsangan : Cahaya
1. Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh
objek yang tertentu.
2. Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin)
Dermis:
1. Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
2. Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar
karbon dioksida.
3. Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos
(lemak).
4. Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
5. Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh
bahagian kulit.
Epidermis:
1. Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.
2. Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
3. Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk
menghasilkan sel-sel baru.